Anda di halaman 1dari 14

Dalam sebuah hutan,ada dua ekor monyet yang bernama Bobo dan Bibi.

Bobo dan Bibi tinggal bersama keluarga mereka di atas pokok.

Ini Bobo Mereka bersaudara

Ini Bibi

Walaupun mereka bersaudara, namun perangai mereka berbeza antara satu sama lain.

Bobo seekor monyet yang baik, mendengar kata dan sentiasa berjimat cermat. Dia selalu menabung.

Manakala Bibi pula seekor monyet yang degil, nakal dan sentiasa boros. Duitnya selalu dihabiskan untuk membeli barang-barang yang tidak berfaedah.

Suatu hari, Bobo dan Bibi keluar bersiar-siar bersama-sama kawan mereka si Gading

Si Gading

Dalam perjalanan, mereka ternampak ada jualan murah di tempat mereka.

Bobo teringin membeli sebuah topi untuk dirinya, manakala Bibi pula teringin membeli baju baru.

Macam mana nak beli baju baru? Duit aku dh habis...


Seronoknya dapat beli topi baru..yeye..

Bobo telah membeli topi idamannya dengan menggunakan duit simpanannya.

Sejak hari itu, Bibi berazam untuk berubah. Bibi sangat menyesal kerana bersikap boros dan tidak berjimat cermat seperti Bobo. Bibi baru menyedari bahawa sikap berjimat cermat mendatangkan keuntungan.

Anda mungkin juga menyukai