Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN JOHOR JAYA 3, JALAN TERATAI 50,

TAMAN JOHOR JAYA, 81100 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL TAKZIM


_____________________________________________________________________________________

KERTAS KERJA ONE STOP CENTER UNIT PPDa


SK TAMAN JOHOR JAYA 3
____________________________________________________________________________

PROJEK INTERNSHIP (BERKUMPULAN)


PISMP TESL AMBILAN JANUARI 2013
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG
IBRAHIM
DI BAWAH KENDALIAN GURU PELATIH
NUR ARINA ZAFIRAH BINTI NOR ALAM
NUR HANIFFA BINTI A. GAFA
PELAJAR PISMP TESL AMBILAN JANUARI 2013

DENGAN KERJASAMA UNIT PPDa SK TAMAN JOHOR JAYA 3

1.0 PENDAHULUAN
Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah adalah untuk memberi pengetahuan,
kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar
mereka menjauhi dan berupaya menentang ancaman dadah.
Pendidikan Pencegahan Dadah boleh:
a) meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran Pendidikan Pencegahan
Dadah murid supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
b) membangunkan modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi di
kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
c) membentuk budaya sihat, tingkah laku positif dan amalan nilai-nilai murni di
kalangan pelajar.
d) melibatkan dan mewujudkan pemuafakatan masyarakat sekolah dengan
masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.
e) menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid seolah
daripada terlibat dengan dadah

2.0 RASIONAL
Kewujudan sudut khas untuk program pendidikan pencegahan dadah ini menjadi keperluan
sebagai pusat informasi dan rujukan sampingan yang memastikan momentum
penyebarannya berkekalan setiap masa. Memandangkan kekangan bagi menyediakan bilik
khas, lokasi yang sedia ada terletak di laluan ke padang dan Titian Bestari. Ianya difikirkan
sesuai kerana menjadi tumpuan murid untuk pelbagai aktiviti sama ada untuk laluan ke
padang, berkumpul, bilik muzik dan sebagainya. Bagi memenuhi kriteria pemarkahan,
beberapa penambahbaikan perlu dilakukan seperti info tambahan, ruang aktiviti, dan bahan
pameran. Ruangan ini mampu memberi manfaat kepada murid bukan hanya bagi
mendapatkan informasi malah aktiviti-aktiviti lain yang menambah nilai dalam proses
pembelajaran mereka.

3.0 OBJEKTIF
Antara objektif One Stop Centre Unit PPDa ini adalah:
3.1 diwujudkan sebagai wadah dan sudut pengajaran dan pembelajaran merentasi
kurikulum
3.2 membantu murid menjana budaya tingkah laku positif serta meneladani nilai-nilai
murni.

3.3 memberi pendedahan tentang maklumat penyalahgunaan dadah dan perkara yang
berkaitan dengannya.
4.0 TEMPOH PERLAKSANAAN
11 Julai 2016 28 Julai 2016
5.0 KUMPULAN SASARAN
Semua warga SK Taman Johor Jaya 3:
- murid-murid SK Taman Johor Jaya 3
- guru-guru SK Taman Johor Jaya 3
- staf sokongan SK Taman Johor Jaya 3
6.0 STRUKTUR ORGANISASI
6.1 JAWATANKUASA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH 2016 SK TAMAN
JOHOR JAYA 3
PENGERUSI

: En. Mohd Arfah Bin Hashim

TIMBALAN PENGERUSI

: Pn. Goh Joon Far

SETIAUSAHA

: En. Mohd Shukri Bin Salleh

PEN. SETIAUSAHA

: Pn. Nurain Bt Mohamad Yusof

AHLI JAWATANKUASA

: Pn. Kanageswari A/P Sitravel


Cik Nur Arina Zafirah Binti Nor Alam
Cik Nur Haniffa Binti A. Gafa

6.2 JAWATANKUASA PENGURUSAN LALUAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN


DADAH 2016 SK TAMAN JOHOR JAYA 3
PENGERUSI

: En. Mohd Arfah Bin Hashim

TIMBALAN PENGERUSI

: Pn. Goh Joon Far

NAIB PENGERUSI 1

: Pn. Sarimah Bt Md. Ali

NAIB PENGERUSI 2

: En. Azhari Bin Abd. Karim

SETIAUSAHA

: En. Mohd Shukri Bin Salleh

PEN. SETIAUSAHA

: Pn. Nurain Bt Yusof

AHLI JAWATANKUASA

: Pn. Kanageswari A/P Sitravel


Cik Nur Arina Zafirah Binti Nor Alam
Cik Nur Haniffa Binti A. Gafa

7.0 CADANGAN AKTIVITI


i.
Mengecat kotak permainan ketinting berkonsepkan anti dadah
ii.
Menceriakan laluan One Stop Centre PPDa
iii.
Mengemaskini sudut aktiviti unit PPda
iv.
Menambahkan bahan pameran di One Stop Centre

8.0 PERBELANJAAN
Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Perkara

Anggaran Kos

Cat Pelaka
Berus
Laminating Film
Kertas A4 warna
Kertas A4 putih
Pita pelekat

RM 28

Jumlah

9.0 PENUTUP
Diharapkan agar program ini dapat memberikan pengetahuan dan kesedaran tentang
bahaya dadah, rokok dan inhalan kepada setiap warga sekolah amnya dan murid-murid
khasnya.

Disediakan oleh,

(NUR HANIFFA BINTI A. GAFA)


Guru Pelatih
PISMP TESL Ambilan Januari 2013
IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor

Disemak oleh,

(EN. MOHD SHUKRI BIN SALLEH)


Setiausaha
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah
SK Taman Johor Jaya 3

Diluluskan oleh,

(EN. MOHD ARFAH BIN HASHIM)


Guru Besar
SK Taman Johor Jaya 3

Anda mungkin juga menyukai