Anda di halaman 1dari 33

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN

DALAM NEGERI, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA


GUAMAN SIVIL NO: 22-66 TAHUN 2009

ANTARA

ABD AZIZ BIN ABDUL MANAF dan


CHE SITI RAKYA’AH BINTI IDRIS 224 Plantif

DAN

1. LANCAR INDAH SDN. BHD.


(No. Syarikat : 318635-P)

2. LEBUHRAYA KAJANG-SEREMBAN SDN. BHD.


(LEKAS) (No. Syarikat: 700707-U)

3. IJM CONSTRUCTION SDN. BHD.


(No. Syarikat : 195650-H)

4. IJM CORPORATION BERHAD


(No. Syarikat: 104131-A)

5. KETUA PENGARAH LEMBAGA LEBUHRAYA


MALAYSIA

6. YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN SEREMBAN

1
7. PENGARAH JABATAN KERJARAYA NEGERI
SEMBILAN DARUL KHUSUS

8. PENTADBIR TANAH DAN DAERAH, SEREMBAN,


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

9. PENGARAH TANAH DAN GALIAN


NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

10. LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA

11. KERAJAAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

12. KERAJAAN MALAYSIA ....DEFENDAN


DEFENDAN

PERNYATAAN TUNTUTAN

1. Plaintif-Plaintif adalah warganegara Malaysia adalah para pembeli rumah


di Taman Bukit Margosa yang mempunyai alamat di Jawatankuasa
Bertindak Pembinaan Lebuhraya Lekas Melalui Taman Bukit
Margosa Bilik Gerakan, Surau Taman Bukit Margosa, 70400
Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

2
2. Defendan Pertama adalah pada semua waktu yang material adalah
merupakan syarikat perumahan yang membina TAMAN BUKIT
MARGOSA dan mempunyai alamat bagi penyampaian berdaftar di 38,
Tingkat 2, Jalan Dato’ Bandar Tunggal, 70000 Seremban, Negeri
Sembilan Darul Khusus dan alamat perniagaannya di MILLENNIA
SQUARE, No. 8, Tingkat 2, Jalan Tan Sri Manickavasagam, 70200
Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

3. Defendan Kedua adalah merupakan syarikat yang menerima konsesi

bagi Lebuhraya Kajang – Seremban dan mempunyai alamat berdaftar di

Tingkat 2, Wisma IJM, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya,

Selangor Darul Ehsan dan alamat penyampaian di Plaza Tol Pantai

Dalam, KM 10.6, Lebuhraya Baru Pantai, 58200 Kuala Lumpur.

4. Defendan Ketiga adalah pada semua waktu yang material adalah


merupakan anak syarikat milik penuh IJM sebagai kontraktor utama
konsesi pembinaan Lebuhraya LEKAS dan mempunyai alamat berdaftar
bagi penyampaian Tingkat 2, Wisma IJM, Jalan Sultan, 46760 Petaling
Jaya, Selangor Darul Ehsan dan alamat perniagaannya di Lower Ground
Floor, Wisma IJM, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor
Darul Ehsan dan bertanggungjawab keatas pembinaan lebuhraya LEKAS
melalui jajaran Taman Bukit Margosa, Seremban tempat dimana
kesemua Plaintif-Plaintif menetap disini.

3
5. Defendan Keempat adalah pada semua waktu yang material adalah
merupakan syarikat induk bagi Defendan Ketiga yang menguasai 50%
kepentingan didalam Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn. Bhd (LEKAS)
dan mempunyai alamat berdaftar bagi penyampaiannya di Tingkat 2,
Wisma IJM, Jalan Sultan, 46760 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

6. Defendan Kelima adalah pada semua waktu yang material merupakan


Penjawat Awam yang telah dilantik oleh Defendan Kesepuluh yang
mempunyai alamat bagi penyampaian di Wisma Lebuhraya, Lembaga
Lebuhraya Malaysia, KM-6, Jalan Serdang-Kajang, 43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan dan bertanggungjawab keatas pemberian konsesi
lebuhraya LEKAS melalui jajaran Taman Bukit Margosa, Seremban
kepada Defendan Kedua.

7. Defendan Keenam adalah pada semua waktu yang material merupakan


Penjawat Awam yang dilantik dan diberi kuasa oleh Defendan Kesebelas
untuk mentadbir bagi Majlis Perbandaran Seremban, Negeri Sembilan
Darul Khusus dan mempunyai alamat bagi penyampaian di Wisma
Perbandaran, Jalan Yam Tuan, 70000 Seremban, Negeri Sembilan Darul
Khusus dan bertanggungjawab keatas pengeluaran Sijil Layak
Menduduki (CF) bagi rumah – rumah kediaman milik Plaintif - Plaintif
TAMAN BUKIT MARGOSA.

8. Defendan Ketujuh adalah pada semua waktu yang material adalah


merupakan Penjawat Awam yang dilantik oleh Defendan Keduabelas
dan mempunyai alamat bagi penyampaian di Tingkat 2, Blok B, Wisma
Negeri, 70503 Negeri Sembilan Darul Khusus dan bertanggungjawab

4
keatas pemantauan jajaran Lebuhraya LEKAS dan jalan taman di
Taman Bukit Margosa, Seremban tempat dimana kesemua Plaintif-
Plaintif menetap disini.

9. Defendan Kelapan adalah pada semua waktu yang material adalah


merupakan Penjawat Awam bagi Defendan Kesebelas dan mempunyai
alamat bagi penyampaian di Kompleks Pentadbiran Daerah Seremban,
Jalan S2 A2, Seremban 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul
Khusus dan bertanggungjawab keatas pemindahan hakmilik tanah KM 42
+ 900 sehingga KM 43 + 800 lebuhraya LEKAS dari Defendan Pertama
kepada Defendan Kesepuluh dimana Plaintif-Plaintif menetap disini dan
juga keatas pecah sempadan serta pengeluaran hakmilik berasingan bagi
kesemua hartanah milik Plaintif-Plaintif.

10. Defendan Kesembilan adalah pada semua waktu yang material adalah
merupakan Penjawat Awam yang dilantik oleh Defendan Kesebelas dan
mempunyai alamat bagi penyampaian di Tingkat 4, Blok A & B,Wisma
Negeri, Jalan Dato Abdul Kadir, 70503 Seremban, Negeri Sembilan
Darul Khusus dan bertanggungjawab keatas kelulusan pemindahan
hakmilik tanah daripada Defendan Pertama kepada Defendan Kesepuluh
dan pengeluaran hakmilik berasingan, milik Plaintif-Plaintif.

11. Defendan Kesepuluh pada masa yang material adalah merupakan agensi
kerajaan dan mempunyai alamat bagi penyampaian di Wisma Lebuhraya,
Lembaga Lebuhraya Malaysia, KM-6, Jalan Serdang-Kajang, 43000
Kajang, Selangor Darul Ehsan dan bertanggungjawab keatas pemberian

5
konsesi lebuharaya LEKAS melalui jajaran Taman Bukit Margosa,
Seremban kepada Defendan Kedua.

12. Defendan Kesebelas adalah merupakan pihak yang bertanggungjawab


diatas perlantikan Defendan Keenam, Kelapan dan Kesembilan serta
selaku kerajaan negeri, memantau projek pembinaan lebuhraya Kajang-
Seremban (LEKAS) bagi pihak Defendan Keduabelas dan mempunyai
alamat bagi penyampaiannya di Pejabat Penasihat Undang-undang
Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus, Jalan Campbell, 70000
Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

13. Defendan Keduabelas adalah pada masa yang material merupakan pihak
yang bertanggungjawab terhadap projek pembinaan lebuhraya Kajang-
Seremban (LEKAS) dan mempunyai alamat penyampaian di Jabatan
Peguam Negara, Aras 1, Blok 03, Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan, 62502 Putrajaya.

14. Plaintif-Plaintif telah dikejutkan dengan berita bahawa Defendan


Kesepuluh serta Defendan Kedua dan Defendan Ketiga akan memulakan
kerja – kerja pembinaan lebuhraya lekas melalui jajaran Taman Bukit
Margosa pada bulan Januari 2007.

15. Plaintif - Plaintif juga telah dimaklumkan bahawa pada bulan Januari
2007 yang jajaran lebuhraya tersebut akan mengambil semua jalan utama
atau Persiaran Margosa, padang bola dan padang permainan kanak-kanak
yang meliputi hampir tujuh puluh lima peratus ( 75% ) kawasan padang.

6
16. Secara tidak langsungnya Taman Bukit Margosa akan terbahagi kepada
dua (2) bahagian iaitu bahagian pertama ialah Jalan Margosa 1 hingga 5
serta Jalan Seri Telawi 5 hingga 10 dan bahagian kedua ialah Jalan
Margosa 6 hingga Jalan Margosa 8.

17. Defendan Kedua dan Ketiga membuat keputusan sendiri tanpa


memberitahu Plaintif – Plaintif mengenai jalan keluar – masuk bahagian
kedua dengan berkongsi jalan Taman Ampangan Fasa 3 melalui Jalan
Margosa 11. Secara amnya Defendan Kedua dan Defendan Ketiga telah
menceroboh kawasan Taman Bukit Margosa tanpa kebenaran Plaintif-
Plaintif.
18. Laluan untuk kesurau pula Plaintif – Plaintif perlu melalui jalan Taman
Ampangan dan Jalan Taman Telawi.

19. Apabila Plaintif –Plaintif mendapati bahawa suara mereka tidak


mendapat perhatian maka satu jawatankuasa bertindak telah ditubuhkan
bagi memudahkan kerja untuk mendapatkan penjelasan jelas, terang dan
nyata bagi menyelesaikan percerobohan tersebut dari semua Defendan-
Defendan melalui banyak surat-surat yang dihantar oleh Jawatankuasa
Bertindak yang dipandang sepi oleh Defendan-Defendan.

20. Jawatankuasa bertindak telah dipanggil untuk perbincangan dengan


Defendan Ketujuh di Pejabat JKR Negeri Sembilan pada 8/1/07.

21. Didalam mesyuarat pada 8/1/07 Defendan Ketujuh iaitu Ir. Dr. Roslan
Bin Mat Taha telah memaklumkan bahawa jajaran telah diubah dari

7
Jalan Dato’ Dagang ke Taman Bukit Margosa pada tahun 1999 dan
beliau mendakwa “bahawa jajaran telah ada sebelum adanya Taman
Bukit Margosa.”

22. Pada mesyuarat itu juga Defendan Ketujuh menyatakan bahawa


“Sebenarnya perjumpaan ini hanya formaliti sahaja, kerajaan tidak
perlu pandangan penduduk untuk melaksanakan projek
pembangunan dan jika penduduk tidak mahu lebuhraya mereka
boleh pindah”.

23. Defendan Pertama telah dibayar oleh Defendan Kesepuluh sebanyak


RM27,000,000-00 bagi pengambilan balik tanah dibawah Seksyen 8
Kanun Tanah Negara 1965 bermula 3/6/99 dan ini dapat disahkan
dengan gambar dari slide yang dirakam pada 8/1/07 mesyuarat tersebut.

24. Melalui kenyataan Defendan Ketujuh, beliau memaklumkan didalam


mesyuarat yang sama juga bahawa Defendan Kesepuluh akan membina
Lebuhraya 6 lorong. Jejantas motosikal akan dibina di Jalan Margosa 13
menuju ke surau dan jalan keluar masuk harus berkongsi dengan
penduduk Taman Ampangan Fasa 3 (Cadangan Asal hanya satu jalan
keluar masuk melalui Jalan Margosa 11 bersambung dengan Jalan Taman
Ampangan Baru).

25. Maka selaras dengan itu satu memorandum bantahan telah dihantar
kepada Defendan Kesepuluh melalui surat bertarikh 16/3/07 oleh
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Taman Bukit Margosa
(KRTTBM).

8
26. Memandangkan tiada sebarang tindak balas maka Jawatankuasa
Bertindak telah mendapat pandangan dari ADUN Lenggeng iaitu Dato’
Ishak Bin Ismail yang telah menghantar surat kepada Y.A.B Dato’ Seri
Utama Haji Mohamad Bin Hj. Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan
bertarikh 1/7/07.

27. Jawatankuasa Bertindak juga telah menghantar surat yang bertarikh


24/8/2007 kepada Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia dan salinan kepada YB Dato Sri Mohd Najib
Bin Tun Hj Abdul Razak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Samy
Velu a/l Sangalimuthu Menteri Kerja Raya dan beberapa orang dan
jabatan lagi untuk melahirkan rasa gelisah Plaintif – Plaintif terhadap
pembinaan lebuhraya ini sekiranya perhatian tidak diberi secara khusus
mengenai struktur pembinaan.

28. Selaras dengan ini maka melalui Dato Ishak Ismail telah berjanji akan
membawa perkara ini ke persidangan DUN yang akan berlangsung
memandangkan pihak Defendan-Defendan tidak ada inisiatif untuk
berkongsi maklumat tentang alternative lebuhraya dan alasan penolakan
mengenai alternative lebuhraya hanya masalah kos sahaja.

29. Kos yang dimaksudkan adalah kos dari pihak Defendan Kedua, Ketiga,
Keempat dan Kesepuluh sahaja tanpa memikirkan kos dari pihak
Plaintif-Plaintif walaupun kononnya pembangunan adalah untuk
penduduk tetapi kos adalah tanggungan sendiri yakni Plaintif – Plaintif.

9
30. Pada 16/11/2007 surat dari Setiausaha Kerajaan Negeri bagi pihak
Perdana Menteri Malaysia telah diterima yang memaklumkan bahawa
projek lebuhraya ini akan diteruskan dan jejantas akan diganti dengan
”Vehicular Box Culvert”.

31. Petikan soal jawab dari Penyata Resmi Persidangan Ketiga (belanjawan)
Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Sembilan Yang Kesebelas
pada 30/11/2007, 3/12/2007 dan 4/12/2007 menjelaskan masalah –
masalah yang timbul akibat dari pembinaan lebuhraya dan terowong di
Taman Bukit Margosa ini. Petikan ini jelas menunjukkan tiada usaha
untuk menyelesaikan masalah – masalah malahan kenyataan dari
Menteri Besar Negeri Sembilan tidak memberikan sambutan terhadap
penyelesaian masalah pembinaan lebuhraya LEKAS.

32. Pada 2/2/2008 kerja – kerja pembinaan lebuhraya iaitu pemotongan tanah
telah dijalankan pada waktu siang maka pada petangnya banjir pertama
berlaku yang mengakibatkan kerosakan dan kerugian kepada rumah –
rumah Plaintif-Plaintif.

33. Mengikut Plaintif – Plaintif yang telah tinggal selama lebih kurang 8
tahun di taman ini tidak pernah berlaku banjir sehinggalah pihak
Defendan Kedua melakukan kerja – kerja pemotongan tanah tersebut.

34. Kejadian banjir tersebut melibatkan Jalan Utama serta rumah di Jalan
Margosa 18 , Jalan Telawi 8, 9 & 10.

10
35. Kesemua rumah –rumah yang terlibat dengan teruk telah membuat
laporan polis bagi kerugian yang dialami dan kehilangan barang-barang.

36. Keadaan ini telah juga melibatkan taman-taman yang berhampiran seperti
Taman Ampangan Fasa 3 dan Taman Telawi.

37. Didalam mengalami kekecohan banjir pertama ini Dato Ishak Bin Ismail
telah menghubungi Defendan Ketujuh, Defendan Keenam, dan Pn.
Zahratul ’Ula Binti Mohd Ibrahim, Pengarah Wilayah Tengah LLM.
Mereka telah hadir ditempat kejadian banjir untuk menyaksikan keadaan
banjir tersebut dan mendesak kerja-kerja pemotongan tanah
diberhentikan dengan serta merta.

38. Pada 4/2/08, Datuk Seri Hj Mohamad Bin Hj Hassan, Menteri Besar
Negeri Sembilan telah mengeluarkan arahan ”Stop Order” bagi projek
pembinaan lebuhraya ini dihentikan sementara waktu untuk memastikan
keadaan kembali pulih.

39. Berikutan dari kejadian banjir ini barulah Defendan Pertama, Kedua,
Ketiga, Ketujuh, Kesepuluh, Pengarah Jabatan Parit dan Saliran Negeri
Sembilan, Konsultan HSSI dan wakil Jawatankuasa Bertindak telah
mengadakan mesyuarat yang diadakan di Dewan MPS, Seremban pada
5/2/08 dengan dipengerusikan oleh Defendan Keenam.

40. Didalam minit mesyuarat ada menyatakan bahawa punca berlakunya


banjir adalah disebabkan oleh tiadanya ”Mud Trap” dipasang oleh

11
Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dan semuanya berpunca dari
projek ini.

41. Semasa perbincangan tersebut diatas Pihak Defendan Kesepuluh,


Keenam, Ketujuh dan wakil dari konsultan dan JPS bersetuju bahawa
Defendan Kedua dan Ketiga gagal mematuhi prosedur maupun peraturan
yang sepatutnya sebagai kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan
projek lebuhraya.

42. Wakil Defendan Kedua En. Mohd Khaled Bin Mohamed memohon
maaf diatas kejadian banjir tersebut dan berjanji akan membuat bayaran
gantirugi kepada mangsa banjir.

43. Defendan Kedua menegaskan didalam perbincangan tersebut mereka


akan membuat penilaian mengenai kerugian dan kehilangan kemudahan
rumah mangsa banjir.

44. Mangsa –mangsa banjir telah pun membuat laporan polis mengenai
perkara ini tetapi sehingga kini Defendan Kedua dan Ketiga masih
berdiam diri mengenai bayaran gantirugi yang dijanjikan untuk dibayar.

45. Defendan Keenam juga mengakui bahawa atas kesilapan mereka didalam
meluluskan aliran trafik sewaktu pembinaan dijalankan dan menegaskan
agar aliran trafik tidak semestinya menggunakan jalan yang sedia ada.

46. Berdasarkan hasil perbincangan tersebut secara khususnya Defendan-


Defendan telah gagal didalam menyediakan kemudahan dan

12
pembangunan adalah untuk rakyat malahan ianya telah terjadi
malapetaka kerana tidak mahu berunding dan mendengar apa yang ingin
disuarakan oleh Plaintif-Plaintif.

47. Atas alasan, ini adalah projek pembangunan kerajaan maka Defendan-
Defendan telah mengambil kesempatan dan menggunakan kuasa yang
ada demi menjalankan projek tanpa mempertimbang dan mengenal pasti
kawasan yang akan dibangunkan sedangkan Plaintif-Plaintif telah
menggunakan banyak saluran-saluran yang sewajarnya bagi
menyuarakan ketidakpuasan hati mereka.

48. Kesimpulan dari perbincangan 5/2/2008 Defendan Keenam merumuskan


bahawa setiap apa pun yang akan dibuat bagi jajaran lebuhraya
hendaklah diadakan perbincangan dengan penduduk terlebih dahulu dan
semua dokumen berkaitan hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa
Bertindak.

49. Setelah menunggu selama empat (4) bulan tiba-tiba pada 30/5/2008
Defendan Kedua dan Defendan Ketiga memasang papan tanda
memaklumkan pembinaan akan dimulakan semula kerja bulan pada Jun
2008.

50. Apabila pemasangan papan tanda dibuat bagi memaklumkan kerja –


kerja akan dimulakan Plaintif – Plaintif amat terkejut kerana Defendan
Kedua dan Ketiga tidak mematuhi apa yang diputuskan dalam Minit
mesyuarat 5/2/2008 menunjukkan Defendan Kedua, Ketiga, Keempat,
Ketujuh dan Kesepuluh tidak menghormati keputusan Defendan Keenam.

13
51. Setelah lama menunggu tanpa ada apa- apa tindakbalas dari Defendan
Kedua, Ketiga, Keempat dan Kesepuluh, Pengerusi Jawatankuasa
Bertindak telah dipanggil untuk bertemu dengan CEO Defendan Kedua
iaitu En. Neoh Soon Hiong bagi membincangkan perkara yang
diputuskan dalam mesyuarat pada 5/2/2008.

52. Dalam perbincangan tersebut CEO Defendan Kedua telah memberikan


kad ”touch and go” bernilai RM500-00 kepada Pengerusi Jawatankuasa
bertindak dan beliau telah pun melaporkan dan mendapat pandangan dari
Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 11/11/2008.

53. Berikutan laporan ke BPR ini dibuat, Pejabat Defendan Keenam telah
menghubungi Pengerusi Jawatankuasa bertindak pada 12/11/2008 bagi
menetapkan satu lagi mesyuarat lanjutan dari yang diadakan pada
5/2/2008.

54. Mesyuarat Kedua diadakan pada 19/11/2008 yang memutuskan bahawa


Defendan Kedua, Ketiga dan Kesepuluh hendaklah mematuhi keputusan
mesyuarat 5/2/2008 serta menyerahkan semua dokumen yang berkaitan
bagi projek pembinaan lebuhraya ini untuk di semak dan diteliti oleh
Plaintif- Plaintif sebelum keputusan dibuat.

55. Defendan Keenam secara tegas telah memaklumkan pada 19/11/2008


bahawa walaupun ”stop order” telah ditarik balik namum Defendan
Kedua, Ketiga dan Kesepuluh tidak boleh meneruskan kerja selagi tidak
mendapat persetujuan dari Plaintif-Plaintif.

14
56. Kenyataan Defendan Keenam pada 19/11/2008 adalah ”kami tidak ada
halangan tetapi bukan meluluskan” mengenai laluan trafik yang dibuat
oleh Defendan Kedua, Ketiga dan Kesepuluh harus mendapat
persetujuan Plaintif-Plaintif.

57. Pihak Defendan Kesepuluh telah memanggil untuk mesyuarat pada


21/1/2009 namun surat itu diterima oleh Pengerusi Jawatankuasa
Bertindak pada 24/1/2009 kemudian satu lagi mesyuarat ditetapkan pada
3/2/2009 namun Pengerusi telah tidak bersetuju atas alasan Defendan
Kelima tidak mematuhi syarat yang telah ditetapkan didalam mesyuarat
pada 5/2/2008 dan 19/11/2008 iaitu mesyuarat hendaklah dilakukan pada
waktu malam dan bertempat di Seremban.

58. Dari surat yang bertarikh 11/2/2009 Defendan Kesepuluh


mengumumkan akan menutup jalan pada 16/2/2009 dan Defendan
Kedua dibenarikan masuk tapak bagi meneruskan kerja- kerja pembinaan
jajaran lebuhraya Taman Bukit Margosa.

59. Tetapi malang sekali sebaik sahaja kerja – kerja pemotongan tanah
dilakukan maka banjir kedua melanda pada 1/3/2009 yang menyebabkan
rumah beberapa Plaintif-Plaintif dinaiki air dan kerosakan harta benda
telah berlaku sekali lagi.

60. Bagi Plaintif-Plaintif yang terlibat mereka telahpun membuat laporan


polis dan senarai barang-barang yang rosak malahan wakil dari Defendan
Kedua, Ketiga, Keenam dan Kesepuluh, juga turut hadir pada 2/3/2009
untuk melihat kejadian yang berlaku.

15
61. Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus telah memberikan
kenyataan didalam akhbar Harian Metro bertarikh 4/3/2009 bahawa
’’kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengarahkan projek
Lebuhraya Kajang-Seremban di Taman Bukit Margosa, Paros
dihentikann sementra jika pembinaannya dikesan menjadi punca
perumahan berkenaan dilanda banjir lumpur kedua, malam
kelmarin:” Didalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3/3/2009 pula
beliau berkata ”Sebelum ini mereka (pihak pengurusan LEKAS
berjanji kepada kerajaan negeri untuk memperluaskan sistem
saliran dan peparitan termasuk kolam lumpur di kawasan terbabit
bagi mengatasi masalah banjir. Bagaimanapun sekiranya pihak
yang bertanggungjawab masih tidak mengendahkannya dan enggan
menepati perjanjian yang dipersetujui saya akan arahkan
pemberhentian sementara projek tersebut”.

62. Laporan polis mengenai keretakan rumah dan gambar-gambar turut


dibuat untuk menunjukkan bukti belakunya kemalangan dan kecuaian
Defendan-Defendan dalam menangani masalah yang cuba dilafazkan
oleh Plaintif – Plaintif namun dipandang sepi oleh Defendan-Defendan.

63. Semasa mesyuarat pada 5/2/2008 Defendan Keenam juga mengesyorkan


agar Defendan Kedua dan Ketiga mendepositkan bon bernilai
RM1,000,000-00 kepada Majlis Perbandaran Seremban sebagai wang
jaminan sekiranya berlaku banjir lagi namun sehingga berlaku banjir
yang kedua pun masih tiada apa-apa berita mengenai bon ini.

16
PAKATAN, MUAFAKAT (CONSPIRACY), BERSUBAHAT DAN
PENYELEWENGAN

64. Defendan-Defendan secara langsung atau melalui Defendan Pertama


secara serong dan niat menipu dan/atau meraih keuntungan melalui cara
yang salah telah berpakat, muafakat dan bersubahat bersama-sama untuk
menipu Plaintif-Plaintif dengan tidak menyatakan jajaran lebuhraya yang
sebenar dan penjualan hartanah dan/atau meraih keuntungan secara salah
dan untuk menyembunyikan perbuatan mereka serta pendapatan yang
terhasil dari itu daripada pengetahuan Plaintif-Plaintif.

65. Selaras dengan pakatan, muafakat, subahat dan seleweng yang


dinyatakan di perenggan 64 diatas, Defendan-Defendan telah melakukan
perbuatan dan menggunakan cara yang salah seperti berikut:-

A. DEFENDAN PERTAMA

i. Defendan Pertama adalah pemaju perumahan yang telah secara


serong dan niat menipu bertindak dengan sewenang-wenangnya
menjual hartanah di Taman Bukit Margosa dengan jolokan dan
promosi salah tafsir mengenai jajaran lebuhraya tanpa
menghiraukan kepentingan Plaintif-Plaintif dan keutamaan Plaintif
- Plaintif. Kelulusan pelan pembangunan tanah dan pelan
bangunan telah diluluskan untuk Fasa 2 No. Lesen Pemaju 7020/6-
2000/551 dengan tarikh sah mulai 23/6/1997-22/6/2000 dan Permit
Pengiklanan dan Jualan 7026/430/2000(3) mempunyai tarikh sah
dari 27/3/1999 hingga 26/3/2000 dan jajaran lebuhraya telah ada

17
dari April 1997 lagi. Menurut maklumat yang diperolehi dari
mesyuarat 8/1/2007 jajaran asal yang diluluskan berakhir di Kg.
Tok Dagang.

ii. Defendan Pertama telah secara serong (mala fide) dan dengan niat
menipu serta melanggar kewajiban yang sepatutnya dengan
mempromosikan jualan rumah di Taman Bukit Margosa melalui
risalah-risalah (pamlet) tanpa memberitahu dengan jelas bahawa
lebuhraya akan dibina ditengah-tengah Taman Bukit Margosa
tetapi lukisan ”Location Map” menunjukkan laluan ditepi Taman
Bukit Margosa.

iii. Defendan Pertama telah dengan niat serong dan menipu menjual
hartanah di Taman Bukit Margosa bagi laluan lebuhraya kepada
Defendan Kesepuluh dengan bayaran RM27,000,000-00 yang
melibatkan Jalan Utama, Jalan 18 dan sebahagian Jalan 6 & 7
yang mengikut plan asal tiada projek pembinaan dibina dikawasan
itu tetapi Defendan Pertama teruskan usaha dengan membina
rumah diatas tanah yang telah dijual itu.

iv. Defendan Pertama secara serong dan niat menipu serta melanggar
undang – undang dengan menjual 2 kali dan mendapat keuntungan
2 kali diatas 1 hartanah kepada 2 pihak yang berbeza.

18
v. Defendan Pertama secara serong dan dengan niat menipu serta
melanggar undang-undang dan kewajiban telah mengatur dan
mencapai persefahaman terlebih dahulu dengan Defendan Kedua,
Ketiga, Keempat, Keenam, Ketujuh, Kelapan, Kesembilan dan
Kesepuluh untuk diuruskan dengan penuh pengetahuan dan
persefahaman agar penjualan ini semata-mata keuntungan dan
manafaat bagi pihak Defendan-Defendan. Persefahaman tersebut
dicapai tanpa pengetahuan Plaintif-Plaintif.

vi. Defendan Pertama secara serong dan niat menipu serta melanggar
undang-undang dan kewajiban sebagai pemaju perumahan telah
mengatur dan mencapai persefahaman palsu dengan menyatakan
dan memaklumkan kepada Plaintif-Plaintif akan kebaikan dan
faedah membeli rumah di Taman Bukit Margosa telah
menyebabkan Plaintif-Plaintif memasuki Perjanjian Jual Beli
walhal pada masa sekarang terdapat rumah yang telah retak dan
berlaku banjir akibat dari kerja – kerja awal pembinaan lebuhraya
belum lagi kerja – kerja berat dan jentera berat belum dimulakan
lagi.

B. DEFENDAN KEDUA, KETIGA, KEEMPAT DAN KELIMA

i. Defendan Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima telah membantu


secara serong (dishonesty assissting) dengan cara mencapai
persefahaman dengan Defendan Pertama yang mengakibatkan
kerugian di pihak Plaintif-Plaintif.

19
ii. Defendan Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima telah membantu
secara serong (dishonesty assissting) dengan cara mencapai
persefahaman dengan Defendan Pertama yang mengakibatkan
kerugian di pihak Plaintif-Plaintif.

iii. Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat adalah syarikat professional


dan Defendan Kelima juga seorang yang professional bertaraf
tinggi didalam dunia korporat tidak langsung mempunyai “social
obligation” terhadap Plaintif-Plaintif malah telah bertindak kerana
keuntungan dalam perniagan semata-mata.

C. DEFENDAN KEENAM

i. Defendan Keenam adalah agen-agen kerajaan dan yang arif dalam


undang-undang dan telah bertindak sewenang-wenangnya tanpa
menghiraukan kedaulatan undang-undang dan kepentingan
penduduk sekitar kawasan terbabit.

ii. Defendan Keenam tidak mematuhi syarat – syarat khusus dan


tatacara proses kelulusan bagi pengeluaran Sijil Kelayakan
Menduduki (CF) di Taman Bukit Margosa dan tidak prihatin
kerana Defendan Keenam tidak mengambil kira cadangan untuk
pembangunan akan datang dalam mengeluarkan (CF).

20
iii. Jika mengikut kenyataan Defendan Ketujuh Cadangan untuk
jajaran lebuhraya telah ada sebelum adanya taman perumahan
secara langsung menunjukkan pengeluaran CF tidak mengikut
prosedur dan tidak sah kerana rumah di Jalan 18 dan Jalan 7
Taman Bukit Margosa tidak sepatutnya didirikan dari perspekstif
keselamatan memandangkan jajaran lebuhraya akan merempuh di
jalan tersebut dan ianya tidak mencukupi bagi “buffer zone” yang
sepatutnya.

iv. Pengeluaran CF tidak menepati syarat – syaratnya maka rumah –


rumah di Taman Bukit Margosa tidak layak untuk diduduki.

v. Defendan Keenam bertanggungan untuk menggantirugi Plaintif-


Plaintif disisi equity diatas perlanggaran kewajiban amanahnya
(fiduciary duty).

D. DEFENDAN KETUJUH

i. Defendan Ketujuh adalah agen-agen kerajaan dan yang arif dalam


undang-undang dan telah bertindak sewenang-wenangnya tanpa
menghiraukan kedaulatan undang-undang dan kepentingan
penduduk sekitar kawasan terbabit.

21
ii. Defendan Ketujuh memberikan sokongan padu dan mengambil
tanggungjawab sebagai jabatan yang mempunyai kelebihan
dibahagian pembinaan jalanraya secara salah telah membenarkan
jajaran diubah di ubahsuai mengikut cita rasa Defendan Kedua,
Ketiga, Keempat dan Kelima tanpa memikirkan kepentingan
Plaintif-Plaintif.

iii. Defendan Ketujuh telah secara cuai mengatakan ”jajaran ada


dahulu sebelum taman” kerana jika ini berlaku ianya jelas
menunjukkan ada perselisihan isu mengenai perjanjian jual beli
Plaintif Pertama bertarikh 9/7/1998 sedangkan proses pengambilan
balik dibuat pada 3/6/1999 kepada Defendan Kesepuluh.

iv. Berdasarkan kenyataan Defendan Ketujuh Cadangan untuk jajaran


lebuhraya telah ada sebelum adanya taman perumahan adalah amat
berisiko tinggi kerana ini secara jelas menunjukkan jalan-jalan
taman yang dibuat adalah ala kadar memenuhi pengeluaran CF
pada masa itu sedangkan Jajaran lebuhraya telah ada. Pengesahan
mengenai infrastruktur yang dibuat adalah tidak sah demi untuk
mendapatkan CF kerana adanya muafakat diantara kesemua
Defendan – Defendan yang sama-sama berpakat dalam
pengeluaran CF dan pengesahan intrastruktur jalan dan jajaran
lebuhraya.

v. Defendan Ketujuh bertanggungan untuk menggantirugi Plaintif-


Plaintif disisi equity diatas perlanggaran kewajiban amanahnya
(fiduciary duty).

22
E. DEFENDAN KELAPAN DAN KESEMBILAN

i. Defendan Ketujuh adalah agen-agen kerajaan dan yang arif dalam


undang-undang dan telah bertindak sewenang-wenangnya tanpa
menghiraukan kedaulatan undang-undang dan kepentingan
penduduk sekitar kawasan terbabit.

ii. Defendan Kelapan dan Kesembilan telah melanggari syarat-syarat


didalam pengambilan dan penjualan hartanah tersebut daripada
Defendan Pertama. Defendan Kelapan dan Kesembilan telah
secara cuai meluluskan penjualan dan pemindahan hakmilik dari
Defendan Pertama kepada Defendan Kesepuluh.

iii. Defendan Kelapan dan Kesembilan telah tidak menjalankan


tanggungjawab dengan sempurna dan tidak lansung
memperdulikan kepentingan Plaintif-Plaintif sebagai tuanpunya
hakmilik berasingan dan persendirian terhadap hakmilik hartanah
tersebut.

iv. Suratan Hakmilik Berasingan telah dikeluarkan dari tahun 1998


berdasarkan rekod dari Perjanjian Jual beli yang dibeli Plaintif
Pertama ialah 9/7/1998 telah ada nombor hakmilik H.S.(D) 115740
P.T. NO. 20434 Mukim Ampangan, Daerah Seremban, Negeri
Sembilan dan Defendan Pertama menggunakan “Sale and Purchase
Agreeement (Land and Building) Housing Developers (Control
and Licensing) Regulations 1989 [Regulation 11 (1)] Schedule G

23
jelas menunjukkan bahawa pecah sempadan telah dibuat lebih awal
terhadap hakmilik induk sedangkan proses pengambilan balik
tanah dibawah Seksyen 8 bermula pada 3/6/1999 dan kos sebanyak
RM27,000,000-00 dibayar kepada Defendan Pertama.

v. Defendan Kelapan dan Kesembilan bertanggungan untuk


menggantirugi Plaintif-Plaintif disisi equity diatas perlanggaran
kewajiban amanahnya (fiduciary duty).

F. DEFENDAN KESEPULUH

i. Defendan Kesepuluh adalah agen kerajaan dan yang arif dalam


undang-undang dan telah bertindak sewenang-wenangnya tanpa
menghiraukan kedaulatan undang-undang dan kepentingan
penduduk sekitar kawasan terbabit.

ii. Defendan Kesepuluh telah secara cuai terlibat di dalam Perjanjian


Jualbeli dengan Defendan Pertama dan secara salah menerima
pemindahan hakmilik yang diluluskan oleh Defendan Kelapan dan
Kesembilan dimana terdapatnya unsur penipuan (fraud) didalam
Perjanjian tersebut. Defendan Kesepuluh juga telah merisikokan
kehidupan harian Plaintif-Plaintif dengan sengaja bertindak tidak
sensitif dan melanggari syarat-syarat didalam pembelian hartanah
tersebut daripada Defendan Pertama dan sama sekali menunjukkan
penjualan kali kedua kepada Plaintif-Plaintif adalah tidak sah.

24
G. DEFENDAN KESEBELAS

i. Defendan Kesebelas telah secara cuai telah membenarkan


Defendan Keenam, Kelapan dan Kesembilan menjalankan tugas
dengan cuai dimana Defendan Kesebelas adalah bertanggungjawab
secara bersama ataupun berasingan (joint and severally liable)
terhadap tindakan Defendan Keenam, Kelapan dan Kesembilan.

H. DEFENDAN KEDUABELAS

i. Defendan Keduabelas telah secara cuai membenarkan Defendan


Kelima, Ketujuh dan Kesepuluh menjalankan tugas dengan cuai
dimana Defendan Keduabelas adalah bertanggungjawab secara
bersama ataupun berasingan (joint and severally liable) terhadap
tindakan Defendan Kelima, Ketujuh dan Kesepuluh.

66. Tindakan Defendan-Defendan adalah langsung tidak sah dan melanggari


prinsip utama perkhidmatan mereka iaitu untuk memberi keutamaan
bahawa pembangunan adalah untuk penduduk dan segala undang-undang
dan prosedur dipatuhi dan ditegakkan.

67. Sepanjang masa yang berkenaan, Defendan-Defendan telah


menyembunyikan dan sehingga kini masih menyembunyikan perkara –
perkara yang dinyatakan di perengan 64 dan 65 ini daripada pengetahuan
Plaintif-Plaintif.

25
68. Plaintif-Plaintif merupakan pembeli yang bona fide tidak
menyangkakan bahawa lebuhraya akan dibina sedemikian rupa, rasa
tertipu dan menyesal membeli rumah di Taman Bukit Margosa.

69. Maka Plaintif – Plaintif berhak disisi common law dan equity menjejaki
dan memperolehi dari Defendan-Defendan dan Defendan-Defendan
bertanggungan untuk mendedahkan perkara yang sebenarnya mengenai
penjualan hartanah di Taman Bukit Margosa dan jajaran lebuhraya yang
sepatutnya.

KERUGIAN PLAINTIF-PLAINTIF

70. Tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan Pertama adalah berasaskan


prinsip undang-undang (i) kontrak iaitu perjanjian jual-beli dan undang –
undang tort dan amanah.

71. Tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan Kedua, Ketiga, Keempat,


Kelima, Keenam, Ketujuh, Kelapan, Kesembilan dan Kesepuluh adalah
berasaskan prinsip undang-undang tort dan amanah (trust).

72. Hasil daripada pakatan dan muafakat dan hasil dari cara yang salah yang
dinyatakan didalam perenggan 64 dan 65 Plaintif – Plaintif telah
mengalami kerugian dan kehilangan .

73. Plaintif-Plaintif telah menanggung kerugian akibat dari dua kali banjir
yang berlaku dan kesusahan dalam menjalani kehidupan seharian
disebabkan pembinaan lebuhraya yang tidak seharusnya sedemikian rupa.

26
74. Plaintif-Plaintif telah menanggung kerugian akibat dari keretakan rumah
dan kesusahan dalam menjalani kehidupan seharian kerana siang dan
malam asyik memikirkan kerosakan yang lebih teruk disebabkan
pembinaan lebuhraya sedangkan pembinaan diperingkat permulaan pun
telah berlaku kerosakan yang dahsyat.

75. Disebabkan Defendan Pertama telah gagal melaksanakan kewajiban


memberikan persekitaran yang seperti dijanjikan didalam risalah-risalah
(pamlet), Plaintif – Plaintif telah mengalami kerugian maka Plaintif-
Plaintif berhak menuntut kerugian dari kesemua Defendan-Defendan.

76. Plaintif – Plaintif mengalami trauma dan tekanan perasaan dan minda
akibat dari pembinaan lebuhraya ini yang mana Plaintif-Plaintif sering
kelamkabut di tempat kerja dan pada waktu malam apabila hujan lebat
melanda kerana takut banjir melanda lagi.

77. Plaintif – Plaintif mengalami trauma dan tekanan perasaan dan minda
akibat dari pembinaan lebuhraya ini kerana takut keretakan yang terjadi
akan jadi lebih buruk akibat gegaran jentera berat maupun kerja-kerja
pemotongan tanah yang dilakukan kerana Defedan Kedua dan Ketiga
gagal mematuhi prosedur dan peraturan yang sepatutnya kerana ingin
siapkan projek secepat mungkin.

78. Kemungkinan harga rumah turun di Taman Bukit Margosa akan berlaku
menjadikan Plaintif –Plaintif rasa menyesal dan rasa tertipu membeli
hartanah di Taman Bukit Margosa.

27
79. Defendan – Defendan berniat, melainkan ditegah dan dihalang oleh
Mahkamah Yang Dihormati ini untuk meneruskan dan mengulangi
perbuatan dan perkara – perkara yang salah yang dinyatakan didalam
perenggan 64 dan 65.

80. Berdasarkan pakatan dan muafakat untuk menipu Plaintif-Plaintif dan


berdasarkan cara salah yang digunakan seperti dinyatakan di perenggan
64 dan 65.

81. Defendan-Defendan bertanggungan secara berasingan dan bersama-sama


untuk menggantirugi Plaintif-Plaintif berdasarkan pakatan dan muafakat
untuk menipu Plaintif-Plaintif.

82. Selanjutnya Plaintif – Plaintif berhak terhadap faedah atas segala jumlah
wang dan bayaran yang berhak dibayar kepadanya pada kadar yang
difikirkan adil, patut dan suaimanafaat oleh Mahkamah Yang Dihormati
ini.

83. Plaintif – Plaintif menuntut gantirugi teruk dan/atau teladan daripada


Defendan – Defendan disini.

BUTIR - BUTIR

a) Menghalang dan/atau pengajaran kepada semua Defendan-


Defendan yang tidak langsung peka terhadap permasaalahan
Plaintif – Plaintif yang telah mencuba bermacam-macam saluran
untuk menzahirkan pendapat dan pandangan mereka.

28
b) Defendan-Defendan Kelima hingga Kesembilan adalah Pegawai
Kerajaan dan ahli penguatkuasa undang-undang yang arif dalam
undang-undang dan telah bertindak dengan sewenang-wenangnya
tanpa menghiraukan kedaulatan undang-undang demi menjamin
kestabilan dan keharmonian rakyat.

84. Plaintif – Plaintif juga telah mengalami kerosakan dan kehilangan akibat
banjir dan keretakan rumah disebabkan kerja – kerja awal projek
lebuhraya Kajang – Seremban ini menuntut gantirugi khas daripada
Defendan – Defendan disini.

BUTIR – BUTIR

a. Akibat daripada dua kali banjir Plaintif-Plaintif memohon


RM10,000-00 purata bagi setiap rumah Plaintif- Plaintif.

b. Bagi keretakan rumah pula dianggarkan sebanyak RM20,000-00


purata bagi setiap rumah yang terlibat.

29
85. Plaintif – Plaintif menuntut gantirugi am daripada Defendan – Defendan
disini.

BUTIR – BUTIR

a. Purata tuntutan Plaintif – Plaintif ialah RM500,000-00 bagi setiap


rumah Plaintif :-

RM500,000-00 x 224 (Plaintif-Plaintif) = RM112,000,000-00

b. Plaintif – Plaintif juga menuntut daripada Defendan Pertama,


Kelima, Kelapan, Kesembilan dan Kesepuluh terhadap penjualan
hartanah kepada Plaintif – Plaintif pada kadar purata diatas
termasuk faedah sebanyak 8% sejak dari tahun 1997 hingga 2009:-

RM112,000,000 x 8% = 8,960,000-00 x 11 = 98,560,000-00

c. Kecuaian kesemua Defendan – Defendan telah menyebabkan


Plaintif – Plaintif menanggung seperti berikut :-

i. Mengalami trauma akibat dua kali banjir.

ii. Mengalami trauma akibat keretakan dan kemungkinan yang


lebih teruk yakni rumah runtuh.

iii. Tekanan perasaan dan mental apabila memikirkan hujan dan


keretakan.

30
iv. Tekanan perasaan dan mental apabila memikirkan rasa
tertipu kerana membeli rumah di Taman Bukit Margosa.

v. Tekanan perasaan dan mental apabila memikirkan harga


rumah yang akan jatuh.

vi. Tekanan perasaan dan mental apabila memikirkan harapan


yang hancur untuk hidup dalam suasana aman damai apabila
kepentingan dan hak Plaintif-Plaintif dicabul tanpa belas
kasihan dan tiada pertimbangan wajar yang dibuat oleh
Defendan-Defendan.

vii. Mengambil cuti pada hari- hari yang hujan turun dengan
lebat kerana takutkan banjir lagi.

viii. Mengambil ”time off” apabila hujan turun kerana khuatir


rumah akan banjir lagi.

ix. Kekeliruan dan kelamkabut apabila jalan-jalan yang ditutup


tanpa memberitahu terlebih awal.

x. Tiada lampu jalan yang dipasang sebagai peringatan jalan


tutup menyebabkan Plaintif – Plaintif yang ingin cepat
ketempat tujuan berpusing-pusing mencari jalan keluar-
masuk.

31
xi. Kekecohan dan kemalangan akibat tidak ada pengetahuan
tentang laluan trafik yang berubah-ubah.

86. MAKA, Plaintif – Plaintif menuntut daripada Defendan-Defendan relif –


relif berikut :-

i. Pemberhentian projek Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) di


Taman Bukit Margosa dan pembayaran gantirugi atau pampasan
terhadap Plaintif-Plaintif;

dan/atau

pembinaan jajaran lain diluar Taman Bukit Margosa dan


pembayaran gantirugi atau pampasan terhadap Plaintif-Plaintif;

dan/atau

gantirugi – gantirugi seperti diperenggan 83, 84, 85 diatas.

ii. Mengistiharkan bahawa penjualan hartanah diantara Defendan


Pertama dengan Defendan Kesepuluh adalah tidak sah dan batal;

iii. Perintah untuk mendapatkan segala dan apa-apa pendedahan serta


laporan untuk perkara –perkara yang berkaitan dengan pembinaan
lebuhraya dari kesemua Defendan-Defendan;

iv. Gantirugi Am bagi setiap Plaintif– Plaintif disini;

32
v. Gantirugi Khas;

vi. Gantirugi teruk dan/atau teladan ;

vii. Faedah diatas amaun penghakiman keseluruhan untuk jangkamasa


dan pada kadar yang Mahkamah Yang Dihormati ini fikirkan
adalah patut dan munasabah;

viii. Kos ; dan

viiii. Apa jua perintah dan/atau relif lain yang Mahkamah Yang
Dihormati ini fikirkan adalah patut dan sesuai wajar.

Bertarikh pada 4 haribulan April 2009.

tt
.......................................................................
Peguamcara bagi Plaintif-Plaintif

PERNYATAAN TUNTUTAN ini difailkan oleh Tetuan Z.J. NEWAZ & CO.
Peguambela dan Peguamcara bagi Plaintif-Plaintif dan mempunyai alamat di
No. 48-2, Tkt. 2, Jalan Komersial Senawang 7, Taman Komersial Senawang,
70450 Senawang, Negeri Sembilan Darul Khusus.

33

Anda mungkin juga menyukai