Anda di halaman 1dari 1

PANDUAN PENGGUNAAN BIO-AQUA (FORMULA KHAS)

(Mempercepatkan tumbesaran dan menjimatkan kos)

Kaedah Penggunaan:-

a. Untuk aplikasi kepada air – bagi kolam ternakan kecil sahaja kanvas dan kolam simen
bersaiz kecil (kurang 15’×4’).

1. Masukkan Bio-Aqua ke dalam air pada kadar 1 (Bio-Aqua): 1000 (Air) liter selepas 2-3
minggu benih dimasukkan.
2. Bio-Aqua perlu dimasukkan setiap 2-3 minggu (bergantung keadaan air) sehingga ikan
sedia dituai.
3. Untuk kesan yang maksimum, keluarkan 1/3 air dan dimasukkan air baru ke dalam kolam
/ kanvas ternakan sebelum Bio-Aqua dituang ke dalam kolam/kanvas.
4. Peringatan – elakkan campuran Bio-Aqua dengan air berklorin.

Kelebihan:-
 Merawat air secara semulajadi (natural and biological treatment) 24 jam sehari.
 Menukarkan ammonia (NH4) kepada sebatian lebih nitrat (NH2) sebelum
menukarkan molekul oksigen.
 Meningkatkan D.O (kadar oksigen) dalam air.
 Mengurangkan bau busuk pada air.
 Membantu membersihkan sisa makanan pada kolam ternakan.
 Menambah keselesaan pada ikan dengan mengurangkan stress.
 Mengurangkan kadar kematian ikan.
 Mengurangkan kekerapan menggantikan ikan.
 Menjimatkan bil elektrik, air dan tenaga kerja.
 Meningkatkan kualiti air dan ikan keseluruhan.

b. Untuk aplikasi kepada pellet (dan lain-lain makanan seperti hampas dan nasi)
bagi kolam ternakan kolam tanah atau simen bersaiz besar atau kolam kecil.

1. Bio-Aqua disembur pada pellet atau lain-lain makanan ½ jam sebelum diberikan kepada
ikan.
2. Bio-Aqua perlu dicampur dengan air pada kadar 1:5 sebelum disembur
3. Pellet yang telah disembur perlu diberikan seminggu dua kali.
4. Penggunaan yang lebih kerap akan memberikan kesan yang lebih efektif.
5. Peringatan – elakkan campuran Bio-Aqua dengan air berklorin.

Kelebihan:-
 Mempercepatkan tempoh proses tumbesaran ikan
 Mengurangkan kos makanan sehingga 20%
 Memberikan kadar serapan protin pellet yang tinggi (25% untuk starter, biasanya 15%).
 Menjimatkan kos makanan dengan mengurangkan kadar FCR (1.2, biasanya 1.2)
 Memperbaiki tahap penghadaman ikan, kelancaran usus dan mengurangkan sisa
buangan (najis) ikan.
 Meningkatkan antibodi ikan dan selera makan ikan.
 Mengurangkan serangan penyakit dan kadar kematian.
 Membantu mempercepatkan penghasilan air hijau untuk tumbesaran rega.
 Menghasilkan ikan yang kurang berbau hanyir.
 Mengurangkan lemak berlebihan pada ikan.
 Meningkatkan kualiti tekstur dan memejalkan isi ikan.

Anda mungkin juga menyukai