Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI MINGGUAN (MOHAMAD IDAD B ZAHARI ..

PA1 SEM 4) Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum Pada tarikh Jun 2013 merupakan kuliah pertama kami untuk subjek Pengurusan Kokurikulum ( WAJ 3108 ) bagi pelajar semester 4 IPG Kampus Kota Bharu. Kuliah pertama kami menyentih bab pertama iaitu Pengenalan Kepada Gerak Kerja Kokurikulum. Dalam bab ini menyentuh semua pengenalan asas yang perlu diketahui oleh seorang guru. Melalui tajuk ini, saya telah dapat mengenalpasti konsep, objektif, matlamat dan falsafah gerak kerja kokurikulum di sekolah. Bagi seorang guru, maklumat-maklumat ini seharusnya dikuasai kerana guru akan terlibat secara langsung dengan gerak kerja kokurilum di sekolah nanti. Mustahil bagi seorang guru dapat menguruskan kokurikulum ini di sekolah nanti tanpa berbekalkan pengetahuan yang cukup. Selain itu, saya juga dapat menerangkan komponen dan jenis-jenis gerak kerja kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Di sekolah, bukan hanya terdapat satu jenis gerak kerja kokurikulum. Malah terdapat beberapa seperti sukan, badan beruniform dan kelab akademik. Dengan tahu dan faham mengenai setiap jenis gerak kerja ini, senang bagi seorang guru mengurus malah menjayakan sesuatu aktiviti yang dirancang kelak. Dalam tajuk ini juga ada menyentuh mengenai carta organisasi gerak kerja kokurikulum. Carta organisasi amat penting untuk mengetahui siapa yang berkuasa memberi arahan atau kelulusan. Saya sendiri dapat menyediakan diri seandainya memerlukan kelulusan untuk sesuatu. Saya tahu siapa yang perlu saya jumpa. Di samping itu juga, saya dapat mengetahui akta, surat pekeliling Ikhtisas dan peraturan-peraturan am pelaksanaan gerak kerja kokurikulum. Seorang guru penasihat harus mengetahui semua peraturan-peraturan untuk memudahkan kerja. Saya tidak mustahil akan menjadi guru pembimbing untuk sesebuah kelab di sekolah nanti. Tanpa mengetahui peraturan, kemungkinan saya akan melanggar etika dan memberi contoh yang buruk kepada ahli kelab saya nanti. Oleh itu, dengan memahami bidang tugas saya, saya dapat menjalankan tugas dengan baik.

Sistem Ikatan dan Simpulan Dalam minggu ini, kami dapat mempelajari ikatan dan simpulan asas yang sesuai untuk diamalkan oleh semua orang terutama bagi ahli penyelamat apatah lagi kami ahli Kadet Remaja Sekolah (KRS) yang mana akan menjalani perkhemahan unit kokurikulum di Lata Belatang. Dalam kuliah ini kami menjemput pensyarah jemputan khas dari unit Persatuan Bulan Sabit Merah untuk membantu memberi sedikit sebanyak tentang ikatan dan simpulan yang kami akan guna nanti sewaktu perkhemahan terutama bagi membuat gajet. Seperti biasa sebelum kami masuk ke dalam dewan Gerko, kami perlulah berbaris di bawah dewan terbuka blok NN, disini kami berkawad asas seperti hari-hari biasa. Selepas selesai berkumpul dan berkawad

sementara menunggu ahli yang dating cukup kami bergerak segera ke dewan gerko untuk mendengar sedikit kuliah berkenaan ikatan dan simpulan. Tujuan utama kami belajar ikatan adalah untuk membiasakan diri dengan ikatan dan simpulan dan sentiasa mengamalkannya di samping

membentuk dan menggunakan ikatan dengan cepat dan kemas. Selain itu juga, objektifnya juga adalah ikatan yang dipelajari hendaklah dibuka dengan mudah walaupun ia diikat dengan kuat dan kemas. Dalam kuliah ini juga kami mempelajari pelbagai jenis ikatan dan simpulan terutama bagi mengikat sesuatu benda namun begitu ia hendaklah disesuaikan dengan situasi dan keadaan ikatan atau simpulan yang mahu digunakan. Oleh itu kemahiran dalam ikatan dan simpulan akan

mempercepatkan operasi menyelamat atau ketika kita hendak mengikat sesuatu benda benda dengan kemas dan kuat dan dapat membukanya balik dengan senang. Selain itu, kami juga turut belajar jenis-jenis tali dan kesesuaian yang boleh digunakan untuk kerja mengikat atau dengan kata mudah kerja menyelamat. Untuk kerja menyelamat tali belati tidak berminyak lebih sesuai digunakan kerana ia begitu kukuh dan selamat untuk digunakan.

Kelas Gadjet dan Pionering Dalam kuliah gerko pada minggu ini, kami diberikan pendedah mengenai cara-cara membuat gadjet. Gadjet sangatlah penting kegunaannya ketika didalam

perkhemahan didalam hutan kerana ia memudahkan kerja.

Semasa hendak

melakukan gadjet ada prinsip-prinsipnya bukan boleh buat sebarangan macam itu sahaja. Gadjet yang dihasilkan dengan baik dapat dijadikan contoh dan panduan oleh semua ahli Kadet Remaja Sekolah (KRS) . selain itu juga, jangan gunakan kayu atau dahan yang buruk kerana kemungkinan patah atau roboh kerana bahan ini tidaklah begitu kukuh dan kuat. Kita perlulah menggunakan ikatan yang betul bagi membuat ikatan pada gadjet dengan betul dan gadjet yang hendak digunakan perlulah dan sebaik-baiknya menggunakan bahan semulajadi. Selain itu juga, bahan yang hendak digunakan hendaklah merujuk kepada tiga perkara iaitu merujuk kepada situasi keadaan persekitaran perkhemahan dengan kata lain dimana perkhemahan itu hendak dilakukan. Selain itu, bahan yang hendak digunakan untuk membuat gadjet perlulah menggunakan bahan semulajadi sesuai dengan persekitaran perkhemahan dan seboleh bolehnya menggunakan bahan dari seluruh bahagian pokok. Di samping itu, gadjet mesti kukuh, dapat digunakan sepanjang masa perkhemahan dan boleh menampung beban yang berat sesuai berdasarkan jenis-jenis gadjet. Gadjet yang hendak dibuat mestilah baik dan ringkas tetapi praktikal. Cara-cara hendak membuat gadjet mestilah mulakan dengan membuat gadjet yang ringkas dahulu. Kemudian barulah fikirkan ciri-ciri keselesaan dan keselamatan gadjet dan tidak membahayakan semasa perkhemahan. Gadjet direka, dibuat dan diletakkan ditempat yang sesuai dan gadjet yang dibuat adalah ciptaan atau rekaan sendiri.. Antara faedah membina gadjet hendaklah tidak mencemarkan alam sekitar dan sebab itulah kita diharuskan menggunakan bahan semulajadi bagi membuat gadjet di samping dapat menjimatkan kos membeli barang-barang. Selain itu juga, ia memudahkan penyimpanan barang apabila berkhemah terutamanya barang memasak dan sebagainya, disamping kita belajar menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Dengan itu kita dapat memanfaatkan sumber alam semula jadi dengan sebaiknya

Pengelolaan Aktiviti Dan Pertandingan Melalui kuliah yang disampaikan, saya mengetahui bagaimana untuk menjayakan sesebuah persatuan ataupun kelab di sesebuah sekolah. Antaranya ialah, guru penasihat dan pihak pentadbir sekolah memainkan peranan. Dengan itu, barulah aktiviti ko- kurikulum di sekolah berjalan dengan lancar. Selain itu juga, pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan di sekolah dan dilaksanakan secara mingguan, bulanan, semester, penggal dan tahunan. Melalui pendedahan ini, dapat membantu kami dalam mempratikkannya di sekolah apabila kami sudah bergelar guru kelak. Melalui kuliah tajuk ini juga, saya mendapati bahawa terdapat prosedur-prosedur tertentu yang perlu diikuti semasa mengadakan sebarang aktiviti kokurikulum. Hal ini perlu dititikberatkan oleh urusetia atau pengerusi bagi sesuatu pengelolaan aktiviti tersebut agar aktiviti tersebut berjaya dilaksanakan dengan cemerlang dan mencapai objektif pengelolaan aktiviti tersebut. Semasa menjalani kuliah ini, kami dapat mengetahui aktiviti yang dijalankan dan juga takwim pengelolaan aktiviti sesebuah sekolah. Bukan itu sahaja, malah aktiviti ko- kurikulum ini mempunyai tujuannya pelaksanaannya iaitu mengimbangkan antara akademik dan kurikulum. Seterusnya, memantapkan lagi pengurusan jurulatih dan penasihat dalam sesebuah persatuan ataupun kelab yang dikelolakan oleh mereka. Dari sini, sebagai seorang bakal guru kami telah mengetahui perkara ini justeru memudahkan kami apabila mengendalikan aktiviti kelak justeru dapat membaiki kelemahan yang sedia ada agar lebih baik lagi di masa akan datang. Secara keseluruhannya, bagi memastikan setiap aktiviti atau program yang dianjurkan berjalan dengan lancar, beberapa perkara perlu diambil kira seperti kertas kerja aktiviti, pemantauan aktiviti serta penilaian aktiviti. Satu penilaian dan mesyuarat post mortem perlu dijalankan bagi melihat keberkesanan program yang dijalankan supaya segala kelemahan dan kekurangan yang timbul dapat diatasi serta dapat dielakkan pada program program yang akan dianjurkan pada masa akan datang.

Teknik-teknik Orienteering Dalam kuliah kali ini, saya didedahkan mengenai orienteering. Dengan memahami tajuk ini, saya dapat menerangkan tujuan utama sesuatu pengetahuan berkaitan dengan teknik- teknik pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas. Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri. Kompas merupakan lat yang kedua penting yang digunakan dalam sukan orienteering selain dari peta. Jenis kompas yang digunakan untuk orienteering ialah campuran kompas dengan pengukur jangka sudut. Ia mula-mula dicipta pada tahun tiga puluhan oleh tiga adik beradik keluarga Kjellstrom Bjorn, Alver dan Arvid dari negara Sweden. Kompas jenis ini mengandungi satu kapsul yang diisi cecair dan dipasang dengan plat tapak dan boleh digunakan untuk mengukur sudut serta jarak jauh. Di dalam kapsul ialah satu jarum magnetik. Di samping menggunakan kompas dan peta, kita juga boleh menggunakan panduan angin untuk menentukan arah. Walaubagaimanapun, cara ini memerlukan pengetahuan penelitian yang betul kerana cara ini kelazimannya bergantung kepada keadaan cuaca dan hari yang terang. Antara panduan yang lazim dan kerap digunakan ialah pergerakan matahari dari timur ke barat pergerakan bintang arah ke barat; kumpulan bintang yang dapat menunjuk arah ke utara; pengaliran air mata air ke sungai dan mengalir terus ke kuala/laut yang selalunya ada terdapat perkampungan dan arah tiupan angin Jelaslah pengetahuan tentang kompas sangatlah penting kepada seseorang ketika sesat di hutan. Hanya kompas sahaja yang dapat mencari arah pergerakan dengan tepat dan betul. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk belajajar orienteering.

Anda mungkin juga menyukai