Anda di halaman 1dari 4

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfgh jklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopas dfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq DAYA TAHAN OTOT wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuio pasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbn mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdf

ghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxc vbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdf ghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxc

PENGENALAN

Daya tahan otot ialah kemampuan melakukan pergerakan otot ataupun anggota badan berulang-ulang kali tanpa rasa letih. Daya tahan otot sangat penting kerana kebanyakkan aktiviti harian dan aktiviti sukan memerlukan faktor kecergasan fizikal ini. Seorang yang mempunyai daya tahan otot akan dapat melakukan pergerakan-pergerakan anggota badan tanpa berasa letih dan lesu serta pulih daripada kerja tersebut dalam tempoh masa yang pendek. Namun hal yang demikian, daya tahan otot dengan kekuatan sebenarnya mempunyai hubungkait antara satu sama lain. Ia juga bergantung kepada faktor-faktor:

1. Kualiti otot. 2. Taburan saluran rerambut darah. 3. Sistem dan mekanisme yang digunakan dalam aktiviti daya tahan otot tersebut.

Bentuk-Bentuk Latihan Daya Tahan Otot


Daya tahan otot sebenarnya dipengaruhi oleh sistem saraf dan kekuatan otot tersebut. Latihan seperti weight training merupakan salah satu bentuk-bentuk latihan yang sering digunakan dalam aktiviti daya tahan otot ini. Bentuk-bentuk weight training tersebut adalah seperti: High pull@ upright rowing Curl Heal raise (calf raises) Pull over Bench press Shoulder Shrug Triceps Strenght

Aktiviti diatas dapat menguji ketahanan otot untuk mengangkat sesuatu beban dalam jangka masa yang panjang atau tidak.

Prinsip-Prinsip Latihan Daya Tahan Otot


Memanaskan Badan Setiap latihan hendaklah dimulakan dengan sesi memanaskan badan dan diakhiri dengan sesi melegakan badan(warming down). Memanaskan badan adalah penting untuk merangsangkan sistem fisiologi badan supaya dapat adaptasi dengan peningkatan fungsi-fungsi metabolisme yang akan berlaku apabila atlit melakukan aktiviti fizikal yang lebih berat daripada biasa. Adaptasi ini akan membolehkan atlit bersedia dari segi psikologi dan juga penting bagi mengelak dan mengurangkan berlakunya kecederaan otot. Spesifisiti (Pengkhususan) Latihan yang dirancang perlu melibatkan aktiviti-aktiviti yang dapat mempertingkatkan kekuatan dan dayatahan otot, kelenturan (fleksibiliti) dan lain-lain aspek kecergasan fizikal. Latihan-latihan yang khusus hendaklah dijalankan mengikut permainan yang diceburi. Contoh bagi atlit lontar peluru perlu banyak latihan di bahagian tangan, pinggang dan kaki. Atlit ini juga perlu banyak ditekankan dengan latihan untuk meningkatkan dayatahan kardiovaskular. Kekerapan Latihan Kekerapan latihan akan menjamin peningkatan kecergasan fizikal kita. Adalah dicadangkan bahawa sekurang-kurangnya tiga kali seminggu sudah mencukupi bagi seseorang individu untuk mengekalkan kecergasan dan kesihatannya. Bagaimanapun ia haruslah bersesuaian dengan latihan yang dilakukan. Latihan yang mempunyai intensiti rendah dan dilakukan dalam jangka masa yang pendek akan menghasilkan tahap kecergasan yang rendah.

Langkah Keselamatan Semasa Membuat Aktiviti Daya Tahan Otot


Sebelum menjalankan sebarang latihan kecergasan, perlulah diambil perhatian supaya atlit kita sentiasa dalam keadaan selamat dan boleh menjalani aktiviti secara berterusan.

1. Aktiviti tidak menyakitkan. 2. Pergerakan sendi hingga ke tahap maksima. 3. Alatan atau tempat latihan hendaklah selamat digunakan. 4. Pakaian sesuai. 5. Ulangan adalah munasabah dan dalam kemampuan peserta. 6. Intensiti yang terlalu berat akan mendatangkan masalah kepada pernafasan.

Objektif Latihan Daya Tahan Otot


Meningkatkan kuasa dinamik otot yang terlibat. Menigkatkan keupayaan dan daya tahan otot. Meningkatkan dayatahan kederasan otot dan daya tahan otot yang spesifik. Meningkatkan kelajuan dan daya tahan otot tersebut.

Bahan Rujukan
Vasudevant T. Arasoo. (1987) . Aspek Saintifik Pelaziman Sukan dan Kecergasan Jasmani : Siri Pendidikan Fajar Bakti. Helen Teng . (1996) Manual Olahraga : Junjuara Publication Sdn Bhd. Ricard Mangi, M.D, Peter Jokl, M.D, O.William Dayton A.T.C. Sport Fitness and Training. Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad, (1987) . Buku Sumber Kecergasan Fizikal Tahap 1, Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia & Kementerian Belia dan Sukan : Sri Bistari . Sheikh Kamaruddin Sheikh Ahmad, (1987) . Buku Sumber Kecergasan Fizikal Tahap 2, Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia & Kementerian Belia dan Sukan : Sri Bistari . J

Anda mungkin juga menyukai