Anda di halaman 1dari 10

Pendidikan Dalam Islam: Prinsip dan Cabaran Disediakan oleh: Muhamad Rozaimi bin Ramle1 Calon PhD (Hadith),

Universiti of Jordan

1.0 Pengenalan

Islam merupakan agama yang meraikan setiap lapisan masyarakat. Ini kerana Islam adalah yang universal yang memberikan rahmat kepada seluruh alam. Allah S.W.T berfirman:

[701: ]
Maksudnya: "Tidaklah kami utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada sekalian alam."2

Oleh kerana itu kita dapati Islam mewajibkan setiap penganutnya untuk tidak melakukan kejahatan atau kezaliman kepada mana-mana individu atau haiwan. Nabi S.A.W bersabda:

:, ,
Maksudnya: "Seorang wanita diazab kerana seekor anak kucing yang dikurungnya sehinggakan anak kucing itu mati kelaparan, maka wanita itu pun dimasukkan ke dalam neraka kerananya."3

Tetapi, legasi agama ini tidak akan berlanjutan jika ia dibiarkan tanpa usaha untuk mengamalkannya dan mengembangkannya kepada orang lain. Begitu juga, kecantikan dan keindahan agama ini tidak akan dapat dirasai oleh umum jika ia dibiarkan tersorok tanpa dijelmakan di depan mata. Ia akan jadi seperti 'permata di dalam debu' yang berkilau tetapi kilauannya dilitupi oleh debu.
1

Penulis ialah Pensyarah, Jabatan Pendidikan Islam, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI).


2 3

Surah al-Anbiya': 107 Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Kitab al-Musaqah- al-Sayrb, Bab Fadl Saqy al-Ma', Jld. 2, Hal. 834, Hadis No: 2236.

Justeru, cara yang paling berkesan untuk memastikan legasi ini memahami Islam yang sebenar ialah dengan pendidikan. Sebagai agama yang diturunkan oleh Tuhan kepada sekalian alam, Islam menggariskan beberapa prinsip supaya ia pendidikan yang diberikan kepada manusia itu berkesan.

2.0 Matlamat Pendidikan Dalam Islam Dalam soal akidah dan ibadah, ajaran Islam dilihat begitu terperinci sehinggakan setiap Muslim harus terikat dengan nas-nas agama ketika dia berada dalam kedua bab ini. Tetapi berbeza pula dengan bab muamalat dan adat yang ada kebiasaannya Islam hanyameletakkan prinsip dan kaedah umum. Namun pelaksanaan dan pendekatannya diluaskan sesuai dengan peredaran masa. Berikut adalah matlamat pendidikan Islam:

2.1 Menjadi Khalifah Allah Matlamat sebenar penciptaan manusia di bumi ini ialah untuk menjadi khalifah Allah dengan menegakkan hukum-Nya dan memakmurkan alamNya dengan menggunapakai segala sumber yang ada.4 Kata Imam Ghazali: "Mengajar ilmu itu dari satu aspek adalah ibadah kepada Allah, dari aspek yang lain adalah kerana ingin menjadi khalifah kepada Allah".5

2.2 Beriman Kepada Allah dan Takut Kepada-Nya Allah S.W.T menetapkan di dalam al-Qur'an bahawa ilmu merupakan jalan untuk beriman. Kejahilan pula adalah jalan untuk kufur dan syirik.6 Firman Allah:


Sesungguhnya yang takut kepada Allah dalam kalangan hamba-Nya ialah ulama (orang berilmu). (Fathir: 38)

4 5

Lihat: Syed Qutub, Fi Zilal al-Qur'an, Kaherah: Dar al-Syuruq, Cetakan: 17, 1412H, jld. 1, hal. 56. Al-Ghazali, Abu Hamid Muhammad bin Muhammad, Ihya' Ulum al-Din, Beirut: Dar al-Ma'rifah, t.t, jld. 1, hal. 13. 6 Lihat: al-Qudhah, Syaraf Mahmud, al-Islam wa al-'Ilm, di dalam Majalah Kuliah Syariah dan Undang-Undang, Bil. 14, 1417H, hal. 13.

Justeru, pendidikan Islam perlu meletakkan matlamatnya untuk melahirkan insan yang beriman kepada Allah. Ilmuan yang tidak beriman kepada Allah tiada nilainya bahkan mendapat murka di dunia dan akhirat. Firman Allah:


Maksudnya: "Celakalah ke atas mereka yang menulis al-Kitab dengan tangan mereka kemudian mendakwa ia dari Allah untuk menjualnya dengan harga yang murah, celakalah ke atas apa yang mereka tulis dan celakalah ke atas apa yang mereka usahakan". (al-Baqarah: 79)

2.3 Menimbulkan Kemahuan untuk Beribadat Pendidikan Islam tidak hanya bersifat teori yang tidak dapat diamalkan tetapi ia juga menggabungkan antara teori dan praktikal. Menimbulkan kesedaran semata-mata tidak cukup pada kaca mata Islam. Sebaliknya ia perlu menimbulkan rasa 'mahu' dan 'mampu'. Firman Allah yang bermaksud:


"Katakanlah (wahai Muhammad), bahawasanya setiap daripada kamu (manusia) beramal mengikut kelayakannya, maka Tuhan kamu lebih mengetahui siapa yang lebih mendapat hidayah (dalam kehidupannya)".

Ayat ini menjelaskan bahawa setiap orang perlu melakukan amal, perlu menimbulkan rasa mahu untuk beramal untuk akhiratnya. Renungkan sabda Nabi S.A.W:

, : , , , , : , .

Maksudnya: "Tujuh golongan yang diberikan naungan oleh Allah pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya: Pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa menghabiskan umur mudanya dengan beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya terikat dengan masjid apabila dia keluar daripadanya sehinggalah dia kembali kepadanya, dua orang lelaki yang menjalinkan ukhwah kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah hanya kerana Allah, lelaki yang berzikir kepada Allah ketika berseorangan dan berlinangan airmatanya kerana takut kepadaNya, lelaki yang apabila diajak berzina oleh seorang perempuan yang kaya dan cantik lalu berkata: "Aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam". Dan lelaki yang yang bersedekah lalu tidak dihebohkan sehinggakan tangan kirinya tidak tahu apa yang dikeluarkan oleh tangan kanannya."7

2.4 Memenuhi Kehendak Akal Fikiran Sama ada sedar atau tidak, ilmu merupakan nikmat bagi akal fikiran. Setiap orang yang berilmu akan merasa tenang dengan ilmunya. Justeru, Islam yang merupakan agama bagi sekalian alam tidak sesekali memusuhi ilmu. Islam tidak menghadkan ilmu hanya terbatas kepada pengkajian alQur'an dan Sunah semata. Bahkan Allah menegaskan di dalam al-Qur'an:


Maksudnya: "Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar". (Fussilat: 53)

2.5 Menjamin Kebahagiaan Insan Ajaran Islam bersifat universal. Ia bukan terhad kepada umat Islam sahaja. Ia datang sebagai rahmat kepada semua insan sama ada ia Muslim atau tidak. Lihat sahaja kata-kata seorang yahudi ketika dibicarakan dalam mahkamah Islam apabila Sayidina Ali yang merupakan kahlifah pada
7

Diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi, Kitab al-Zuhd 'an Rasulillah S.A.W, Bab Ma Ja'a fi al-Hub Fillah, Jld. 4, Hal. 598, No. Hadis: 2391. Imam al-Tirmizi berkata: "Hadis ini hasan sahih".

ketika itu mendakwanya mengambil baju besinya tanpa membawa bukti dan kesnya digugurkan:

: " ."
Maksudnya: "Seorang Amirulmukminin membawaku kepada hakim kaum Muslimin, kemudian hakim tersebut menghukumnya dengan membuang kes tersebut (kerana tiada bukti), maka benarlah engkau wahai Amirulmukminin, sesungguhnya ia adalah baju besimu yang terjatuh dari untamu, lalu aku ambil. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad Rasulullah".8

3.0 Kaedah Pendidikan Dalam Islam 3.1 Pendidikan Melalui Teladan Inilah yang dinamakan lisan al-hal yang bermaksud perbuatan dan sikap lebih diperhatikan waktu ini daripada lisan al-maqal. Pendidik seharusnya mempunyai akhlak yang baik. Jika tidak didikan yang ingin disampaikan tidak berkesan. Perkara ini sebenarnya telah diceritakan sendiri oleh Nabi S.A.W ketika baginda remaja lagi apabila beliau teringin untuk pergi ke pesta bersempena upacara perkahwinan Qurasy. Keinginan Nabi S.A.W ini untuk menyertai pesta ini berlaku sebanyak dua kali ketika baginda belum diutuskan menjadi nabi. Tetapi keinginan ini terhalang apabila Allah menidurkan Nabi S.A.W sehingga tamat pesta tersebut.9 AlSalabi mengatakan bahawa antara sebab Allah S.W.T menidurkan baginda ialah kerana ingin memeliharanya daripada segala perkara yang tidak sesuai dengan peranan dakwah baginda.10 Ini adalah untuk kepentingan

Al-Asbahani, Abu Nu'aim Ahmad bin Abdillah, Hulyat al-Awliya', Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi, Cetakan: 4, 1405H, jld. 4, hal. 140. 9 Lihat: al-Hakim, al-Mustadrak 'ala al-Sohihain, Jld. 4, Hal. 395. Imam al-Hakim berpendapat bahawa hadis ini bertaraf sahih mengikut syarat Imam Muslim dan dipersetujui oleh Imam al-Zahabi. 10 Lihat: al-Salabi, Ali Muhammad, al-Sirah al-Nabawiyyah: 'Ard Waqai' wa Tahlil Ahdath, t.p, t.t, Jld. 1, Hal. 75.

dakwah Nabi S.A.W sendiri agar masyarakat tidak memandang dengan dakwahnya apabila baginda membawa ajaran Islam.

Selain itu, bukti yang lebih jelas yang menunjukkan ketinggian akhlak baginda ialah apabila beliau dipinang oleh Khadijah kerana terpesona dengan akhlak baginda di dalam menguruskan perniagaannya.11

3.2 Pendidikan Melalui Nasihat Pelbagai cara nasihat ditunjukkan oleh Nabi S.A.W ketika mendidik sahabatnya. Baginda menggunakan kaedah penceritaan, teguran, berjenaka dan berbagai-bagai lagi. Ini semua dipraktikkan supaya ia dapat menarik minat orang yang belajar. Lihat sahaja hadis berikut:

: : : :
12

Maksudnya: Kata Ibn Mas'ud: Rasullullah S.A.W melukis satu garisan (lurus), kemudian baginda berkata: Ini adalah jalan Allah. Kemudian baginda melukis garisan yang banyak di kiri dan kanan garis lurus tadi lalu berkata: Ini adalah jalan-jalan yang setiap daripadanya ada syaitan yang menyeru kepadanya. Baginda seraya membaca ayat: Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) menceraiberaikan kamu dari jalan Allah.

11

Lihat: al-Khudri Bik, Muhammad, Nur al-Yaqin, Suntingan: Abdullah 'Ata Umar, Jordan: Dar alFikr, Cetakan Pertama, 2002. Hal. 13. 12 Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, jld. 1, hal. 435. Dinilai hasan oleh Syuaib al-Arnaut.

Lihat sahaja bagaimana Nabi S.A.W mempelbagaikan kaedah pengajaran kepada sahabatnya dalam hadis ini sehingga baginda menggunakan lukisan untuk menjelaskan sesuatu.

3.3 Pendidikan Melalui Ganjaran dan Hukuman Sifat manusia tidak boleh lari dari inginkan ganjaran dan bencikan hukuman. Oleh itu, Islam sentiasa mengajar manusia konsep ganjaran ke atas amalan baik yang dilakukan dan ia juga memberi amaran kepada mereka yang melakukan kesalahan. Sabda Nabi S.A.W:

.
Maksudnya: Ajarkan anak-anakmu bersolat ketika mereka berumur 7 tahun, pukul mereka jika tidak melakukan solat apabila mencapai umur 10 dan asingkan-asingkan mereka dari tempat tidur.13

Cuma perlu dipastikan bahawa hukuman ini perlu dilakukan dalam etika yang ditetapkan dan perlu memenuhi prosedurnya.

3.4 Pendidikan Berbentuk Motivasi Yang dimaksudkan dengan motivasi ialah memberi harapan dan peluang kedua kepada mereka yang telah tersasar dan tersalah memilih jalan hidup. Terlalu dalil dalam al-Qur'an mahupun Sunah yang berbentuk motivasi kepada orang mukmin yang telah melakukan dosa. Begitu juga dengan pendidik, mereka harus menjadi seorang motivator yang baik kepada pelajar. Firman Allah S.W.T:

13

Diriwayatkan oleh Abu Daud, Kitab Solat, Bab Bila Diperintahkan Anak Solat, jld. 1, hal. 185. Dinilai sahih oleh Albani.


Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa.

(33)
Maksudnya: Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa apa yang mereka katakan itu akan menyebabkan engkau (wahai Muhammad) berdukacita; (maka janganlah engkau berdukacita) kerana sebenarnya mereka bukan mendustakanmu, tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat keterangan Allah (disebabkan kedegilan mereka semata-mata).

Dan demi sesungguhnya, Rasul-rasul sebelummu pernah juga didustakan, maka mereka sabar terhadap perbuatan orang-orang yang mendustakan mereka dan menyakiti mereka, sehingga datanglah pertolongan Kami kepada mereka; dan sememangnyalah tiada sesiapa pun yang dapat mengubah Kalimah-kalimah Allah (janji-janjiNya); dan demi sesungguhnya, telah datang kepadamu sebahagian dari khabar berita Rasul-rasul itu. (al-An'am: 33-34)

4.0 Cabaran Pendidikan Islam 4.1 Dualisme Dalam Sistem Pendidikan Islam adalah agama yang memberikan kebebasan kepada umatnya untuk meneroka ilmu pengetahuan daripada segenap sudut. Allah berfirman:


Maksudnya: Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Dalam ayat di atas Allah menjelaskan bahawa pancaindera yang dibekalkan kepada manusia adalah untuk mencari ilmu. Pendengaran digunakan untuk mendengar khabar sama ada berbentuk berita termasuk juga wahyu. Penglihatan pula digunakan untuk melakukan eksperimen. Akal pula untuk merumuskan natijah.14 Ini bermakna manusia perlu menggunakan kedua-dua metod yang ada iaitu wahyu dan eksperimen. Ini kerana kedua-dua sumber ilmu ini terhad dan ia melengkapi antara satu sama lain.

Berbeza dengan sistem pendidikan barat, ia didasari oleh metod empirikal semata-mata tanpa bimbingan wahyu. Bagi mereka sains sematamata adalah bukti yang konkrit manakala wahyu yang bersifat ghaib adalah tidak saintifik.15

Kedua-dua metod ini saling bercanggah antara satu sama lain dan kedua-dua metod ini sebenarnya diaplikasikan di kebanyakan negara-negara Islam. Ia akan menimbulkan keraguan dalam kalangan pelajar Muslim khusunya apabila berdepan dengan situasi di mana teori sains bercanggah dengan ajaran wahyu.

14 15

Lihat: al-Qudhah, al-Islam wa al-'Ilm, hal. 10. Muhammad Mumtaz Ali, Issues in Islamization of Knowledge, Kuala Lumpur: Thinker's Library, 2009, hal. 29.

4.2 Kekurangan Tenaga Mahir 4.2.1 Kekurangan Kemahiran Ilmu Alat Tidak dinafikan bahawa penglibatan NGO dan gerakan dakwah dalam menyumbang kepada pendidikan Islam di Malaysia adalah suatu yang dibanggakan. ABIM, JIM, PAS lain-lain telah menunjukkan prestasi yang baik dalam memberikan perkhidmatan pendidikan.16 Tetapi cabaran yang harus dihadapi oleh mereka ialah memberikan latihan keguruan kepada guruguru institusi mereka.

4.2.2

Kekurangan Kemahiran Ilmu Teras Terdapat juga beberapa golongan yang tidak menguasai ilmu teras dalam pengajian Islam tetapi mahu menjadi guru. Ini juga menjadi masalah yang perlu diselesaikan. Terdapat dalam kalangan mereka sebenarnya tidak berminat untuk menjadi guru tetapi sebaliknya menjadi guru hanya kerana terpaksa disebabkan tidak mendapat peluang pekerjaan yang lain.

4.3 Kekurangan Dana Kekurangan dana juga menjadi masalah yang besar yang dihadapi oleh pengendali institusi pendidikan Islam swasta. Tambahan pula apabila kerajaan memberhentikan bantuan per kapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) pada suatu ketika dahulu.17 Ada beberapa sekolah yang terpaksa ditutup kerana kekurangan dana. Tetapi kerajaan mula memberi semula bantuan di bawah Skim Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

16

Lihat: Badlisham Mohd Nasir, Pendidikan Dalam Gerakan Islam di Malaysia, Dlm. Journal of Islamic and Arabic Education, Bil. 2 (1), 2010, hal. 5. 17 Ibid, hal. 9.

10

Anda mungkin juga menyukai