Anda di halaman 1dari 49

Di akhir sesi pembelajaran pelatih akan dapat memahami dan mempraktikkan tentang;1. Menerangkan objektif penjagaan antenatal. 2.

Melakukan pemeriksaan fizikal. 3. Melakukan palpasi abdomen 4. Memberikan pendidikan kesihatan kepada wanita yang hamil. 5. Memberi imunisasi kepada ibu hamil seperti yang di jadualkan

Objektif penjagaan antenatal 1. Untuk menggalakkan dan mengekalkan kesihatan mental dan fizikal ibu sepanjang kehamilan. 2. Untuk menentukan kelahiran cukup bulan ( matang / term ) hidup dan sihat. 3. Untuk menyediakan ibu untuk bersalin, menyusu bayi dan menjaga bayinya dengan sempurna.

4.Untuk pengesanan awal dan memberi rawatan dengan tepat kepada keadaan obstetrik atau medikal yang boleh mengakibatkan kejadian buruk kepada ibu dan bayi. 5.Untuk mengurangkan kadar morbiditi dan motarliti pada ibu dan perinatal.

Aktiviti di klinik antenatal Pendaftaran Data peribadi ibu perlu direkodkan. Pemberian no. pendaftaran. 2. Pengambilan riwayat ( History taking)- rujuk senarai semak pengambilan riwayat.

2.1 Untuk mengenalpasti faktor risiko yang boleh membawa kemudaratan semasa hamil bersalin dan puerperium. 2.2 Untuk mengawal selia ( monitor) dan mengelakkan komplikasi semasa hamil, bersalin dan puerperium.

Pengambilan sejarah seperti berikut;i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Sejarah sosial Sejarah kitaran haid Sejarah medikal Sejarah Surgikal Sejarah keluarga Sejarah obstetrik yang lalu. Sejarah Obstetrik sekarang.

3.Ujian darah seperti berikut ;a. Hemoglobin %. - Dilakukan pada lawatan pertama dan setiap bulan untuk mengesan anemia. - HB < 10gm% -di definisikan sebagai anemia semasa mengandung.

b. Kumpulan darah - pada lawatan pertama untuk mengetahui kumpulan darah ibu sebagai langkah pencegahan awal sekiranya berlaku kecemasan obstetrik seperti pendarahan.

c c. Faktor Rhesus - diambil bersama dengan kumpulan darah pada lawatan pertama ke klinik. - untuk mengesan samada ibu mempunyai darah Rhesus positif / negatif. sekira nya darah ibu rhesus negatif tindakan awal dan penyiasatan lanjutan diambil awal. Contohnya : Doktor akan mengarahkan Combs Test bagi mengesan Isoimunisation.

Darah VDRL (Veneral Disease Research Laboratory) juga dilakukan pada lawatan pertama untuk mengesan penyakit sifilis. - Jika positif TPHA (Treponema Pallidum Haemagglutination Test) di lakukan.

4. Pemeriksaan Rutin 4.1 Tinggi Diukur sekali sahaja semasa lawatan pertama keklinik. 4.2 Tinggi 145sm dan kurang berkaitan dengan keluasan ruang pelvis lebih kecil dan akan menyebabkan CPD ( Cephalo Pelvik Disporportion) / pelvis kontrak. ( kecacatan)

Berat badan Berat badan ibu akan di timbang pada lawatan pertama sebagai baseline. Berat badan akan ditimbang setiapkali datang keklinik untuk mengesan kenaikan berat badan yang abnormal. Pertambahan berat yang keterlaluan ( > 12kg sepanjang kehamilan) kandungan kembar , polyhydramious atau edema.

Penurunan berat badan sebagai indikator tumbesaran fetus terbantut / kematian fetus dalam kandungan ( intrauterine death) Berat badan statik intrauterine death

4.4 Tekanan darah Diambil pada lawatan pertama sebagai baseline. Diambil setiapkali lawatan keklinik. Tekanan darah diperiksa untuk;menentukan dalam keadaan normal. Meningkat contohnya sistolik melebihi 130 dan diastolik melebihi 90 (130/90 dan keatas) mengesan pre eklampsia / pregnancy induced hypertension.(PIH)

4.5

Pemeriksaan urin

a. Di periksa setiapkali datang ke klinik bagi b. mengesan urin untuk gula dan albumin. a. Kehadiran albumin dalam urin pre eklampsia / jangkitan urinari / pyelonephritis. b. Kehadiran gula (glukos ) diserap lambat dan penapisan ginjal cepat.

ee. Urin hijau lagi perlu dirujuk kepada doktor untuk penyiasatan lanjut. f. Sekiranya urin kuning / merah rujuk doktor segera MGTT (Modified Glucose Tolerance Test ) untuk mengesan diabetes mellitus.

Pemeriksaan keatas wanita hamil a. Sebelum pemeriksaan fizikal dilakukan - kad antenatal perlu di teliti. Untuk mengesan keabnormalan / risiko berkaitan dengan kandungan yang lalu , labor dan puerperium. Untuk mengesan keadaan yang kurang baik pada kandungan sekarang.

i. Keadaan medikal ii. Menjalani pembedahan / mengalami kecederaan sebelum ini. iii. Sejarah obstetrik yang lalu;pre eklampsia Gestational diabetes Kelahiran instrumental / LSCS (Lower segment Caesarean Section) Retained Placenta ( lekat uri dan pendarahan pospartum. v. Keabnormalan kepada bayi. -

vi Keabnormalan pada kandungan sekarang seperti abnormal lie( presentasi), pre eklampsia dan plasenta previa. Taraf kesihatan ibu dan fetus sepanjang kehamilan.

a. Temubual dengan ibu untuk mengenalpasti aduan daripada ibu seperti gangguan ringan kehamilan dan untuk menilai keadaan kesihatan ibu sekarang ;i. Ibu berselera makan / tidak . ii. Mencukupi rehat dan tidur iii. Eliminasi lawas / konstipasi. iv. Mengalami ketidakselesaan berkaitan kehamilan.

a. Pemeriksaan am dari kepala hingga kekaki. . Pemerhatian Posture Lurus Bengkok mungkin di sebabkan keabnormalan pada bahagian spina. Gaya / gerak jalan (gait) Biasa / ringkat / tempang (limping).

Tanya ibu mengapa beliau berjalan tempang sebabnya kemungkinan keabnormalan pada pelvis / spina seperti bentuk abnormal pelvis kesukaran labor.

Rupanya Emosi ( taraf mentaliti) -Ibu kelihatan tenang / bimbang / murung / stress serta letargik. Warna Pucat / anemik - periksa selaput mukosa mulut, konjunktiva dan tapak tangan. Sianosis salah satu tanda sakit jantung. Pernafasan dispnea ( gangguan pada sistem respiratori dan jantung) Saiz badan gemok / kurus

4Pemeriksaan fizikal Persediaan sebelum melakukan pemeriksaan dalam bilik rawatan. 1. Beritahu ibu dan terangkan tujuan melakukan pemeriksaan untuk mendapat kerjasama. 2.Arahkan ibu mengosongkan pundi kencing untuk memudahkan palpasi

palpasi abdomen. 1. Arahkan ibu melonggarkan baju dalam dan kainnya. 2. Bantu ibu baring diatas katil supine 3. Beri privasi dan tutupkan ibu dengan drawsheet. 4. Lakukan prosedur dengan sistematik dari kepala hinggalah kekaki. 5. Bercakap dengan ibu untuk mengurangkan perasaan takut dan bimbang. 6.Mulakan pemeriksaan dengan sistematik.

Rambut Periksa rambut untuk mengesan sihat , bersih, berbau ,berkutu dan berkelemumur. Nasihatkan basuh rambut dengan shampo bila perlu. Galakkan mengambil banyak protin jika rambut kurang sihat.

Telinga ,mata dan hidung Bersih Tiada discaj Periksa mata ibu untuk mengesan ;anemia pucat jaundis kekuningan infeksi edema sekeliling mata. Nasihat ibu mengambil makanan yang tinggi protin dan iron.

Mulut, lidah dan bibir Tiada sianosis dan pucat Gigi berlubang ( dental carries) rujuk doktor gigi. Galakkan ibu menjaga kebersihan oral dan rujuk doktor gigi sekali sepanjang kehamilan untuk pemeriksaan rutin.

Leher Untuk mengesan kebengkakan kalenjar tiroid tirotoksikosis -akan menyebabkan penyakit kardiak atau gangguan tumbesaran fetus dan hiperaktif. Vena jugular kelihatan ( prominens) periksa tanda berkaitan dengan palpitasi , tangan merasa kebas atau sukar untuk menggenggam tangan serta mengesan tremor.

Jari ases jari ibu untuk mengesan edema jika ibu mengadu kebas. Jika ibu pakai cincin periksa samada ketat / tidak. clubbing tanda sakit jantung spoon shape dan pucat anemia sianosis

Payudara dan puting i. Bersesuaian untuk penyusuan. Ases puting terkeluar ( protruding), flat atau inverted. ii. Tanda tanda kehamilan seperti ; Pertambahan saiz payudara Vena dan Montgomery tuberkel jelas kelihatan. Aerola primer jelas kelihatan Aerola sekunder jelas kelihatan . Keluaran kolostrom iii. Ases untuk mengesanlump(

Pemerhatian 4.1.1 Ases saiz dan bentuk ada perbezaan. 4.1.2 Posisi payudara dan puting berubah . 4.1.3 Terdapat jerawat / kudis kecil / ruam di kulit payudara. Keluaran discaj.

Palpasi payudara

Untuk mengesan ketulan pada mana-mana bahagian payudara.

Langkah langkah palpasi payudara 1.Baringkan ibu diatas katil. 2.Arahkan ibu mengangkat tangan kiri dan letakkan di bawah kepalanya. 3.Palpatkan payudara dengan menggunakan hujung jari mengikut pusingan.tekan dengan kemas dan lembut. Palpat satu payudara dahulu. 4.Mulakan dari puting dan pusingkan mengikut bulatan 2 3 putaran. 5.Palpatkan dibawah ketiak untuk mengesan keabnormalan.

1.Pemeriksaan kaki Sama panjang Saiz kasut saiz 3 dikatakan tulang pelvis sempit. Edema pedal ankle pretibia ( Tekan 10 kali /saat -? PE Vena varikos kalau excessive periksa pada vulva.

1.Bahagian genetalia vulva Discaj pemerhatian - warnanya kehijauan, purulenttanda infeksi - amaun - bau iritasi - kegatalan

12. Kulit ibu Mengesan penyakit kulit Infeksi Ruam / bintik bintik (alergik) 13. Aduan ibu Beri peluang pada ibu untuk meluahkan perasaannya

13. Palpasi abdomen Tujuannya ;i) untuk memerhati tanda tanda kehamilan. Menilai tanda tanda kehamilan Menilai tumbesaran fetus . Menilai kesihatan fetus. Mengesan lokasi bahagian anggota fetus Mengesan keabnormalan

Palpasi abdomen terbahagi kepada beberapa langkah iaitu ; 1. Pemerhatian Parut (Scars) Saiz (Size) Bentuk (Shape) Perubahan kulit.(Skin Changes)

2. Palpasi abdomen Tinggi fundus Palpasi deep pelvic Palpasi lateral Palpasi Fundal Presentasi Posisi Engagement 3. Auscultation Ases denyutan jantung janin kadar , ritma dan nada.

Contoh nya ;- tinggi fundus 34/52 Baringan memanjang (longitudinal) Presentasi sefalik Posisi kiri / kanan Engagement kepala fetus telah masuk kedalam inlet atau belum. Auscultasi DJJ 140 148 /min

Pendidikan Kesihatan. 1. Memberi pendidikan kesihatan tentang ;i. Kebersihan diri secara am , payudara dan kebersihan perineal. ii. Pemakanan iii. Rehat dan tidur iv. Pakaian v. Senaman vi. Aktiviti seksual v. Mengamalkan gaya hidup sihat bebas dari merokok dan minuman

Rawatan Diberi kepada ibu sebagai tambahan untuk mencegah komplikasi. Contohnya;Tab.Vit.Bco 1 daily Tab Asid Folik 1 daily Tab. Asid Ascorbic 1 daily Tab Ferrous Fumerate 1 daily.

16. Rujukan Setiap ibu hamil perlu di rujuk kepada doktor untuk mengesan komplikasi yang bakal berlaku. Rujukan doktor sebagai pemeriksaan rutin perlu dilakukan sebanyak 2 kali ia itu ; Pada lawatan pertama dan pada 36 minggu pemeriksaan jantung dan paru -paru. Pemeriksaan rutin untuk pemeriksaan gigi sekali sepanjang kehamilan.

17. Imunisasi Suntikan Anti Tetanus Toxoid (ATT) diberi kepada ibu untuk mencegah terjadinya Tetanus Neonatarum sekiranya berlaku cord sepsis. 1. Dos pertama suntikan Anti Tetanus Toxoid (ATT) diberi pada ibu bila ibu merasa gerakan pertama (quickening) pada 24/ 52 kehamilan.

Dos kedua suntikan Anti Tetanus Toxoid (ATT) diberi selepas 4 6 minggu dos pertama. 3. Dos tambahan suntikan Anti Tetanus Toxoid (ATT) diberi kepada ibu yang mengandung berikutan dalam jangkamasa 3 5 tahun. 4. Kontraindikasi tidak di beri kepada ibu yang mengalami habitual abortion / lahirmati ( stillbirth)

Lawatan susulan

Anda mungkin juga menyukai