Anda di halaman 1dari 9

Kayu Manis - Cinnamon

Kulit kayu manis dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Cinnamomum zeylanicum dan berasal
dari keluarga Lauracea. Ia juga dikenali sebagai : Jou Kuei, Yuk Gwai, Illavangam.

Didalam masakan ianya banyak digunakan sebagai penumis untuk kari,rendang dan sebagainya

Didalam perubatan ianya berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi megubati
selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Amalan
membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk
meredakan sakit itu. Kesannya lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras. Kedua-dua
herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi
mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang
berpunca daripada kesejukkan. Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh
kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan
dibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati
sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau

Ketumbar - Coriander
Daun Ketumbar dikenali di barat sebagai Cilantro. Kadang-kadang ia juga dipanggil Chinese Parsley.
Daun dan biji Ketumbar menyumbang kebaikan yang hampir serupa dari segi perubatan terutama
dalam membantu meredakan ketidakhadaman dan mencegah infeksi pada luka.

Biji Ketumbar telah ditemui dalam kubur Firaun di Mesir. Ia dipercayai digunakan bagi mencegah
ketidakhadaman oleh simati ketika berada dalam alam baru. Beberapa hasil kajian memang didapati
menyokong kegunaan ketumbar untuk meredakan sakit perut yang dialami samada oleh orang
dewasa atau kanak-kanak. Selain itu ketumbar boleh digunakan untuk mereka yang mengalami perut
berangin dan diarea.

Orang Rom purba dikatakan telah menggunakan daun dan biji ketumbar untuk mengawet daging.
Oleh itu ia boleh digunakan untuk mencegah atau meredakan infeksi pada luka. Ini kerana ketumbar
memiliki beberapa jenis fitokimia yang berupaya membunuh bakteria dan virus. Untuk mencegah
infeksi, cuci luka kecil dengan cuka epal yang dicairkan dengan air, kemudian pupuk serbuk biji
ketumbar pada tempat berkenaan.

Kegunaan Terapeutik:

Kegunaan tradisional : masalah penghadaman, hidung tersumbat, perut berangin, infeksi luka,
kencing manis, darah tinggi, arthritis.

Daun dan biji ketumbar memiliki kesan anti-keradangan. Mereka yang mengalami arthritis biasanya
mengalami rasa sakit yang berpunca dari keradangan. Daun dan biji ketumbar boleh diambil bagi
meredakan keradangan tersebut.

Buah Pelaga-Cardamon
Buah Pelaga atau "Cardamom" mempunyai rasa dan aroma yang harum dan segar. Selain daripada
penggunaannya dalam resepi masakan, masyarakat Arab di Timur Tengah menggunakan serbuk
Pelaga sebagai penambah perisa di dalam minuman kegemaran mereka seperti kopi, teh dan sirap.
Pelaga merupakan rempah yang paling bernilai di dunia selepas Za’faran. Selain dari menambahkan
rasa di dalam masakan atau minuman kegemaran. Pelaga secara tradisi digunakan untuk pelbagai
tujuan perubatan seperti :

 Membantu penyembuhan ‘halitosis’ (nafas berbau) serta menguatkan gusi.

 Sangat bermanfaat bagi mereka yang mengidap penyakit asma, bronchitis dan pelbagai
penyakit yang berkaitan dengan alahan pernafasan.

Jintan Manis-Fennel

Jintan manis merupakan sejenis rempah yang selalu digunakna didalam masakan seprti kari, rendang
dan lain lain. Nama sains jintan manis adalah Pimpinella anisum.

Jintan manis banyak khasiatnya. Ia dapat melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran
keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ia juga boleh digunakan dalam
bentuk serbuk dan disapu di sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.Selain itu juga,jintan
manis ini dapat membuang lemak di pangkal peha dengan cara rebus jintan manis dengan 5 cawan air
sehingga mendidih,selepas itu biarkan sejuk.Amalkan meminum air rebusan jintan manis ini pagi dan
petang selama empat minggu.

Jintan Putih-Cumin
Jintan putih adalah rempah yang aromatik dengan rasa pahit dan bau yang suam, disebabkan oleh
kandungan minyaknya yang banyak. Name Saintifiknya Cuminum cyminum dan nama Inggerisnya
Cumin, Jintan putih adalah buah kering kecil dari pokok yang berasal dari keluarga pasli. Dalam
masakan Melayu, ia sering diguna bersama jintan manis.

Jintan putih digunakan dalam masakan yang mempunyai kandungan rempah yang banyak. Ia
merupakan salah satu bahan di dalam serbuk kari dan serbuk campuran rempah lain. Ia digunakan
dalam masakan stew dan panggang – terutamanya masakan kambing dan ayam. Ia menambah rasa ke
dalam masakan nasi biasa, kekacang dan kek. Untuk mendapatkan rasa dan aroma sepenuhnya,
panggang jintan putih secara perlahan dan sekejap sebelum mencampurkannya ke dalam resipi.

Bunga Cengkih-Clove

Cengkih (bahasa Inggeris: Clove, nama saintifik: Syzygium aromaticum; Eugenia aromatica)
merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Ia
terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia.

Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan.

Pokok Cengkih di Lindungan (Protectorate) Zanzibar, yang merupakan asas ekonomi pulau tersebut,
dan merupakan sembilan per sepuluh bekalan dunia, kini diancam penyakit mati mengejut. Pada
tahun 1950, ia kini dianggarkan sekurang-kurangnya separuh pokok cengkih di Pulau Zanzibar
telahpun mati akibat penyakit mati mengejut, dan di pulau Pemba terdapat sekurang-kurangnya dua
ribu wabak. Pokok tersebut kini semakin merebak semakin luas sejak tarikh tersebut

Bunga cengkih mengeluarkan aroma, digunakan sebagai rempah dalam beberapa jenis masakan dan
ia boleh juga dimakan bersama daun sirih bagi menambah rasa manis dan lebih enak. Minyak cengkih
digunakan dalam perusahaan membuat ubat-ubatan dan minyak wangi. Di sesetengah negara seperti
Indonesia, cengkih dicampurkan dengan tembakau dalam rokok.
Buah Keras-Candlenut

Buah keras kerap didapati dalam masakan Indonesia dan Malaysia. MenpunyaiNama Saintifik:
Aleurites moluccanus dan didalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Candlenut. Ianya digunakan untuk
rasanya dan sebagai pemekat kuah. Ia selalunya dikisar menjadi pes bersama rempah lain untuk
memekatkan dan menyedapkan rasa masakan berkari. Buah keras harus dimasak sebelum dimakan,
kerana ia tinggi kandungan toksik apabila mentah.

Di luar Asia Tenggara, kacang macadamia kadang-kala digunakan sebagai ganti buah keras, kerana ia
mengandungi kandungan minyak dan tekstur yang sama apabila ditumbuk. Walaubagaimanapun,
rasanya berlainan kerana buah keras lebih pahit.

Daun Kari- Curry Leaf


Daun kari selain dari digunakan didalm masakan ia mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan
digunakan dengan meluas dalam perubatan India.Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut
dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masaalah penghadaman.Ia juga boleh digunakan
sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.Jus daunnya yang segar dicampur
dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat
makan lemak yang berlebihan.

Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.jus daun
kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.Air
rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes.Amalan memakan 10
helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan
oleh keturunan dan kegemukan.Selain dari itu daun kari juga dapat mencegah uban. Amalan
memakanya tidak perlu direbus kerana akan mematikan kandungan enzim dan menjadi tidak
berkesan. Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan
digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.Daunnya yang dihancurkan dan
dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada
bahagian yang sakit itu.

Biji Sawi-Mustard Seeds

Biji sawi atau didalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Mustard Seeds, sering dicampurkan bersama
rempah ratus ke dalam masakan sebenarnya memiliki kelebihan yang tidak diduga jika dibandingkan
dengan kekerdilan saiz bijian itu.

Menurut Imam Abu Hanifah, biji sawi boleh menyembuhkan penyakit serta menghilangkan kesan
penyakit. Kenyataan ini diceritakan oleh Rasulullah SAW. Hadis daripada Ibnu Abbas daripada
Rasulullah SAW sesungguhnya baginda bersabda," Apakah dua perkara yang dapat menyembuhkan
sesuatu? lalu baginda menjawabnya sendiri: biji sawi dan sifat sabar". Wujud percanggahan di antara
ulama tentang kesahihan hadis ini, ramai yang mengatakan ia sebuah hadis dhaif. Namun begitu Ibnu
Taiyim seorang ulama yang pakar perubatan telah menghuraikan khasiat-khasiatnya di dalam kitab
Ath-Thibbun Nabawi :-

01. Memanaskan tubuh badan


02. Melawaskan perut dan melicinkan salur tahi perut
03. Mengeluarkan cacing daripada perut

Bunga Lawang - Star Anise

Bunga Lawang merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Nama cina
bagi bunga lawang ialah bat gok dan ba jiao membawa maksud segilapan atau oktogon bersesuaian
dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak. Bunga lawang mempunyai bau wangi
dan kuat. Ia mula diperkenalkan di Eropah pada awal kurun dan 17 dan mula menjadi popular
semenjak itu.

Minyak yang terhasil dari proses ekstrak wap dijadikan bahan perasa dalam minuman.Bunga lawang
sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil.Tinggi
pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning. Ia
membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya
matahari.

Bunga lawang dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan sama seperti kulit kayu manis dan
bunga cengkih. Untuk kegunaan perubatan pula di Asia ia digunakan untuk mengubati colic (angin)
dan rheumatik (sakit sendi). Ia juga biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh.Teh dari bunga
lawang juga boleh dijadikan ubat batuk. Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala muntah dan loya
bagi ibu mengandung.

Lada Hitam - Black Pepper


Di dalam sebuah artikel mengenai Khasiat Lada Hitam, Dr. Ramli Abdul Karim telah menulisdigunakan
dengan meluas. - Ia dikenali oleh masyarakat di seluruh dunia sama ada sebagai ramuan masakan,
perisa dan sos. - Lada hitam atau nama saintifiknya Piper nigrum L. dari keluarga Piperaceae dikenali
dengan nama yang hampir serupa di kebanyakan negara Barat iaitu berdasarkan sebutan
PEPPER. Orang Belanda memanggilnya peber manakala di Perancis (poivre), Jerman (pfeffer), Greek

(piperi), Itali (pepe), Norway (pepper), Romania (piper), Sweden (peppar) dan Turki (biber). Dalam
bahasa Thai, lada hitam dipanggil prik thai, Tamil (milagoo), Vietnam (hat-tieu), Punjabi (kali marich),
Jepun (koshou), Hindi (gol mirch) dan Laos (mak phik noi). Tumbuhan itu dikatakan berasal dari
Malabar di pantai barat India Selatan yang hari ini terletak dalam negeri Kerala. - Di Asia Tenggara,
lada hitam dikatakan telah tumbuh di Malaysia dan Indonesia sejak 2,000 tahun lalu. - Selain lada
hitam Malabar dan Tellicherry dari India serta Belem dari Brazil, lada hitam Sarawak ialah antara yang
paling bermutu dan cukup terkenal di serata dunia.

Walaupun ia lebih meluas penggunaannya dalam masakan dan makanan, namun

lada hitam juga mempunyai khasiat dan kegunaan dalam perubatan berasaskan herba.

Buah lada hitam boleh mengubati pening kepala, cirit-birit dan melawaskan kencing manakala
daunnya pula merawat demam. Buah lada hitam muda yang telah dibersihkan perlu direbus terlebih
dahulu sebelum airnya diminum. Bagi mengubati demam, daun pokok lada hitam perlu ditumbuk
hancur dan kemudian ditampalkan atau diikat pada dahi.

Halba-Fenugreek
Halba digunakan sebagai membantu penghadaman. Halba juga digunakan sebagai galactagogue (agen
pengeluaran susu) oleh ibu yang menyusu untuk menambah susu yang kekurangan bekalan. Kajian
telah menunjukkan halba adalah pemangkin pengeluaran susu ibu dan penggunaannya didapati
meningkatkan pengeluaran susu sebanyak 900%. Halba digunakan dalam masakan harian orang
Melayu dan India.

Jika tidak digunakan dalam masakan, Cara mengambilnya ialah ambil satu sudu teh halba ke dalam
cawan atau gelas, masukkan air panas dan biarkan semalaman. Air halba diminum pada waktu pagi
hanya sekali sehari. Jika hendak dimakan secara suplemen berkapsul, boleh dibeli di farmasi dengan
nama Fenugreek. Halba boleh diminum sebagai teh untuk:-

- Menghilangkan kembung,sebu dan senak


- Pencuci perut
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan lender tekak
- Melegakan sakit kepala/ migraine
- Membuang angin

https://www.alaf21.com.my/info-Artikel/462/Mengenali-Rempah-Ratus

Anda mungkin juga menyukai