Anda di halaman 1dari 8

Nabi Ibrahim

Ibrahim telah dipilih oleh Allah untuk menjadi seorang Nabi dan imam, atau ketua, bagi
manusia. Baginda adalah seorang yang lurus, tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu
atau sesiapa, dan sentiasa mensyukuri akan rahmat Allah. Baginda diberi petunjuk pada
jalan lurus, dan telah diambil oleh Allah sebagai seorang sahabat. Baginda bersifat lembut
hati, penyantun, berkesesalan, dan sabar.

Keluarga Nabi Ibrahim bersama keluarga Imran, dan Adam dan Nuh, telah dipilih Allah
untuk berada di atas semua alam. Mereka adalah keturunan satu sama lain.

Keluarga Nabi Ibrahim telah diberi oleh Allah Kitab dan Kebijaksanaan (Hikmah), serta
kerajaan yang besar. Kitab Nabi Ibrahim berbentuk naskhah gulungan.

Yakin

Tuhan telah memperlihatkan kepada Ibrahim dominion langit dan bumi, supaya dia
menjadi seorang yang yakin. Suatu malam, Ibrahim melihat satu bintang. Dia berkata "Ini
Pemeliharaku (Tuhanku)." Tetapi apabila ia terbenam, dia berkata, "Aku tidak menyukai
yang terbenam." Lalu baginda menolak bintang itu sebagai Tuhannya.

Kemudian dia melihat bulan terbit. Dia berkata, "Ini Pemeliharaku." Tetapi apabila ia
terbenam, dia berkata, "Jika Pemeliharaku tidak memberi petunjuk kepada aku, tentu aku
menjadi daripada kaum yang sesat." Bulan juga ditolaknya sebagai Tuhan.

Akhir sekali, baginda melihat matahari terbit. Dia berkata, "Inilah Pemeliharaku; ini lebih
besar!" Tetapi apabila ia terbenam, baginda menolaknya juga sebagai Tuhan.

Demikianlah Allah memberi petunjuk kepadanya, bahawa Tuhan yang sebenar ialah Dia
yang memulakan langit dan bumi.

Namun, hatinya tidak tenteram. Maka dia memohon, "Wahai Pemeliharaku,


perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan orang-orang yang mati."

Tuhan bertanya, "Kenapa, tidakkah kamu mempercayai?"

Ibrahim menjawab, "Ia, tetapi supaya hatiku tenteram."

Lantas Tuhan menyuruhnya menjinakkan empat ekor burung, dan kemudian letak
burung-burung itu di atas beberapa buah bukit. Selepas itu Ibrahim disuruh memanggil
mereka yang tentu datang kepadanya dengan segera. Begitulah Tuhan mengajar Nabi
Ibrahim tentang Hari Kiamat.
Bapa

Bapa Ibrahim, yang bernama Azar, menyembah patung. Ibrahim bertanya kepada
ayahnya, "Adakah kamu mengambil patung-patung untuk tuhan-tuhan? Aku melihat
kamu dan kaum kamu dalam kesesatan yang nyata."

Seterusnya dia berkata, "Ayah, mengapa kamu sembah apa yang tidak mendengar dan
tidak melihat, dan tidak juga berguna kepada kamu sedikit pun? Ayah, telah datang
kepadaku pengetahuan yang tidak datang kepadamu; maka ikutlah aku, dan aku akan
memberi petunjuk kepadamu pada jalan yang datar. Ayah, janganlah menyembah syaitan;
sesungguhnya syaitan adalah penentang Yang Pemurah. Ayah, aku takut bahawa
sebahagian azab daripada Yang Pemurah akan menyentuh kamu supaya kamu menjadi
sahabat syaitan."

Bapanya menjawab, "Apa, adakah kamu mengundurkan diri daripada tuhanku, wahai
Ibrahim? Sungguh, jika kamu tidak berhenti, aku akan merejam kamu; maka
tinggalkanlah aku untuk beberapa waktu."

Ibrahim berkata, "Kesejahteraan ke atas kamu! Aku akan meminta ampun untuk kamu
kepada Pemeliharaku; sesungguhnya Dia sangat baik kepadaku. Dan aku akan
menjauhkan diri daripada kamu, dan apa yang kamu seru, selain daripada Allah; aku
berseru kepada Pemeliharaku, mudah-mudahan aku tidak menjadi, dalam doaku kepada
Pemeliharaku, sengsara."

Kaum

Kaumnya juga menyembah patung, seperti bapanya. Kepada kaumnya Ibrahim berkata,
"Sembahlah Allah, dan takutilah Dia; itu lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
Kamu hanya menyembah, selain daripada Allah, berhala-berhala, dan kamu mencipta
kedustaan; sesungguhnya orang-orang yang kamu sembah, selain daripada Allah, tidak
berkuasa untuk memberi rezeki kepada kamu. Maka carilah rezeki kamu di sisi Allah,
dan sembahlah Dia, dan berterimakasihlah kepada-Nya; kepada-Nya kamu akan
dikembalikan. Tetapi, jika kamu mendustakan aku, umat-umat sebelum kamu telah
mendustakan; dan hanyalah atas rasul untuk menyampaikan yang jelas."

Kaumnya mendebatnya. Dia berkata, "Adakah kamu hendak mendebat aku mengenai
Allah, dan Dia telah memberi petunjuk kepadaku? Aku tidak takut pada apa yang kamu
menyekutukan dengan-Nya, kecuali jika Pemeliharaku menghendaki sesuatu.
Pemeliharaku merangkumi segala sesuatu dalam pengetahuan-Nya; tidakkah kamu
mengingatinya? Bagaimanakah aku boleh takut pada apa yang kamu menyekutukan,
sedang kamu tidak takut bahawa kamu mempersekutukan Allah dengan apa yang Dia
tidak menurunkan kepada kamu sebarang kuasa? Manakah antara dua golongan yang
lebih berhak dengan keamanan jika kamu mengetahui?"

Itu adalah hujah yang Tuhan beri kepada Ibrahim terhadap kaumnya.
Bapa dan Kaum

Ibrahim telah juga berdebat dengan bapa dan kaumnya, kedua-duanya sekali. Beliau
bertanya "Apakah yang kamu sembah?"

Mereka menjawab, "Kami menyembah patung-patung, dan tetap bertekun padanya."

"Adakah mereka mendengar kamu apabila kamu menyeru? Atau mereka memanfaatkan
kamu, atau memudaratkan?" tanya Ibrahim lagi.

Mereka menjawab, "Tidak, tetapi kami mendapati bapa-bapa kami berbuat seperti yang
demikian."

Seterusnya Ibrahim menyatakan bahawa mereka dan bapa-bapa mereka berada dalam
kesesatan yang nyata, dan dia melepaskan diri daripada apa yang mereka sembah.

Ibrahim menjelaskan mengapa dia menyembah Tuhan, iaitu kerana Dia "Pemelihara
semua alam, Yang mencipta aku, dan Dia, Dia Sendiri memberi petunjuk kepadaku, dan
Dia, Dia Sendiri memberi aku makan dan minum, dan setiap kali aku sakit, Dia
menyembuhkan aku, Yang mematikan aku, kemudian menghidupkan aku, dan yang aku
menginginkan akan mengampuni aku atas pelanggaranku pada Hari Agama
(Pengadilan)."

Memecahkan patung-patung

Ibrahim ditanya pula, "Apa, adakah kamu datang kepada kami dengan yang benar, atau
kamu antara orang-orang yang bermain-main?"

Beliau menjawab, "Tidak, tetapi Pemelihara kamu ialah Pemelihara langit dan bumi,
yang memulakan mereka, dan aku adalah antara orang-orang yang menyaksikan atas
yang demikian. Dan, demi Allah, sungguh aku akan membuat tipu muslihat terhadap
patung-patung kamu, setelah kamu pergi memalingkan belakang kamu."

Setelah mereka berpaling daripada dia, dia menghalakan pandangan memandangi


bintang-bintang, lalu dia berkata, "Sesungguhnya aku sakit."

Kemudian dia beralih kepada tuhan-tuhan mereka, dan menyoal, "Apakah yang kamu
makan? Kenapa kamu tidak berkata-kata?"

Selepas itu dia memukul mereka dengan tangan kanannya, memecahkan mereka kepada
kepingan-kepingan kecil, kesemuanya, kecuali sebuah yang besar yang mereka ada,
supaya mereka kembali kepadanya.

"Siapakah yang melakukan ini terhadap tuhan-tuhan kita? Sesungguhnya dia termasuk
orang-orang yang zalim."
Antara mereka yang kembali berkata, "Kami mendengar seorang pemuda yang
menyebut-nyebut mereka, dan dia dikatakan Ibrahim."

"Datangkanlah dia ke hadapan mata manusia supaya mereka mempersaksikan."

Setelah Ibrahim didatangkan, mereka bertanya, "Adakah kamu yang melakukan ini
kepada tuhan-tuhan kami, wahai Ibrahim?"

"Tidak, yang besar ini antara mereka yang melakukannya. Tanyalah mereka, jika mereka
boleh berkata-kata."

Dengan itu kepala mereka ditundukkan, "Sesungguhnya kamu mengetahui bahawa ini
semua tidak berkata-kata."

"Apa, adakah kamu menyembah, selain daripada Allah, apa yang tidak bermanfaat
kepada kamu sedikit pun, dan tidak juga memudaratkan kamu? Cis, kepada kamu, dan
apa yang kamu sembah selain daripada Allah! Tidakkah kamu faham?" sahut Ibrahim.

Mereka berkata, "Bakarlah dia, dan tolonglah tuhan-tuhan kamu, jika kamu hendak
melakukan."

"Binalah satu bangunan untuknya, dan lemparlah dia ke dalam Jahim!"

Tetapi api yang panas itu dijadikan dingin oleh Tuhan dengan perintah, "Wahai api,
jadilah dingin dan keselamatan untuk Ibrahim!"

Dan Ibrahim berkata, "Kamu mengambil untuk kamu hanyalah berhala-berhala, selain
daripada Allah, sebagai tanda kasih sayang antara kamu dalam kehidupan dunia;
kemudian pada Hari Kiamat, sebahagian kamu akan tidak percaya kepada sebahagian
yang lain, dan kamu melaknatkan satu sama lain, dan tempat menginap kamu ialah Api,
dan kamu tidak ada penolong-penolong."

Korban

Kemudian Tuhan memberikan dia berita gembira dengan seorang anak lelaki yang
penyantun. Anak itu ialah Nabi Ismail.

Apabila Ismail sampai umur untuk berusaha bersama dia, dia berkata, "Wahai anakku,
aku melihat dalam tidurku bahawa aku mengorbankan kamu; renungkanlah; apakah
pandangan kamu?"

"Wahai ayahku, buatlah apa yang kamu diperintahkan; kamu akan mendapati aku, jika
Allah mengkehendaki, termasuk orang-orang yang sabar."
Apabila mereka telah tunduk patuh, dan dia mengayunkannya di atas keningnya, Tuhan
memanggilnya, "Wahai Ibrahim, kamu telah mengesahkan visi; begitulah Kami
membalas orang-orang yang berbuat baik. Ini benar-benarlah ujian yang nyata."

Ismail ditebus dengan suatu korban yang besar.

Raja

Nabi Ibrahim telah berdebat lagi tetapi kali ini dengan seorang yang Tuhan beri kerajaan,
iaitu seorang raja. Baginda berkata kepadanya "Pemeliharaku ialah Dia yang
menghidupkan dan mematikan."

Raja itu membalas, "Aku menghidupkan dan mematikan!"

Baginda menegaskan, "Allah mendatangkan matahari dari timur, maka datangkanlah ia


dari barat!"

Maka raja yang tidak percaya itu tercengang.

Haji

Nabi Ibrahim diingati juga kerana pembinaan Rumah, atau Kaabah. Tuhan telah
menempatkan Rumah tersebut untuk Ibrahim. Tuhan membuatkan Rumah untuk menjadi
tempat berkunjung bagi manusia, dan tempat aman, dan untuk orang-orang yang
mengelilinginya, dan orang-orang yang bertekun (iktikaf), dan orang-orang yang tunduk,
orang-orang yang sujud, dan medan Ibrahim pula dibuat untuk tempat solat.

Tuhan juga berpesan, "Janganlah kamu menyekutukan Aku dengan sesuatu. Dan kamu
bersihkanlah Rumah-Ku ...... Dan serulah manusia kepada Haji, dan mereka akan datang
kepada kamu berjalan kaki, dan di atas tiap-tiap haiwan yang kurus, mereka datang dari
tiap-tiap jurang yang dalam."

Dasar-dasar Rumah tersebut telah dinaikkan bersama anaknya Ismail. Apabila mereka
menaikkannya, Ibrahim berdoa, "Wahai Pemelihara kami, terimalah ini daripada kami;
sesungguhnya Engkaulah Yang Mendengar, Yang Mengetahui, Wahai Pemelihara kami,
buatlah kami muslim (tunduk patuh) kepada Engkau, dan daripada keturunan kami, umat
yang muslim kepada Engkau; dan perlihatkanlah kepada kami peribadatan kami, dan
terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.
Wahai Pemelihara kami, bangkitkanlah di kalangan mereka seorang rasul, seorang
daripada mereka, yang akan membacakan mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajar
mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan menyucikan mereka; sesungguhnya Engkaulah
Yang Perkasa, Yang Bijaksana."

Itu adalah "Rumah yang pertama diletakkan bagi manusia ialah yang di Bakkah, yang
diberkati, dan menjadi petunjuk bagi semua alam. Padanya bukti-bukti yang jelas -
medan Ibrahim, dan sesiapa memasukinya dia berasa aman. Adalah kewajipan manusia
terhadap Allah untuk datang berhaji ke Rumah, jika dia boleh membuat jalannya ke sana.
Dan orang yang tidak percaya - maka sesungguhnya Allah Kaya daripada semua alam."

Tamu yang mulia

Malaikat-malaikat telah datang kepada Ibrahim membawa dua berita. Mereka memberi
salam berbunyi, "Salam!"

Ibrahim menyahut, "Salam! Kamu adalah kaum yang aku tidak kenal." Kemudian dia
beralih kepada keluarganya, dan mendatangkan seekor anak lembu yang gemuk. Dia
meletakkannya di hadapan mereka.

Apabila dia melihat tangan-tangan mereka tidak sampai padanya, dia memandang aneh
pada mereka, dan dia sangsi terhadap mereka, dan berasa takut.

Tamu yang mulia itu berkata, "Jangan takut; sesungguhnya kami memberi kamu berita
gembira dengan seorang anak lelaki yang alim (bijak)."

"Apa, adakah kamu memberi aku berita gembira walaupun umur tua telah menyentuhku?
Dengan apakah kamu memberi aku berita gembira?"

Mereka berkata, "Kami memberi kamu berita gembira yang benar. Janganlah kamu
termasuk orang-orang yang berputus asa."

Kemudian isterinya yang sedang berdiri dekat, tampil ke muka, tertawa dengan bising,
dan dia memukul mukanya, seraya berkata, "Celakalah aku! Adakah aku akan beranak
padahal aku sudah tua, dan suamiku ini seorang yang tua? Sesungguhnya ini sesuatu yang
ajaib."

Dia juga berkata bahawa dia adalah "Seorang perempuan tua yang mandul!"

Mereka berkata, "Apa, adakah kamu berasa hairan pada perintah Allah? Pengasihan Allah
dan keberkatan-Nya ke atas kamu, wahai ahli Rumah! Sesungguhnya Dia Terpuji, Indah."

Anak yang dilahirkan selepas itu ialah Nabi Ishak, bapa kepada Nabi Yaakub.

Lut

Seterusnya Ibrahim bertanya, "Dan apakah urusan kamu, wahai para utusan?"

Mereka berkata, "Kami diutus kepada kaum yang berdosa, untuk mengutuskan kepada
mereka batu-batu daripada tanah liat, yang ditanda di sisi Pemelihara kamu untuk orang-
orang yang membazir (berlebihan)."
Mereka diutus untuk memusnahkan penduduk bandar raya itu kerana mereka berlaku
zalim. Penduduk di situ mendatangi lelaki bukan perempuan dalam kepuasan nafsu
mereka.

Ibrahim teringat bahawa Lut berada di dalamnya. Baginda berkata "Lut di dalamnya."

"Kami sangat mengetahui siapa di dalamnya. Kami akan menyelamatkan dia dan
keluarganya, kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tinggal."

Nabi Ibrahim cuba berdebat lagi, tetapi diberitahu, "Wahai Ibrahim, berpalinglah
daripada ini. Sesungguhnya perintah Pemelihara kamu telah datang, dan datang kepada
mereka azab yang tidak dapat dikembalikan."

Kisah Nabi Ibrahim di dalam al-Qur'an berakhir dengan sebutan mengenai dia dan Lut
diselamatkan oleh Allah ke bumi yang diberkati bagi semua alam.

Ikut agama Ibrahim

Sebelum Nabi Ibrahim wafat, baginda telah mewasiatkan anak-anaknya berbunyi, "Wahai
anak-anakku, Allah telah memilih untuk kamu agama; maka janganlah kamu mati kecuali
dalam kemusliman."

Agama yang disebut di situ berupa tunduk patuh kepada Tuhan, iaitu agama Nabi
Ibrahim. Baginda telah dari awal diperintah supaya tunduk patuh kepada Tuhan dengan
firman yang berbunyi, "Apabila Pemeliharanya berkata kepadanya, 'Tunduk patuhlah',
dia berkata, 'Aku menundukkan diriku kepada Pemelihara semua alam.'" (2:131)

Agama Nabi Ibrahim harus diikuti kerana tiada yang lebih baik daripadanya. Demikian
menurut firman Tuhan bermaksud, "Dan siapakah yang lebih baik anutannya daripada
orang yang menundukkan wajahnya (kehendaknya) kepada Allah, sedang dia seorang
yang berbuat baik, dan yang mengikuti agama Ibrahim, seorang yang lurus? Dan Allah
mengambil Ibrahim sebagai seorang sahabat." (4:125)

Mereka yang enggan mengikuti agamanya dikatakan pula sebagai orang-orang yang
memperbodohkan diri-diri mereka sendiri. Nabi Muhammad sendiri telah diperintah oleh
Allah supaya mengikuti kepercayaan Nabi Ibrahim. Firman-Nya, "Kemudian Kami
mewahyukan kamu (Muhammad), 'Ikutlah anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan
bukan orang yang menyekutukan.'" (16:123)

Pada Nabi Ibrahim dan orang-orang yang bersama baginda terdapat contoh teladan yang
baik. Mereka menolak semua yang disembah, atau yang ditaati dalam agama, melainkan
Allah sahaja. Firman Allah,

"Kamu ada teladan yang baik pada Ibrahim, dan orang-orang yang bersama dia, apabila
mereka berkata kepada kaum mereka, 'Kami berlepas diri daripada kamu dan apa yang
kamu sembah selain daripada Allah. Kami tidak percaya kepada kamu, dan antara kami
dan kamu, permusuhan adalah nyata, dan kebencian selama-lamanya, sehingga kamu
mempercayai Allah satu-satunya.'" (60:4)

Selagi manusia tidak percaya kepada Allah satu-satunya, selama itu terbit permusuhan
dan kebencian di kalangan mereka. Lantaran itu, ikutlah agama Nabi Ibrahim yang lurus,
yang percaya kepada Allah satu-satunya.

Anda mungkin juga menyukai

  • Bab 5 - Perakaunan Aset Tetap
    Bab 5 - Perakaunan Aset Tetap
    Dokumen62 halaman
    Bab 5 - Perakaunan Aset Tetap
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    95% (22)
  • Bab 2 - Konsep-Konsep Perakaunan
    Bab 2 - Konsep-Konsep Perakaunan
    Dokumen53 halaman
    Bab 2 - Konsep-Konsep Perakaunan
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    94% (31)
  • Apa Itu Koperasi
    Apa Itu Koperasi
    Dokumen5 halaman
    Apa Itu Koperasi
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    89% (9)
  • Peranan Wang
    Peranan Wang
    Dokumen6 halaman
    Peranan Wang
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    50% (6)
  • PENDAHULUAN
    PENDAHULUAN
    Dokumen4 halaman
    PENDAHULUAN
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    Belum ada peringkat
  • Pen Gen Alan Pen Gurus An
    Pen Gen Alan Pen Gurus An
    Dokumen22 halaman
    Pen Gen Alan Pen Gurus An
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    100% (1)
  • Bab 5 Perancangan 1 Portal
    Bab 5 Perancangan 1 Portal
    Dokumen32 halaman
    Bab 5 Perancangan 1 Portal
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    Belum ada peringkat
  • Akta Koperasi 1993
    Akta Koperasi 1993
    Dokumen162 halaman
    Akta Koperasi 1993
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    100% (3)
  • Pend Koop
    Pend Koop
    Dokumen2 halaman
    Pend Koop
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    Belum ada peringkat
  • Nilai & Prinsip Koperasi
    Nilai & Prinsip Koperasi
    Dokumen10 halaman
    Nilai & Prinsip Koperasi
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    100% (2)
  • Borang Soal Selidik
    Borang Soal Selidik
    Dokumen5 halaman
    Borang Soal Selidik
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    83% (6)
  • Bendera Pelangi Ica
    Bendera Pelangi Ica
    Dokumen8 halaman
    Bendera Pelangi Ica
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    Belum ada peringkat
  • Pejabatrumah 2
    Pejabatrumah 2
    Dokumen11 halaman
    Pejabatrumah 2
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    Belum ada peringkat
  • Bab 5 Perancangan Portal
    Bab 5 Perancangan Portal
    Dokumen15 halaman
    Bab 5 Perancangan Portal
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    100% (3)
  • Bab 15 An 015 Pengedaran
    Bab 15 An 015 Pengedaran
    Dokumen27 halaman
    Bab 15 An 015 Pengedaran
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    100% (13)
  • Koperasi Sebagai Gedung Ilmu
    Koperasi Sebagai Gedung Ilmu
    Dokumen2 halaman
    Koperasi Sebagai Gedung Ilmu
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    100% (4)
  • Bab 3 Perniagaan A 3
    Bab 3 Perniagaan A 3
    Dokumen42 halaman
    Bab 3 Perniagaan A 3
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    67% (3)
  • Garis Belanjawan
    Garis Belanjawan
    Dokumen28 halaman
    Garis Belanjawan
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    Belum ada peringkat
  • 6.E Ordinal
    6.E Ordinal
    Dokumen11 halaman
    6.E Ordinal
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    Belum ada peringkat
  • Bab4 Ordinal
    Bab4 Ordinal
    Dokumen15 halaman
    Bab4 Ordinal
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    Belum ada peringkat
  • ALK Usaha Bangkitkan Kembali Koperasi
    ALK Usaha Bangkitkan Kembali Koperasi
    Dokumen2 halaman
    ALK Usaha Bangkitkan Kembali Koperasi
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    Belum ada peringkat
  • Bab4 - . Perubahan E
    Bab4 - . Perubahan E
    Dokumen12 halaman
    Bab4 - . Perubahan E
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    Belum ada peringkat
  • Bab 4-. E Kardinal
    Bab 4-. E Kardinal
    Dokumen17 halaman
    Bab 4-. E Kardinal
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    Belum ada peringkat
  • 2.2 Penawaran
    2.2 Penawaran
    Dokumen50 halaman
    2.2 Penawaran
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    Belum ada peringkat
  • Bba 2403
    Bba 2403
    Dokumen14 halaman
    Bba 2403
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    Belum ada peringkat
  • Cinta Tak Bersyarat
    Cinta Tak Bersyarat
    Dokumen1 halaman
    Cinta Tak Bersyarat
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    100% (1)
  • Nabi Nuh
    Nabi Nuh
    Dokumen9 halaman
    Nabi Nuh
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    Belum ada peringkat
  • Alhamdulillah
    Alhamdulillah
    Dokumen2 halaman
    Alhamdulillah
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    Belum ada peringkat
  • Nabi Yusuf
    Nabi Yusuf
    Dokumen8 halaman
    Nabi Yusuf
    deny adrianto
    100% (1)
  • Nabi Yahya
    Nabi Yahya
    Dokumen3 halaman
    Nabi Yahya
    FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
    Belum ada peringkat