Anda di halaman 1dari 3

Minda Bawah 

Sedar?
 

Teknik Menggunakan Minda Bawah Sedar Untuk Maksimakan Potensi Diri

Bermulanya teknik ini adalah dengan perhubungan antara minda sedar (CM) membuat
arahan kepada minda bawah sedar (SCM). CM adalah ibarat kapten kapal manakala SCM
adalah anak-anak kapal yang akan sentiasa bersedia patuh pada arahan ketuanya.

Apa sahaja setting program yang dimasukkan diterima tanpa dipersoalkan oleh minda
bawah sedar. Tiga saluran atau mode yang berhubung ialah pendengaran, penglihatan dan
hati (emosi) yang ketiga-tiganya adalah berpasang-pasang lahir dan batin. Pusat
janakuasa adalah HATI.

Apa sahaja visualisasi, audio dan perasaan yang anda masukkan di dalam sanubari anda
semuanya dianggap benar. Sebagai contoh jika anda menonton tayangan gambar.
Walaupun ianya sebuah lakonan tetapi minda bawah sedar anda menganggap ianya
benar. Jika cerita sedih anda, tanpa disedari mengalirkan airmata dan begitu sebaliknya.

Sebelum anda melakukan teknik ini anda perlu memulakan dengan bacaan Bismillah dan
selawat 7 kali. Sebut Allahhuu 7 kali. Duduk bersila dalam keadaan selesa dan jika boleh
tempat yang nyaman. Cantumkan ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu di kedua dua tangan
yang diletakkan di atas peha (tapak tangan hadap atas).
Sebelum itu setkan minda anda bahawa apabila anda ingin kembali sedar bilang 1,2,3,4
dan 5 sambil memetik jari anda sebagai suis untuk anda sedar dalam keadaan normal.

Sekarang pejamkan kedua belah mata anda. Cuba kosongkan fikiran. Bayangkan anda
merehatkan otot-otot bermula dari tapak kaki hingga ke hujung kepala. Bermakna anda
tidak menguasai lagi otot-otot anda dan ianya berada dalam keadaaan santai dan rehat.
Latar pandangan anda PUTIH.

Tarik nafas panjang dan hembuskan berulang kali sehingga rasa amat relax.
Seterusnya lakukan nafas berentak iaitu 4 / 2 / 4  iaitu 4 detik tarik nafas, 2 detik tahan
nafas dan 4 detik hembus nafas. Tarik melalui hidung dan hembus melalui mulut. Anda
juga boleh lakukan 6 / 3 / 6 atau 8 / 4 / 8 . Bayangkan semasa anda menarik nafas anda
menyedut getaran/ gelombang tenaga dari tenaga alam seperti tanah, tumbuhan, angin,
cahaya dan air masuk ke dalam tubuh anda sehingga berada 2 inci di bawah pusat anda.
Bayangkan dari pusat tersebut tenaga secara berpusat mengalir ke segenap tubuh badan
anda, secara pancaran mentari.

Apabila anda menghembuskan nafas, bayangkan segala kekotoran, penyakit, kegelisahan


dan tenaga yang lemah serta sesuatu pengalaman yang menyakitkan perasaan anda keluar
dari mulut anda. Lakukan berulang kali sehingga anda berada dalam keadaan
sawai.Selepas itu bilang dalam hati 100 hingga 1. Katakan pada diri semakin menurun
nombor semakin anda berasa tenang. Sewaktu membilang dalam nombor menurun,
jadikan penglihatan anda berada pada tengah-tengah alis mata anda seolah-olah mata
anda hanya satu iaitu di tengah alis mata.

Hasilnya anda akan ‘melihat’ bulatan warna ungu yang besar dan bergerak ke hadapan
semakin mengecil. Seolah olah anda lihat satu terowong (channel) . Ianya berputar-putar
lawan jam. Anda sekarang berada dalam laluan yang menghubungkan minda sedar
dengan dunia minda bawah sedar. Setelah anda berada di alam ini maka anda boleh
setting peribadi mana yang anda inginkan. Sebagai latihan awal anda visualkan anda
berada di satu tempat yang kering kontang. Apabila anda melalui kawasan itu tiba-tiba
kawasan tersebut ditumbuhi rumput menghijau, pokok-pokok yang kering mulai berdaun
dan mengeluarkan buah serta sungai yang kering dilimpahi air. Bunga-bunga mulai
berkembang. Di mana sahaja anda lalui di situ kawasan akan subur.

Lihat visual permandangan tersebut dengan terang dan berwarna warni. Hidulah bau
wangi rumput dan bunga-bungaan yang berkembang. Dengarkanlah arus sungai yang
mengalir dan desiran angin sepoi-sepoi bahasa.

Rasailah perasaan yang amat hebat. Ketenangan, kedamaian dan kenikmatan, kehebatan
menyelinapi sanubari anda alam ciptaan Tuhan. Anda akan merasai suatu perasaan,
belaian alam yang sungguh menakjubkan. Sehinggakan anda berasa suatu perasaan
bersyukur yang jauh bermakna kepada kehebatan dan kebesaran Allah. Ingat! Jangan
terlalu asyik sehingga anda tidak mahu ‘pulang’. Bilang 1,2,3,4 dan 5 sambil petik jari
dan sedarlah pada mood normal. BUKA MATA ANDA. Anda akan merasai kesannya.
SEGAR DAN TERAMAT SANTAI JIWA.
Artikel ini ditulis oleh Mindataqwa 

Anda mungkin juga menyukai