Anda di halaman 1dari 4

2.

4 Rujukan Kehormat
Rujukan kehormat ialah kata-kata rujukan yang dikenakan kepada sasaran
menurut taraf sosialnya. Kata-kata rujukan kehormat ini diletakkan pada
atau sebelum gelaran, jawatan, pangkat atau nama peribadi seseorang.
Rujukan Kehormat biasanya digunakan di dalam sapaan dan panggilan
dalam majlis rasmi dan tidak rasmi pada bahan-bahan bertulis seperti
buku atur cara sesuatu majlis rasmi, di dalam surat dan di sampul surat.

Panduan Menggunakan Rujukan Kehormat

Rujukan Kehormat

Jawatan / Gelaran

Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Yang


Di-Pertuan
Paduka Baginda
Permaisuri Agong

Agong

dan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Sultan Kedah, Kelantan dan Pahang

Duli Yang Maha Mulia

Sultan Terengganu, Sultan Selangor


dan Raja Perlis

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri

Sultan Perak

Duli Yang Maha Mulia Tuanku

Yang
di-Pertuan
Sembilan

Duli Yang Maha Mulia

Sultan Johor

Tuan Yang Terutama

Yang
Dipertua
Negeri
Melaka,
Sarawak, Sabah dan Pulau Pinang

Duli Yang Teramat Mulia

Raja Muda / Tengku Mahkota

Yang Amat Mulia

Anak-anak Raja / kerabat Diraja

Yang Mulia

Bergelar warisan (Tengku, Tunku,


Raja Syed, Syarifah)

Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri, Timbalan Perdana


Menteri, Menteri Besar atau Ketua
Menteri
Menteri, Ahli Parlimen, ahli Dewan
Undangan Negeri

Yang Berhormat

Besar

Negeri

Yang Berhormat Mulia

Tengku dan Raja yang menjadi Ahli


Parlimen atau Ahli Undangan Negeri

Yang Dihormati

Pegawai-pegawai
di
peringkat
bawah (Ketua Kampung, Penghulu
Mukim, Ketua Pertubuhan politik di
peringkat cawangan, guru dll.)
1

Yang Amat Berbahagia

Gelaran Kurniaan (Tan Sri, Puan Sri,


Datuk Sri, Datin Sri, Dato, Datin
dll.)

Tuan Yang Terutama

Duta-Duta Asing, Pembesar asing,


Pesuruh Jaya Tinggi

Yang Amat Arif

Ketua Hakim Negara

Yang Arif

Hakim, Kadi (yang


tugas sebagai hakim)

Yang Amat Setia

Ketua Polis Negara, Ketua Turus


Angkatan Tentera Darat/Laut dan
Udara

Yang Setia

Pegawai Kanan Polis dan Tentera

Yang Berusaha

Ketua Jabatan dan Pegawai Daerah


yang tidak bergelar kurniaan atau
warisan

Sahibul-Samahah/Sahibul
Samahah

menjalankan

Al- Mufti

Sahibul Al-Fadhilah

Kadi

Kaedah Sapaan dan Panggilan

1. Orang yang mempunyai satu gelaran (warisan / kurniaan) mulakan


dengan rujukan kehormat diikuti dengan gelaran dan nama peribadi.

a. Yang Teramat Mulia Tengku (nama)


b. Yang Mulia Raden (nama)
c. Yang Amat Berbahagia Tun (nama)
d. Yang Mulia Syed (nama)
e. Yang Berbahagia Tan Sri
f. Yang Amat Berhormat Datuk (nama)
g. Yang Berhormat Datuk (nama)
Rumus sapaan :
Rujukan Kehormat + Gelaran + Nama

2. Orang yang mempunyai lebih daripada satu gelaran. Cara menyapa


adalah seperti berikut:

a. Sekiranya gelaran itu gelaran warisan yang kanan seperti gelaran


Raja atau Tengku, gelaran itu hendaklah didahulukan daripada
gelaran kurniaan.
Contoh :
Yang Mulia Raja Tan Sri (nama)
Yang Mulia Tengku Datuk (nama)

Rumus sapaan :
Rujukan Kehormat + Gelaran Warisan Kanan + Gelaran
Kurniaan + Nama

b. Sekiranya gelaran warisan itu bukan yang kanan seperti Syed, Meor
atau Megat, gelaran itu hendaklah dikemudiankan daripada gelaran
kurniaan.
Contoh :
Yang Berbahagia Datuk Nik (nama)
Yang Berbahagia Tan Sri Sheikh (nama)
Rumus sapaan :
Rujukan Kehormat + Gelaran Kurniaan + Gelaran Warisan +
Nama

c. Sekiranya kedua-dua gelaran yang dimiliki itu gelaran kurniaan,


maka hendaklah didahulukan gelaran kurniaan yang lebih kanan.
Contoh :
Yang Berbahagia Tan Sri Datuk (nama)
Yang Amat Berbahagia Tun Datuk (nama)
Rumus sapaan :
Rujukan Kehormat + Gelaran Kurniaan Kanan + Gelaran
Kurniaan + Nama
3

d. Sekiranya seseorang itu mendapat gelaran lebih daripada satu,


bolehlah disebut dan dideretkan gelaran-gelarannya.
Contoh :
Yang Berbahagia Profesor Tan Sri Datuk Dr. (nama)
Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. (nama)
Yang Amat Arif Raja Tan Sri Datuk (nama)
Rumus sapaan :
Rujukan Kehormat + Gelaran Ikhtisas + Gelaran Kurniaan
Kanan + Gelaran Kurniaan + Gelaran Akademik + Gelaran
Keagamaan + Nama

Anda mungkin juga menyukai