Anda di halaman 1dari 6

BUNGA SERIBU KHASIAT

TENTANG SAFFRON Saffron berasal dari perkataan Arab bermaksud kuning ( yellow ), sejenis tumbuhan herba daripada kumpulan eloridaccesi adalah antara khazanah alam termahal di dunia. herba yang digelar 'Emas Padang Pasir' ( Gold of the Desert ) juga dikenali sebagai 'Spice King', 'Spice Queen', 'Vegatable Gold', dan 'Flower of Love' . Ianya memang terkenal dengan khasiat serta kuasa pengubatnya ( excellent stimulant ) sejak dari dulu lagi. Justeru itu disamping warnanya yang cukup menarik serta baunya yang harum maka ianya digunakan secara meluas dalam pemakanan, kecantikan dan perubatan. Tumbuhan dengan nama saintifiknya 'Crocus Sativus Linneaus' telah dikenali ramai sejak ribuan tahun dahulu sebagai rempah ( spice ) yang paling benilai dan berharga. Ianya telah digunakan di seluruh dunia terutamanya di Timur Tengah, India dan negara-negara Eropah. Lebih dari 60 negara di dunia mengenali saffron dengan sebutannya yang berlainan seperti Parsi : 'Za'afaran' , Jepun : 'Safuran' , Hindi : 'Kesar' , China : 'Fan Hong Hua' , Tamil : 'Kungumappu' dan Bahasa Melayu 'Koma- Koma' . Tiada tarikh yang tepat bilakah bermulanya penanaman saffron, tetapi ianya dipercayai telah mula ditanam sejak zaman pra-sejarah Greek ( Prehistoric Greek ). Kini saffron banyak ditanam di Barat Mediterranian ( Sepanyol ) sehingga ke Asia ( India dan China ). Ianya juga telah mulai ditanam di Australia, AS dan Amerika Selatan ( Mexico dan Argentina ). Hari ini negara pengeluar-pengeluar utama saffron adalah Iran, Greece, Sepanyol, India, Morocco, Turki dan Itali. Lebih dari 85 peratus ( kira-kira 400 tan metrik ) pengeluaran saffron dunia datangnya dari negara-negara tersebut. Manakala pengimport saffron terbesar dunia adalah negara Jerman, Itali, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jepun dan Korea Selatan. Dianggarkan lebih dari 1400 spesis bunga saffron di seluruh dunia. India ( Jammu dan Kashmir ) adalah negara yang menghasilkan kualiti saffron terbaik di dunia ( sejarah menyatakan di wilayah ini bermulanya era penanaman saffron ). Sekuntum bunga saffron mengeluarkan 3 stigma berwarna merah dan dipetik pada musim luruh. PDianggarkan lebih dari 1400 spesis bunga saffron di seluruh dunia. India ( Jammu dan Kashmir ) adalah negara yang menghasilkan kualiti saffron terbaik di dunia ( sejarah menyatakan di wilayah ini bermulanya era penanaman saffron ). Sekuntum bunga saffron mengeluarkan 3 stigma berwarna merah dan dipetik pada musim luruh. Penuaian dilakukan sebelum terbitnya matahari bagi memastikan kesegarannya. Proses pengutipan, pengasingan, pengeringan, penyimpanan serta pembungkusan semuanya menggunakan tangan. Untuk mendapatkan sekilogram saffron kering lebih dari 150 ribu kuntum bunga diperlukan. Sebagai tanaman terapi, saffron kaya dengan karbohidrat, minerals, mucilage serta vitamin B1 dan B2 ( riboflavin dan tiamin ), disamping banyak lagi bahan lain yang berkhasiat farmaseutikal yang cukup tinggi. Struktur asas saintifik saffron, crocin menghasilkan warna, picrocrocin menghasilkan citarasa dan safranal menghasilkan aroma. Antara keistimewaannya, saffron boleh membantu proses penghadaman, menguatkan ingatan, agen anti barah, merawat amenia ( kekurangan zat besi ), mengawal tekanan darah dan kolesterol, mengurangkan risiko serangan penyakit jantung, melancarkan pengaliran darah (haid ), merawat penyakit saraf, keletihan, sembelit, bisa-bisa sendi, merawat penyakit saluran kencing ( renal colic ), kesuburan ( fertility ), menambah selera makan untuk kanak-kanak ( increase appetite ) dan ia turut digunakan sebagai perangsang tebaga batin dan penenang ( sedative ).

Saffron adalah antara rempah yang unik kerana citarasa, aroma dan kandungan warnanya boleh larut di dalam air. Selain digunakan di dalam perubatan Yunani dan Ayurveda di India untuk merawat pelbagai penyakit seperti arthritis, sehinggalah kepada mati pucuk dan ketidaksuburan, masyarakat India terutamanya wanita menggunakan saffron selepas tempoh bersalin bagi tujuan menguatkan rahim dan melancarkan perjalanan darah. Golongan bangsawan di zaman dahulu menggunakan larutan saffron sebagai topeng muka untuk menghilangkan ruam dan jerawat. Wanita zaman sekarang menggunakan saffron sebagai bedak asas. Ia bukan sahaja membuatkan kulit bertambah lembut malah semakin licin dan cerah. Dengan kandungan saffron yang mempunyai kuasa penenang semulajadi, maka di Timur tengah saffron telah dijadikan sebagai minyak wangi yang dipanggil Zaafran Attar. Ianya juga turut digunakan sebagai pewangi di dalam jenama minyak wangi ( perfume ) antarabangsa yang lain. Pada masa ini saffron turut dijadikan bahan asas dalam pembuatan bahan dalam pembuatan bahan penjagaan tubuh seperti sabun, losyen dan sebagainya. Saffron juga sering dijadikan ramuan penting dalam masakan. Di dalam hidangan Timur Tengah, Eropah, India dan Malaysia, saffron banyak digunakan di dalam nasi, teh, kopi, dan makanan pencuci mulut ( desert ). Didalam industri tenusu saffron juga memberikan warna yang cantik kepada mentega dan keju serta digunakan didalam pembuatan aiskrim, jem dan extract saffron. Selain menaikkan aroma, ia juga memberikan kebaikan dari segi kesihatan. Bagi mereka yang ingin mengamalkan saffron didalam pemakanan seharian, seeloknyaa diminum pada waktu pagi dan malam. Masukkan tiga helai / urat saffron ke dalam secawan atau segelas air panas dan nikmati kesegaran serta aromanya. Amalkan setiap hari sebagai minuman rutin. Dengan pengambilan tetap minuman ini pada setiap hari dalam jangka masa tertentu akan membolehkan tubuh untuk membina daya ketahan terhadap pelbagai penyakit. InsyaAllah. Selamat mencuba

APAKAH ITU ZAFARAN? ZAFARAN iaitu Saffron atau nama saintifiknya Crocus Sativus adalah sejenis tumbuhan herba yang hanya boleh didapati di beberapa buah negara sahaja iaitu di Iran dan Sepanyol serta sedikit ditanam di Kashmir. Ianya merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai King of Spices. Stigma bunga Zafaran ini juga telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di negaranegara Timur Tengah. Selain untuk melazatkan makanan, ianya juga dianggap bahan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi, bahan pewarna dan lain-lain. Kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin. Zafaran adalah herba yang digunakan semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai kaedah penggunaannya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab tua serta kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagai herba ajaib bagi sesetengah pengamal perubatan Islam kerana kelebihan dan keistimewaannya yang tinggi dan tersendiri.

Harganya di Malaysia adalah sangat tinggi iaitu mencecah di antara RM10,000.00 hingga RM22,000.00 berdasarkan grednya. KHASIAT ZAFARAN (Berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam & maklumat internet) Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema Sakit kepala atau migrane dan asma Muntah-muntah, penyakit buah pinggang Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia) Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh Bengkak hati atau hipatitis A dan B Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut Menambahkan tenaga zahir dan batin Masalah mati pucuk, sembelit Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak Awet muda dengan kulit cerah dan bersih Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insya Allah Zafaran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai King Of Spices . Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Zafaran sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama Ali , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan: Maksudnya: Sesiapa yang mengambil sebahagian Zafaran tulen dan Sudun satu bahagian dicampurkan dengan asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir. KEISTIMEWAAN ZAFARAN ZAFARAN adalah salah satu bahan rempah yang termahal didunia. Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Timur Tengah seperti India yang menggunakannya sebagai bahan asli untuk melazatkan masakan atau sebagai pewarna dan dianggap bahan terbaik untuk kesihatan. ZAFARAN banyak digunakan sebagai bahan perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi bermutu tinggi (Flavoured Tobacco), untuk industri pemakanan, pewarna dan lain-lain kegunaannya. KEISTIMEWAAN DAN KHASIAT ZAFARAN

1. DARI SEGI PERUBATAN Dios Cerides seorag doktor bangsa Greek dari UK menganggap ZAFARAN mempunyai nilai perubatan seperti HIPPOCRATES, TEOFAOTO, GALENO dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai bahan pembuka selera, membantu mengurangkan masalah ketidak hadaman makanan dan memberi manfaat kepada bayi & kanak-kanak. Malah pada masa kini di INDIA, ianya digunakan sebagai penyembuh masalah pencernaan. Hasil kajian telah mendapati bahawa ZAFARAN kaya dengan vitamin B2 dan Riboflavin. Kajian oleh Allan Conney (New Jersey) pula bahaw ZAFARAN dapat mengelakkan system pencernaan daripada kanser (Le Fiigaro Magazine 23/12/1994) Di Eropah ZAFARAN bayak digunakan di farmasi dan homeopathy sebagai bahan penenang kepada masalah jiwa yang tertekan. Kini ZAFARAN digunakan dalam membuat minuman pencernaan di mana warnya yang keemasan itu di manfaatkan. Di Mesir, ZAFARAN telah dikenali semenjak 1500 tahun sebelum masihi (1500 BC) sebagai tumbuhan yang berguna untuk kesihatan seperti HIPPOCRATES, TEOFAOTO, GALENO dan lain-lain therapist menganggapnya sebagai: Membantu pencernaan makanan Menghindarkan batuk dan radang paru-paru Mengurangkan maslah tidak boleh tidur malam Memberi ketenangan kepada kanak-kanak waktu tumbuh gigi Membantu mengeluarkan angin yang terkumpul di sistem pencernaan perut Air anti spashodic ZAFARAN telah digunakan semenjak beribu tahun dahulu oleh therapist dan pengusahapengusaha perubatan herba sebagai ramuan ubat seperti: Melancarkan haid yang tidak menentu Awet muda dan menambah tenaga zahir dan batin Baik untuk sakit kepala bila ditampal di kepala Membantu menenangkan jiwa yang tertekan Di negaranegara Asia larutan ZAFARN digunakan untuk membuat alat solek yang paling mahal serta kemampuannya merawat jerawat atau penyakit kulit yang lain dengan berkesan. Pada zaman silam ianya hanya terhad kepada wanita golongan di raja kalangn bangsawan dan saudagar. ZAFARAN bukan sahaja melicinkan kulit malah boleh membuatkan kulit cerah, sebab itulah di India terutamanya, wanita yang mengandung biasanya membubuh dua tiga urat filamen daripad ZAFARAN tersebut ke dalam susu dan diminum. 2. UNTUK MASAKAN ZAFARAN telah menjadi bahan terpenting dalam masakan antarabangsa. Di India ZAFARAN mempunyai banyak kegunaan di dalam nasi, minuman dan pencuci mlut. Di Negara Teluk, tetamu dihidangkan dengan minuman di mana campurannya ialah kopi ZAFARAN dan sejenis rempah (cardamurui) serta dihidangkan bersama ZAFARAN. Sirap yang menyegarkan juga di sediakan dengan ZAFARAN. Di Sepanyol sejenis masakan yang menggunakan ZAAFARAN Spanish Cuisine sangat terkenal diseluruh dunia. Biasanya pelawat

atau pelancong yang datang ke Sepanyol tidak akan meninggalkan negara tersebut sebelum menjamah Spanish cuisine tersebut. Penggunaan meluas ZAFARAN di Sepanyol sebagai ramuan masakan boleh digambarkan dengan di beberapa buah buku masakan silam seperti Libro Del Arte De Cocina (1599 Ad) De Diego Granado, Libro De Paste Leria (1611 Ad) Di Itali Rissoho A La Milanese adalah makanan termasyhur. Di Sweden terdapat hidangan menyambut tetamu dengan menghidangkan Cake Zafaran. Di Jepun penggunaan ZAFARAN juga bertambah dan mereka juga gemar memakan ikan yang dihidangkan secara mentah bersama ZAFARAN kerana ianya menambahkan lagi kelazatan ikan tersebut dan mengeluarkan warna keemasan pada daging ikan tersebut. 3. UNTUK MINYAK WANGI Di timur tengah selain berkhasiat menyembuhkan sakit kepala, ianya juga digunakan sebagai minyak wangi berjenama ATTAR yang dipanggil ZAFARAN ATTAR ianya mengeluarkan jenama bertaraf antarabangsa. 4. INDUSTRI TENUSU ZAFARAN telah memberikan warna yang cantik dan menyerikan mentega dan keju. Ianya juga menambahkan kelazatan dan Zafaran juga digunakan dalam membuat ais krim. 5. TEMBAKAU BERPERISA Kebanyakan di India di mana mereka menggunakan tembakau berperisa Zafaran yang dipanggil Zafarn Zarda. Ianya menjadi sungguh enak. 6. INDUSTRI MAKANAN Telah digunakan secara meluas termasuk makanan yang telah diproses. 7. BAHAN PEWARNA Catatan sejarah menunjukkan bahawa banyak bangsa di dunia menggunakan ZAFARAN yang keemasan sebagai bahan penyeri kulit seperti bangsa Irish, India, Jepun dan lain-lain serta pakaian. Sehingga sekarang sami-sami buddha masih menggunakan ZAFARAN sebagai bahan pewarna bagi kain selempang yang mereka gunakan serta di dalam lukisan-lukisan mereka. 8. POKOK ZAFARAN

Zafaran dalah sejenis pokok herba dari Loridacces dengan ketinggian 10 hingga 30 cm.

Bunga Zafaran mempunyai 3 kelopak bunga dan 3 kelopak daun yang berwarna unggu. Adalah sangat menarik diketahui hanya 5 hingga 7 kilogram Zafaran kering yang dapat diperolehi dari satu hektar tanah. Zafaran tergolong antara bahan yang termahal di dunia. Zafaran mempunyai khasiat dan nilai komersial yang tinggi. Kajian saintis membuktikan bahawa Zafaran berpotensi digunakan sebagai salah satu eleman penting dalam penghasilan produk kecantikan kulit. Penggunaan Zafaran bukan sahaja dapat mencerahkan kulit, sekaligus dapat melembutkan kulit. Bagi anda yang mengidamkan kulit yang cerah, Zafaran adalah jawapannya. Bagi ibu-ibu mengandung Zafaran dapat mempengaruhi kecantikan kulit bayi dalam kandungan. Ujian klinikal mengesahkan bahawa ekstrak Zafaran mempunyai nilai perubatan. Zafaran berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung serta melancarkan sistem respirasi. 9. KESESUAIAN FARMASIUTIKAL Seperti lain-lain rempah, Zafaran juga terkenal dengan kelebihan farmasiutikal dari zaman dahulu dan daripada penyelidikan sains moden, dari segi kegunaannya di dalam ubatan tradisional dan herba. Kini, Zafaran juga digunakan dalam menghasilkan ubatan menggantikan bahan kimia. Kajian membuktikan bahawa Zafaran adalah bahan terpenting untuk ubatan kimia dan akan menjadi satu revolusi di dalam industri farmasiutikal.

Anda mungkin juga menyukai