Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan

Di dalam sesebuah organisasi, politik dan kuasa mampu memainkan peranan besar dalam mempengaruhi operasi dan cara pengurusan. Dengan mempunyai pengetahuan berkaitan dengan politik dan kuasa, para pekerja dapat diberikan motivasi serta hala tuju dalam melakukan tugasan mereka. Di samping itu, mereka akan berada di bawah pengawasan dan kawalan yang sewajarnya bagi memastikan kehendak atau matlamat organisasi dapat dicapai. Menurut Max Weber, kuasa boleh didefinasikan sebagai kebarangkalian atau kemungkinan sesorang individu di dalam hubungan sosial berada dalam keadaan di mana dia dapat melakukan sesuatu munurut kemahuan atau kehendaknya walaupun terdapat halangan. Manakala, Emerson pula mencadangkan bahawa kuasa pelaku A terhadap pelaku B adalah kadar halangan yang diterima dari pelaku B yang mana dapat di hadapi oleh pelaku A. Maksudnya, ini adalah keadaan di mana seseorang itu berjaya mempengaruhi perlakuan orang lain mengikut kehendaknya sendiri.

Rajah 1.0 Menunjukkan Pelaku A menggunakan kuasa bagi mempengaruhi Pelaku B. Pelaku B bertindak mengikut pengaruh dari pelaku A.

Contoh yang dapat diberikan adalah apabila seorang pegawai ingin mengurangkan kadar kedatangan lewat di kalangan para pekerjanya tidak akan melebihi 3 kali bagi setiap bulan. Pegawai tersebut menguatkuasakan rekod kedatangan di dalam penilaian tahunan pekerja. Dengan yang demikian, para pekerja akan memastikan kedatangan mereka ke pejabat adalah tepat pada masa yang telah ditetapkan untuk mengelakkan rekod buruk. Kelakuan para pekerja ini dipengaruhi oleh perbuatan pegawai tersebut yang mempunyai kuasa untuk mengaplikasikan prosedur tersebut.

Rajah 1.1 Menunjukkan klasifikasi Power atau Kuasa berdasarkan Etizoni. Berdasarkan rajah 1.1, dapat dijelaskan bahawa Etizoni mengklasifikasikan Kuasa dalam tiga bentuk yang berbeza. Coercize Power adalah kuasa yang diperolehi bagi mempengaruhi seseorang melalui cara paksaan. Contohnya, anggota polis mempunyai kuasa untuk mengeluarkan saman terhadap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

Manakala Utilitarian Power adalah kuasa yang diperolehi melalui sistem yang dapat memberikan imbuhan atau denda. Contoh di dalam sesebuah organisasi yang boleh diberikan adalah kuasa seorang pengurus yang dapat mencadangkan kenaikkan pangkat, kadar pembayaran bonus atau saguhati terhadap pekerja sekiranya pekerja tersebut mempamerkan kualiti kerja yang baik dan berjaya memperolehi markah yang tinggi dalam penilaian kerja yang telah dibuat. Normative Power pula dikatakan sebagai kuasa yang diterapkan dalam kepercayaan seseorang bagi menjaga tingkah laku. Contoh yang terbaik adalah agama. Bagi seorang muslim, memegang amanah adalah perkara yang wajib dilakukan. Dilihat dari aspek politik, ia dikatakan satu cara penyelesaian terhadap keinginan yang berlainan. Meningiktiraf dan menyelesaikan saingan kepentingan dalam sesebuah organisasi. Saingan kepentingan atau keinginan boleh diselesaikan dengan berbagai-bagai cara. Arahan atau perintah oleh seorang pengurus dianggap sebagai 'Totalitarian Rule'. Dengan adanya konsep politik dalam organisasi, dikatakan dapat mengimbangi situasi tersebut dan ruang kerja yang lebih demokrasi. Dijelaskan juga, organisasi boleh disamakan dengan sebuah kerajaan. Pemerintahan yang diaplikasikan berdasarkan suatu sistem sebagai satu garis panduan. Sistem tersebut diguna pakai untuk memastikan keadaan sentiasa mengikut peraturan di kalangan para pekerja dalam organisasi tersebut.

Rajah 1.2 Menunjukkan jenis-jenis politik dalam sesebuah organisasi. Huraian yang dapat dibuat dari rajah di atas berdasarkan jenis-jenis politik yang terjadi dalam sebuah organisasi. Politik di dalam sebuah organisasi tercetus apabila terdapat pihak yang sengaja ingin menyebabkan berlakunya pertelingkahan untuk kepentingan individu atau kumpulan tertentu. Melalui politik organisasi, jaringan hubungan di kalangan mereka yang sependapat akan terbentuk. Di samping itu, ia juga akan menyebabkan timbul rasa tanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kepentingan individu atau kumpulan tertentu. Maklumat atau informasi juga dapat dikawal daripada diketahui umum. Melalui politik juga, impresi terhadap seseorang atau kumpulan daripada pihak lain akan berlaku.

2.0 Kuasa dan Pengurus

Kuasa penting bagi seorang pengurus memastikan sesebuah organisasi dapat menjalankan operasi dengan baik mengikut hala tuju yang diinginkan oleh organisasi tersebut. Salah satu daripadanya adalah memastikan penguatkuasaan peraturan yang telah dipersetujui untuk diikuti oleh para pekerja sentiasa dipatuhi. Contohnya, peraturan-peraturan yang melibatkan disiplin, seperti: Ketepatan kedatangan ke tempat kerja Menyebarkan maklumat syarikat kepada pihak ketiga Kod-kod cara pemakaian ke pejabat

Hal-hal di atas adalah di bawah kawalan pengurus dan beliau mempunyai kuasa mengenakan tindakan tatatertib yang setimpal ke atas pekerja yang melanggar peraturan-peraturan itu. Dengan itu, para pekerja akan mempunyai rasa hormat dan mengelak daripada melakukan sebarang perkara-perkara di atas. Namun yang demikian, sekiranya seorang pengurus tidak dapat menggunakan kuasa yang telah diamanahkan dengan sewajarnya, impak negatif terhadap organisasi akan terjadi.

Rajah 2.0 Kitaran Salah Guna Kuasa yang menyebabkan implikasi negatif terhadap organisasi

Rajah di atas menunjukkan bagaimana kitaran yang berlaku apabila kuasa yang diberikan tidak digunakan sebaik-baiknya oleh seorang pengurus. Apabila kuasa dan sumber yang diperolehi di dalam sebuah organisasi diberikan kepada individu yang tidak mampu mentadbir atau menguruskan operasi sesebuah organisasi, ini akan mengakibatkan pekerja menjarakkan diri dari pihak pengurusan. Sebagai kesannya, para pekerja akan mempunyai tanggapan negatif terhadap pihak pengurusan yang sepatutnya bertanggung jawab menjaga pentadbiran organisasi. Tindak balas dari para pekerja terhadap pihak pengurusan sesebuah organisasi adalah menurut arahan yang diberikan, patuh terhadap peraturan-peraturan yang telah dikuat kuasakan dan sentiasa bergantung kepada keputusan atau sentiasa mengikut garis panduan organisasi itu. Walau bagaimana pun, disebabkan kesan negatif daripada penyalah gunaan kuasa yang terjadi, keputusan yang dibuat oleh seorang pengurus akan menjadi tidak tepat dan akan mendatangkan risiko yang boleh memberikan kesan dari segi kewangan terhadap organisasi. Para pekerja juga tidak akan mendapat galakkan dan dorongan yang sewajarnya bagi melakukan kerja dengan lebih baik dan berkualiti. Tiada motivasi diberikan akibat dari ketidak upayaan seorang pengurus mentadbir. Para pekerja juga lebih cenderung untuk tidak mematuhi kod-kod etika yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan bagi menjamin integriti organisasi dipelihara. Contohnya, seorang pengurus tidak mempraktikkan peraturan-peraturan disiplin dengan efektif. Para pekerja tidak mendapat amaran atau sebarang bentuk teguran sekiranya tidak dapat menghadirkan diri tanpa sebab. Ini akan menyebabkan para pekerja tidak menghadirkan diri tanpa dokumen sokongan yang sah bagi menjelaskan sebab ketidak hadiran mereka ke tempat kerja. Ini adalah seperti cuti sakit dan sebagainya. Pemaksaan dalam melakukan tugas tanpa memberikan galakkan mengikut profesionalisme. Kurang kemahiran dari segi kemampuan memujuk atau memberikan kata-kata perangsang kepada para pekerja.

2.1 Sumber-sumber kuasa Bagi seorang pengurus, terdapat beberapa sumber yang dapat memberikan kuasa untuk mentadbir sesebuah organisasi. Kuasa paksaan diperolehi apabila seseorang pengurus mampu untuk memberikan hukuman, memecat, memalukan atau menurun pangkat seseorang. Ini akan menimbulkan perasaan takut di kalangan pekerja dalam melakukan kesalahan yang akan menyebabkan perkara yang disebut berlaku terhadap mereka. Namun begitu, kuasa seorang pengurus juga boleh didapati melalui kemampuannya memberikan ganjaran. Contoh ganjaran yang diberikan kepada pekerja adalah seperti wang imbuhan, bayaran bonus tahunan dan sebagainya. Tetapi, ganjaran yang diberikan hanya dikatakan mempunyai nilai sekiranya diperlukan oleh pekerja yang menerima. Walau bagaimanapun, seorang pengurus mempunyai kuasanya yang sah. Ini disebabkan jawatan sebagai seorang pengurus membolehkan ia bertindak berdasarkan kerja-kerja yang telah diamanahkan. Hal ini akan menjadikan para pekerja dapat dipengaruhi kerana seorang pengurus akan berasa yakin terhadap kemampuan dan kuasa yang telah diberikan disebabkan jawatan yang disandang. Kepakaran seorang pengurus diiktiraf oleh para pekerja di bawah pengurusannya kerana pengurus itu mempunyai maklumat dan kepakaran dalam pekerjaannya. Tahap pendidikan yang berkaitan dengan kerjaya akan menjadikan seorang pengurus mempunyai kuasa melalui kepakaran yang beliau ada. Kuasa rujukkan yang diperolehi oleh seorang pengurus disebabkan mempunyai pengalaman yang lama. Kebarangkalian beliau mempunyai kemampuan menyelesaikan masalah atau melaksanakan sesuatu tugas adalah kerana pengalaman yang ada. Personaliti diri yang yakin akan menimbulkan kesan yakin terdahap pengurus. Namun yang demikian, keseimbangan dalam pengurusan sesebuah organisasi adalah penting bagi mengelakkan salah guna kuasa terjadi. Para pekerja sesebuah organisasi turut mempunyai

kuasa bagi memastikan kesetaraan dalam organisasi tersebut. Demokrasi adalah penting kerana suara pekerja perlu didengar dalam memastikan sesebuah organisasi mampu memperolehi keuntungan. John Garry (1996) menjelaskan bahawa seorang pekerja boleh melakukan tindakan yang tertentu sekiranya tidak berpuas hati dengan pengurus. Ia adalah seperti berikut: Pendakwaan Berbudi Kewarasan Pertukaran Rayuan kepada pihak yang lebih atas Pembentukkan sekutu

Anda mungkin juga menyukai