Anda di halaman 1dari 5

PERJANJIAN SEWA Perjanjian ini dibuat pada ________________ diantara Kamarul Annuar Mohamed Fakri (selepas ini disebut

Pemilik Premis) dan ___________________________ (selepas in disebut Penyewa). Perjanjian 1. Bergantung kepada syarat-syarat dalam perjanjian ini, Pemilik Premis bersetuju menyewakan Premis (selepas ini disebut Premis (Lampiran 3)) kepada Penyewa untuk tempoh yang dinyatakan didalam Lampiran 4 dengan kadar sewa seperti yang dinyatakan di Lampiran 5 (selepas ini disebut Sewa). 2. Penyewa dikehendaki membayar deposit seperti di Lampiran 6 sebagai wang pendahuluan sebelum menandatangani perjanjian ini. Deposit akan dikembalikan kepada Penyewa setelah menolak segala perbelanjaan terakru Premis seperti bil elektrik, bil air dan perbelanjaan kos baik pulih Premis (jika ada). 3. Dalam tempoh perjanjian ini, Penyewa hendaklah memberi notis SATU (1) bulan kepada Pemilik jika ingin membatalkan perjanjian ini sebelum tarikh tamat perjanjian. 4. Penyewa dikehendaki memaklumkan sebulan sebelum tarikh tamat perjanjian jika ingin menyambung tempoh penyewaan Premis. Pemilik Premis berhak untuk mecari penyewa baru jika Penyewa tidak memberi sebarang notis penyambungan dalam tempoh yang ditetapkan.

Page 1 of 5

5. Syarat-syarat perjanjian: Dengan ini Penyewa bersetuju; a. Membayar Sewa kepada Pemilik Premis dalam masa yang ditentukan, b. Menjelaskan semua bil utiliti seperti bil elektrik, bil air dan bil telefon (jika ada) pada waktu yang telah ditetapkan oleh pengendali kemudahan. Bil-bil seperti bil penyelengaraan, pembentungan dan bil cukai pintu akan ditanggung oleh Pemilik Premis, c. Menjaga Premis dan segala peralatan yang disediakan (seperti di Lampiran 7) dengan baik. Jika ada sebarang kerosakan yang berpunca daripada kecuaian Penyewa, Pemilik Premis berhak untuk meminta ganti rugi atau mengarahkan Penyewa menanggung kos perbelanjaan membaiki peralatan yang rosak. Pemilik Premis hanya bertanggungjawab bagi kos baik pulih kerosakan biasa yang bukan berpunca daripada kecuaian pengguna.

Page 2 of 5

LAMPIRAN Lampiran 1 Butir-butir Pemilik Premis Nama: Alamat: No K.P: No Tel: Lampiran 2 Butir-butir Penyewa Nama: Alamat: No K.P: No Tel: Lampiran 3 Premis No.____ Lampiran 4 Tempoh Perjanjian Sewa Satu (1) tahun bermula dari ___________________ dan berakhir pada

_________________. Lampiran 5 Sewa Ringgit Malaysia SATU BILLION sahaja (RM 1000,000,000.00) sebulan dibayar sebelum atau pada hari ke tiga setiap bulan selama tempoh perjanjian.

Page 3 of 5

Lampiran 6 Deposit RM Deposit 2 bulan Deposit utiliti:i. Elektrik ii. Air 200.00 200.00 1,400.00 Lampiran 7 Kemudahan / Fasiliti Yang Disediakan i. ii. iii. iv. v. vi. 1 unit dapur gas Khind, 1 unit tong gas, 1 unit penghawa dingin York, 1 unit kipas siling kawalan jauh National, 1 unit kipas siling tanpa kawalan jauh National dan 1 unit kipas dinding kawalan jauh National. 2,000.00

Page 4 of 5

Dengan bersaksi, pihak-pihak yang berkenaan menurunkan tandatangan sebagai persetujuan kepada perjanjian yang dinyatakan di atas. Tandatangan Pemilik Premis,

Firdaus Gediks Tarikh:. Tandatangan Penyewa,

. Tarikh: Tandatangan saksi, ....

. Tarikh: No. KP: ...

Page 5 of 5

Anda mungkin juga menyukai