Anda di halaman 1dari 4

MAKSUD PEDAGOGI Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal.

Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.

Dari

segi

etimologinya,

perkataan Pedagogi datangnya

daripada

bahasa

Yunani paidagogos, hamba yang menghantar dan mengambil budak-budak pergi balik dari sekolah. (lihat Paideia.) Perkataan paida merujuk kepada kanak-kanak, yang menjadikan sebab kenapa sebahagian orang cenderung membezakan antara pedagogi (mengajar kanak-kanak) dan andragogi(mengajar orang dewasa). Perkataan Yunani untuk pedagogi, pendidikan, adalah digunakan dengan lebih meluas, dan seringkali kedua-duanya boleh ditukar guna.

Taksonomi Bloom Pedagogi moden selalunya membahagikan fungsi pengajaran kepada tiga bidang, yakni apa yang dimaksudkan sebagai taksonomi Bloom. Menurut taksonomi bloom, pengajaran boleh terbahagi kepada:

1. Bidang Kognitif Berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman, pengetahuan dan analisa. 2. Bidang Afektif Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diri. 3. Bidang Psikomotor Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan, dan sukan.

Ketiga-tiga bidang ini nampaknya begitu tersendiri sifatnya, tetapi dalam keadaan pengajaran-pembelajaran semula jadi, pengasingan ketiga perkara ini selalunya tidak wujud. Contohnya, apabila seorang guru ingin mengajar seorang pelajar menulis, dia perlu mengajar pelajar itu cara memegang pencil(bidang psikomotor); bentuk huruf dan maknanya(bidang kognitif); dan juga harus memupuk minat untuk belajar menulis(bidang afektif).

Topik dalam pedagogi Pedagogi merupakan satu ilmu yang luas dan mendalam. Pembincangannya boleh dibahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu:

Perkaedahan pengajaran Teori pembelajaran dan pengajaran Pada lazimnya, seorang bakal guru akan menerusi kedua-dua bidang ini

sebelum menjadi seorang guru. Tetapi bersamping itu, dia juga harus mempelajari perkara-perkara seperti pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah, kurikulum sekolah, Perlakuan Mengajar, Interaksi Guru-Pelajar dan sebagainya.

MAKSUD KURIKULUM Menurut kajian Kamarudin & Siti Hajar (2004), kurikulum sebenarnya berasal daripada perkataan Latin curere yang bermaksud laluan atau jejak. Dalam bahasa Inggeris pula kurikulum membawa maksud jelmaan. Paduan daripada kedua-dua kata ini telah menghasilkan kurikulum yang bermaksud laluan dari satu peringkat ke satu peringkat. Kurikulum dapat didefinisikan sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan institusi pendidkan (Kamus Dewan Edisi Keempat 2007). Terdapat pelbagai definisi terhadap kurikulum yang diberikan oleh pakar-pakar dan pengkaji. Sesetengah pengkaji berpendapat kurikulum merupakan satu

pengalaman. Menurut Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakan (2004) kurikulum ialah semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah yang bertujuan untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditetapkan mengikut keupayaan masing-masing. Saylor dan Alexander

mendefinisikan kurikulum sebagai rancangan dalam menyediakan kesempurnaan pembelajaran bagi mencapai tujuan secara menyeluruh dan objektif yang spesifik.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah

memperkembang lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Anda mungkin juga menyukai