Anda di halaman 1dari 6

PANDUAN PENGGUNAAN BIO-AQUA (FORMULA KHAS)

(Mempercepatkan tumbesaran dan menjimatkan kos)

Kaedah Penggunaan:-

a. Untuk aplikasi kepada air – bagi kolam ternakan kecil sahaja kanvas dan kolam simen
bersaiz kecil (kurang 15’×4’).

1. Masukkan Bio-Aqua ke dalam air pada kadar 1 (Bio-Aqua): 1000 (Air) liter selepas 2-3
minggu benih dimasukkan.
2. Bio-Aqua perlu dimasukkan setiap 2-3 minggu (bergantung keadaan air) sehingga ikan
sedia dituai.
3. Untuk kesan yang maksimum, keluarkan 1/3 air dan dimasukkan air baru ke dalam kolam
/ kanvas ternakan sebelum Bio-Aqua dituang ke dalam kolam/kanvas.
4. Peringatan – elakkan campuran Bio-Aqua dengan air berklorin.

Kelebihan:-
 Merawat air secara semulajadi (natural and biological treatment) 24 jam sehari.
 Menukarkan ammonia (NH4) kepada sebatian lebih nitrat (NH2) sebelum
menukarkan molekul oksigen.
 Meningkatkan D.O (kadar oksigen) dalam air.
 Mengurangkan bau busuk pada air.
 Membantu membersihkan sisa makanan pada kolam ternakan.
 Menambah keselesaan pada ikan dengan mengurangkan stress.
 Mengurangkan kadar kematian ikan.
 Mengurangkan kekerapan menggantikan ikan.
 Menjimatkan bil elektrik, air dan tenaga kerja.
 Meningkatkan kualiti air dan ikan keseluruhan.

b. Untuk aplikasi kepada pellet (dan lain-lain makanan seperti hampas dan nasi)
bagi kolam ternakan kolam tanah atau simen bersaiz besar atau kolam kecil.

1. Bio-Aqua disembur pada pellet atau lain-lain makanan ½ jam sebelum diberikan kepada
ikan.
2. Bio-Aqua perlu dicampur dengan air pada kadar 1:5 sebelum disembur
3. Pellet yang telah disembur perlu diberikan seminggu dua kali.
4. Penggunaan yang lebih kerap akan memberikan kesan yang lebih efektif.
5. Peringatan – elakkan campuran Bio-Aqua dengan air berklorin.

Kelebihan:-
 Mempercepatkan tempoh proses tumbesaran ikan
 Mengurangkan kos makanan sehingga 20%
 Memberikan kadar serapan protin pellet yang tinggi (25% untuk starter, biasanya 15%).
 Menjimatkan kos makanan dengan mengurangkan kadar FCR (1.2, biasanya 1.2)
 Memperbaiki tahap penghadaman ikan, kelancaran usus dan mengurangkan sisa
buangan (najis) ikan.
 Meningkatkan antibodi ikan dan selera makan ikan.
 Mengurangkan serangan penyakit dan kadar kematian.
 Membantu mempercepatkan penghasilan air hijau untuk tumbesaran rega.
 Menghasilkan ikan yang kurang berbau hanyir.
 Mengurangkan lemak berlebihan pada ikan.
 Meningkatkan kualiti tekstur dan memejalkan isi ikan.
PANDUAN PENGGUNAAN BIO-TERNAK
Teknologi penggalak ternakan komersial (Lembu, Kambing, Ayam, Itik, Kuda)

a. Untuk aplikasi kepada kandang:-


 Semburkan di kawasan kandang

Kelebihan:-
 Dapat mengurangkan bau busuk di kawasan sekitar kandang
 Membantu sistem pengudaraan yang baik
 Meningkatkan mikrob baik pada persekitaran kandang
 Mengurangkan serangan bakteria dan penyakit
 Mengurangkan kehadiran lalat
 Dapat mengatasi masalah pencemaran bau dan udara
 Menjimatkan penggunaan elektrik (bagi ternakan ayam, kipas perlu
selalu di pasang)

b. Untuk aplikasi kepada pellet atau lain-lain makanan seperti rumput,


hampas dll:-
 Bio-Ternak disembur pada pellet atau lain-lain makanan ½ jam
sebelum diberikan kepada ternakan
 Bio-Ternak perlu dicampur dengan air pada kadar 1: 200-500
 Pallet yang disembur perlu diberikan seminggu dua kali
 Peringatan – elakkan campuran Bio-Ternak dengan air berklorin
dan jangan gunakan bekas yang mengandungi bahan kimia atau
racun

Kelebihan:-
 Meningkatkan kadar pemakanan yang efisyen
 Memperbaiki tahap penghadaman ternakan
 Mengurangkan kebergantungan pada pellet
 Mengurangkan FCR pada pellet
 Serapan protin pada pellet amat tinggi
 Mempercepatkan proses tumbesaran (harvest)
 Membantu memberi zat-zat penting dalam makanan
 Meningkatkan kualiti daging ternakan
 Proses tuaian 20-25%
 Membantu meningkatkan tahap kesihatan ternakan
 Memperbanyakkan pengeluaran susu (bagi ternakan tenusu)
MAKLUMAT BIO-VITA
(Ikan, Ayam, Kambing, Lembu dan ternakan makan pellet lain)

PRODUK BIO-VITA
CARA 1. Campurkan 5 - 8% daripada berat
PENGGUNAAN makanan (pellet)
2. Gaulkan makanan dan Bio-Vita sehingga
sebati
3. Elakkan makanan yang telah digaul
terdedah

KELEBIHAN 1. Fungsi utama untuk mempercepatkan


tumbesaran ternakan dengan
memperbaiki mikro-flora ikan
2. Memberi kadar serapan zat, nutrisi dan
protin makanan yang maksimum
3. Mengurangkan kadar penggunaan pellet
4. Memperbaiki sistem penghadaman dan
metabolisme ikan
5. Memperkuatkan antibodi ternakan dari
serangan penyakit
6. Mengurangkan kadar kematian ternakan
akibat penyakit
7. Menyumbangkan probiotik untuk
kelancaran struktur kumbuhan ikan
8. Turut membantu merawat struktur air
dalam kolam ternakan

KEKERAPAN Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu


KANDUNGAN Sumber Mineral dan Zat Terpilih, Protin
Cacing, Dedak, Ekstrak Baja, Pati EM, Air
dan Molases

HASIL 1. Meningkatkan kualiti ternakan.


2. Menghampiri status ternakan Organik
(kerana penggunaan teknologi probiotik
dan sumber mineral yang mengekalkan
keaslian ternakan)
3. Meningkatkan kualiti tekstur dan
memejalkan isi ternakan
4. Mengurangkan lemak berlebihan pada
ternakan
5. Ikan bersih dan tidak berbau hanyir
6. Mempercepatkan tempoh tuaian
(sekiranya sistem makanan sistematik)
Manual Penggunaan Produk Untuk Kolam
Tanah
(Skala Komersial)

1. Air hendaklah ditakungkan di dalam kolam. Pastikan air di dalam kolam tanah
tidak keluar masuk sepanjang masa.

2. Setiap 2 minggu campakkan 2 biji Bio-Ball (ganti Bio-Aqua) ke dalam kolam


ternakan untuk mengawal kualiti air, menghilangkan bau, menukarkan amonia
kepada nitrat, menambahkan D.O (kadar oksigen) dan menukarkan najis ikan
menjadi lumut.

3. Bio-Ball akan membuat rawatan air dari bawah (dasar) ke atas (permukaan air)
TERBUKTI
BERKESAN….

Jenis Tanaman Cara Penggunaan

Pokok Buah-buahan: 1) Tebuk tanah sedalam 3 inci


Jambu, Betik, Rambutan, Limau, diantara jarak 1 kaki dari
Pisang, Buah Naga Dan Lain-lain pangkal pokok kiri dan kanan
2) Tuangkan 100ml baja cecair
pada setiap kiri dan kanan
lubang. (Lakukan 3 bulan
sekali)
3) Pembajaan baik dibuat pada
waktu pagi atau selepas hujan

Sayur-sayuran: 1) Gunakan 1 liter baja cecair


Cili, Tomato, Timun, Tembikai, Semua campur dengan 500 liter air.
Jenis Sayuran Berdaun, Kekacang Dan Semburkan secara terus kepada
Lain-lain tanah, akar, daun sayur dan
buah. (Lakukan 1 minggu 1 kali)
2) Semburan baik dibuat pada
waktu pagi atau selepas hujan

Bunga Lanskap 1) Gunakan 1 liter baja cecair


campur dengan 500 liter air.
Semburkan secara terus kepada
akar, daun dan bunga.
(Lakukan 1 minggu 1 kali)
PANDUAN PENGGUNAAN BIO-BOKASHI & BIO TANI
(baja organik bermikrob untuk pertanian)

Rawatan Tanah Sebelum Penanaman

1. Seluruh kawasan disembur dengan cairan Bio-Tani 1:500 @ 200ml/m²


sebelum digembur/plough
2. Selepas digembur, sembur semula keseluruh kawasan dengan cairan Bio-
Tani pada kadar 1:1000 @ 200ml/m²
3. Waktu sesuai aplikasi adalah di waktu pagi (sebelum jam 11.00 pagi) dan
selepas 3.00 petang (kerana mikrob adalah sensitif kepada pancaran terus
matahari)
4. Setelah dibuat batas, taburkan sebanyak 200gm Bio-Bokashi bagi setiap
lubang tanaman dan biarkan selama 7 hari sebelum anak benih dipindahkan.

Penyediaan Media/Tanah Dalam Polybag

1. Semburkan Bio Tani dengan cairan 1:1000 kepada media (media asal dari musim
yang lepas juga boleh digunakan semula) dan gaulkan sebelum dimasukkan ke
dalam polybag.
2. Letakkan pada kadar 100gm/per bag baja Bio-Bokashi pada media dan biarkan
selama 7 hari sebelum anak benih dipindahkan ke dalam polybag.
3. Pindahkan anak benih ke polybag dan buat siraman Bio Tani (mengikut jadual
penggunaan Bio Tani)

Panduan Aplikasi Pada Kelapa Sawit

1. Semburkan Bio Tani pada pokok kelapa sawit dan kawasan sekitar dengan
cairan 1:100/1-2 liter sepokok pada setiap 3 bulan/4 kali setahun
2. Letakkan pada kadar 2 kg/pokok Bio-Bokashi pada setiap 3 bulan/4 kali
setahun

Panduan Aplikasi Pada Getah

1. Semburkan pada pokok getah dan kawasan sekitar dengan Bio Tani dengan
cairan 1:100/1-2 lietr sepokok pada setiap 3 bulan/4 kali setahun
2. Letakkan pada kadar 2kg/pokok Bio-Bokashi pada setiap 3 bulan/4 kali
setahun

Panduan Aplikasi Pada Pokok Buah-Buahan

1. Bio Tani disembur dengan cairan 1:1000 pada setiap 2 minggu.


2. Bio-Bokashi ditabur sebanyak 2 kilo setiap pokok setiap bulan.

Anda mungkin juga menyukai