Anda di halaman 1dari 2

Tarian Piring (Minangkabau: Tari Piriang) merupakan sebuah seni tarian milik orang Minangkabau yang berasal dari

Sumatra Barat. Ia merupakan salah satu seni tarian Minangkabau yang masih diamalkan penduduk Negeri Sembilan keturunan Minangkabau. Tarian ini memiliki gerakan yang menyerupai gerakan para petani semasa bercucuk tanam, membuat kerja menuai dan sebagainya. Tarian ini juga melambangkan rasa gembira dan syukur dengan hasil tanaman mereka. Tarian ini merupakan tarian gerak cepat dengan para penari memegang piring di tapak tangan mereka, diiringi dengan lagu yang dimainkan oleh talempong dan saluang. Kadangkala, piring-piring itu akan dilontar ke udara atau pun dihempas ke tanah dan dipijak oleh penari-penari tersebut. Bagi menambah unsur-unsur estetika , magis dan kejutan dalam tarian ini, penari lelaki dan perempuan akan memijak piring-piring pecah tanpa rasa takut dan tidak pula luka. Penonton tentu akan berasa ngeri apabila kaca-kaca pecah dan tajam itu dipijak sambil menarik.

[sunting] Tarian Piring di Malaysia


Di Malaysia , tarian piring dipersembahkan ketika majlis perkahwinan terutama bagi keluarga berada, bangsawan dan hartawan di sesebuah kampung. Tarian ini biasa dilihat di kawasan Seremban,Kuala Pilah dan Rembau oleh kumpulan tertentu. Ada yang dipersembahkan dengan pakaian lengkap dan pakaian tarian tidak lengkap. Sedikit bayaran akan dikenakan jika menjemput kumpulan tarian ini mempersembahkan tarian piring. 10 - 20 minit diperuntukkan untuk persembahan tarian ini. Tarian piring dan silat dipersembahkan di hadapan mempelai di luar rumah. Majlis perkahwinan atau sesuatu apa-apa majlis akan lebih meriah jika diadakan tarian piring. Namun begitu, segelintir masyarakat tidak dapat menerima kehadiran kumpulan tarian kerana dianggap ada percampuran lelaki dan perempuan. Bagi mengatasi masalah itu, kumpulan tarian disertai hanya gadis-gadis sahaja.
Tahukah anda menurut Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas, Tarian Piring atau dalam bahasa etnik Minangkabau dipanggil Tari Piriang adalah seni tarian milik orang Minangkabau yang berasal dari Sumatera Barat. Ia adalah satu seni tarian Minangkabau yang masih diamalkan penduduk Negeri Sembilan berketurunan Minangkabau. Tarian ini memiliki gerakan menyerupai gerak fizikal petani semasa bercucuk tanam, membuat kerja menuai dan sebagainya. Tarian ini juga melambangkan rasa gembira dan syukur dengan hasil tanaman mereka. Tarian ini adalah tarian gerak cepat dengan barisan penari memegang piring di tapak tangan mereka, diiringi lagu yang dimainkan menerusi alat muzik telempong dan saluang. Kadangkala, piring itu akan dilontar ke udara atau pun dihempas ke tanah dan dipijak oleh penari terbabit. Ada juga mendakwa, Tarian Piring diperkenalkan dari daerah Rawa, Sumatera. Ada juga mengatakan ia berasal dari Solok, Sumatera Barat. Pada kebiasaannya tarian ini dipersembahkan dalam acara majlis perkahwinan, majlis menyambut pembesar negeri, keramaian atau pesta kampung. Tarian ini juga mempunyai pelbagai asas gerakan yang mana disebut juga ayun atau buai. Selain itu, aksi tari ini juga menekankan mimik muka, selain terdapat sepasang cincin yang memiliki dua fungsi iaitu sebagai alat muzik di mana ia berfungsi mengeluarkan bunyi apabila dilagakan kepada pring mengikut rentak gong.

Awalnya tari ini dilakukan sebagai ritual rasa syukur masyarakat setempat kepada dewa kerana mendapat hasil pertanian melimpah ruah. Ritual dilakukan beberapa gadis cantik yang membawa saji dalam bentuk makanan yang diletakkan dalam piring. Si gadis pula didandan hiasan indah lalu mereka membawa makanan dalam piring sambil melangkah dengan gerakan dinamis. Selepas ajaran Islam sampai ke Minangkabau, tradisi tarian piring tetap diteruskan tetapi tidak ada lagi berunsur memuja dewa. Ia hanya ditampilkan sebagai hiburan bagi masyarakat untuk tujuan memeriahkan acara keramaian seperti pesta adat dan majlis pernikahan.

Anda mungkin juga menyukai