Anda di halaman 1dari 3

Sudah Terhantuk Baru Tengadah

Petang itu seperti hari-hari biasa, Farhan berbasikal pulang ke rumah dari sekolah. Ketika perjalanan..

Basri: Hei Farhan, mari kita berlumba! jerit basri yang baru sahaja memotong basikal Farhan

Farhan tidak mengendahkan kata-kata tersebut. Kini hubungannya dengan Basri tidak seperti dahulu. Semenjak kedatangan Taufiq, Basri lebih terpengaruh dengan Taufiq yang berbasikal baharu dan mahal. Maka Basri telah meminta ibunya membelikannya basikal baharu

Basri: Ibu, Basri nak basikal baharu ibu! Mak Zainab: Kita bukan orang senang Basri. Basikal yang lama juga masih elokkan? Basri: Basri nak basikal baharu jugak! Basikal lama sudah berkarat. Lagipun sudah ketinggalan zaman

Farhan yang merupakan jiran kepada Basri mendengar akan petengkaran Basri dan ibunya.

Mak Saudah: Kamu pun hendak basikal baharu, Farhan? Farhan: Isyy ibu niitu semua tak pernah terlintas di fikiran Farhan

Mak Saudah: Manalah tahu kamu pun nak berubah macam Si Basri itu. Asyik meminta macam-macam. Sebelum ini dia hendak telefon bimbit. Sudah dibelikan sekarang dah minta basikal mahal pula Farhan: Ibu jangan risau kerana Farhan sedar tentang kesusahan hidup keluarga kita. Farhan akan berusaha bersungguh-sungguh dalam UPSR nanti.

Seperti biasa selepas solat Asar, Farhan akan mengulang kaji pelajaran dihadapan rumahnya.Tiba-tiba

Basri: Hei, Farhan, jomlah kita berbasikal ke rimba rekreasi di hujung pekan tu! Farhan: Nak buat apa pergi ke sana?Bukankah lebih baik kita mengulang kaji pelajaran? UPSR pun sudah semakin dekat. Basri: kamu ni asyik baca buku je.Kamu tak tahu ke setiap petang ramai orang berlumba dan merempit basikal di taman Rekreasi. Marilah ke sana Farhan: Berlumba dan merempit? Ingat Basri bahaya tu. Jangan sudah terhantuk baru tengadah Basri: Alaa biasalah tu. Hidup perlukan cabaran! Saya pergi merempit dulu yeramai yang sedang menunggu.

Tidak lama selepas itu, kedengaran suasana riuh rendah di halaman rumah Mak Zainab. Rupa-rupanya Basri terlibat dalam kemalangan sewaktu berlumba tadi.

Mak Saudah: Itulah sebabnya ibu selau mengingatkan kamu Farhan..jangan terlibat dalam aktiviti berbahaya dan tidak berfaedah. Macam Basri tu, hendak menyesal pun dah tak berguna. Ibarat kata peribahasa, sudah terhantuk baru tengadah.

Anda mungkin juga menyukai