Anda di halaman 1dari 3

Al-Mawdudi

Kelahiran dan Pendidikan


Al-Mawdudi, atau nama penuhnya Sayyid Abu al-A’la al-Mawdudi dilahirkan di Hyderabad,
India pada 25 September 1903/ 3 Rejab 1321H.
Dari sudut keturunan, Al-Mawdudi ada hubung kait dengan Khawajah Qutub al-Din
Mawdud, pengasas satu tarikat sufi yang terkenal dengan di dunia islam.
Al-Mawdudi dididik oleh ayahnya di rumah, tanpa dihantar ke sekolah kerana ayahnya
bimbang dia akan diresapi pengaruh penjajahan British di sekolah-sekolah yang begitu kuat
pada masa itu.

Keadaan Masyarakat Al-Mawdudi


Masyarakat setempat pada zaman al-Mawdudi khususnya dan masyarakat Islam umumnya
perlu kepada perubahan. Pengaruh Islam di India (termasuk Pakistan) sangat malap, kerana
menghadapi banyak masalah. Masalah pokok yang dihadapi oleh masyarakat Islam di India
pada masa itu ialah:
1. Pengaruh barat melalui penjajahan British di India yang terlalu kuat.
2. Falsafah kebendaan begitu berpengaruh. Dengan itu melenyapkan unsur-unsur
kerohanian dan keagamaan.
3. Khurafat dan bidaah menjadi-jadi.
4. Lenyapkan kesatuan umat Islam dan akibatnya masyarakat islam berpecah-belah dan
lemah.
5. Kuatnya api perkauman yang melenyapkan kesatuan Islam.
Uslub Dakwah Al-Mawdudi
Al-Mawdudi mula berkecimpung dalam bidang penulisan dan mula dikenali sebagai
wartawan dan pengarang sejak beliau berumur 16 tahun. Pada ketika itu juga beliau
menumpukan perhatian kepada politik.
Nama Al-Mawdudi mula mendapat perhatian umum apabila beliau menulis sebuah buku
yang berjudul Jihad dalam Islam pada tahun 1926. Selepas beberapa buku dikeluarkan,
beliau menerbitkan majalah bulanan yang diberi nama Tarjuman al-Quran.
Pada tahun 1939 al-Mawdudi dilantik menjadi Dekan Fakulti Pengajian Islam di Fakulti
Islam Lahore dan pada tahun 1941 beliau menubuhkan Jamaah Islamiah yang bertujuan
untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat Islam di India
khususnya. Beliau meletakkan Islam sebagai asas kepada jemaah ini dan bercita-cita
mengembalikan masyarakat Islam kepada Islam.
Melalui Jamaah Islamiah, Al-Mawdudi memperjuangkan Islam. Banyak buah fikirannya
tersebar melalui buku, majalah dan akhbar. Di samping itu, fikirannya juga tersebar melalui
ceramah-ceramah dan kepimpinannya.
Pengaruh Al-Mawdudi melalui jamaah Islamiah sangat kuat, terutamanya di Pakistan dan di
India. Islam telah mendapat tempat di kalangan masyarakat Islam di benua kecil ini. Usaha
al-Mawdudi mengembalikan masyarakat Islam supaya kembali berpegang kepada agama asal
mereka dan menyatupadukan mereka mendatangkan hasil yang sungguh baik.
Namun, usaha tersebut dituduh sebagai menentang kerajaan dan beliau terpaksa menghadapi
banyak masalah, khususnya daripada pihak kerajaan. Antara tahun 1948 sehingga 1950 beliau
dipenjara oleh pemerintah.
Oleh kerana usaha Al-Mawdudi memperjuangkan islam tidak kendur selepas beliau
dikeluarkan daripada penjara, maka pada tahun 1953 beliau dipenjara sekali lagi dan
seterusnya dikeluarkan perintah hukum gantung. Antara kata-kata beliau yang menarik
perhatian setelah dikeluarkan ketetapan hukuman gantung ialah:
Jika itu (mati kerana hukuman gantung) kehendak Allah, maka saya menerimanya dengan
senang hati dan jika itu (hukuman gantung) tidak boleh membawa saya kepada kematian,
maka ia tidak menjadi apa-apa kepada saya, sebab apa yang mereka sedang rancangkan,
sekarang ini tidak akan memberi apa-apa kesan kepada saya.
Walau bagaimanapun, hukuman itu tidak jadi dilaksanakan dan beliau dibebaskan. Beliau
meneruskan perjuangan dakwahnya sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1979. Oleh
kerana al-Mawdudi giat dalam penulisan, beliau sempat meninggalkan sebanyak 200
karangan, di samping sempat mengadakan ceramah hampir di semua kota besar dunia.
Pendekatan Dakwah Al-Mawdudi
Dakwah Al-Mawdudi banyak menggunakan cara sebagaimana berikut:
1. Banyak menggunakan tulisan, sama ada melalui saluran buku, majalah atau akhbar.
2. Ia juga menggunakan saluran lisan melalui ceramah-ceramah.
3. Menyatupadukan masyarakat Islam melalui Jamaah Islamiah.
4. Menekankan hal-hal yang berhubung dengan pemerintahan Islam dan pembinaan
masyarakat.
5. Mengaturkan program-program dakwah yang berbeza-beza antara golongan
masyarakat.
Al-Mawdudi telah menggunakan seluruh jiwa raga dan usahanya untuk kepentingan Islam,
khususnya di Pakistan dan India, yang mana umat Islam, banyak menghadapi masalah.
Walaupun tokoh ini telah meninggal, tetapi hasil usahanya yang telah dicurahkannya masih
segar menjadi warisan seluruh umat Islam.

Anda mungkin juga menyukai