Anda di halaman 1dari 8

QAEDAH SULBAH (LONG VERSION) MUQADDIMAN PERTAMA -Antara topik yang penting. Susulan dari ISK, Syahadatul Haq.

Kefahaman terhadap perkara ini menentukan kefahaman kita terhadap cara kerja dan perbezaan kita dengan orang lain. Di atas usaha untuk mngembalikan Islam di muka bumi ini, kita ada banyak cara / uslub / metodologi / manhaj. Apa yang dimaksudkan dengan manhaj dalam dakwah? Bagaimanakah kita nak sampai pada matlamat yang masing2 kita nakkan? Apabila orang mempunyai kesedaran untuk bekerja untuk islam, mereka ada aim/target yg tertentu dalam pemikiran mereka/kepala mereka, dalam bentuk apa mereka nak capai. Kita berhadapan dengan pelbagai cara untuk bekerja untuk Islam. Contoh : Tarekat Sufi. Kata sandaran daripada Tasauf. Ada yang memandang Islam pada part yang mana part2 Islam yg terlalu berat disitu. Islam adalah luas, mempunyai komponen2 yang banyak. Ada disebut dalam usul 20. Kita ada 22 komponen yg cuba dijelaskan oleh HAB tentang kesyumulan Islam. Kita ada ibadah ,akhlak, aqidah, rahmat, keadilan, undang2, daulah, jihad, dakwah, ketenteraan : semua sekali adalah kompenen Islam. Bila kita tahu semua adalah islam, kita hendaklah meletakkan setiap daripada perkara tersebut dalam Islam dan mestilah memberi haknya. Kita telah mendapat islam yg syumul, bukan islam yg half2, macam setengah2 para sahabat, mereka hanya dapat islam pada part islam yang awal sahaja., tak tahu part islam yang lain. Mereka tak puasa/ solat sebab mati lebih awal. Contoh :Ssumayyah. Kita dapat islam dah complete and comprehensive. Kita mesti kemukakan islam dan juga berjuang untuk islam dalam bentuk yang syumul. Akan tetapi berlaku dalam zaman peringkat2 perkembangan islam : Kewafatan nabi >>>> islam sampai ke klimak kesempurnaan >>> ada part2 tertentu dalam islam telah kurang / turun. Contoh : Apabila tiba di zaman Umawi, apa masalah yg berlaku yg ketara? Keduniaan masuk ke dalam hidup umat Islam. Iaitu khalifah2 start buat rumah2 besar. Orang dah mula banyak protokol. Maksudnya kalau dulu, siapa2 yang nak jumpa dengan ketua negara Islam boleh jumpa anytime. Contohnya Saidina Umar, rakyat boleh jumpa walaupun dia di bawah pokok. Akan tetapi di Zaman umawi, ada hijab dikalangan ketua dan rakyat, mereka kena buat temu janji. Perkara ini berlaku mungkin disebabkan keselamatan, sebab ada orang yang nak bunuh khalifah. Kalau Saidina Umar dulu dia tidak takut tapi dia akhirnya kena bunuh. Begitulah juga terjadi pada saidina usman, saidina ali dan muawiyah. Semua orang dibunuh. Khawarij kerja dia bunuh orang sebab mereka cakap sebab wujudnya Muawiyah, wujudnya Ali nie adalah sebab umat Islam bergaduh. So mereka pun nak bunuh semua. Jadi tak bergaduh. Tapi sebenarnya lebih bergaduh selepas tu. Ini suasana yang lahir banyaknya protokol di zaman umawi, banyak dunia masuk. Sebab apa? Bukan maksudnya orang zaman awal islam tu orang tak kaya. Mereka kaya tapi kaya mereka sebab islam mereka tu sangat kuat. Tapi selepas tu bila Islam nie menurun, apabila sampai ke zaman tabiin dan tabitabiin, walaupun menurut tapi tidaklah seteruk macam kita, mereka still baik, tapi unsur2 keduniaan tu mula masuk. Jadi bila masuk, lahirnya tendency dari setengah orang yang mengatakan bahawa rohani kita telah lemah. Kerohanian lemah, hati cenderung dunia. Lalu ia melahirkan orang yang melampau dalam part yang orang islam kurang dari sudut tu.

Contoh : kita nie nampaknya kita kurang riadah. Kena ada jasmani, akli, ruhani. Jadi lahirlah satu puak yang 60% dari tu buat riadah je. USrah 2 jam, 1 jam 20 minit semua riadah je. Sikap macam nie kena faham kerana benda ini berlaku dalam masyarakat. So pada masa zaman nie, lahirlah golongan Sufi iaitu pada akhir abad 1 hijrah dan awal abad pertama. Kisah Ibn Masud dalam Muntalaq, yang pergi ke satu golongan manusia yang extreme dan nak bertapa je. Sebab dorang tengok masyarakat dah teruk kerana dunia, dan rohani telah lemah. Sedangkan sepatutnya apabila nak settle rohani, kena neutral balik selepas tu, kembali pada asal. Jgn tinggal dunia langsung. Benda ini berlarutan hingga zaman sekarang kita tengok pelbagai kelompok orang yang nak pada islam. Bila kelmpok tu lahir dari kelompok Sufi, mereka akan melihat contoh ideal adalah sufi dari Rasullah dan para sahabat. Mereka membesarkan bab sufi. Menurut mereka, masyarakat yang ideal adalah masyarakat yang bersih hati. Seolah2 tak nampak rasulullah nie panglima perang, pemerintah negara, unsur poliitik ,ekonomi, unsur rumah tangga pun tak nampak. Sebelum lahirnya IM di Mesir, ada beberapa kelompok2 Islam yang lahir iaitu dipanggil Gerakan2 Islah. Sejarah Gerakan Islah tu kena baca (warna purplish orange). Sebagai pelajaran. Sebelum kedatangan HAB dan IM, wujud gerakan2, yang pertama gerakan islah nie contohnya gerakan Muhamamd bin Abdul Wahhab di Saudi Arabia iaitu pada kurun 18. Antara tahun 1700-1800. Apa hasil dari gerakan nie? Its Wahabi yang dipanggil sekrang. Walaupun mereka actually tak namakan mereka wahabi. Tapi gerakan ini lahir apabila sheikh Muhammad bin Abdul Wahab ini dia tengok berlaku di tanah arab Saudi termasuk mekah dan madinah berlaku banyak khurafat yang melampau2. Orang sembah kubur, orang sembelih di kubur. Ini banyak berlaku di tanah arab berlaku pada 1700+ M. Dia telah buat gerakan ni dan cerita pada masyarakat Saudi bahawa benda nie tak betul. Jadi focus dia pada masa tu adalah membanteras bidaah dan mengembalikan orang islam ke Quran dan Sunnah. Gerakan nie menang kerana disokong oleh raja2 arab Saudi sampai sekarang. Abdul Aziz bin Saud dia telah didakwahkan / di lasso oleh gerakan Muhammad bin Abdul wahab. Sehingga Arab Saudi jadi macam apa yang kita nampak sekarang. Kita kena faham latar belakang on why Arab Saudi really menekankan Quran dan Sunnah ataupun dipanggi Salafi., sangat membanteras bidaah dan benda2 yang dianggap baru. Contoh : ada org pergi ke mekah pada tahun 1989 dan takde duit. Orang cakap pergi ambil kerja ambil gambar. So beli poloraid. Duduk di Jabal Rahmah, dan tunggu orang. Baru nak start, tiba2 datang seorang baju putih pakai serban merah. Dia rampas camera. Rupa2nya bagi dia kerajaan Saudi, ada kumpulan amar makruf nahi mungkar, kerja dia adalah menegah yang mereka rasa benda tu haram, so bagi mereka tangkap gambar / foto tu adalah haram. Siapa2 yang ambil gambar and if dorang dapat tangkap, dia tarik semua camera roll. Diorang terlalu focus kepada benda2 tu, kalau kita faham latarbelakang kita akan tahu. Kerana sheikh abdul wahhab menghadapi keadaan yang sangat mentensionkan dia. Jadi dia tekankan isu itu dan apabila isu tu dah habis pun, benda tu lah juga still menjadi besar bagi pengikut2nya selepas itu. Lepas tu lahir pula, lahir gerakan Jamaluddin al-Afghani. Dia lahir di Afghanistan / Iran. Tetapi dia nie tokoh yg menyedarkan umat Islam terutama di tanah India / tanah Arab tentang kefahaman Pan-Islami, Maknanya semua negara islam nie adalah satu. Masa tu penjajah dah masuk, ia datang pada akhir abad

ke 19. Dia pergi ke negara2 islam dan cerita umat islam ni kena bersatu, negara kita telah dipecah2kan. Peranan dia lebih ke arah menyedarkan umat islam tentang keperluan mengembalikan khalifah. Pendekatan more kepada politik. Kesatuan politik umat Islam. Dia tak pergi lebih dari tu. Kemudian, lahir gerakan Mahdi di Sudan. Di sana ada sheikh Torikat. Sudan diserang oleh British. Mahdi nie dia tengok apa british nie serang negara islam dan buat tak senonoh. Akhirnya Mahdi dan pengikut lancarkan jihad. Semangat orang Sudan menghalau British. Dan berjaya. Gerakan sangat kuat dan sangat focus kepada jihad sahaja. Jihad tu terlalu besar dalam gerakan dia. Kerana apa, kerana dia nak melawan british. Datang dari unsur luar dan mempengaruhi di dalam. Sentiment jihad tu besar, kaji pasal jihad. Dan semangat jihad kuat. Lepas tu mahdi kalah dibunuh, pengikut2 habis macam tu. Hampir sama yang berlaku di Afghanistan 1979, orang Afghanistan dari segi islam tu kuat, tapi secara tradisional. Still duduk di kampong2, tapi pakai Burqa. Di UK banyak, still ada lagi. Dorang pakai tapi tak faham. Umat Islam di India pakai Burqa, tapi tak pergi sekolah, tak dapat kefahaman tapi jadi tradisional. Semangat qabilah sangat kuat. Bila Russia datang 1979 serang Afghanistan, Russia masuk ke sekolah2 ajar Lenin. Direct sangat ajar pasal Komunis. Den kemudian lahir lagi semangat jihad utk lawan. Apabila penjajah jatuh, dorang gaduh sesama sendiri. Lahirlah pula Taliban, Hizbu Islami. Sebab apa perpecahan terjadi? kerana UKHUWAH tak ada. Situasi tertentu menyebabkan lahirnya sentiment tertentu menyebabkan kita memandang besar benda tu dan menganggap benda tu besar dalam islam. Kita kena jaga, dan faham Islam. So tak boleh sentiment, tak boleh ikut perasaan, hendaklah rasional. Ini berlaku pada KITA. Bila kita buat kerja , melalui observation, kita very emotional dan sentiment. Apabila kita rasa benda nie kena buat. Kita buat. Ikut emosi..tapi yang lain tertinggal. Kemudian, gerakan Sanusi di Libya. Sanusi ialah satu gerakan Sufi yang lahir di tengah2 padang pasir di Libya. Dia telah membina ribat2 pondok2. Dorang tinggal sana dan pelihara kambing. Macam cerita Umar al-Mukhtar. Dia akan berkampong, mereka tak nak duduk dengan orang yang rosak, dia ada tok guru, sheikh masing2 mengamalkan tarikat2 tertentu. Focus pada kerohanian diri, kiranya mcm Arqam. Ada perbezaan tapinya. Seab masyarkat masa tu dilihat kurang dari sudut dari kerohanian islam. KESIMPULAN : kenapa nak cerita tentang latar belakang tu? -semua bertindak ikut keadaan. Lahir gerakan mengikut keperluan masyarkat masa tu.

Benda2 nie reflect pada diri secara dalaman, dalam kerja2 dakwah. Bila kita ada organisasi, kdg2 orang yg duduk dalam satu2 biro, ia rasa kerja dia paling penting, contoh Biro Kekeluargaan. Dia promote habisan macam mana nak didik anak/etc. Tapi tu lah kita kena BALANCE. Bila orang nak cari satu model, bagaimanakah nak buat pemulihan / islah / reformasi /, mereka akan mencari contoh dalam sirah. Masalah timbul apabila orang tu telah disaiko oleh satu cara pemikiran dan melihat sirah tu mengikut apa yang dorang faham. Contoh : Jemaah Tabligh, yes betul khuruj, sahabat2

keluar..Fokus hanya menafsirkan sesuatu ikut apa yang dorang faham. Kita hendaklah masuk dalam Sirah tanpa terikat dengan sensation / sentimen yang berlaku pada kita.

Sekarang baru tajuk >> QAEDAH SULBAH Kenapa kita nak bincang? 1) Salah satu daripada perbezaan kefahaman yang difahami oleh HAB berdasarkan kepada pemerhatian terhadap Sirah Rasulullah. Semua yg nak buat islah, mereka akan nampak masyarakat yang ideal. Mcm mana masyarakat yang ideal? Kalau orang islam tu nampak secara syumul, ia akan melihat masyarakat secara syumul. In terms of politik, ekonomi, system masyarakat.. (baca buku Islam dan Dakwah, Abdul Karim Zaidan. 1-336). Macam mana nak sampai ke masyarakat ideal? Orang yang nak buat islah pada masyarakat sebenarnya semua sama ikut islam, yang beza adalah CARA. Lebih baik kita cerita pada orang kita nak Islam, bukan cerita tentang cara, tapi sedarkan tentang keadaan masyarakat. Jgn bergaduh tentang cara. Bila orang faham, baru ia tergerak kan buat something. Jadi topic : Qaedah Sulbah. Apa beza kita dengan orang lain? It is cara. Dan cara ini adalah ijtihadi. Bila ijtihadi, akan ada banyak cara. Apa lain kita? Lain nama? Kat mana yang lain tu? Cara kerja ke? Tajuk ini adalah salah satu benda yang penting untuk kita faham iaitu QS. Ini perbezaan besar dalam cara kita. Qaedah Sulbah. Qaedah mempunyai banyak maknanya. Maksudnya adalah foundation / tapak asas. Kalau dalam binaan, ianya adalah bawah sekali. Sulbah pula maknanya, menurut arab moden, it is alloy. Apa dia alloy? Besi + Carbon : Alloy/Keluli. It is Sulbah. Sulbah adalah satu benda yang sangat kuat dan kukuh, mantap, mapan. Jadi apa konsep kat sini? Dalam kerja islam, satu benda yang mesti ada dalam pemikiran adalah Qaedah Sulbah. Seorang yang faham tentang QS dan orang yang tak faham, akan menentukan kerja dia. Biasa kita dangar activity oriented(AO) and objektif oriented(OO). AO : melaksakan aktiviti. OO: make sure objektif tercapai. Orang yang nak buat dan ikut program kena jadikan it is objektif oriented. Orang yang faham tentang konsep QS, cara befikir dia lain dengan orang yang tak faham. Cara kita dalam usaha dakwah , kita tak boleh tersentimen, mesti melihat kepada kaedah secara objektif. Metod dakwah mesti secara objektif. Contoh : Kenapa orang Afghanistan semangat lawan Russia? Sebab Russia masuk negara dia. Bila dah settle issue tu, semua orang tidur balik. Sebab apa? QS tidak wujud disitu.

Atas dasar faham QS, tu lah kita nak buat usrah. Kita kena lihat masalah ummat secara keseluruhan. Dakwah kita bukanlah focus hanya pada issue oriented, hendaklah qaedah oriented. COntoh : reformasi. Kenapa? Lepas 2-3 bulan sejuk, sebab its only issue oriented. Orang ramai mudah tepengaruh dengan issue. Apabila dia faham kerana qaedah, dia tidak akan berganjak. Kita tak boleh terpukau dengan issue. Kita menggunakan issue tapi tak boleh terseret dengan issue. Kita kena based dengan qaedah in how Rasulullah saw buat. Kita hendaklah faham dakwah Rasulullah. Dakwah nabi terbahagi kepada 2 peringkat.i) Sirriyyah(3 tahun pertama) ii) Jahriyyah. Siriyah tak cerita secara terang2 kpd msyrkt dia bawa msg, hanya cerita pada orang yg dpt terima and dapat jaga rahsia kalau tak terima pun. Jahriyyah naik bukit sofa and cerita msg islam secara terang-terangan, panggil semua kaum. Lalu daripada kedua-dua keadaan ini, lahirlah at-tajammu al-haraki al-adwi. QS sebenarnya dibawa oleh kefahaman HAB, tidak diungkapkan dengan cantik oleh HAB. Tapi Sayed Qutub telah menyusun istilah ini dan memberikan kata-kata tepat yang dia hendak cerita tu. Lahir dari sini, usaha dakwah nabi, melahirkan kelompok al-haraki al-adwi (yang bergerak, dan terasa dia adalah sebahagian daripada anggota tu) Semua orang yang ada dalam kumpulan tu, dia merasa dia adalah part daripada tu. Sense of belonging sangat kuat. Apabila perasaan tu lahir, semua orang tu bergerak untuk menggerakkan dakwah, terasa keterikatan. Nabi saw apabila dakwah di Mekah, semua orang beri intima pada dakwah. Macam sekiranya ada arahan dari Nabi, terasa lebih kuat dari emak sendiri. Contoh : Musab bin Umair. Kenapa jadi mcm tu? Sebab mereka dah ditanamkan dengan perasaan at-tajammu al-haraki al-adwi. Jadi kita hendaklah juga ada perasaan seperti itu dalam dakwah. Kalau takde perasaan tu, orang itu akan jadi baik, tapi tidak akan berkembang. Ada juga tajammu, tapi tidak haraki, tidak bergerak. Kalau tak adwi, tak terasa sense of belonging. Dakwah dalam sir dan jahr semua dibentuk oleh Rasulullah orang yang macam tu. Sehinggakan bila nabi hijrah, semua orang ikut hijrah. Semua orang pergi walaupun tepaksa tinggalkan family / harta. Tajammu bersama rasulullah tu lebih penting. Bila terbentuk tajammu , berlaku pertembungan dengan quraish, iaitu masyarakat jahiliyah. Sebab wujudnya tajammu, maka wujudlah pertembungan. Bila berlaku pertembungan, kerana berlakunya tajammu. Nabi create perkumpulan. Selepas itu berlakulah fitnah dan ujian, benda yang menyakitkan, melalui perkataan, fizikal. Berlaku kerana ada at-tajammu al-haraki al-adwi. Hasil dari pertembungan itu, berlakulah penapisan dakwah. Orang yang tak tahan, akan lari. Fitnah / penyiksaan itu adalah ujian untuk menapis orang yg betul2 ingin kan islam, menapis orang yang ikhlas bukan kerana sebab lain. Allah swt senghaja buat untuk tahu siapa yang ikhlas ke tak. Hasil daripada itu lahirlah al-Intiqa , iaitu pemilihan. Macam how kita pilih beras kat kampong2. Seolah2 Allah swt menjadikan dakwah secara umum menyebabkan ramai orang ikut islam, bila ada pnyeksaan, orang akan lari. Ujian itu datang dari Allah, sebab Allah nak tengok siapa yang kuat pada islam dan tidak. Lahir dari sana, golongan yang as-sabiqun minal muhajirin, selepas 13 tahun, yang masuk islam 300 orang ikut hijrah ke medinah, mereka ni bukan orang biasa. Mereka menerima dakwah dan ditest. Bila kita tak ditest, kita tak tahu if kita ini betul2 ikhlas ke tak. Bila takde ujian, kiranya ada something wrong, kita tak tahu. Kena fikir sendiri how to create ujian?? T_T.

Kias kat sini, sampai 13 tahun, rasulullah focus on the foundation sahaja. Perumpamaan macam batu bata, ambil dari tanah liat. Dan masukkan dalam acuan, bila di adun2, ia akan dibakar. Bakar tu lebih lama dari digaul atau dalam acuan. Lepas tu hasil ada yang pecah, ada yang tahan. Yang tahan tu adalah yang lulus dari ujian. Nabi Muhammad buat qaedah asas tu 13 tahun, sebab nak bina Negara Islam. Sahabat hidup selepas dari Nabi selama 100 tahun. Ada hadith : Pada suatu malam, Nabi dia telah sembahyang, tiba2 ada jin kacau. Nabi tangkap dan ikat di tiang. Tiang di masjid Madinah. Di Raudhah, yang tertulis tiang jin. Bila nabi ikat, nabi solat, masa solat nabi teringat dengan ayat quran dengan permintaan nabi sulaiman iaitu benda yang diberi tapi tak diberi pada orang lain. Nabi cerita pada para sahabat. Selepas tu nabi kata tidak akan ada orang yang hidup lagi, selepas 100 tahun. Bila ditengok orang yang hidup pada zaman sahabat yang mati, iaitu sahabat yang terakhir mati pada tahun 110H, kiranya 100 tahun selepas nabi wafat. 13 tahun nabi bina QS, mereka nie berfungsi selama 100 tahun, bina negara islam, jatuhkan rum dan farsi. Hasil dari didikan 13 tahun. Itulah dia pentingkan QS disitu. Analogi lain, kita nak buat rumah, rumah yang paling cepat dengan surat khabar, lidi. Pakcik seorang nie buat dengan bakar besi, keluli. Kiranya kita kena faham betapa susahnya rasulullah memilik manusia di mekah dan berlakunya penyeksaan. Nabi still support, cakap sabar, sabarUjian itu sendiri adalah usaha membakar batu-bata. Proses itu adalah panjang, proses membina QS. Al-Baiah Aqabah Kedua ; Apa yg terjadi? Apa dia content baiah aqabah pertama? Baiah pertama hanya untuk diri sendiri : jangan mencuri, jgn bunuh anak, jangan bezina. Baiah aqabah kedua : pertahankan rasulullah ,bekorban untuk islam, balasannya syurga! Clear semua barulah baiah. Hasil dari baiah nie muncullah lagi golongan kedua iaitu As sabiqun minal Ansar. Pointnya : pergabungan antara muhajirin dan ansar : terbentuk negara islam. Walaupun tak dapat tarbiiyah macam muhajirin. Muhajrin di tarbiyyah oleh nabi. Ansar di tarbiyyah sekejap satu tahun, pergi baiah, den kemudian hantar Musab bin Umair untuk tarbiiyah dorang selama 1 tahun tapi dorang ada 2 ciri tersebut iaitu 1) orang yang memberikan dirinya untuk Allah. 2) melahirkan orang yang bersedia unutk menanggung kesusahan, fitnah dan kelaparan, terima risiko apa sahaja.. Apa tanda orang madinah ada 2 sifat ini? Dorang cakap mereka sanggup buat apa sahaja untuk Islam. Mereka buktikan. Gabungan dua baru lah : tertubuhnya QS, dan wujudnya Negara Islam. Bila kita nak tarbiyyah, bina dakwah, kita kena ada target macam tu. Bina orang yang dapat memberikan dirinya untuk Allah dan sanggup menanggung risiko. Bila tak ada QS, jangan mimpi membuat bangunan besar, buat bangunan dari kertas sahaja. Hadith Ibn Rawahah semasa Baiah Kamu tahu tak kalau baiah apa akan jadi? Kami tak tahu. Apabila kamu membaiah sama aku, bererti kamu akan mengisytihar perang dengan semua Arab yang ada di atas Jazirah Arab. Sanggup tak? Mereka kata sanggup. Kiranya bila dorang sanggup, mereka faham. Bukan ganjaran dunia, tapi untuk kemenangan islam. Muhajiran & Ansar : dipanggil QS semasa awal Madinah. Madinah ialah

negara Islam, kita kena tanggung everything. Nak bina sebuah negara, benda2 remeh temeh pun kita kena handle. Pegang satu persatuan pun dah sakit kepala, apa lagi sebuah negara! HUHUHU.

Perbandingan QS dan Qaedah tak sulbah: Yang masuk islam di zaman nabi ada 2 jenis : Mekah : Sirr / Jahr Medinah : Sebelum hijrah hingga badar & selepas Badar seperti orang2 munafiq and the geng, sebab dia lambat, dia nak tengok Muhammad kuat ke Quraish. Ada yang masuk islam selepas pembukaan Mekah. Orang yang masuk selepas pembukaan Mekah kira kelas bawah sekali. Sebab dia masuk iIslam, dia sebenarnya terdiri dari orang Mekah sendiri and arab badawi. Mereka berduyun2 (Surah an-Nasr) Tanda lemahnya orang yang masuk islam selepas pembukaan mekah ialah semasa Perang Hunain: Ayat 9:25


25. Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan Dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, Iaitu semasa kamu merasa megah Dengan sebab bilangan kamu Yang ramai; maka bilangan Yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi Yang Luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. Apa yang berlaku? Rasulullah ajak serang Taif. Dorang buat embush. Dorang serang daripada atas. Semua cabut lari. Tinggal nabi dan beberapa orang sahaja. Ada yang kata tinggal 10 orang. Sehinggakan nabi memanggil2. Pengajaran : bahayanya orang yang mudah lari, ialah ia mudah mensaiko orang yang asalnya tak nak lari jadi lari disebabkan mereka ini mudah lari. So kali ni tak payah bawa

orang yang mudah lari. Ini menunjukkan orang yang masuk islam selepas pembukaan kota Mekah ini bukan QS, Beza dengan Perang Uhud. Bila iman tak cukup, tarbiiyyah tak cukup, iman tak di test, mereka tak tahan. Rasulullah membuktikan dengan QS. Kita hendaklah yakin, bukan nak bergaduh. Bukan menang sorak. Yang penting kita kena faham dan apabila nak buat, kita tahu nak kena buat. Walaupun kita tahu kita bukan QS tapi kita kena BINA Qaedah Sulbah. Tajuk ini LEBIH kepada memahamkan kita untuk buat kerja dengan betul. Bukan untuk menang dalam penjelasan.

Wallahualam Bissowab.

Anda mungkin juga menyukai