Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum

Islam mula datang dalam keadaan dagang (asing) , dan ia akan kembali dagang (asing). Maka beruntunglah orang-orang yang berdagang (asing). [Hadis riwayat Muslim].

Islam datang dalam keadaan dagang.... Islam ketika waktu itu pada anggapan manusia ketika itu seakan-akan satu ajaran dan budaya baru yang cuba dibawa masuk oleh Baginda SAW kebumi arab yang mana ajarannya tidak ada yang sama dengan budaya dan adat yang sedia ada malahan bercanggah terus dengan kehidupan penduduk arab pada ketika itu, walhal ianya adalah cara hidup yang seafdhalnya. Lumrahnya pastilah dimanamana tempat sekalipun agak sukar untuk menerima perkara baru dalam hidup walau kebenaran sekalipun apatah lagi jika ianya dibawa oleh orang yang tak dikenali dan akan menggugat kedudukan mereka terutamanya yang berpangkat dan berpengaruh. ... ia akan kembali dagang..... Islam kini kembali seperti asalnya, seolah-olah agama ini tidak pernah wujud dimuka bumi ini,Islam sudah tentu dicemuh dan asing dimata musuh-musuhnya, bahkan lebih dari itu, Islam dianggap asing dikalangan orang Islam itu sendiri! Apa sudah terjadi ? Begitulah realitinya. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik apabila melihat orang Islam yang istiqamah dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang istiqamah dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat, sebagai contoh kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu solat, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan solat, maka tindakan itu dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak solat sambil bersenda-senda ketika orang lain

bersolat tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk, tetapi marah apabila dikatakan bukan islam. Inilah kejahilan yang wujud di mata umat Islam kini. Ini berlaku kerana berulang semulanya zaman jahiliah.

Anda mungkin juga menyukai