Anda di halaman 1dari 12

Daun Pudina

merupakan

sejenis tumbuhan

herba yang

banyak kegunaannya. Merupakan sejenis herba yang berasal dari


keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha. Terdapat
berbagai jenis pudina di seluh dunia, antaranya:

mentha spicata "moroc-can" yang berkesan dalam meredakan


kekejangan otot,
mentha aquatica untuk merawat cirit-birit
mentha arvensis yang boleh melegakan demam selsema dan
menghilangkan rasa loya.

Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta


mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit
dan antivirus. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan
mengeluarkan peluh.
Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat
selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak
yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya
serta kejutan dan mempertingkatkan konsestrasi.

Lada hitam

(nama saintifik: Piper nigrum) merupakan sejenis

rempah yang penting semenjak dahulu kala lagi. Buahnya, yang dikenali
sebagai lada hitam apabila kering, adalah kira-kira 5 milimeter (0.20
inci) diameter, merah gelap apabila matang sepenuhnya, dan, seperti
semua drupes , mengandungi satu benih. Biji lada hitam dan serbuk lada
hitam yang dihasilkan darinya, boleh digambarkan hanya sebagai lada,
atau lebih tepat lagi sebagai lada hitam (buah matang masak dan
kering), lada hijau (buah matang kering) dan lada putih (benih masak
kering).

Lada hitam berasal dari Asia Tenggara dan China, dan boleh didapati di
sana dan di kawasan tropika yang lain. Pada masa ini, Vietnam adalah
pengeluar dan pengeksport terbesar di dunia, menghasilkan 34%
daripada tanaman dunia pada tahun 2008.
Lada kering yang dikisar telah digunakan sejak zaman purbakala untuk
kedua-dua citarasa dan sebagai ubat. Lada hitam adalah rempah di dunia
yang paling diperniagakan. Ia adalah salah satu rempah yang paling biasa
yang dimasukkan ke dalam masakan Eropah. Kepedasan lada hitam
adalah disebabkan oleh kimia piperine. Ia banyak didapati dalam dunia
yang moden ini, sering berpasangan dengan garam.

Halia

(nama

botani:

Zingiber

officinale

Roscoe)

merupakan

sejenis tumbuhan yang selalu digunakan sebagai rempah perasa dalam


masakan. Tanaman ini dipercayai berasal dari China dan kemudian
merebak
penggunaannya
ke India,
Asia
Tenggara, Afrika
Barat dan Caribbean.

Masakan dan makanan


Halia digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan dalam bentuk
halia segar, halia kering dan halia bergula. Halia juga boleh diproses
sebagai serbuk halia, halia jeruk dan bahan perasa untuk pelbagai
makanan seperti sos dan bakeri.
Perubatan
Biasanya dalam perubatan halia diambil dalam bentuk minuman halia,
halia kering, air rebusan halia atau pati halia. Halia dikatakan dapat
membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin,
menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus
kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh
mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi,
sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif,
stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Penyelidikan
yang dibuat oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan
di American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia
mampu membunuh sel barah.[1]

Serai atau serai makan

(nama

botani: Cymbopogen

citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai
sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand) lemongrass (Inggeris).
Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari Sri
Lanka dan
telah
tersebar
luas
di
kawasan tropika,
termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China.
Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan di kalangan
masyarakat Asia terutamanya
masakan Thailand, Kemboja,Vietnam)
dan Caribbean.

Serai mudah ditanam di mana-mana jenis tanah kecuali kawasan berair


atau berpaya. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam
sebagai tanaman dapur. Batang serai dituai untuk kegunaan segar
sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman
rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada
setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom.
Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus,
melampai, panjangnya 60100 cm dan lebar 1.01.5 cm. Ia berwarna
hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati
berbunga di Malaysia.

Lidah

Buaya adalah

salah

satu tumbuhan antara

250

spesis Aloe serata dunia. Aloe adalah tumbuhan asli kepada timur,
selatan dan utara Afrika dan Madagascar dan telah diperkenalkan
keHindia Barat dan negara-negara tropika yang lain, yang mana ia
tumbuh liar. Ia juga telah membiak dengan baik di lembangan
Mediterranean dengan
merentasi Algeria, Morocco, Tunisia,
serta
kepulauan Canary dan Madeira. Lidah buaya telah digunakan sebagai
ubatan tradisional untuk melegakan luka, ruam, demam, gatal-gatal, kulit
dan banyak lagi. Selain itu, pokok herba ini juga sangat popular dalam
industri kosmetik dan produk kesihatan. Walaubagaimanapun ia masih
kurang ditanam secara komersial di Malaysia.

Dalam bidang masakan, isi Lidah Buaya sebenarnya amat lazat untuk
diadukkan dalam beraneka masakan. Teksturnya yang kenyal dengan
rasanya menyegarkan sangat sesuai untuk dicampur dengan salad,
tumisan, jus mahupun manisan.
Bagi pengguna yang ingin mengolah Lidah Buaya, berikut merupakan tips
bagi mengurangkan bau langu, rasa pahit dan lendirnya:

Cara lain: Setelah dikupas, cuci dan ramas-ramas potongan isi


Lidah Buaya di dalam air garam. Setelah lendirnya hilang, rendam
dalam air kapur sirih atau tawas agar untuk memperoleh tekstur gel
yang lebih kukuh dan kenyal. Cuci bersih dan gel siap digunakan.
(sandi faperta untan).

Petai merupakan

sejenis tumbuhan dalam familiFabaceae yang

berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Pokok
ini
selalunya
tumbuh
meliar
di
dalam
hutanhutan Malaysia, Indonesia, Brunei andThailand, tetapi jarang didapati
selain kawasan Asia Selatan.
Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan
kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak
membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan
tradisional
Melayu,
biji
petai
dipercayai
berkesan
untuk
merawatpenyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah
pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang
kecacingan.

Petai juga berkemampuan untuk membekalkan tenaga yang tinggi


kerana, biji kekacang petai mengandungi gula semulajadi seperti
fruktosa, glukosa, sukrosa dan kombinasi daripadanya. Petai juga
mengandungi Trytophan, yang mampu mengawal tekanan seseorang,
trytophan dapat bertukar kepada serotonin dimana dapat menjadikan
orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil. Kandungan
zat besi dalam petai mampu mengurangkan risiko mendapat anemia di
kalangan pengamalnya. Vitamin B6 petai membantu mengawal paras gula
dalam darah dan membantu wanita yang mengalami kebingungan tatkal
mendapat sindrom premenstrual.

Agathi

Keerai

Turi atau geti (Sesbania

grandiflora syn. Aeschynomene


grandiflora)
adalah
sejenis sayur tradisional. Pokok bersaiz kecil ini berasal dari Asia
Tenggara dan tumbuh di kawasan yang panas dan lembap.

Pucuk atau daun muda geti kadang-kadang dijual di pasar malam atau di
pekan sehari. Masyarakat desa gemar memakan sayur ini dan
biasanya dimasak lemak atau masak manis. Masyarakat desa juga
menganggap pucuk geti sebagai julap. Jus dan bunganya dikatakan
boleh mengurangkan inflamasi dan gatal hidung serta mengubati
batuk. Air rebusan akar pula dikatakan dapat mengurangkan batuk
dan mengeluarkan kahak.
Pucuk turi mengandungi khasiat yang tinggi, terutama vitamin C. Dalam
tiap-tiap 100 gram bahagian yang boleh dimakan mengandungi: air
77.2 g, protein 8.4 g, lemak 1.1 g, karbohidrat 9.7 g, serat 1.8
g,kalsium 181
miligram
(mg), fosforus 29
mg, besi 0.3
mg, natrium 23 mg, kalium 356 mg, karotena 5022 ug vitamin A
837 ug, vitamin B1 0.06 mg, B2 0.71, niasin 2.4 mg, vitamin C 114
mg.

Peria

(bahasa

Inggeris: bitter

gourd, bitter

melon, balsam

pear atau balsam


apple)
ialahpokok
menjalar subtropika
daripada famili Cucurbitaceae yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan
ditanam sebagai makanan. Pokok ini banyak ditumbuh di Asia
Selatan, Asia Tenggara, China, danCaribbean untuk buahnya yang boleh
dimakan dan yang merupakan sayur yang paling pahit di dunia. Tempat
asalnya tidak diketahui kecuali pokok ini berasal dari kawasan
tropika. Nama botaninya Momordica charantia.

Peria ialah pokok herba menjalar yang mempunyai batang lembut dan
memanjat dengan melilit menggunakan sulur paut. Tingginya sehingga
5 meter. Pokok ini mempunyai akar tunjang serta juga akar sisi
berserabut yang berkembang luas di kawasan sekeliling.
Pokok
ini
mempunyai
bunga
berwarna kuning,
dan
menghasilkan bunga jantan dan
bunga betinayang
berasingan. Buahnya mempunyai kulit yang menggerutu dan berwarna
hijau muda ketika mentah. Bentuknya memanjang (17-23 sentimeter),
dengan berat antara 300-600 gram sebiji. Rasanya pahit dan seringnya
dimakan ketika masih mentah. Bagaimanapun, buah ini juga boleh
dimakan
ketika
masak
dan
berwarna
kekuning-

kuningan atau jingga merah. Biji buah mentah berwarna putih, tetapi
menjadi merah ketika masak.

Jintan manis merupakan

sejenis rempah. Nama sains jintan

manis adalah Pimpinella anisum.

Sungguhpun tidak dibuktikan secara saintifik, jintan manis dipercayai


memiliki banyak khasiatnya. Ia dapat melegakan kesakitan dalam badan,
melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas
dalam usus. Ia juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu di
sekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Selain itu juga, jintan manis ini dapat membuang lemak di pangkal peha
dengan cara rebus jintan manis dengan 5 cawan air sehingga
mendidih,selepas itu biarkan sejuk.Amalkan meminum air rebusan jintan
manis ini pagi dan petang selama empat minggu.

Kayu manis (Cinnamomum

verum, sin. C. zeylanicum) ialah

sejenis pohon penghasil rempah-rempah. Termasuk ke dalam jenis


rempah-rempah yang amat beraroma, manis, dan pedas. Orang biasa
menggunakan
rempah-rempah
dalam
makanan
yang
dibakar
manis, anggur panas.

Kayu manis adalah salah satu bumbu makanan tertua yang


digunakan manusia. Bumbu ini
digunakan
di Mesir
Kuno sekitar
5000 tahun yang lalu, dan disebutkan beberapa kali di dalam kitabkitab Perjanjian Lama.
Kayu manis juga secara tradisional dijadikan sebagai suplemen untuk
berbagai penyakit, dengan dicampur madu, misalnya untuk pengubatan
penyakit radang sendi, kulit, jantung, dan perut kembung.

Pegaga

atau

juga

dikenali

sebagai antanan (bahasa

Inggeris: pennywort / gotu kola), dengan daun hijau bentuk ginjal juga
dirujuk sebagai 'Indian pennywort' kerana rupanya yang seakan satu
keping duit syiling. Ia adalah asli di Malaysia, Sri Lanka, India, utara
Australia, Indonesia, Iran, Melanesia, New Guinea dan beberapa
bahagian Asia lagi.

Di India, pegaga digunakan dalam perubatan tradisional sebagai tonik


yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit
nyanyuk. Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk
antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk
keracunan cendawan dan gigitan ular. Antara khasiat lain pegaga adalah:

penawar alahan
merawat asthma dan sesak nafas

merawat jangkitan paru-paru

merawat kegusaran dan kegigilan

anti kanser

melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang

penawar batu karang

penawar kencing berdarah

penawar ulser

merangsang peredaran darah

merawat cirit birit dan gastrik

menurunkan tekanan darah

Anda mungkin juga menyukai