Anda di halaman 1dari 3

CO1

YAU YEE XIEN


JERAMI YANG BERNASIB BAIK

Salam sejahtera. Saya hendak berkongsi satu cerita kepada para


hadirin. Tajuk cerita saya ialah “Jerami yang Bernasib Baik”.

Pada zaman dahulu ada seorang petani bernama Shobei. Dia tinggal
di sebuah kampung kecil di Negara Jepun. Shobei dan petani-petani lain di
situ hidup miskin. Mereka bekerja di sawah dan ladang-ladang sayur
kepunyaan tuan tanah yang kaya.

Petani-petani itu terpaksa membayar sewa yang tinggi untuk


menggunakan sawah dan ladang sayur milik tuan tanah itu. Setiap bulan
pendapatan mereka hanya cukup untuk membayar sewa sawah padi dan
ladang.

Pada suatu hari Shobei pergi bekerja seperti biasa. Setelah habis
kerjanya, dia pun pulang. Dalam perjalanan, Shobei tergelincir lalu jatuh.
Ketika hendak bangun, Shobei terpegang sebatang jerami padi. Dia pun
mengambil jerami itu.

Shobei berjalan pulang. Sedang dia berjalan, datang seekor lalat lalu
terbang mengelilingi kepalanya.

“Menggangu sahaja,” kata Shobei lalu membunuh lalat itu.

Lalat itu kemudian diikat pada jerami padi yang ada pada tangannya.
Lalat itu boleh diberi kepada ikan di rumah, fikirnya. Shobei terus berjalan
sambil menghayun jerami padi tadi.

Tiba-tiba Shobei terserempak dengan seorang perempuan yang


sedang membawa anaknya berjalan. Budak itu ternampak lalat yang diikat
pada jerami Shobei. Dia meminta ibunya supaya membeli jerami itu.
CO1
YAU YEE XIEN
JERAMI YANG BERNASIB BAIK
“Nah ambillah,” kata Shobei kepada budak itu. Sebagai balasan, ibu
budak itu memberi dua biji limau kepada Shobei.

Shobei meneruskan perjalanannya. Kali ini dia terserempak dengan


seorang penjaja tauhu.

Penjaja itu kelihatan sangat dahaga. Shobei berasa kasihan. Dia pun
memberikan limau tadi kepada penjaja tauhu itu. Penjaja tauhu itu
menerimanya dengan gembira.

“Jus limau dapat menghilangkan dahaga saya.”

Sebagai membalas budi Shobei, penjaja tauhu itu memberinya


sehelai kain sutera yang cantik.

Shobei meneruskan perjalanan. Tiba-tiba dia bertemu dengan


seorang wanita kaya. Wanita kaya itu sedang bersiar-siar dengan kereta
kudanya.

Sebaik sahaja ternampak kain yang dipegang oleh Shobei, wanita itu
bertanya, “Sudikah awak beri kepada saya kain itu?” tanyanya.

Shobei pun memberikan kain yang dipegangnya kepada wanita kaya


itu. Sebagai ganti, Shobei telah diberi seuncang kain berisi wang perak.

Shobei menggunakan wang itu untuk membeli sebuah ladang yang


luas. Kemudian Shobei membahagi-bahagikan ladang kepada penduduk
kampung yang miskin.

Kini setiap penduduk kampung mempunyai tanah sendiri dan tidak


perlu menyewa lagi. Mereka bekerja keras untuk mendapatkan hasil yang
banyak dan hidup sejahtera.
CO1
YAU YEE XIEN
JERAMI YANG BERNASIB BAIK
Shobei menjadi terkenal di kampungnya. Semua penduduk kampung
menghormati Shobei kerana kemurahan hatinya.

Mereka memanggil Shobei, “Tuan Jerami”. Dia dipanggil begitu


kerana dia menjadi kaya gara-gara sebatang jerami yang dikutipnya di tepi
jalan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai