Anda di halaman 1dari 36

1 MA L AY S I A 1

2 1 MA L AY S I A
1 MA L AY S I A 3
MALAYSIA
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
1 1 MA L AY S I A
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA
mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan dengan lebih erat dalam
kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana
kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama
secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang
kaya dan berbagai-bagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita
tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
1 MA L AY S I A 5
Disediakan oleh
Bahagian Penerbitan Dasar Negara
Reka Bentuk Kulit dan Reka Letak oleh
World Communications Network Resources
Diterbitkan oleh
Jabatan Penerangan Malaysia
Komunikasi dan Kebudayaan
Kementerian Penerangan
B.K005 (B.M) OGOS 2009 (050)
Laman Web: http://www.penerangan.gov.my
e-mel: webmaster@penerangan.gov.my
MALAYSIA
RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
6 1 MA L AY S I A
7 Pengenalan
8 Defnisi
10 Perbezaan Antara Konsep 1Malaysia
dengan Konsep Malaysian Malaysia
12 Konsep 1Malaysia
13 Hubungan Konsep 1Malaysia dengan
Dasar-dasar Kerajaan Terdahulu
14 Matlamat
Huraian
17 3 Prinsip Teras 1Malaysia
19 Nilai-nilai 1Malaysia
31 Kesimpulan
KANDUNGAN
1 MA L AY S I A I
1. PENGENALAN
Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia
ketika ini, memerlukan setiap negara menyusun
strategi masing-masing agar tidak tersisih daripada
arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa
penindasan pihak tertentu. Bagi menghadapi
keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira
keturunan dan anutan agama, perlu bertindak
sebagai satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia, yang
berfkir dan bertindak ke arah mencapai matlamat
yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih
maju, selamat, aman dan makmur serta mampu
bersaing dengan masyarakat lain di dunia.
Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya
tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang
dibawa oleh arus globalisasi, termasuk dalam bidang
sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana Menteri
Dato Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan
Konsep 1Malaysia yang berpaksikan prinsip Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Konsep
ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan
sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-Prinsip
Rukun Negara.
1 MA L AY S I A I
8 1 MA L AY S I A
Konsep 1Malaysia bertujuan memperkukuhkan
hubungan dan kerjasama antara rakyat pelbagai
kaum di negara ini sebagai senjata utama untuk
menghadapi pelbagai ancaman dan cabaran, yang
bertujuan menggugat kesejahteraan hidup mereka.
Konsep ini juga, jika dihayati sepenuhnya oleh
semua pihak, mampu menjadikan Malaysia sebuah
negara yang lebih aman, stabil dan maju dalam
segenap bidang serta disegani oleh seluruh dunia.

2. DEFINISI
Konsep 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato
Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak:
Kita berdiri, kita berfkir dan bertindak sebagai
bangsa Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-
tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan
etnik dalam negara kita;
Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar
afirmatif, dasar untuk menolong kaum
Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan
dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan
kepada golongan Bumiputera yang layak
mendapat sesuatu pertimbangan daripada
kerajaan. Kita keluar daripada cara bertindak
dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak
sekian lama.
8 1 MA L AY S I A
1 MA L AY S I A 9
2.1 Berdasarkan penjelasan di atas, dapat dirumuskan
kesimpulan berikut :
Konsep 1Malaysia menuntut setiap warganegara
dan pemimpin memainkan peranan masing-
masing.
Kita berdiri, berfkir dan bertindak sebagai
bangsa Malaysia memberi maksud bahawa rakyat
daripada pelbagai kaum dan agama perlu berfkir
melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka
juga perlu melahirkan tindakan yang melepasi
tembok kepentingan etnik dan kaum.

Justeru, bangsa Melayu sebagai contoh, tidak
wajar hanya berfkir dalam skop bangsanya
sahaja. Mereka juga diminta tidak perlu hanya
membataskan tindakan mereka kepada perkara-
perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja.
Demikianlah juga dengan kaum-kaum lain, mereka
perlu melakukan perkara yang sama.
Sementara ayat dan kita mengambil tindakan-
tindakan berdasarkan kehendak semua
kumpulan etnik dalam negara kita lebih menjurus
dan bersangkutan dengan kepimpinan negara.
Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan
melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak
rakyat tanpa mengira kaum dan agama di Malaysia.
1 MA L AY S I A 9
10 1 MA L AY S I A
Nilai tambah dan pembaharuan dalam Konsep
1Malaysia
Mengambil tindakan-tindakan berdasarkan
kehendak semua kumpulan etnik dalam negara
kita telah dilaksanakan kerajaan semenjak
kemerdekaan negara lagi. Perkara ini berjalan dalam
bentuknya yang tersendiri iaitu pihak kepimpinan
negara melayani kehendak dan keperluan setiap
etnik melalui wakil kaum masing-masing.
Melalui konsep 1Malaysia, YAB Perdana Menteri
mahukan setiap wakil rakyat bertindak melepasi
sempadan kaum masing-masing dan melebarkan
khidmat mereka kepada kaum-kaum lain.
3. PERBEZAAN ANTARA KONSEP
1MALAYSIA DENGAN KONSEP
MALAYSIAN MALAYSIA
Berpandukan definisi konsep 1Malaysia yang
dinyatakan di atas, konsep 1Malaysia memiliki
kelainan seperti berikut:
1Malaysia adalah gagasan bagi mengharmonikan
rakyat pelbagai kaum di negara ini tanpa mengubah
identiti kaum-kaum tersebut. Konsep Malaysian
Malaysia pula adalah satu dasar yang mahu
menggagalkan terus asas binaan kemasyarakatan
10 1 MA L AY S I A
1 MA L AY S I A 11 1 MA L AY S I A 11
yang wujud itu. Keadilan yang dicanangkan dalam
konsep Malaysian Malayisa diambil secara membuta
tuli dengan mengambil konsep kesamarataan
versi total.
Di samping menjaga kepentingan semua kaum,
konsep 1Malaysia juga menekankan soal integrasi
dan pewujudan bangsa Malaysia. Berbeza dengan
Malaysian Malaysia yang hanya terbatas kepada
kesamarataan hak tanpa mengambil kira realiti dan
sejarah negara Malaysia.
Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan
1Malaysia amat berbeza dari konsep asimilasi yang
diamalkan di negara-negara lain di mana identiti
kaum-kaum etnik dilenyapkan dan diganti dengan
satu identiti nasional yang sama.
Sebaliknya 1Malaysia menghargai dan menghormati
prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan serta
identiti-identiti etnik setiap kaum di Malaysia, dan
menganggapnya sebagai satu aset atau kelebihan
yang patut dibanggakan.
1Malaysia menekankan sikap penerimaan di
kalangan rakyat berbilang kaum, di mana sesuatu
kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya
agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan
saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam
satu negara.
12 1 MA L AY S I A
4. KONSEP 1MALAYSIA
Konsep 1Malaysia bukanlah satu wawasan atau
gagasan pemikiran baru. Sebaliknya Konsep
1Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian
Diutamakan lebih merupakan satu konsep dalam
bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-
pemimpin Kerajaan menjalankan tugas dengan
lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi
kepentingan rakyat.
Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip
keadilan untuk semua kaum, yang membawa
maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela
dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan.
Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan
kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza.
Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-
peruntukan Perlembagaan yang memberikan
pembelaan kepada golongan yang memerlukannya,
akan tetap dilaksanakan.
1Malaysia adalah penerusan agenda membina
negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara,
rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini
dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan
antara kaum, yang membawa kepada perpaduan
yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan
pembangunan negara akan berjalan dengan lebih
lancar.
12 1 MA L AY S I A
1 MA L AY S I A 13
5. HUBUNGAN KONSEP 1MALAYSIA
DENGAN DASAR-DASAR KERAJAAN
TERDAHULU

Perkaitan antara konsep 1Malaysia dan dasar-
dasar negara terdahulu dinyatakan sendiri oleh YAB
Perdana Menteri. Beliau menegaskan Konsep
1Malaysia, Rakyat Didahulukan. Pencapaian
Diutamakan, adalah kesinambungan daripada
dasar-dasar yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin
terdahulu.

Konsep ini bukanlah suatu perkara baru. Sebaliknya
1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan, merupakan satu usaha yang telah
lama diamalkan. Usaha-usaha memelihara dan
menjaga kepentingan rakyat serta negara sudah
dilaksanakan sejak zaman Tunku Abdul Rahman
Putra Al-Haj.
Usaha-usaha membangunkan rakyat dan negara
telah disambung oleh Perdana Menteri-Perdana
Menteri seterusnya. Setiap Perdana Menteri
mempunyai gagasan tersendiri, namun matlamatnya
tetap sama iaitu untuk rakyat dan negara.
1 MA L AY S I A 13
11 1 MA L AY S I A
6. MATLAMAT
1Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan
meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian
yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta
rakyatnya dan kelebihan ini akan dipelihara sebagai
bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang
cabaran.
Perpaduan sememangnya telah membentuk teras
utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan
bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia
bertujuan menyemarakkan semula semangat
perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat
Malaysia.
Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu
dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan
membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang
membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila
perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan
negara akan berjalan dengan lebih lancar.
7 HURAIAN

1Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan
hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia
dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara
asas yang perlu diwujudkan dalam semangat
11 1 MA L AY S I A
1 MA L AY S I A 15 1 MA L AY S I A 15
perpaduan adalah perasaan hormat menghormati,
keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara
kaum.
1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat
yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur,
berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas
dan amanah amat penting untuk melaksanakan
tanggungjawab kepada negara.

1Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak
mentafsir dan memahami tugasan yang diberi.
Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki
kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur
strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam
memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan
tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling
ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara
memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited
untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab
dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi
kepentingan dan kemajuan negara.
Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra
rakyat dan sanggup berkorban masa, tenaga
dan kewangan serta mengetepikan kepentingan
peribadi demi negara. Pemimpin yang bekerja
16 1 MA L AY S I A 16 1 MA L AY S I A
dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan
mendapat sokongan dan dihormati oleh semua
lapisan masyarakat.
7.2 1Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat
yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur,
berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas
dan amanah amat penting untuk melaksanakan
Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan
kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan
kepada kaum dan kelompok sendiri. Malaysia
merupakan sebuah negara untuk semua rakyat,
tanpa mengira kaum, agama, budaya serta fahaman
politik. Semua kaum perlu menganggap bahawa
mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya
perlu dinikmati secara bersama. Setiap ahli dalam
masyarakat atau kaum tidak akan dipinggirkan
daripada menikmati pembangunan dan mendapat
pembelaan kerajaan yang sewajarnya.
1Malaysia adalah pemangkin kepada pewujudan
negara bangsa yang dapat melahirkan rakyat yang
mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan antara
satu sama lain. Keupayaan membina negara bangsa
bergantung kepada perkongsian nilai integriti,
kebolehan, dedikasi dan kesetiaan.
1 MA L AY S I A 1I
8. 3 PRINSIP TERAS 1MALAYSIA

1Malaysia disandarkan kepada 3 teras dalam
memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu:
PRINSIP PENERIMAAN
PRINSIP KENEGARAAN
PRINSIP KEADILAN SOSIAL

8.1 PRINSIP PENERIMAAN
Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat Malaysia
mempunyai cara hidup, amalan dan kebudayaan
yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu
sama lain sebagai rakan setia.

8.2 PRINSIP KENEGARAAN
Konsep perpaduan, semangat nasionalisme
dan cintakan negara telah diterapkan semenjak
dahulu lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu.
Tunku Abdul Rahman melalui Parti Perikatan
yang dipimpinnya dengan dibantu oleh Tun Tan
1 MA L AY S I A 1I
Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami
dan menghayati lapan nilai 1Malaysia, iaitu
budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati,
penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan
dan integriti.
18 1 MA L AY S I A 18 1 MA L AY S I A
Tun Abdul Razak pula mengilhamkan Rukun Negara
dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang tujuannya
adalah untuk menyatupadukan rakyat berbilang
kaum di negara ini.
Tun Hussien Onn yang sememangnya terkenal
dengan usaha-usaha yang dilakukan untuk
memupuk perpaduan di kalangan rakyat sehingga
diberi gelaran Bapa Perpaduan.
Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Hj
Ahmad Badawi pula membawakan Wawasan 2020
dan konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
sebagai gagasan untuk memupuk perpaduan di
kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.
8.3 PRINSIP KEADILAN SOSIAL
Setiap kaum di negara ini tanpa mengira latar
belakang atau agama diberi keadilan yang sebaik
mungkin dari segi kebajikan dan aspek-aspek sosial
yang penting.
Cheng Lok dan Tun V.T Sambanthan berjuang bagi
mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada
penjajah British untuk Tanah Melayu.
1 MA L AY S I A 19
Melalui Konsep 1Malaysia, setiap wakil rakyat
bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing
dan melebarkan khidmat mereka kepada kaum-
kaum lain.
Namun begitu Konsep 1Malaysia yang mempunyai
prinsip keadilan sosial bukanlah platform bagi
mana-mana pihak untuk membuat tuntutan yang
keterlaluan dan bukan-bukan.
9. NILAI-NILAI 1MALAYSIA
Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato
Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep
1Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat
menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fkiran
dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat
iaitu untuk negara. Lapan nilai tersebut adalah:
Budaya kecemerlangan
Ketabahan
Rendah hati
Penerimaan
Kesetiaan
Meritokrasi
Pendidikan
Integriti
1 MA L AY S I A 19
20 1 MA L AY S I A 20 1 MA L AY S I A
9.1 BUDAYA KECEMERLANGAN
Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi
tinggi akan membawa Malaysia ke tahap kejayaan
serta pencapaian yang lebih tinggi. Kejayaan dan
pencapaian masyarakat dan negara bergantung
setakat mana budaya kecemerlangan diamalkan
oleh rakyatnya.
Budaya berprestasi tinggi memastikan setiap
perkara dan setiap tugas yang dilakukan mencapai
tahap yang terbaik. Sikap sambil lewa dan acuh
tak acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang
berdaya maju.
Budaya ini perlu dilaksanakan secara berterusan
dengan mementingkan prestasi sebagai pengukuran
tahap pencapaian atau kemajuan.
Prinsip ketepatan menjadi elemen dalam menentukan
kecemerlangan. Ketepatan menguruskan masa
amat penting dalam menentukan kemajuan dan
penerimaan orang lain terutama apabila berurusan
dengan pihak-pihak luar negara.
Ketepatan pengukuran, jadual penyampaian dan
kualiti amat berhubung rapat bagi menentukan
kecemerlangan dan kejayaan.
1 MA L AY S I A 21
Sistem Petunjuk Utama Prestasi (KPI) amat penting
dalam mengukur pencapaian perkhidmatan yang
diberi di samping dedikasi, komitmen dan bekerja
keras.
Negara luar akan mengiktiraf Malaysia sebagai
negara yang mementingkan kualiti dan ketepatan
dalam segala bidang terutama dalam sistem
perdagangan dunia yang berteraskan eksport.
9.2 KETABAHAN
Setiap perjuangan atau pelaksanaan kerja
memerlukan ketabahan dan ketekunan. Perjuangan
untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan
negara amat memerlukan pemimpin dan rakyatnya
tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.
Rakyat Malaysia perlu tabah menghadapi dugaan
dan cabaran untuk kejayaan diri dan Negara.
Penggemblengan semangat bekerja keras, dedikasi
serta tabah menghadapi segala rintangan dan
dugaan adalah ramuan yang terbaik mencapai
sesuatu matlamat.
Ketabahan dalam menghadapi perubahan peribadi
wajar dijadikan wadah bagi memperbetulkan
kesilapan atau kegagalan perkara-perkara yang
terdahulu.
1 MA L AY S I A 21
22 1 MA L AY S I A 22 1 MA L AY S I A
9.3 RENDAH HATI
Rasa rendah hati adalah satu sifat yang penting
untuk dimiliki. Sifat merendah diri amat digalakkan
dalam ajaran Islam begitu juga dengan budaya dan
sifat masyarakat Melayu yang menghormati orang
yang merendah diri. Sifat berhemah dan berbudi
bahasa amat perlu menjadi amalan hidup kita.
Merendah diri yang dimaksudkan tidak bererti kita
tunduk atau mengalah dengan orang lain.
Segala kemampuan dan kebolehan yang dimiliki
tidak perlu ditunjuk dan dibanggakan dengan cara
yang tidak digemari masyarakat Malaysia.
Kejatuhan atau kemerosotan yang dialami perlu
dikaji kelemahannya dan hendaklah memperbaikinya
secara positif.
Sikap mudah mengalah, kecewa dan menyerahkan
kepada takdir perlu dikikis jika ingin maju dan
berjaya.
Dalam menangani kegagalan, pendekatan yang
berbeza dan kreatif perlu diambil bagi menghasilkan
perubahan yang lebih besar dan menakjubkan.
Semangat juang yang tinggi dan berpendirian teguh
perlu ada bagi mencapai kejayaan diri, masyarakat
dan negara.
1 MA L AY S I A 23 1 MA L AY S I A 23
Masyarakat Malaysia amat menghormati serta
menyukai sifat merendah diri tetapi mempunyai
kekuatan dalaman dan pendirian yang teguh
terhadap sesuatu prinsip.
Sikap merendah diri ini perlu bersesuaian dengan
masa, keadaan dan tempat di mana kita berada.
Apabila berada di luar negara serta berurusan
dengan masyarakat luar, sikap merendah diri perlu
dielakkan untuk mencerminkan kekuatan, keyakinan
dan kemampuan kita sebagai rakyat Malaysia, tetapi
bukan dengan cara kekasaran dan penindasan.
9.4 PENERIMAAN
Konsep penerimaan dan toleransi adalah dua
perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan
mahupun pel aksanaan. Peneri maan akan
memperlihatkan perlakuan yang positif menerima
sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang
ikhlas tanpa ada unsur paksaan. Manakala toleransi
pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara
terpaksa. Perlakuan atau sikap toleransi berlaku
apabila sesuatu pihak tiada pilihan lain dan ianya
diterima dengan ketidakjujuran.
Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima
apa jua perkara baik dan mendapat persetujuan
secara bersama.
21 1 MA L AY S I A 21 1 MA L AY S I A
Penerimaan semua kaum untuk mendapatkan yang
terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah
negara bangsa. Perkara-perkara yang terbaik
daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain
perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan
daripada masyarakat negara ini.
Semua program dan peruntukan kewangan daripada
kerajaan wajar diagihkan secara adil, menyeluruh
dan saksama mengikut keperluan tanpa sekatan,
lapisan masyarakat, kaum, etnik, agama dan
fahaman politik.
Semua peluang seperti pendidikan, biasiswa,
subsidi, bantuan kewangan dan agihan projek perlu
adil mencerminkan keperluan 1Malaysia.
Pembangunan diri tanpa mengambil kira jantina
dan latar belakang etnik sebaliknya ditentukan oleh
keupayaan peribadi dan bakat seseorang.
9.5 KESETIAAN
Prinsip kesetiaan amat diperlukan dalam apa jua
keadaan. Kesetiaan kepada Raja dan Negara,
prinsip kedua Rukun Negara wajib dipegang erat
oleh setiap rakyat negara ini tanpa berbelah bahagi.
Semua kaum perlu mengutamakan kesetiaan dan
kepentingan kepada negara mengatasi kesetiaan
kepada kaum dan kelompok sendiri.
1 MA L AY S I A 25 1 MA L AY S I A 25
Kesetiaan kepada pemimpin atau ketua di dalam
sesuatu organisasi adalah teras kepada kewibawaan,
keteguhan, kejayaan dan kecemerlangan.
Pengikut perlu menunjukkan kesetiaan dan ketaatan
kepada ketua kerana organisasi yang berpecah dan
tidak setia kepada arahan ketua akan mengalami
kehancuran.
Kesetiaan akan membina kepercayaan dan menjalin
satu ikatan antara dua pihak.

Perhubungan dan ikatan yang kukuh melalui kesetiaan
perlu dilakukan dengan jujur dan ikhlas terhadap
perhubungan sama ada dengan kawan, keluarga
atau pemimpin.
Kritikan dan pandangan yang membina perlu diterima
dalam perhubungan bagi menjamin kejayaan.
Mengkritik secara betul terhadap kesilapan atau
kekurangan adalah lambang setia kawan.
Kritikan dalam usaha membina kekuatan perlu
dilakukan dengan bijaksana dan dengan niat yang
baik agar segala kelemahan dan kesilapan dapat
dibaiki untuk kebaikan bersama.
26 1 MA L AY S I A 26 1 MA L AY S I A
Pemimpin atau ketua sesuatu organisasi perlu
menghindari sikap sombong, tidak mahu ditegur
atau dikritik.
Kesetiaan perlu disertai dengan keupayaan
melaksanakan tugas dengan cemerlang.
Nilai atau ganjaran kepada kesetiaan perlu
berasaskan kepada keupayaan, pencapaian
dan kemajuan yang dilaksanakan dalam setiap
perhubungan.
Kesetiaan atau perhubungan yang membuta tuli
tanpa sebarang kemajuan adalah tidak bernilai.
Perhubungan yang berasaskan kepada cara
mengampu perlu dihindari agar tidak disalah gunakan
oleh pihak yang sering mengambil kesempatan.

9.6 MERITOKRASI

Meritokrasi merupakan satu hala tuju yang perlu
diamalkan dalam negara demokrasi bagi memastikan
mereka yang layak dan memenuhi kriteria diberi
peluang untuk memacu pembangunan negara.
1 MA L AY S I A 2I
Dalam keadaan tertentu terdapat pihak yang kurang
bernasib baik atau ketinggalan seperti masyarakat
yang tinggal di kawasan pedalaman, estet-estet dan
perkampungan baru adalah menjadi tanggungjawab
Kerajaan untuk membantu golongan tersebut.
Meritokrasi menekankan persaingan secara terbuka
berasaskan kriteria-kriteria yang ditetapkan dan
sesiapa yang berjaya memenuhi kriteria-kriteria
tersebut berhak dipilih.
Dalam melaksanakan prinsip meritokrasi, pemilihan
berasaskan prestasi dan budaya cemerlang akan
memaksimumkan potensi Malaysia dalam semua
bidang.
Dalam aspek pemerolehan kerajaan, pemilihan
syarikat untuk ditawarkan kontrak dibuat melalui
tender terbuka dan syarikat yang berjaya hendaklah
memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan.
Dalam pemilihan syarikat, kontraktor, pemberi
khidmat, perunding dan sebagainya wajar dilaksanakan
melalui persaingan yang menitikberatkan kepada
setiap pihak yang bersaing membuktikan potensi
masing-masing dan memberi tawaran terbaik
merangkumi harga, produk, perkhidmatan dan hasil
yang dijanjikan.
1 MA L AY S I A 2I
28 1 MA L AY S I A 28
1 MA L AY S I A 29 1 MA L AY S I A
Semua aliran, sama ada Sekolah Kebangsaan,
Sekolah Cina atau Sekolah Tamil hendaklah sentiasa
mencari peluang berinteraksi dengan mengadakan
aktiviti bersama.
Prinsip meritokrasi membudayakan masyarakat
Malaysia dalam menghadapi cabaran globalisasi/
liberalisasi.
9.7 PENDIDIKAN
Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat
penting untuk mana-mana negara mencapai
kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah
berasaskan kepada masyarakat yang berpendidikan
dan berpengetahuan mengatasi kekuatan
ketenteraan.
Negara perlu memiliki masyarakat yang
mengutamakan pendidikan dan pengetahuan dari
segala-galanya.
Budaya membaca berupaya melahirkan rakyat
Malaysia yang mempunyai minda yang sentiasa
terbuka.
Sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula
untuk memasukkan sekolah vernakular.
1 MA L AY S I A 29 28
1 MA L AY S I A 29 1 MA L AY S I A
Kurikulum yang dibangunkan untuk ketiga-tiga aliran
hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang
perlu dipupuk untuk membentuk 1Malaysia.
Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan
berjaya apabila rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan
yang tinggi. Budaya ilmu ialah kecenderungan untuk
sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan
kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.
9.8 INTEGRITI
Intergriti penting bagi sesebuah kerajaan untuk
mendapat kepercayaan dan keyakinan rakyat. Nilai
ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada
pemimpin sehingga semua peringkat tanpa mengira
kedudukan.
Bersikap jujur dan amanah terhadap sesuatu
tindakan dan percakapan.
Bercakap benar walaupun perkara yang disampaikan
itu pahit dan sukar diterima.
Berusaha memperbaiki kesilapan. Setiap perkara
atau tindakan yang gagal atau salah perlu diperbaiki
bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
30 1 MA L AY S I A
Menepati janji dan masa adalah sifat mulia yang
dituntut semua agama. Memungkiri janji boleh
mengikis kepercayaan dan kesetiaan.
Menerima kritikan dan teguran dengan hati yang
terbuka walaupun perkara ini sukar diterima oleh
sesetengah pihak. Segala kritikan dan teguran perlu
dijadikan iktibar dan panduan untuk membetulkan
kesilapan dan kesalahan yang dilakukan.
Kelayakan dan kemampuan perlu diberi keutamaan
tanpa sebarang kepentingan atau melalui saluran
tidak sah.
Mengetepikan kepentingan peribadi dalam segala
tindakan dan perlakuan. Kepentingan negara perlu
diletakkan mengatasi segala kepentingan lain. Sifat
ingin mengutamakan diri, keluarga dan kelompok
tertentu perlu dijauhi.
Budaya berprestasi tinggi adalah asas utama
integriti dalam semua aspek dan khidmat yang
diberi.
30
1 MA L AY S I A 31 1 MA L AY S I A
1 MA L AY S I A 31
10. KESIMPULAN
Konsep 1Malaysia membawa aspirasi untuk
memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan
rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih
erat sebagaimana yang digariskan dalam prinsip
Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan
dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat
menghormati dan sikap saling mempercayai antara
kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan
bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan
kepentingan negara.
Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka
adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu
dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara
kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang
akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan
dan pembelaan daripada kerajaan.
Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan
rakyat Malaysia dengan fkiran dan tindakan yang
menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara.
Melalui konsep 1Malaysia tidak akan wujud
perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana
kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia
dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju
dan cita rasa untuk bersama memajukan negara.

30
1 MA L AY S I A 31 1 MA L AY S I A
32 1 MA L AY S I A
Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara
berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting
terutama dalam era globalisasi yang membenarkan
pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja
maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem
nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.
Keupayaan membina negara bangsa bergantung
kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan,
dedikasi dan kesetiaan.

Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu
mendasari prinsip-prinsip utama 1Malaysia iaitu
kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense
of belonging) bagi menjayakan konsep ini.
Sumber:

www.1Malaysia.com.my
Akhbar-akhbar tempatan
32
1 MA L AY S I A 33 1 MA L AY S I A
CATATAN
32
1 MA L AY S I A 33 1 MA L AY S I A
31 1 MA L AY S I A
CATATAN
Harapan,
Malaysia
Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan
DITERBITKAN OLEH :
Jabatan Penerangan Malaysia BK005 (B.M) Jun 2009 (050)
Laman Web : HYPERLINK http://www.penerangan.gov.my
Email : webmaster@penerangan.gov.my

Anda mungkin juga menyukai