Anda di halaman 1dari 16

HBAE 2203 Membentuk dan membuat Binaan

1.0

Pengenalan Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan, membentuk dan membuat binaan dan kraftangan tradisional. Melalui empat bidang ini murid dilatih untuk melihat subjek ini pada perspektif yang lebih luas sama ada dari aspek mahupun gunaan. Di antara keempat-empat bidang ini bidang membentuk dan membuat rekaan lebih memberi penekanan kepada perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat melihat dengan lebih jelas apabila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Selain itu ia menekankan penguasaan objek-objek seni tiga dimensi. Objek tiga dimensi bersifat konkrit, berisipadu, mempunyai pendangan sisi kiri, kanan dan bawah. Di dalam menghasilkan objek tiga dimensi ini, penstrukturan reka bentuknya perlu dirancang dan diperhalusi agar hasilnya menepati spesifikasi yang dikehandaki. Salah satu aktiviti membentuk dan membuat rekaan ialah menghasilkan diorama. Diorama merupakan sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar bagi menghidupkan suaasana. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan ataupun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk

menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama .Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

Sejarah awal diorama bermula di Eropah dan Amerika Syarikat pada abad ke sembilan belas apabila gabungan catan besar yang digantung di dinding bangunan menjadi bahan tontonan dan perhatian ramai. Kontemporari objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat. Diorama yang dihasilkan adalah untuk memperihalkan semula unsure-unsur naratif melalui penampilan imej dua dimensi dan tiga dimensi dalam konteks diorama.
1

HBAE 2203 Membentuk dan membuat Binaan

Rajah 1.1 Contoh-contoh diorama

Diorama merupakan satu media pengajaran yang baik kerana melalui aktiviti ini kita dapat membantu merangsang perkembangan kreativiti murid. Dalam penghasilan diorama juga dapat meningkatkan perkembangan dan pertumbuhan murid dari segi kognitif, afektif, sosial, komunikasi dan psikomotor. Ia dapat dilihat apabila murid diberi peluang untuk bekerja dengan pelbagai bahan, cara dan teknik , mereka dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan terkongkong Selain itu, pemilihan tema diorama yang baik juga memberi peluang kepada murid untuk meluaskan pengetahuan dan menguasai sesuatu kemahiran seperti kemahiran bertutur, berfikir, emosi serta sosial. Murid juga dapat meneroka tema yang dipilih dengan lebih mendalam.

Dalam penghasilan diorama yang baik, terdapat beberapa aspek penting yang perlu dititik beratkan. Di antaranya ialah komposisi hal subjek dan latar belakang hendaklah terancang dan saling lengkap-melengkapi. Dalam aktiviti ini juga, murid perlu

mengaplikasi pengetahuan mengenai unsur seni, prinsip seni dan pembinaan struktur seni yang baik agar dapat menyampaikan tajuk dan tema dengan jelas. Selain itu pemilihan alat dan media haruslah sesuai agar diorama yang dihasilkan lebih tahan lama dan lasak kepenggunaannya. Di samping itu diorama yang dihasilkan haruslah mempunyai saiz yang bersesuaian dan memenuhi konsep naratif yang ingin dikongsikan. Pemilihan warna yang harmoni serta susunan hal subjek yang sesuai dapat membangkitkan gerak rasa terhadap diorama yang dihasilkan.

HBAE 2203 Membentuk dan membuat Binaan

2.0

Perkembangan Kanak-Kanak

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanakkanak. Sememangnya tidak dapat disangkal lagi bahawa bidang membentuk dan membuat rekaan diorama dapat membantu perkembangan murid dari aspek kognitif, psikomotor, afektif, dan sosial. Berdasarkan kepada aspek-aspek ini, saya akan membincangkan secara terperinci dan bagaimana aktiviti diorama yang dijalankan dapat membantu perkembangan murid dari segi kognitik, afektif, sosial, komunikasi dan psikomotor.

2.1

Aspek Kognitif Aktiviti membentuk dan membuat rekaan diorama dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Dalam aktiviti penghasilan diorama, aspek kognitif ini sebenarnya mempunyai hubungan dengan kemampuan seseorang murid itu berfikir termasuk kemampuan memahami, menghafal, mengaplikasi dan menganalsis. Menurut Taksonomi Bloom (Sax 1980), kemampuan kognitif adalah kemampuan berfikir secara hirarki yang terdiri dari pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan evaluasi.

Penghasilan diorama oleh murid- murid di sekolah rendah mempunyai interpretasi yang berbeza dengan yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi mereka, hasil seni yang dihasilkan lebih berupa kepada hasil luahan dan ekpresif. Di sekolah rendah, hasil seni yang dihasilkan oleh kanak- kanak dapat digunakan untuk melihat bagaimana caranya mereka berfikir dan menyelami perasaan mereka selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka.

Jika kita lihat membentuk dan membuat binaan jelas menunjukkan bahawa muridmurid dapat mengaplikasikan apa yang telah tentang tema yang diberikan. Murid
3

HBAE 2203 Membentuk dan membuat Binaan

mampu berfikir tentang proses kerja seterusnya sehinggalah terhasilnya sebuah diorama yang baik berdasarkan kemampuan kognitif mereka sendiri. Ini menunjukkan bahawa, aktiviti- aktiviti seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan murid yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah. Selain daripada itu, mereka juga akan mampu untuk membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

Penghasilan diorama juga dapat merangsang perkembangan kognitif murid kerana keunikkan dan ktrampilan diorama bergantung kepada proses kreativiti yang tinggi. Setiap murid juga mengadun unsur seni, prinsip seni agar dapat menghasilkan struktur diorama yang baik. Keperluan ini akan mendorong muridmurid berfikir secara kreatif dan kritis agar dapat menghasilkan diorama yang bertepatan dengan tema. Sebagai contoh, apabila guru memberikan tugasan kepada murid untuk menghasilkan diorama yang bertemakan hidupan dasar laut, kita akan dapat melihat pelbagai diorama yang dihasilkan. Ini menunjukkan setiap murid mempunyai interpretasi masing-masing terhadap tema yang diberikan. Secara tidak lansung iai dapat mempertingkatkan keinginan untuk meneroka dan mempelajari perkara yang baharu. Guru juga dapat meningkat perkembangan kognitif mereka dengan memberi bahan rangsangan yang bersesuaian sebelum memulakan aktiviti menghasilkan diorama contohnya menujukkan video dan gambar hidupan dasar laut. Tema Diorama : Hidupan Dasar Laut

Rajah 2.1 : Walaupun tema diorama adalah sama diorama yang dihasilkan oleh murid biasanya bergantung kepada cara murid menginterpretasi tema tersebut.
4

HBAE 2203 Membentuk dan membuat Binaan

2.2

Aspek Afektif Perkembangan afektif merupakan sesuatu yang berkaitan dengan sikap dan nilai. Dalam perkembangan kanak-kanak, aspek afektif ini mencakupi perasaan, minat, sikap, emosi dan nilai. Penghasilan karya membentuk dan membuat rekaan diorama dapat menunjukk perasaan terhadap sesuatu yang ingin mereka hasilkan. Minat akan menjadi fokus utama jenis karya yang bakal dihasilkan. Manakala emosi pula banyak mempengaruhi semasa proses kerja karya tersebut dan nilai yang dapat ditunjukkan adalah nilai menghargai warisan, sahsiah yang baik dan rasa kesyukuran.

Aktiviti membentuk dan membuat rekaan diorama merupakan dilihat dapat membantu perkembangan afektf murid melalui pelaksanaan aktiviti yang menarik oleh guru-guru. Guru-guru boleh menunjukkan contoh diorama agar dapat merangsang perasaan dalaman murid dan menimbulkan minat murid untuk menghasilkan diorama sendiri. Justeru itu, seseorang murid yang mempunyai domain afektif yang tinggi dalam aktiviti seni akan dapat dilihat menerusi berbagai tingkah laku. Antaranya adalah seperti, pemerhatian murid tersebut contoh diorama yang ditunjukkan, disiplinnya dalam menyediakan bahan dan alat yang diperlukan, mempunyai motivasi yang tinggi aktiviti yang dilaksankan dan penghargaan terhadap alam sekitar dan kesyukuran ditunjukkan dalam karya yang dihasilkan.

Fokus utama murid-murid dalam penghasilan diorama adalah meluahkan perasaan dalam karya dan memiliki motivasi yang sangat tinggi sehingga tumpuan diberikan seratus peratus terhadap karya yang ingin dihasilkan. Guru-guru juga dapat merangsang pemikiran murid dengan membawa murid-murid melawat ke zoo, muzium ke tempat-tempat yang bersesuaian dengan tema diorama yang akan dihasilkan. Melalui pemerhatian murid dapat membantu perkembangan afektif murid dan menimbulkan rasa minat agar mereka dapat menghasilkan diorama yang baik.

HBAE 2203 Membentuk dan membuat Binaan

2.3

Aspek Sosial Dalam aktiviti membentku dan membuat rekaan diorama murid diberi peluang untuk berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial. Interaksi dan keupayaan bersosial ini dapat meningkatkan keyakinan diri murid-murid. Aktiviti penghasilan diorama secara berkumpulan dapat memberikan peluang kepada murid untuk berkerjasama, menghargai pendapat orang lain, saling hormatmenghormati dan menjadi landasan untuk memupuk perasaan bertoleransi.

Perkembangan sosial murid- murid secara positif dapat dibentuk dengan perkongsian ilmu melalui gerak kerja berkumpulan dan apresiasi seni. Muridmurid bukan sahaja berkongsi idea dalam menghasilkan diorama malah dapat menambahbaik penghasilan diorama mereka mereka. Hubungan sosial yang dibentuk di antara rakan sebaya semasa proses kerja seni yang dijalankan secara tidak langsung dapat menyemai nilai menghormati, kerjasama dan saling bantumembantu.

Selain itu kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak secara bebas, berjaya dan diiktiraf, diterima dan disanjung Oleh yang demikan guru haruslah memberi mempamerkan dan penghargaan kepada hasil karya diorama yang menarik agar murid-murid lebih bersemangat untuk membuat karya yang baik di masa akan datang. Selain itu, penghasilan diorama secara berkumpulan dapat meningkatkan keinginan untuk bersaing, ketangkasan fizikal di kalangan murid.

2.4

Aspek Komunikasi Aktiviti penghasilan diorama boleh dilihat sebagai satu aspek emosi dan juga sosial. Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Melalui penghasilan diorama, mereka mencurahkan segala perasaan mereka semasa melakukan aktiviti, ini merupakan satu bentuk ekspresi diri. Sebagai contoh ciri-ciri pengunaan warna dan subjek di dalam diorama dapat menggambarkan perasaan seseorang. Selain itu aktiviti ini juga dapat
6

HBAE 2203 Membentuk dan membuat Binaan

menyampaikan mesej yang ingin disampaikan kepada orang lain. Dengan demikian, aspek komunikasi satu hala tercapai. Malahan, sewaktu aktiviti membentuk dan membuat rekaan diorama, terdapat perhubungan antara rakanrakandalam menjayakan sesuatu proses pengkaryaan. Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri.

2.5

Aspek Psikomotor Murid-murid pada peringkat ssekolah rendah mempunyai otot yang belum matang. Untuk itu , latihan pergerakan dan seni visual yang kerap dapat mematangkan pergerakkan ototnya. Contohnya memegang pensel dengan baik supaya tulisan menjadi cantik dan kemas. Ianya memerlukan latih tubi yang kerap Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

Berbanding dengan bidang menggambar yang memberi penumpuan kepada kemahiran melukis dan menggambar, bidang membentuk dan membuat binaan diorama lebih membantu murid dalam perkembangan psikomotor. Ini kerana dalam aktiviti menghasilkan diorama murid bukan hanya didedahkan dengan kemahiran melukis dan menggambar malahan kemahiran menggunting, mengam, membentuk subjek serta menyusun atur komposisi bahan. Kepelbagaian aktivti ini pastinya dapat membantu perkembangan motor halus murid-murid terutamanya kedua-dua belah tangan.

HBAE 2203 Membentuk dan membuat Binaan

3.0

Perkembangan Kreativiti Kanak-Kanak menerusi Aktiviti Diorama

Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong oleh sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Perkembangan kretiviti kanak-kanak khasnya murid-murid dalam bidang seni visual seringkali dikaitkan dengan aktiviti pembelajaran dan pengajaran di sekolah dan pendekatan yang digunakan oleh guru menbantu meningkatkan kreativiti murid. Menurut teori Pieget dan Vygotsky pula, kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Justeru itu, rangsangan melalui permainan berbentuk akademik sperti penhasilan diorama perlu diwujudkan. Contohnya memberi tugasan murid menghasilkan diorama yang menarik minat murid serta memberi peluang kepada murid untuk memilih bahan dan alatan semasa aktiviti seni tersebut. Kebebasan berkarya yang diberikan kepada murid dapat merangsang murid membantu murid menzahirkan diorama yang baik.

Pendekatan bertema adalah pengurusan pembelajaran dan pengajaran melalui satu topik atau tema yang dipilih bersesuaian dengan masa,tempat, minat dan latar belakang murid. Pendekatan ini juga merangkumi koleks bahan, aktiviti dan teknik yang disusun mengiku tema. Dalam tugasan ini tema persekitaran iaitu Zoo dipilih untuk menghasilkan sebuah diorama kerana tema ini boleh merentasi matapelajaran lain. Dalam matapelajaran sains murid-murid boleh mepelajari jenis-jenis hawain karnivor, herbivore dan omnivore. Dalam matapelajaran Bahasa Melayu pula murid-murid boleh menulis karangan mengenai pengalaman melawat ke zoo atau laporan lawatan ke zoo. Bagi matapelajaran Jasmani pula murid boleh meniru gaya gerakan haiwan yang terdapat di zoo. Begitu juga dengan mata pelajaran Pendidikan Muzik, murid boleh mengenalpasti bunyi binatang yang mempunyai serta menyanyi lagi bertemakan binatang.

3.1

Kelebihan Pendekatan Bertema Penggunaan pendekatan bertema sememangnya dapat mewujudkan suasana yang mennyeronokan dan kondusif dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Selain itu ia juga dapat menyemai daya imaginasi melalui penerokaan yang dibuat oleh
8

HBAE 2203 Membentuk dan membuat Binaan

murid. Oleh yang demikian iai dapat membantu murid meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lalu. Contohnya apabila murid telah menghasilkan Diorama Zoo akan mendapat

gambaran yang lebih jelas mengenai keadaan zoo, apabila mereka diminta untuk menulis tentang pengalaman ke Zoo. Begitu juga sekiranya murid berpeluang pergi ke zoo. Selain itu pendekatan ini dapat membangunkan pembelajaran yang menyeluruh yang menghubungkait pengetahuan dan kemahiran.

3.2

Kekuatan Pendekatan Bertema Salah satu kekuatan pendekatan bertema ialah murid berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan pengalaman verbal dan bukan verbal sama ada berbentuk pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaskan tema yang diberikan. Murid juga bebas berimaginasi tanpa berpandukan pengalaman serta

pembelajaran mengenai tema semasa pembelajaran matapelajaran lain. Selain itu murid lebih berkeyakinan tinggi dan pembelajaran lebih menyeronokan. Pendekatan bertema yang menyeronokan ini sememangnya telah diaplikasi dalam pembelajaran dan pengajaran murid Prasekolah. Selain itu, peluang penerokaan sesuatu tema secara mendalam memberi peluang kepada murid untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan imaginasi baharu dan seterusnya dapat menghubungkaitkan pengetahuan dan kemahiran yang ada.

3.3

Cabaran Cabaran utama dapan penggunaan pendekatan bertema ialah kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran. Lazimnya guru sekolah rendah mempunyai kemahiran dalam bidang-bidang tertentu sahaja Hal ini merumitkan kerana hasil pembelajaran berbagai bidang matapelajaran adalah berbeza-beza. Oleh yang demikian, guru sukar menilai skop pemahaman yang luas. Guru juga mengalami kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan murid adalah berbeza.

HBAE 2203 Membentuk dan membuat Binaan

4.0

Lakaran Idea Diorama 4.1 Penyediaan Lakaran Idea untuk Menghasilkan Diorama Seperti yang kita ketahui diorama yang hendak dihasilkan haruslah melalui perancangan yang teliti. Antara perancangan yang perlu dibuat adalah menentukan kesesuaian catan sebagai latar belakang diorama dan objek-objek tiga dimensi sebagai hal subjek diorama. Pemilihan alat dan bahan yang sesuai, tema dan subjek serta olahan idea adalah berpandukan asas seni dan prinsip reka.

Subjek dan Tema Alam Semulajadi dan Persekitaran

Tajuk Diorama Zoo

Alat dan Bahan Kotak, gam UHU, model haiwan, batu-batu, warna air, daun-daun, rumput plastik, kertas tebal,kertas cat air, pelbagai jenis kertas warna, pembaris keluli, pemadam, pensel, gunting, dan pita pelekat

4.2

Proses Membentuk Diorama Setelah membuat lakaran idea prose berikut merupakan urutan penghasilan diorama: i. ii. iii. iv. Sketsa 1 : Hal subjek ditentukan Sketsa 2 : Hal subjek dilengkapi dengan latar belakang Sketsa 3 : hal subjek, latar belakang dan kotak diorama Sketsa 4 : diorama yang lengkap untuk peragaan

10

HBAE 2203 Membentuk dan membuat Binaan

11

HBAE 2203 Membentuk dan membuat Binaan

12

HBAE 2203 Membentuk dan membuat Binaan

13

HBAE 2203 Membentuk dan membuat Binaan

14

HBAE 2203 Membentuk dan membuat Binaan

5.0

Kesimpulan

Diorama merupakan gabungan catan yang mewujudkan persekitaran dan sangat bermakna sebagai satu bahan pengajaran. Diorama bukan sahaja satu media pengajaran yang baik malahan kita dapat membantu dalam meransang perkembangan kreativiti murid dan pertumbuhan murid dari segi kognitif, afektif, sosial, komunikasi dan psikomotor. Kreativiti kanak-kanak dapat diperkembangkan melalui penzahiran diorama yanh baik melalui proses artistik dan diekpresikan melalui alat dan bahan, penguasaan unsur seni, prinsip seni dan struktur rekaan seni. Kesimpulannya diorama yang baik dapat membantu perkembangan kreativiti murid.

Diorama yang dizahirkan dengan baik dan merangkumi ciri-ciri yang menepati tema dan tajuk, bahan binaan diorama yang sesuai dengan tujuan hasilan, serta binaan yang kukuh dan selamat . Selain itu kepelbagaian bahan yang diadun dan dipasang dengan baik dapat membentuk sesuatu komposisi gubahan yang artistik seteruanya dapat meningkatkan estetika diorama. Begitu juga dengan mengapikasi prinsip-prinsip rekaan seperti imbangan, rentak, pergerakan, kesatuan, kontra, warna dan harmoni. Apabila aktiviti penghasilan diorama memenuhi kreteria-kreteria berikut, pastinya kreativiti kanak-kanak dapat berkembang dengan baik.

15

HBAE 2203 Membentuk dan membuat Binaan

6.0

Rujukan Mohd Zairi Husain (2011), HBAE2203, Membentuk dan Membuat Binaan, Selangor, Open University Malaysia Zulkifli Yaakub, Mohd Jamel Ismail (2010), HBEF1403, Seni dalam Pendidikan, Selangor, Open University Malaysia Noriati A.Rashid (Dr) (2011),PSV 3103 Kreaviti dan Seni Kanak-kanak, Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia Eh Ah Meng (1995), Siri Pendidikan Sekolah Dan Perkembangan Kanak-Kanak . Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd. Hassan Langgulung (1990). Kreativiti dan Pendidikan . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa ` dan Pustaka

16

Anda mungkin juga menyukai