Anda di halaman 1dari 36

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN MUARA TUANG,

JALAN DATO MOHD MUSA,


94300 SAMARAHAN.
PERKARA 1:MASA PERSEKOLAHAN
1.1 Loceng Pertama
Ia akan dibunyikan pada pukul 7.10 pagi.Murid membersihkan kelas dan kawasan
sekolah.
1.2 Loceng Kedua
Ia dibunyikan pada pukul 7.20 pagi.Murid dikehendaki beratur di luar kelas sehingga
guru masa pertama masuk.Pemeriksaan kuku,rambut dan pakaian dijalankan oleh
pengawas dan guru disiplin.
1.3 Loceng Rehat
1.3.1
Waktu rehat selama 20 minit.
1.3.2
Masa Rehat: 9.55 pagi hingga 10.15 pagi
1.3.3
Semua murid mesti keluar dari kelas pada waktu rehat dengan arahan dan
pengawasan guru.
1.3.4
Murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas, di luar kelas dan di tangga
bangunan.Makan hanya dibenarkan di kantin sekolah sahaja.
1.3.5
Apabila loceng tamat rehat dibunyikan murid mesti berbaris di luar kelas masingmasing dan masuk ke kelas dengan arahan guru.
1.4 Waktu Balik
Apabila loceng waktu balik dibunyikan semua murid mesti keluar dari kelas dengan
teratur dan senyap dengan di awasi oleh guru / pengawas.

PERKARA 2:

PERHIMPUNAN MINGGUAN

2.1 Perhimpunan sekolah adalah dianggap sebagai satu majlis rasmi peringkat
sekolah.Semua murid diwajibkan hadir.
2.2 Semua murid mesti berbaris mengikut kelas masing-masing.
2.3 Semasa perhimpunan murid-murid wajib menyanyi lagu kebangsaan dan lagu negeri
dengan suara yang lantang sambil menghormati bendera yang dinaikkan semasa
itu.
2.4 Semasa ucapan Guru Besar atau guru-guru bertugas, murid-murid harus mengambil
perhatian dengan sepenuhnya.
2.5 Semua murid mesti berpakaian lengkap dan kemas.
2.6 Selepas perhimpunan semua murid mesti beredar ke kelas masing-masing dengan
teratur dan senyap.

PERKARA 3:

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Pakaian seragam sekolah yang lengkap, kemas dan berlencana dipakai pada hari-hari
persekolahan, menghadiri upacara upacara rasmi sekolah dan membuat lawatan
rasmi.
Semua murid diwajibkan memakai pakaian seragam sekolah dari rumah ke sekolah
sehingga balik semula ke rumah.
3.1

Pakaian Murid Lelaki


3.1.1 Baju
Baju kemeja putih berkolar dan berlengan pendek.
3.1.2

Seluar
Seluar pendek / panjang berwarna biru tua.
-Dikehendaki memasukkan baju kemeja ke dalam seluar dan butang baju
hendaklah dikenakan sepanjang masa persekolahan.

3.1.3

Tali pinggang
Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis kepalanya tidak
besar atau berhias.Lebar tali pinggang tidak melebihi 1 inci atau 3.75 cm.
Warna tali pinggang : Samada hitam atau biru.

3.1.3

Rambut
Pelajar lelaki mestilah menjaga rambut supaya sentiasa kemas dan
pendek.
Dilarang menyimpan ekor dan berfesyen rambut punk.Penggunaan jel atau
mousse tidak dibenarkan.

Istilah pendek ialah :


-

Di belakang : rambut tidak melebihi garisan di bawah cuping telinga.


Di depan : rambut tidak menutup garis tengah dahi.
Di sebelah : rambut tidak menyentuh telinga dan sideburn tidak melebihi garis
tengah hidung.

Pelajar lelaki disyorkan berambut pendek corak kelasi (crew cut) seperti yang
diarah oleh Kementerian Pelajaran KP(BS/HEP)8543/061/606.

3.2
3.2.1

Pakaian Murid Perempuan


Pakaian murid-murid perempuan adalah pinafore berwarna biru tua (navy blue)
dan labuhnya paras lutut dan tidak terlalu labuh / ketat.

3.2.2

Baju Kurung dan Kain Sarung


Murid perempuan beragama Islam, baju kurung berpesak yang dipakai mestilah
berwarna putih dan kain sarungnya berwarna biru tua.
3.2.3
Tudung / Mini Telekung
Sekiranya bertudung, mini telekung hendaklah berwarna putih dengan ukuran yang
sesuai.
3.2.4
Rambut / Kuku /Riben
- Hendaklah menyikat rambut dengan kemas.
- Rambut tidak boleh mencecah bahu.
- Rambut yang panjang hendaklah diikat kemas sebagai tocang (plait) dengan
menggunakan riben hitam atau biru.
- Murid murid dilarang menyimpan kuku panjang dan mewarnakannya dengan cat
kuku dan sebagainya.
3.2.5

Alat-alat solek
-Murid dilarang memakai sebarang alat make-up walaupun nipis.

3.2.7 Barang-barang Kemas


Murid dilarang memakai atau membawa barang-barang kemas seperti gelang,rantai
leher,anting-anting,subang yang besar,cincin dan lain-lain.
3.3

Kasut dan Sarung kaki


3.3.1 Kasut bagi murid-murid sekolah rendah adalah kasut kanvas yang berwarna
putih
Sarung kaki hendaklah berwarna putih.

3.4
3.4.1

Pakaian Seragam Pengawas sekolah


Pakaian Pengawas Lelaki
Seluar panjang biru tua,kemeja lengan panjang berwarna biru dan bertali leher
berwarna merah tua.

3.4.2 Pakaian Pengawas Perempuan


Baju kemeja berlengan panjang berwarna biru / baju kurung berwarna biru dan
bertudung merah tua.
Gaun / blaus warna biru gelap.
3.5

Pakaian Semasa Sukan / Pendidikan Jasmani

3.5.1

Semua murid mesti memakai T.Shirt sekolah dan digalakkan memakai seluar panjang
(track bottom / pendek (bola sepak)

PERKARA 4 :

KEDATANGAN

4.1
4.1.1
4.1.2
4.1.3

Semua murid wajib hadir tepat pada waktunya.


Pada semua waktu persekolahan.
Kelas-kelas bimbingan atau pemulihan
Aktiviti kokurikulum.

4.2

Murid yang tidak hadir mesti mengemukakan surat akuan doktor atau surat keterangan
daripada ibu bapa / penjaga.Tanpa maklumat tersebut, murid dianggap ponteng.

4.3

Ibu bapa / penjaga akan dimaklumkan secara bertulis jika murid tidak hadir dan diminta
memberi penjelasan.

4.4

Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah
tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru-guru Penolong Kanan.

4.5

Murid-murid yang balik pada waktu persekolahan atau diambil oleh ibu bapa / penjaga,
diwajibkan mencatat dalam buku kebenaran keluar sekolah.
PERKARA 5 :

5.1

KEBERSIHAN DAN KECERIAAN SEKOLAH

Bilik Darjah

5.1.1 Setiap murid bertanggungjawab menjaga kebersihan bilik darjah.


5.1.2 Guru kelas bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas kelas.
5.1.3 Setiap kelas mesti mempunyai sudut pembelajaran dan menghias kelas dengan bahanbahan akademik.
5.1.4 Sebelum meninggalkan kelas, kerusi, meja, mesti disusun dengan teratur.Tutup suis
kipas dan lampu.
5.1.5 Semua murid tidak dibenarkan memindahkan kerusi, meja, perabot antara kelas.
5.2
5.2.1
5.2.2
5.2.3
5.2.4
5.2.5
5.2.6
5.2.7
5.3
5.3.1
5.3.2

Kawasan Sekolah
Semua murid mesti menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
Sampah yang dijumpai hendaklah dikutip dan dibuang ke dalam tong sampah
yang disediakan.
Semua murid dilarang berludah di merata-rata tempat.
Semua murid dilarang menconteng dinding dengan sebarang bahan.
Semua murid dilarang mengotori kawasan sekolah.
Murid tidak dibenarkan memijak rumput di kawasan taman.
Murid dilarang membawa / mengunyah gula-gula getah dalam kawasan sekolah.
Tandas Sekolah
Semua murid dilarang menconteng dalam tandas dengan sebarang alat.
Murid-murid hendaklah berjimat cermat menggunakan air dan menutup paip
setelah digunakan.

5.3.3
5.4
5.4.1
5.4.2
5.4.3
5.4.4
5.5

Jangan buang atau memasukkan sebarang benda ke dalam saluran air / najis.
Papan Kenyataan
Sebarang kenyataan yang ditampal / ditulis mesti mendapat kebenaran guru.
Hanya gambar / maklumat yang sesuai sahaja ditampal.
Kenyataan yang lama dan tamat tempoh masa mesti ditanggalkan.
Semua murid mestilah menghargai maklumat di papan kenyataan dan tidak
memindah atau merosakkannya.
Harta Benda Sekolah.

5.5.1

Adalah menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga harta benda sekolah yang
terdapat dalam kelas, tandas, bengkel, kantin, pusat sumber, bilik computer
dan di
mana-mana sahaja kawasan sekolah.
5.5.2
Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada guru.
5.5.3
Kerosakan yang dilakukan oleh murid hendaklah diganti oleh murid sendiri.
5.5.4
Semua bentuk harta benda yang dipinjam hendaklah dipulangkan / diletakkan ke
tempat asalnya dalam keadaan baik.
PERKARA 6 :
6.1
6.2

Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan larangan :


Pejabat Sekolah, bilik guru, bilik mesyuarat, rumah guru, kawasan letak kereta, lorong
di antara pejabat am dan bilik guru dan tandas guru.
Semua murid yang hadir untuk aktiviti kokurikulum mestilah berada di tempat yang
ditetapkan.
PERKARA 7 :

7.1
7.2
7.3
7.4
7.5

KANTIN

Setiap murid diwajibkan berbaris semasa membeli makanan / minuman.


Semua bekas makanan / minuman hak milik kantin mesti dimasukkan ke dalam bekasbekas yang disediakan selepas digunakan.
Murid-murid tidak dibenarkan msuk ke tempat memasak atau menyediakan makanan.
Semua murid dilarang membeli makanan dari luar kawasan sekolah
Setiap murid mesti mengamalkan adab semasa makan dan minum.
PERKARA 8 :

8.1
8.2

KAWASAN LARANGAN

TATATERTIB DAN KESOPANAN

Setiap murid wajib mengenal semua guru dan kakitangan sekolah.


Setiap murid wajib menghormati guru / kakitangan sekolah / pelawat dan sesama
pelajar

8.3
8.4
8.5

Ucapan salam hendaklah diberikan kepada sesama Islam dan ucapan sejahtera bagi
yang bukan Islam.
Semua murid mestilah menunjukkan sikap dan tingkahlaku yang sopan dan menjaga
nama baik sekolah.
Semua murid mesti menjaga tutur kata dan budi bahasa yang baik dengan sesiapa
sahaja.
PERKARA 9:SENARAI SALAHLAKU YANG BERAT DI PERINGKAT SEKOLAH
Berikut adalah senarai salahlaku yang dianggap berat dan tindakan disiplin
penggantungan sekolah sementara atau dicadang buang sekolah boleh diambil.

9.1
9.2
9.3
9.4
9.5
9.6
9.7
9.8
9.9
9.10
9.11
9.12
9.13
9.14

Menjadi ahli dalam pertubuhan haram.


Membawa senjata yang merbahaya dengan tujuan jahat.
Memukul guru-guru.
Mengancam guru-guru atau Guru Besar.
Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang ditubuhkan oleh sekolah dan
pejabat Pelajaran.
Menulis surat kepada Surat Khabar tanpa memberitahu pihak berkuasa sekolah.
Sengaja merosakkan harta benda sekolah / kerajaan.
Mengancam murid-murid lain dengan ancaman yang serius dan merbahaya.
Menghisap rokok dan mengambil dadah.
Berjudi.
Meminum minuman keras atau yang memabukkan di dalam kawasan sekolah.
Masih membantah hukuman guru sekalipun sudah tiga kali atau empat kali amaran.
Menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan kepada guru atau Guru Besar.
Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan
kacau bilau.dan perpecahan kaum.
PERKARA 10 : TINDAKAN TATATERTIB

10.1
10.2
10.3
10.4
10.5
10.6
10.7
10.8
10.9
10.10
10.11

Nasihat / Kaunseling
Menghubungi ibu bapa / penjaga
Amaran
Rotan satu kali
Rotan dua kali
Rotan tiga kali
Rotan melebihi tiga kali
Digantung sekolah
Ditukar ke sekolah lain (dicadang)
Dibuang sekolah (dicadang)
Laporan kepada polis
Tindakan yang sewajarnya akan diambil ke atas murid yang melanggar undangundang dan peraturan mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.

PERKARA 11: KOKURIKULUM


11.1.1

Semua murid Tahap 2 diwajibkan mengambil bahagian dalam 3 aktiviti kokurikulum


berikut :
11.1.1 Kelab / Persatuan Akademik
11.1.2 Pasukan beruniform / Pakaian Seragam
11.1.3 Sukan / Permainan
11.2
Kedatangan adalah wajib dan setiap murid dikehendaki menyertai kegiatan yang
diambil.
11.3
Murid-murid mesti memakai pakaian aktiviti yang disertai iaitu pakaian unit beruniform
/ pakaian sekolah / pakaian sukan.
11.4
Semua murid tidak dibenarkan menjalankan kegiatan tanpa guru penasihat .
PERKARA 12 :
12.1
12.2

Murid-murid mesti mematuhi peraturan-peraturan peperiksaan sekolah.


Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah walaupun waktu
peperiksaan berakhir lebih awal dari waktu sekolah kecuali mendapat kebenaran Guru
Besar.
PERKARA 13 :

13.1
13.2

15.2.2
15.2.3
15.2.4

YURAN

Yuran sekolah mestilah dijelaskan dalam masa yang ditetapkan.


PERKARA 15 :

15.1
15.2

PERTUKARAN SEKOLAH

Dibenarkan hanya dengan kebenaran / kehendak ibu bapa atau penjaga.


Sekiranya murid dari kelas peperiksaan UPSR ibu / bapa / penjaga hendaklah
memastikan pertukaran pusat peperiksaan telah dibuat.
PERKARA 14 :

14.1

PEPERIKSAAN

SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)

Semua murid yang layak mesti menjaga buku-buku pinjaman dengan baik.
Semua buku pinjaman mesti dipulangkan dalam keadaan yang baik :

15.2.1 pada akhir tahun


apabila diberhentikan dari sekolah
sebelum bertukar sekolah
apabila diarah oleh pihak sekolah.
15.3

Buku-buku yang rosak / hilang mesti diganti dengan buku yang baru.

PERKARA 16 :
16.1
16.2
16.3
16.4
16.5
16.6

Murid dikehendaki berbaris semasa pergi dan balik dan Pusat Sumber Sekolah.
Tidak dibenarkan membuat bising, makan , minum atau mengganggu murid lain di
dalam pusat sumber.
Ikut arahan yang ditetapkan di dalam pusat sumber.
Pulangkan buku pada tarikh yang telah ditetapkan.
Susun buku dengan teratur, tutup semua suis dan pastikan alat-alat yang digunakan
tersusun.
Jaga kebersihan pusat sumber.
PERKARA 17 :

17.1

18.2
18.3
18.4
18.5
18.6
18.7
18.8
18.9
18.10
18.11
18.12
18.13

PELAWAT

Semua orang luar termasuk ibu bapa / penjaga dikehendaki melaporkan diri di pejabat,
minta kebenaran daripada Guru Besar / Guru Penolong Kanan sebelum berjumpa
dengan sesiapa / murid di sekolah.
PERKARA 18 :

18.1

PUSAT SUMBER SEKOLAH

PERANAN IBU BAPA / PENJAGA

Ibu bapa / penjaga murid Tahun 1 dibenarkan di luar kelas pada hari pertama, diikuti
dengan satu minggu di kantin.Selepas itu, ibu bapa / penjaga tidak dibenarkan berada
di kawasan sekolah lagi.
Kesakitan, kelemahan fizikal, kecacatan atau pembedahan yang baru dijalankan dan
apa sahaja kekurangan anak / jagaan mesti dimaklumkan kepada guru kelas atau
pejabat untuk diambil perhatian.
Pastikan anak sentiasa datang ke sekolah awal dan jangan lewat.
Meluangkan masa dengan anak untuk mengetahui masalah dan keperluan anak serta
semak dan bantu dalam pelajarannya.
Digalakkan datang ke sekolah dari semasa ke semasa untuk mengetahui kedudukan
pelajaran serta kelakuan anak di sekolah.
Apabila hendak mengatasi sesuatu perkara dengan guru atau murid lain, mestilah
mendapat kebenaran daripada pihak pentadbiran sekolah dahulu.Ibu bapa tidak
dibenarkan mengambil tindakan sendiri.Masalah itu mesti diselesaikan di pejabat.
Harus bantu menjaga kebersihan kawasan sekolah.
Tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik darjah pada bila-bila masa.
Tidak dibenarkan mengambil sesuatu, buku atau lain-lain barang daripada beg murid
lain.
Tidak dibenarkan menjual / berniaga di kawasan sekoalah tanpa kebenaran daripada
pihak pentadbiran.
Tidak dibenarkan meronda serta memerhati guru mengajar di sebarang kelas.
Tidak dibenarkan mencabar / mengancam guru / murid.
Tidak dibenarkanberbual-bual dengan suara kuat yang boleh mengganggu pengajaran
dan pembelajaran.

18.14 Pastikan nombor telefon rumah / tempat kerja / jiran diberikan kepada guru supaya
dapat dihubungi pada masa kecemasan.
18.15 Jangan berikan anak terlalu bnyak wang saku.
18.16 Jangan benarkan anak ke sekolah dengan memakai barang kemas dan membawa
barang yang tiada kaitan dengan pembelajaran.
18.17 Tidak dibenar merokok di kawasan sekolah.
PERKARA 19 :
19.1
19.2
19.3
19.4
19.5
19.6
19.7
19.8
19.9

19.10

19.11
19.12
19.13
19.14

HAL-HAL LAIN

Semua murid yang bersembahyang di surau semasa belajar mestilah meminta


kebenaran guru dan tidak dibenarkan bermain di surau serta melengahkan masa /
waktu.
Semua murid tidak dibenarkan membawa sebarang bentuk alat permainan, komik atau
majalah hiburan ke sekolah.
Semua murid dilarang membawa / menggunakan benda-benda tajam dalam kawasan
sekolah.
Pelajar di larang membawa serta menggunakan liquid paper.
Beg sekolah tidak dibenarkan ditampal dengan sticker
Pelajar MESTI berada di tempat duduk yang telah ditetapkan pada setiap masa
persekolahan.Pertukaran tempat duduk hanya boleh dilakukan oleh Guru Kelas.
Pelajar dinasihati ke tandas sebelum bermulanya waktu persekolahan dan pada waktu
rehat.Dalam keadaan kecemasan ini PAS KELUARhendaklah diperolehi daripada guru
dan hanya seorang murid dibenarkan keluar pada satu masa.
Pelajar tidak dibenarkan merayau-rayau atau bermain-main di beranda atau kelas lain
semasa atau antara pertukaran masa.
Pelajar hendaklah berdiri dengan sopan apabila memberi hormat semasa guru atau
pelawat masuk dan keluar kelas.Pelajar MESTI sentiasa menghormati dan patuh
kepada semua guru, kakitangan sekolah dan pengawas sekolah.Sebarang aduan atau
ketidakpuasan hati hendaklah dirujuk kepada Guru Besar.
Sebarang masalah atau perselisihanfaham di kalangan pelajar hendaklah diselesaikan
secara aman dan jika perlu dapatkan khidmat guru atau Guru Besar.(Penyelesaian
Perselisihan faham melalui pergaduhan di dalam atau luar sekolah merupakan
kesalahan serius)
Pelajar hendaklah sentiasa menghormati kebudayaan dan agama lain dan TIDAK boleh
menghina mana-mana pengajaran agama atau amalan sesuatu kaum sama ada
dengan perkataan / perlakuan.
Buku Laporan hendaklah diserahkan dan ditandatangani oleh ibu bapa /
penjaga.Sebarang perubahan atau pemindahan dalam buku laporan DITEGAH.
Pelajar MESTI membawa semua buku dan peralatan sekolah yang diperlukan bagi
setiap mata pelajaran dan pastikan semua buku dibawa balik.
Pelajar diharap untuk menggunakan antara 4-6 jam pada setiap hari untuk membuat
kerja rumah, ulangkaji dan membaca buku. Kerja rumah MESTI dibuat pada masa yang
telah ditetapkan.

Pentingnya Disiplin

Setiap Sekolah mempunyai peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh muridmurid. Peraturan-peraturan tersebut dikenakan dengan tujuan untuk mendidik
murid-murid supaya berkelakuan baik, menghormati anggota masyarakat dan
mempunyai disiplin diri yang baik. Kebanyakan perbuatan melanggar peraturanperaturan berlaku disebabkan tidak diternagkan kenapa peraturan-peraturan di
Sekolah perlu diadakan. Oleh itu peraturan-peraturan di Sekolah perlu diterangkan
kepada murid-murid supaya mereka benar-benar faham akan peraturan itu dengan
penuh tanggungjawab.
Matlamat Disiplin
Untuk melahirkan individu yang beriman dan bertaqwa serta mengabdikan diri
kepada Allah s.w.t.
Untuk melahirkan individu yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri serta
mewujudkan masyarakat yang berakhlak, adil, dan progresif.
Merotan
Bukanlah Satu-Satunya Jalan Penyelesaian di Dalam Bidang Pendidikan.
Utamakan Perbincangan/Muzakarah Bersama
Peraturan Sekolah
Kehadiran
7:30 pagi 4:30 petang
Hari Isnin (pagi) Perhimpunan
Hari Jumaat (petang) Perhimpunan
Hari Selasa, Rabu, dan Khamis perhimpunan ringkas diadakan waktu pagi
Murid wajib hadir ke Sekolah. Jika tidak dapat hadir, hendaklah mengemukakan
surat daripada ibubapa/doktor.
Murid diwajibkan memakai lencana Sekolah disepanjang waktu persekolahan.
Bagi murid yang lewat lebih 3 kali berturut-turut akan digantung.
Murid juga dilarang menunggu bas atau ibubapa/penjaga di luar kawasan sekolah.
Pakaian Yang Dilarang
Murid perempuan dilarang bersolek dan memakai barang kemas (bernilai).
Murid lelaki dilarang memakai kopiah.
Murid tidak dibenarkan memakai selipar.
Pakaian yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang sama sekali.
Handphone
Dilarang!
Telah dikuatkuasakan.
Pendekatan
Sila rujuk di papan kenyataan sekolah.
Pihak sekolah menggunakan kaedah Program Sistem Penalti (PSP) yang
dikeluarkan oleh JAIS.

Dilarang Membawa Perkara-Perkara Berikut


Alat permainan (seperti Game dan lain-lain)
Permainan berunsur judi
Kamera, Video, Radio, Walkman, Teropong
Gambar/majalah berunsur humor dan lucah
Pita Video/VCD/Kaset
Alat tajam seperti pisau/gunting
Lain-lain alat yang membahayakan
Bentuk Hukuman
Rotan (oleh Guru Besar)
Khidmat Masyarakat seperti: Mengutip Sampah, Membersihkan Surau,
Membersihkan Longkang, Membersihkan Tandas Sekolah, dan Membersihkan
Tingkap Kelas
Denda menghafaz ayat al-Quran (Juzu Amma)
Denda/Saman berbentuk duit (atas kesalahan)
Digantung Sekolah
Dibuang Sekolah
Renungan
Tidak ada satu pun amal yang lebih berat dari Akhlak yang lebih baik dalam
timbangan di akhrat kelak.
Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati
Ibubapa/Penjaga dan Guru-Guru Hendaklah Bekerjasama Untuk
Mempertingkatkan Mutu Disiplin Sekolah

Pakaian: Isnin hingga Khamis

Pakaian: Jumaat

Rambut Lelaki

Ref: K.P.8543/Vol.Il(58)
Kementerian Pelajaran,
Rumah Persekutuan, Kuala Lumpur
7hb. Januari, 197
Semua Pengarah Pelajaran,
Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak
Tuan,
Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 2/1976
Potongan Rambut Murid-murid
Adalah saya merujuk kepada surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil. K.P. 8543/(73) bertarikh 10 hb
Mac, 1972, mengenai perkara yang tersebut di atas dan memaklumkan bahawa untuk memelihara
disiplin dalam sekolah, tuan adalah dikehendaki sekali lagi mengingatkan semua murid sekolah, guru dan
kakitangan lain yang masih berambut panjang bahawa cara-cara menyimpan rambut seperti berikut
mestilah dipatuhi:

Rambut Murid-murid Lelaki


2. Tiap-tiap murid lelaki mesti jangan berambut panjang. lstilah rambut panjang adalah seperti berikut:
(a) Di belakang: Rambt jatuh melebihi garisan di bawah cuping dua telinga.
(b) Di depan: Rambut menutup garisan tengah dahi.
(c) Di sebelah: Rambut menutup kedua-dua telinga atau sebahagian daripadanya dan "sideburn
melebihi garisan tengah hidung.
(d) Di atas: Rambut lebih daripada 6" panjang.
Untuk penerangan yang lebih lanjut lagi, di sini adalah dilampirkan satu gambarajah dengan gaya
menyimpan rambut untuk murid-murid lelaki.
3. Murid-murid lelaki, Guru-Guru dan kakitangan lain yang beragama Sikh boleh berambut panjang jika
mereka memakai serban tetapi yang tidak berserban, peraturan adalah seperti yang dikuatkuasakan.

Misai dan Janggut


4. Murid-murid lelaki sekolah tidak dibenarkan memakai misai atau janggut atau kedua-duanya. Istilah
misai tidak termasuk bulu roma tebal yang mula tumbuh di bibir atas murid-murid lelaki yang beransur
baligh dan mereka ini tidaklah patut dipaksa bercukur.
Rambut Murid-murid Perempuan

5. Bagi murid-murid perempuan rambut hendaklah jangan sehingga jatuh ke bahu tetapi jika ada muridmurid perempuan yang berambut panjang dan enggan memotong pendek, mereka boleh dinasihatkan
mengikat rambut masing-masing supaya tidak jatuh ke bahu. lkatan rambut sebagai tocang (plait) alau
"ponytail" boleh dibenarkan.

Guru-guru dan Kakitangan Lain


6. Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi teladan budi pekerti dan perangai yang baik
kepada murid-murid mereka dan oleh kerana itu adalah diharap semua Guru akan memberi pengaruh
yang baik dan menjadi contoh dalam perkara ini.
7. Dengan ini maka Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran Bil. K.P. 8543/(73) bertarikh 10 hb. Mac, 1972
adalah dimansuhkan.
8. Guru-Guru Besar di semua sekolah bantuan penuh dan swasta hendaklah diarahkan untuk mengambil
tindakan tegas dan menentukan bahawa segala kandungan-kandungan dalam pekeliling ini dipatuhi
sepenuh-penuhnya.

Saya yang menurut perintah,

tandatangan (Kum Boo)


Bahagian Sekolah-Sekolah,
b.p, Ketua Setiausaha,
Kernenterian Pelajaran

s.k
SUS kepada Y.B. Menteri Pelajaran
SUS kepada Y.B. Timbalan Menteri Pelajaran Ketua Setiausaha
Ketua Pengarah Pelajaran
Timbalan Ketua Setiausaha
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Ketua Bahagian, Kememerian Pelajaran

Pengarah Latihan Guru - 20 salinan


Setiausaha Politik kepada Y.B. Menteri
Pegawai Khas (I), (II), (lll) kepada Y.B. Menteri
Pegawai Perhubungan Awam.

Ref: K.P. (BS) 8543/Vol. ll/(58)


Surat Pekeliling Ikhtisas No. 2/1976
K P( BS) 8591/ Jld.lI/(2)
Bahagian Sekolah-Sekolah,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Tingkat 12-14, Bangunan Bank Pertanian,
Kuala Lumpur
Telefon: 922066
Kawat: PELAJARAN
9hb. Mac, 1983
Semua Pengarah Pelajaran,
Semenanjung Malaysia,
Sabah dan Sarawak

Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983 Pakaian Seragam Murid-murid Sekolah


Tujuan surat pekeliling ini ialah untuk mengemaskinikan lagi semua arahan yang berhubung dengan
pakaian seragam murid-murid sekolah.
2. Peraturan pakaian seragam murid-murid sekolah adalah seperti berikut:

2.1 Sekolah Rendah


2.1.1 Pakaian Murid-murid Lelaki
Seluar
i. Seluar bagi murid-murid lelaki ialah seluar pendek berwarna biru tua (navy blue). Seluar panjang yang
sarna warnanya boleh dipakai sekiranya dikehendaki oleh ibu bapa/penjaga mereka.
ii. Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis yang kepalanya tidak besar atau berhias.
Baju
Baju adalah berwarna putih dan berlengan pendek.
2.1.2 Pakaian Murid-murid Perempuan
Pakaian murid-murid perempuan adalah 'pinafore tunic' berwarna biru tua (navy blue) dan labuhnya
hendaklah sampai ke lutut.
Baju Kurung dan Kain Sarung
Murid-murid perempuan boleh juga memakai baju kurung sekiranya dikehendaki oleh ibu bapa / penjaga
mereka dengan syarat baju kurung itu berwarna putih dan kain sarung berwarna biru tua.
Tudung / Mini Telekung
Murid-murid perempuan juga dibenarkan memakai tudung / mini telekung, dengan syarat tudung itu
berbentuk tiga segi 2 sama dan tudung / mini telekung berwarna putih, berukuran sesuai dengan muridmurid yang memakainya.
2.2 Sekolah Menengah
2.2.1 Pakaian Murid-murid Lelaki
Seluar
(i) Seluar bagi murid-murid lelaki Sekolah Menengah (Tingkatan. Peralihan hingga ke Tingkatan Enam)
adalah seluar pendek atau seluar panjang sekiranya dikehendaki oleh mereka atau ibu bapa / penjaga
mereka. Warna bagi seluar pendek atau panjang ini adalah hijau kehitam-hitaman (dark olive).
(ii) Sekiranya bertali pinggang, tali pinggang itu adalah dari jenis yang kepalanya tidak besar atau
berhias.
Baju

Baju adalah berwarma putih dan berlengan pendek atau panjang. Sekiranya memakai baju berlengan
panjang, lengan baju di pergelangan tangan hendaklah dikancing atau diJipat ke atas sedikit dan paras
siku.
2.2.2 Pakaian Murid-murid Perempuan
'Pinafore Tunic'
'Pinafore Tunic' adalah berwarna 'torquoise' dan labuhnya hendaklah sampai ke paras lutut.
'Blouse'
Blouse adalah berwarna putih dan berlengan.
Murid-murid Perempuan Tingkatan VI
Pakaian bagi murid-murid perempuan Tingkatan VI adalah (skirt) berwarna 'torquoise' dan 'blouse'
berlengan berwarna putih. Labuh skirt hendaklah sampai ke paras lutut.
Baju Kurung dan Kain Sarung
Murid-murid perempuan Sekolah Menengah juga dibenarkan memakai baju kurung berwarna putih dan
kain sarung berwarna 'torquoise'.
Tudung / Mini Telekung
Murid-murid perempuan juga dibenarkan memakai tudung / mini telekung, dengan syarat tudung itu
berbentuk tiga segi 2 sama dan tudung / mini telekung berwarna putih, berukuran sesuai dengan muridmurid yang memakainya.
2.3 Pakaian Ketika Bersenam dan Bersukan (Sekolah Rendah dan Menengah)
Ketika bermain dan bersukan atau menjalani aktiviti pendidikan jasmani, murid-murid perempuan,
terutamanya di Sekolah-Sekolah Menengah, adalah digalakkan tanpa paksaan memakai seluar panjang
yang sesuai dan baju berlengan jika dikehendaki oleh mereka atau ibu bapa / penjaga mereka. Dalam hal
ini, sekolah-sekolah bolehlah menetapkan sendiri warna yang sesuai bagi seluar panjang dan baju
berlengan.

2.4 Pakaian dalam Pasukan Beruniform (Sekolah Rendah dan Menengah)


Murid-murid lelaki atau perempuan yang menyertai kegiatan pasukan yang beruniform di sekolah-sekolah
seperti pasukan 'Brownies', Anak Serigala, Pandu Puteri, Pengakap, Ranger, Bulan Sabit Merah dan
sebagainya adalah digalakkan tanpa paksaan memakai seluar panjang jika dikehendaki oleh mereka
atau ibu bapa / penjaga mereka.

2.5 Pakaian Murid-murid Islam Pada Hari Jumaat (Sekolah Rendah dan Menengah)
Murid-murid lelaki Islam adalah digalakkan tanpa paksaan memakai pakaian Kebangsaan pada hari
Jumaat. Murid-murid perempuan Islam adalah digalakkan tanpa paksaan memakai baju kurung dan

berkain sarung serta memakai tudung / mini telekung sepertimana yang dinyatakan dalam para 2.1.2 dan
2.2.2.

2.6 Kasut
Kasut bagi murid-murid Sekolah Rendah dan Menengah adalah kasut 'canvas' berwarna putih. Sekiranya
memakai setokin, setokin hendaklah berwarna putih.

2.7 Pakaian-pakaian Seragam Khas (Identiti Khas)


Pakaian seragam yang melambangkan identiti khas bagi murid-murid di sesebuah sekolah, seperti
lencana, tali leher dan pakaian-pakaian yang telah menjadi tradisi sesebuah sekolah, bolehlah
diteruskan. Sekolah-sekolah yang ingin mengadakan pakaian seragam khas bagi golongan murid- murid
yang tertentu dalam masa persekolahan hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada
Pengarah Pelajaran Negeri masing-masing.
3. Panduan bagi bentuk seluar, pinafore tunic, baju kurung dan kain sarung adalah seperti dalam gambargambar rajah yang diserta kan bersama (Lampiran I - II).
4. Dengan surat pekeliling ini, maka semua surat pekeliling yang berkaitan dengan pakaian seragam bagi
murid-murid Sekolah Rendah dan Menengah yang dikeluarkan sebelum ini adalah dibatalkan.
5. Harap maklumkan kandungan surat pekeliling ini kepada semua sekolah di negeri tuan.
Sekian.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'


Saya yang menurut perintah,

tandatangan

(DATO' HAJI IDRIS BIN HAJI TAIN)


Bahagian Sekolah-sekolah,
b.p. Kelua Setiausaha, Kementerian Pelajaran.

s.k.

1. Setiausaha Sulit kepada Y B. Menleri Pelajaran Malaysia


2. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dato' Khalil bin Yaakob,Timbalan Menteri Pelajaran
3. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Dr. Tan Tiong Hong Timbalan Menteri Pelajaran
4. Ketua SetiausahaKementerian Pelajaran
5. Ketua Pengarah Pelajaran Kementerian Pelajaran
6. Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian PeIajaran
7. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran I Kementerian Pelajaran
8. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran II Kementerian Pelajaran
9. Timbalan Ketua Setiausaha II Kementerian Pelajaran
10. Ketua-ketua Bahagian Kementerian Pelajaran
11. Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran
12. Pegawai Khas I kepada Y.B. Menleri Pelajaran
13. Pegawai Perhubungan Awarn Kementerian Pelajaran

Bahagian Sekolah-Sekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia
Tingkat 12-14 Bangunan Bank Pertanian
Lebuh Pasar Besar
Kuala Lumpur
Telefon: 2922066
KP(BS)8591/Jil.II/(39)
22 November, 1985
Semua Pengarah Pelajaran Negeri,
Malaysia

Y.B. Datuk/Tuan,

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1985


Pakaian Seragam Murid-murid Sekolah (Pindaan)

Surat Pekeliling ini adalah bertujuan unluk memaklumkan pindaan ke atas peruntukan
perkara 2.6. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1983. rujukan KP(BS)8591/Jil.II/(2)
bertarikh 9 Mac 1983, mengenai peraturan pakaian seragam murid-murid sekolah
(kasut).

2). Peruntukan perkara 2.6 (kasut). Surat Pekeliling Ikhtisas Bi1. 3/1983 dengan ini
dipinda menjadi sebagaimana berikut:2.6 Kasut
Kasut bagi murid-murid sekolah rendah dan menengah adalah kasut berwarna putih
yang diperbuat daripada 'canvas' atau dari bahan sintetik lainnya seperti nylon dan
polyester yang mempunyai daya resap dan penyaluran gerak udara. Sekiranya
memakai stoking, stoking hendaklah berwama putih.
Harap maklumkan kandungan Surat Pekeliling ini kepada semua sekolah di negeri
Y.B.Datuk/Tuan.
Sekian.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah.


(HAJI JUMAAT BIN DATO' HAJI MOHO NOOR)
Pengarah Sekolah-sekolah,
b.p. Ketua Setiausaha.Kementerian Pelajaran Malaysia
s.k.
1. Setiausaha Sulit kepadaY.B. Menteri Pelajaran Malaysia

2. Setiausaha Sulit kepada Y.B. Timbalan-timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


Tel: 03-2556900
Fax: 03-2543107
Kawat: "PELAJARAN"
BLOK J, PARAS 7,
PUSAT BANDAR DAMANSARA,
50604 KUALA LUMPUR.

Ruj. Tuan:
Ruj. Kami: KP(BS)859liJld.Vl/(85)
Tarikh : 14 Mac 1992

Semua Pengarah Pendidikan Negeri


Malaysia

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1992:


Pemakaian Tudung / Mini Telekung Bagi

Pelajar-Pelajar Perempuan
Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan dengan tujuan untuk menegaskan dasar dan
peraturan Kementerian Pendidikan MELARANG mana-mana pihak mengenakan
sebarang paksaan atau tekanan ke atas pelajar-pelajar perempuan supaya memakai
tudung atau mini telekung di sekolah.
2. Unsur tekanan atau paksaan adalah dilarang sama sakali walaupun pemakaian
tudung dan mini telekung dibenarkan di bawah peraturan Pakaian Seragam MuridMurid Sekolah. Rujuk Surat Pekeliling Ikhlisas Bil. 3/1983.
3. Sila pastikan bahawa sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat di sekolah
tidak menyalahi mana-mana peraturan atau dasar Kementerian Pendidikan.

DATO ASIAH BT ABU SAMAH


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k.
1. YB. Datuk Amar Dr. Sulaiman DaudMenteri Pendidikan Malaysia
2. YB. Dr. Leo Michael Toyad Timbalan Menteri Pendidikan
3. YB. Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan
4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan
5. Timbalan Ketua Setiausaha I Kementerian Pendidikan
6. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I Kementerian Pendidikan
7. Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II Kementerian Pendidikan
8. Timbalan Ketua Seliausaha II Kememerian Pendidikan
9. Semua Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan
10. Ketua Jemaah Nazir Sekolah Kementerian Pendidikan

11. Ketua Perhubungan Awam Kementerian Pendidikan

BAHAGIAN SEKOLAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PARAS 5, BLOK J (SELATAN),
PUSAT BANDAR DAMANSARA,
50604 KUALA LUMPUR.
Tel: 03-2556900
Fax: 03-2562389
Kawat :
Ruj. Tuan:
Ruj. Kami: KP(BS)8591/Jld.VIIl/(l8)
Tarikh : 3 Jun 1993.

Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Tuan,
SURAT PEKELlLlNG IKHTISAS BIL. 6/1993
Pakaian Seragam Sekolah
Telah sampai ke pengetahuan Kementerian Pendidikan bahawa terdapat pelbagai
aduan mengenai pihak sekolah mengenakan paksaan dan tekanan kepada murid-murid
supaya memakai pakaian seragam sekolah selain daripada apa yang telah ditetapkan
di dalam surat-surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan dengan pakaian seragam sekolah.
Surat-surat pekeliling berkenaan ialah:
.
i.

Surat Pekeliling Ikhtisas 3/1983:

Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah.

ii.

Surat Pekeliling Ikhtisas 8il. 8/1985:

Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah (Pindaan)


iii.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1992:

Pemakaian Tudung/Mini Telekung Bagi Pelajar-Pelajar Perempuan.


2. Surat Pekeliling Ikhtisas'ini dikeluarkan dengan tujuan untuk menegaskan bahawa pihak sekolah
tidak dibenarkan sama sekali menyimpang daripada peraturan yang telah ditetapkan mengenai
pakaian seragam sekolah ataupun menggunakan peraturan sendiri. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
3/1992 bertarikh 14 Mac 1992, jelas menegaskan tidak ada unsur-unsur paksaan atau tekanan di
dalam pemakaian pakaian seragam sekolah, terutama sekali di dalam pemakaian tudung atau
mini telekung oleh pelajar-pelajar perempuan.

K.P. 8548/8(75)
Kementerian Pe1ajaran Malaysia,
Rumah Persekutuan,
Kuala Lumpur.
01 - 34.
5hb. September, 1975.
Pengarah Pelajuan Negeri,
Semua Negeri Semenanjung Malaysia,
Sabah / Sarawak.
Tuan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6A/1975
Disiplin - Murid-murid Menghisap Rokok
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian ini telah mendapati perkara menghisap
rokok telah berlaku di kalangan murid-murid di beberapa buah sekolah di negara ini.
Walaupun perkara seperti ini tidak berlaku di tiap-tiap buah sekolah namun begitu
Kementerian memandang berat akan keadaan yang tidak sihat ini. Semua Pengarah-

pengarah Pelajaran Negeri/Guru-Guru Besar hendaklah mengambil langkah-langkah


seperti berikut untuk menghapuskan gejala yang buruk ini dari sekolah-sekolah.
2. Langkah-langkah
(i) Guru-Guru Besar hendaklah memberitahu kepada murid-murid pada masa
perhimpunan diadakan di sekolah bahawa penghisapan rokok adalah dilarang
untuk murid-murid sekolah kerana sebab-sebab kesihatan. Tambahan pula,
adalah didapati bahawa penghisapan dadah bermula dengan penghisapan rokok
dan o1eh itu perkara ini tidak boleh diringankan. Sekolah dalam peranannya
sebagai ibu bapa kedua (in loco parentis) mempunyai tanggungawab untuk
melindungi murid-murid dari aktiviti yang akan merosakkan individu-individu
dan membahayakan institusi itu. Semua murid-murid mestilah diberi amaran
bahawa tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka jika peraturan ini tidak
dipatuhi.
(ii) Guru-Guru Besar adalah dinasihatkan supaya mengumumkan bahawa
tempoh pengampunan (period of grace) selama seminggu akan diberi kepada
murid-murid untuk membuat pengakuan jika mereka telah merokok, dengan
jaminan bahawa tindakan disiplin tidak akan diambil terhadap mereka itu.
Selepas tempoh pengampunan selama seminggu itu, sesiapa murid yang
didapati merokok akan menghadapi tindakan disiplin.
(iii) Guru-Guru penolong sekolah hendaklah diminta memperhatikan muridmurid yang merokok.
(iv) Apabila seseorang murid didapati menghisap rokok langkah-langkah
seperti berikut hendaklah diambil:
(a).Tindakan disiplin yang sewajarnya hendaklah diambil.
(b) Ibu bapa/penjaga murid itu hendaklah diberitahu supaya kerjasamanya
boleh didapati bagi mempengaruhi murid itu berhentikan merokok.
(c) Murid itu hendaklah dirujukkan kepada guru panduan untuk perundingan
(counselling) dan nasihat. Guru panduan dikehendaki menyimpan rekod-rekod
sulit mengenai kejadian seperti ini dan rekod itu mungkin akan digunakan oleh
Kementerian PeIajaran / Jabatan Pelajaran Negeri untuk tujuan statistik dan
penyelidikan.

3. Adalah diharap bahawa tuan akan memberitahu semua Guru-Guru Besar


sekolah mengenai kandungan surat pekeliling ini deengan segera.
4. Nota: Dengan ini Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 6/1975 adalah dibatalkan.
Perbezaan di antara Bil. 6/1975 dan Bil. 6AIl975 adalah dalam ceraian 2(i).

Saya yang menurut perintah,

tandatangan
(KUM BOO)

Bahagian Sekolah-sekolah,
b.p. Ketua Setiausaha,
Kementerian Pelajaran.
s.k.
Setiausaha Sulit kepada Y.B. Menteri Pelajaran.
Setiausaha Sulit kepada Timbalan Y.B. Menteri.
Ketua Setiausaha Kementerian.
Ketua Pengarah Pelajaran
Timbalan Ketua Setiausaha.
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran.
Semua Ketua-ketua Bahagian, Kementerian Pelajaran.
S.U. (Politik) kepada Y.B. Menteri.
Pegawai Khas I, II, & III kepada Y.B. Menteri.

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA


KP/(BS)8591/Jld. VIII/(75)
22 Mei 1997
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan.
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 4/1997:
Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok
Surat Pekeliling Ikhtisas ini hendaklah dibaca bersama dengan Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 6a/1975: Disiplin Murid-Murid Menghisap Rokok. perkara 2 (iv) (a).
1. Dengan Surat Pekeliting Ikhtisas ini. semua Pengetua dan Guru Besar hendaklah
mengambil tindakan ke atas murid yang didapati bersalah menghisap rokok dengan
mengenakan hukuman seperti benkut:

Kesalahan Kali Pertama : Rotan 1 kali


Kesalahan Kali Kedua : Rotan 2 kali
Kesalahan Kali Ketiga : Rotan 3 kali
Kesalahan Kali Keempat : Gantung Persekolahan
(selama tempoh tidak rnelebihi 14 hari)
Kesalahan Kali Kelima : Buang Sekolah
2. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling Ikhtisas inj kepada semua sekolah dinegeri
Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan. .

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

(DATUK MATNOR DAIM)


Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

s.k
iv.

Y.B. Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia

v.

Y.B Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus Tlmbalan Menlen Pendidikan Malaysia

vi.

Y.B. Datuk Dr. Fong Chao Onn Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

vii.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

viii.

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian

ix.

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

x.

Ketua-Ketua Bahagian Kementerian

xi.

Ketua Perhubungan Awam

KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA


KP/(BS)8591 /Jld. VIII/(76)
22 Mei 1997
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y. Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING lKHTISAS BIL. 5/1997:


Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok
Dimaklumkan bahawa suatu ketetapan telah dibuat oleh Kementerian Pendidikan
untuk menjadikan bangunan dan kawasan sekolah sebagai KAWASAN LARANGAN
MEROKOK mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau,
1993.
2. Berkuatkuasa pada tarikh Surat Pekeliling Ikhtisas ini dikeluarkan, semua
guru,kakitangan, ibu bapa atau mana-mana individu yang berurusan dengan sekolah
adalah dilarang dari menghisap rokok di kawasan sekolah.
3. Larangan ini meliputi keseluruhan premis sekolah, sama ada di kawasan terbuka,
mahupun di dalam bilik atau di tempat-tempat yang terselindung dari pandangan
murid. Perkara 4.1 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1983:
Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di Sekolah-Sekolah adalah
terbatal.

Sekian, terima kasih.

'" BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"


(DATUK MATNOR DAIM)
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
s.k:
xii.

Y.B. Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia

xiii.

Y.B Dato' Haji Mohd. Khalid bin Mohd. Yunus Timbalan Menteri Pendidikan
Malaysia

xiv.

Y.B. Datuk Dr. Chan Fong OnnTimbalan Menteri Pendidikan Malaysia

xv.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

xvi.

Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian

xvii.

Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

xviii.

Ketua-Ketua Bahagian Kementerian

xix.

Ketua Unit Perhubungan Awam

xx.

Lampiran
xxi.

xxii.

xxiii.

Anda mungkin juga menyukai