Anda di halaman 1dari 67

PANDUAN LENGKAP Bina

Sendiri Rumah Anda


KONTRAKTOR SIBER(fatahbidin)

Ebook Panduan Lengkap BINA SENDIRI RUMAH ANDA adalah


sebagai panduan kepada sesiapa yang ingin mengurus sendiri
pembinaan rumah mereka. Banyak perkara yang terdapat dalam
ebook yang dapat membantu anda dalam memahami bagaimana
sesebuah rumah itu dibina.

Kontraktor Siber
www.bina-rumah.com/wp
fatahbidin
3/18/2011

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Pernyataan Hakcipta:
Hakcipta Terpelihara.
1. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana
bahagian Ebook ini dalam apa jua bentuk dan dengan
apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada pihak www.binarumah.com/
2. Pihak Kami boleh mengambil tindakan tegas melalui saluran
undang-undang jika didapati anda melanggar hakcipta ini.
Penafian Penulisan:
Pihak penerbit (penulis) berusaha sedaya upaya memastikan buku
(Ebook) yang diterbit ini mengandungi maklumat yang tepat dan
berautoriti daripada segi subjek yang dibincangkan. Penerbit Ebook ini
tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan, perakaunan
atau khidmat profesional yang lain kepada pembaca. Sekiranya
nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat dan
khidmat profesional daripada pakar yang berkelayakan.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

ISI KANDUNGAN

1.

Pengenalan

2.

Memahami pelan rumah

3.

Kaedah pengiraan bahan binaan dari pelan.

4.

Penyediaan pelan rumah

5.

Memohon kelulusan pelan

6.

Melantik tukang rumah

7.

Peringkat-peringkat pembinaan

Mengenal pasti sempadan tanah anda


Mengenalpasti lokasi tapak rumah.(setting out)
Kerja-kerja memotong/membengkok besi dan membuat kotak formwork.
Kerja-kerja pengorekkan/penggalian
Kerja-kerja membina tapak asas
Membina grd. Beam
Perkara-perkara yang perlu diketahui berkenaan dengan konkrit
Tiang tetulang, formwork dan konkrit
Lantai konkrit
Roof beam dan dinding bata

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Dinding bata
Plaster / melepa
Bumbung
Kerja kemasan
Kemasan lantai
Cara memasang jubin lantai
Jubin dinding
Kerja mengecat

8.

Mengurus pembelian bahan binaan

9.

Mendapatkan bekalan air dan api.

10.

Kualiti binaan

11.

Mendapatkan sjil layak mendudukki ( CF )

Pengenalan
Assalamualaikum.
Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat menerbitkan ebook ini sebagaimana
yang ada sekarang. Ebook ini adalah untuk berkongsi pengalaman saya dalam bidang
binaan selama lebih 20 tahun bersama dengan anda-anda semua. Ini adalah kerana
saya dapati banyak sungutan pembeli-pembeli rumah tentang rumah yang beli dari
pemaju atau mengupah kontraktor antaranya ialah:1. Rumah lambat siap

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

2. Kos meningkat
3. Harga rumah bertambah mahal
4. Rumah cepat rosak
5. Kemasan tidak cantik
6. Bahan binaan tidak berkualiti
7. Pemaju / kontraktor lepas tangan
8. Pembeli tidak puas hati dengan mutu binaan
9. Pembeli rasa tertipu.
Saya sedaya upaya akan menjelaskan selengkap yang boleh tentang ilmu binaan
sebagai panduan kepada anda apabila bercadang untuk membeli atau membina rumah
sendiri bagi mengelakkan anda ditipu atau diambil kesempatan oleh orang lain seperti
pamaju atau kontraktor kerana anda tidak mempunyai cukup pengetahuan dalam
pembinaan rumah. Panduan lengkap ebook ini amat berguna kepada sesiapa saja
apabila hendak:

Hendak membina sendiri rumah anda


Membeli rumah dari pemaju
Membesarkan rumah
Mempelajari ilmu binaan
Pelajar yang mengambil kursus binaan
Mereka yang berminat menjadi kontraktor rumah / pemaju kecilkecilan

Dalam ebook ini akan terdapat sukukata-sukata bahasa inggeris tetapi saya sebolehbolehnya akan menjelaskan dalam bahasa melayu.

Memahami pelan rumah


Ada 2 jenis pelan rumah

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Pelan arkitek
o Pelan rumah, pandangan sisi dan pandangan hadapan
o Pelan susun atur siling/letrik, bekalan air
o Pelan keratan rentas
o Pelan septic tank
o Pelan lokasi dan pelan tapak
Pelan struktur
Pelan struktur adalah pelan yang menunjukkan struktur sesebuah
rumah. Ia mencatitkan segala saiz dan ukuran yang mesti dipatuhi
seperti jarak, ukuran tapak asas, ground beam, tiang, roof beam dan
lantai

Pelan Arkitek

Imej di atas adalah sebahagian kecil dari pelan arkitek yang mengadungi

Pandangan Hadapan (front elevation)


Pandangan Belakang (rear elevation)
Pandangan Sisi Kanan dan Kiri (side elevation)

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Keterangan pelan di atas:1. Pandangan Hadapan


Skil 1 : 100 ( 1 nisbah 100 )
Skil 1 : 100 bermakna 1 adalah ukuran di atas pelan manakala 100 adalah
ukuran sebenar di tapak. Kebiasaannya ukuran dalam pelan adalah dalam
centimeter (cm). Contohnya 1cm di atas pelan adalah bersamaan 1cm x 100 =
100cm( 1 meter ) di tapak. Jika skil 1 : 50 maka ukuran di tapak adalah 1 cm x
50 = 50cm.
2. Ground Level
Ground level adalah aras tanah bagi sesuatu tapak rumah. Biasanya aras tanah
dijadikan sebagai aras rujukan bagi setiap ukuran yang menegak (vertical
measurement). Semua ukuran yang menegak/menaik dikira dari paras tanah.
Aras tanah/rujukan ditentukan sendiri oleh pemilik rumah setelah berbincang
dengan tukang rumah. Tukang rumah akan menasihati pemilik rumah mengenai
aras rujukan yang paling sesuai. Sebenarnya aras rujukan boleh ditentukan pada
mana-mana kedudukan tetapi mestilah mengambil kira aras tanah di sekeliling
tapak rumah seperti aras jalanraya di depan, aras tanah rumah bersebelahan dan
di belakang.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

3. Ground Floor Level

Floor plan
Ground Floor Level adalah aras lantai tingkat bawah dari aras tanah. Dalam pelan
di atas tercatit :carporch/cem. Render/FFL. 0.100 kemasan lantai pada carporch adalah simen
plaster dan tingginya dari aras tanah adalah 0.1 meter atau 100mm (FFL = finish
floor level)
living/FL. Tiles fin./FFL. 0.700 - kemasan lantai pada living adalah jubin lantai.
Tidak dinyatakan samada ceramic, mosaic, terrazzo,marble atau lain-lain.
Biasanya ceramic . Tinggi dari aras tanah adalah 0.7 meter atau 700mm.
.master bedroom/fl. Tiles fin./FFL.

4. Tingkap

0.700 sama seperti living room.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Rekabentuk tingkap adalah seperti dalam imej di atas mengandungi 3 panel


daun tetingkap casement daripada frame kayu. Dinyatakan frame tingkap adalah
dari kayu keras (H.W Tim = hardwood timber) dengan tetingkap casement dan
kepingan kaca dipasang pada di atas yang berbentuk separa bulat. Biasanya frame
tingkap yang berbentuk separa bulat di atas diperbuat dari kayu keras seperti
cengal dan harganya memang mahal lebih kurang RM 500 ~ RM 650/no.
5. Wall Plate Level

Imej di atas adalah pelan keratan rentas yang menunjukkan dengan jelas
kedudukan aras tanah, aras lantai dan juga aras siling (wall plate level)

6. Lantai, hardcore dan tapak asas

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Garisan corak-corak di bawah lantai carporch dan living adalah hardcore. Hardcore
adalah lapisan batu baur atau crusher run bersaiz 2 -3 dihampar dan dimampatkan
dengan hand compactor terlebih dulu sebelum kerja konkrit lantai dimulakan. Bentuk
empatsegi di bawah sekali adalah konkrit bertetulang tapak asas biasanya bersaiz 3ka x
3ka dan tebal 1ka. Kedudukan tapak asas biasa 3 ~ 4ka di dalam tanah tetapi yang
lebih penting ia didirikan di atas tanah asal yang sudah stabil bukan tanah yang baru di
tambun.

Tapak asas

7. Grid line

Imej di atas menunjukkan grid line yang ditandakan dalam bulatan iaitu A,B,C,D,E dan
seterusnya pada floor plan juga terdapat pada front elevation plan. Manakala di sebelah

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

yang satu lagi ditandakan dengan 1,2,3,4,5,6 dan seterusnya Grid line ini mewakili
tapak asas, tiang, grd. Beam, dinding bata dan roof beam. Grid line ini sangat penting
kerana di sinilah terdapat ukuran atau jarak mendatar antara tiang ke tiang, beam ke
beam atau dinding ke dinding.

Di atas adalah pelan lantai dan pelan bumbung yang ditunjukkan dengan jelas
kedudukan grid line beserta dengan jarak atau ukuran yang perlu dipatuhi antara satu
sama lain.
Pelan lantai:

Kedudukan bilik-bilik dan ukurannya


Jenis kemasan yang dikehendakki pada setiap ruang dan bilik
Ketinggian lantai dari aras tanah
Grid line dan ukuran
Kaki lima dan longkang( apron & perimeter drain)
Layout paip air buang (sanitary & waste paip)
Septic tank
Jenis dan kedudukan pintu & tingkap

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Pelan bumbung:

Reka bentuk bumbung yang terjadi mengikut bentuk roof beam termasuk saluran
air hujan.
Grid line mengikut sepertimana pelan lantai

Layout siling dan elektrik

Pemasangan siling di sebelah dalam adalah mengikut dinding/bilik dan di sebelah


luar adalah sehingga garisan dalam perimeter drain.
Layout elektrik digambarkan dalam bentuk simbul sebagaimana rajah di bawah.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Pelan keratan rentas

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Pelan septic tank


Pelan septic tank dilukis mengikut sebagaimana yang di kehendakki oleh
pihak pengeluar/kilang barangan tersebut. Septic tank yang dikeluarkan
telah diuji dan diluluskan oleh Jabatan Pembentungan. Dalam contoh ini
septic tank yang dicadangkan adalah dari jenis RESINTECH (model- RST 2)
maka model ini jugalah yang mesti digunakan nanti. Jika anda
menggunakan model jenis lain maka anda kena mengubah pelan septic tank
sebagaimana yang sebenarnya digunakan dan terpaksa memohon kembali
kelulusan pelan.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Pelan lokasi
Pelan lokasi, pelan tunjuk dan pelan tapak adalah bagi rujukan Jabatan
Perancang Bandar dan Wilayah. Tujuannya adalah bagi menyemak
perancangan akan datang samada tanah anda ini termasuk dalam
perancangan pihak kerajaan masa depan bagi pembesaran jalanraya atau
sebagainya. Jika lot tanah anda terlibat maka pihak Jabatan berkenaan akan
meminta anda mengubah suai kedudukan rumah anda supaya menepati
sebagaimana yang terdapat dalam undang-undang kecil bangunan seragam.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Pelan tunjuk

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Pelan Struktur

Pelan Struktur
Di atas adalah pelan struktur bagi layout grd. Beam. Pelan struktur ini direkabentuk
berdasarkan pelan arkitek iaitu pelan lantai( floor plan). Oleh itu grid line, ukuran dan
bentuk layout grd. Beam adalah sama sebagaimana pelan lantai. Setiap dinding bata
dalam pelan lantai mesti mempunyai beam/rasuk di bawahnya untuk menanggung
beban dinding tersebut sebagaimana yang ditunjukkan dalam pelan di atas. Dalam
keadaan tertentu grd.beam akan ditambah jika jarak antara beam itu terlalu jauh antara
satu sama lain.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Di atas adalah imej yang dibesarkan dari pelan grd. Beam layout. Keterangannya adalah
seperti berikut:

GB1 300 x 450


GB 1 = ground beam no.1
300 x 450 = 300mm lebar beam x 450mm tinggi beam ( panjang beam
ditujukkan pada grid lineb iaitu jarak antara grid line)
Kalau diperhatikan ada lebih dari satu GB1, GB2, GB3 dan seterusnya. Ini
bermaksud beam yang mempunyai saiz yang sama dan ikatan besi yang sama
akan ditanda dengan kod yang sama.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Pad footing (detail)


Ini adalah pelan terperinci bagi pad footing (tapak asas). Dalam pelan ini ditujukkan
secara terperinci
Iaitu:

Saiz pad footing


Saiz dan jenis besi yang digunakan
Kedudukan besi dan susunannya
Bilangan besi

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Ini adalah imej pelan tapak asas terperinci yang dibesarkan.


Saiz tapak asas adalah seperti ditunjukkan dalam plan adalah 1200mm x
1200mm. Tingginya
Hendaklah dirujuk pada plan section A-A iaitu 300mm
Garisan putih tebal yang berbentuk seperti jaring adalah tetulang besi
(reinforcement bar)bagi tapak asas.
Ia ditanda dengan 6Y12 200 bothsides.
Keterangan:- 6
= 6 batang besi
- Y
= jenis besi iaitu high tensile steel
- 12
= saiz besi iaitu 12mm diameter
- 200
= jarak antara besi iaitu 200mm
- Bothsides
= kedua-dua belah arah (kiri & kanan)

Bentuk sebenar tetulang besi dalam tapak asas adalah seperti - U sebagaimana
ditunjukkan dalam section A-A. Bentuk bulat warna biru adalah tetulang besi yang
disusun dari arah yang satu lagi.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Ini adalah sambungan pelan struktur terpeinci tapak asas yang bersambung terus ke
tiang . Dari tiang ke roof beam (tidak ditunjukkan). Besi tetulang pada tiang ditandakan
dengan 4Y12 bermaksud 4 batang besi high tensile bersaiz 12mm diameter dan R6
200 link. Link adalah besi lembut(mild steel) yang bersaiz 6mm dia disusun dengan
jarak 200mm setiap satu. Besi link digunakan untuk mengikat 4 batang Y12 supaya
berbentuk 4 segi seperti tiang.

Ground Beam Detail

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

GB 1 adalah ground beam 1 yang dirujuk panjangnya mengikut grid line A


ke grid line B dalam pelan layout ground beam. Seperti mana tiang beam
besi tetulang beam Y12 juga diikat dengan besi link R6 dengan
menggunakan dawai.

Di atas adalah pelan terperinci keratan rentas yang menggambarkan kedudukan lantai
di sebelah dalam rumah dan lantai kakilima hingga ke longkang.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Kaedah pengiraan bahan binaan dari pelan.


Mengira keluar bahan binaan dari pelan adalah dipanggil taking off quantities. Ini
adalah kaedah pengiraan terperinci yang diguna pakai oleh firma-firma juruukur bahan
dalam mendapatkan kuantiti sesuatu bahan binaan yang terdapat pada sesebuah
bangunan. Di bawah adalah contoh borang taking off . Walaubagaimana pun
ketepatannya bukanlah 100% tepat kerana bahan binaan yang digunakan akan menjadi
lebih kerana faktor pembaziran. Pembaziran memang tidak boleh dielakkan dan mesti
diambil kira semasa kita membeli atau memesan bahan binaan. Contohnya batu bata,
ketika taking off kuantitinya adalah 6000 keping bata. Maka semasa membeli hendaklah
ditambah lebih kurang 200-300 keping lagi bagi pembaziran atau rosak. Pembaziran
berlaku bila ada kerosakkan atau disebabkan tertimbus oleh tanah dan mungkin
bertambah bila sikap pekerja yang kurang bertanggungjawab dengan membiarkan saja
bersepah-sepah . Begitu juga dengan barang lain kita tidak boleh membeli bahan binaan
mengikut kuantiti sebagaimana yang anda kira. 5% - 10% daripada kuantiti ini mesti
ditambah. Bagi kayu atau besi pembaziran berlaku kerana kayu/besi mempunyai saiz
yang standard. Kayu biasanya bersaiz 8ka, 10ka, 12ka, 14, 16,18,20,22 dan 24ka
panjang manakala besi pula bersaiz 40ka panjang. Pembaziran akan berlaku bila
kayu/besi ini dipotong-potong untuk mendapatkan panjang yang dikehendakki. Baki dari
potongan ini yang pendek-pendek sudah tidak boleh digunakan lagi.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

3000

B
A

3000

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA


keterangan
Konkrit
1. Grd. Beam
GL A/4 ~ 5 = 5.1m
GL B/4 ~ 5 = 5.1m
Lebar = 0.15m
Tinggi = 0.45m

Formwork
1. Grd. Beam
GL A/4 ~ 5 = 5.1m
GL B/4 ~ 5 = 5.1m
Lebar = 0.15m
Tinggi = 0.45m
2

5.10
0.45
0.15

2
5.10
0.15
0.70m3
3.06m2

GL A/5 ~ 6 = 3.6m
GL B/5 ~ 6 = 3.6m

2
2
5.10
0.45

Lebar = 0.15m
Tinggi = 0.45m

2
3.60
0.45
0.15

9.18m2
GL A/5 ~ 6 = 3.6m
GL B/5 ~ 6 = 3.6m
0.49m3
Lebar = 0.15m
Tinggi = 0.45m

2
2
GL 4/A ~ B = 3.0m

3.60
0.45

Lebar = 0.15m
Tinggi = 0.45m
3.00
0.45
0.15

6.48m2
2
3.00
0.45

0.41m3

GL 4/A ~ B = 3.0m

2.7m2
2
3.00
0.15
0.9m2

Lebar = 0.15m
Tinggi = 0.45m

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA


1.61m3

total

22.32m2

Contoh borang pengiraan

Cara mengira dinding bata


Dinding bata kira dalam unit meter persegi (ms)

Buka pelan lantai dan cari dinding bata


Perhatikan grid line dan ukuran
Tandakan dinding mana yang hendak dikira.
Cari tinggi dinding dalam pelan keratan
Contoh
Panjang
Tinggi

- GL A ke GL G =
12500mm = 12.50m
- 3.60m 0.3 (roofbeam)
= 3.30m

total

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

W1 x 2nos.
Arc x 2nos =
x rx r
2

1.20 x 1.85 (2)

=4.44 m.s

= 3.14 x 0.725 x 0.725 (2)


2

=1.65 m.s

Sub total
W2
Arc

_________
= 6.09 m.s

1.20 x 1.25

= 1.50 m.s

= 3.14 x 0.725 x 0.725


2

= 0.57 m.s

=
x rx r
2

___________
D1

2.10 X 0.90

= 1.89

Penyediaan pelan rumah


Menyediakan pelan rumah adalah tugas pelukis pelan atau arkitek. Setakat hendak buat
rumah saja anda dinasihatkan berurusan dengan pelukis pelan bertauliah yang ada
lesen pelukis pelan. Bayaran untuk pelukis pelan jauh lebih rendah dari arkitek. Kalau
anda boleh melukis pelan atau ada pelan yang sudah siap anda boleh bayar pelukis
pelan untuk mendapatkan tandatangan beliau dan chop pelukis pelan. Bayaran untuk
mendapatkan tandatangan/chop pelukis pelan adalah berbeza-beza mengikut negeri di
anggarkan sekitar RM300 RM500. Kalau tak silap saya, lesen pelukis pelan tidak
dikeluarkan lagi Persatuan Arkitek Malaysia(PAM). Jika mereka yang memegang lesen ini
sudah tiada lagi, maka anda terpaksa mendapatkan khidmat arkitek untuk urusan
penyediaan pelan atau mendapatkan tandatangan dan chop mereka. Jika anda
menyerahkan sepenuhnya proses penyediaan pelan kepada pelukis pelan maka bayaran
yang dikenakan adalah sekitar RM1500 RM2000. Tinggi atau rendah bayaran ini
sebenarnya bergantung kepada budi bicara pelukis pelan itu sendiri kadangkala dikira
mengikut keluasan rumah . Cara yang yang paling mudah dan tidak mahu pening kepala
ialah mencari pelukis pelan-pelukis pelan sambilan (tiada lessen) yang mengambil upah
melukis pelan pelan rumah. Mereka akan mendapakan tandatangan dan chop pelukis

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

pelan berlesen dan mengangkat permohonan kelulusan dari Jabatan Perancang Bandar
Jabatan pembentungan sebelum membuat permohonan ke Majlis Daerah kawasan anda.
Anda tidak tahu hendak cari pelukis pelan di mana? Pergi saja ke Majlis Daerah kawasan
anda dan tanya kakitangan di situ bahagian yang berkaitan kelulusan pelan rumah. Di
sini anda boleh tanya siapa yang menawarkan khidmat buat pelan rumah. Kadangkadang kakitangan pejabat itu sendiri yang buat part time lukis pelan rumah. Dokumen
penting yang diperlukan adalah geran tanah. Lain-lain dokumen tanya sendiri mereka
yang melukis pelan kerana mereka lebih arif.

Memohon Kelulusan Pelan


Sebelum dibenarkan menjalankan kerja-kerja pembinaan, pelan rumah mestilah
mendapat kelulusan dari pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu. Pelan rumah yang
telah ditandatangani/chop oleh pelukis pelan serta surat-surat kelulusan dari Jabatan
Perancang Bandar dan Jabatan Pembentungan hendaklah diserahkan ke Majlis Daerah
Kawasan anda. Kelulusan pelan biasanya mengambil masa antara 1hingga 2 bulan
selepas ahli majlis tempatan bermesyuarat. Untuk memudahkan kerja anda
dinasihatkan menyerahkan tugas melukis dan mendapatkan kelulusan pelan ini kepada
pelukis pelan sambilan. Mereka akan bertanggungjawab dari awal hingga pelan tersebut
mendapat kelulusan.

Melantik Tukang
Jika anda bercadang mengurus sendiri pembinaan rumah anda, maka anda mestilah
berhati-hati mencari tukang yang bagus dan bertanggungjawab. Tukang dan pekerjapekerja di bawahnya adalah mereka yang memain peranan yang menyebabkan samada
rumah anda cepat atau lambat siap. Kadang-kadang kontraktor menanggung rugi garagara tukang. Dalam pembinaan rumah anda hanya perlu berurusan dengan tukang atau
kepala saja dan tidak dengan pekerjanya. Pekerja-pekerja ini adalah dibawah
tanggungjawab tukang tersebut. Tukang akan mencari sendiri pekerja-pekerja yang
dikira boleh bekerja dengannya. Soal gaji/upah,kebajikan atau makan minum pekerjapekerja ini adalah urusan tukang. Anda hanya perlu menyediakan bahan-bahan binaan
dan wang upah mereka setiap minggu. Memang menjadi kebiasaan di mana-mana saja
samada projek besar atau kecil gaji pekerja binaan ini dibayar dari minggu ke minggu.
Anda perlu menyediakan sejumlah wang untuk pekerja-pekerja yang bekerja membina
rumah anda pada hari terakhir setiap minggu.Semua wang gaji ini diserahkan saja
kepada tukang dan ia akan mengagih-agihkan kepada pekerja-pekerjanya.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Jenis-jenis tukang
Tukang rumah
Tukang rumah adalah tukang yang paling penting sekali. Kebiasannya
tukang rumah melakukan banyak kerja dalam satu-satu masa. 85% dari
kerja-kerja binaan rumah dilakukan oleh tukang ini seperti kerja konkrit,
kayu, besi, atap, ikat bata, plaster, siling (bukan siling kapor).
Tukang jubin
Tukang paip
Tukang letrik
Anda perlu berurusan sendiri dengan semua tukang-tukang ini dan mengawal selia
kerja-kerja mereka supaya berjalan lancar. Ini kerana ada masanya semua tukang ini
bekerja serentak dalam satu-satu masa dan perlukan perbincangan antara mereka
supaya tidak berlaku pertindihan kerja. Anda tidak perlu risau jika tidak tahu untuk
mencari tukang paip, jubin atau lain-lain kerana tukang rumah biasanya mengenali
tukang-tukang lain ini.

Peringkat-peringkat pembinaan rumah


Mengenal pasti sempadan tanah anda
Lot-lot tanah biasanya ditanda dengan batu konkrit berbentuk selinder dengan saiz
+- 2 ka panjang dan dia. 3 (gambar) yang ditanam di dalam tanah. Batu ini ditanam
semasa kerja-kerja pecah lot tanah yang dilakukan oleh juruukur tanah bertauliah.
Batu penanda ini diletakkan di setiap penjuru tanah anda dan jika tanah anda
mempunyai bentuk segilima maka batu tanda mempunyai lima biji. Dalam pelan
jurukur tanah atau dalam geran tanah, batu tanda ini diwakili oleh satu titk atau
bentuk bulat seprti dalam rajah di bawah.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Batu juru ukur

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Jika batu tanda atau batu jurukur ini hilang satu atau dua, itu tiada masalah.
Pergi jumpa S.O dari pejabat tanah daerah anda dan berpandukan kepada geran
tanah, penjuru-penjuru tanah anda yang hilang dapat ditanda semula.
Jika anda ingin manambun tanah kerana lot tapak rumah anda rendah berbanding
dengan jalan di hadapan dan lot-lot bersebelahan maka batu penanda tadi perlu
dipindahkan ke atas lapisan tanah yang ditambun tadi.
Mengenalpasti lokasi tapak rumah.(setting out)
Lokasi tapak rumah hendaklah dikenalpasti terlebih dahulu sebagaimana yang
ditunjukkan dalam pelan tapak rumah anda. Seperti dalam gambar side rail dibina
kira-kira 10 ka keluar dari dinding rumah. Setiap penjurunya perlu 90 darjah
untuk mengelakkan ukuran yang diturunkan ke tapak rumah tidak banyak
tersasar. Ukuran-ukuran grid line dari pelan diturunkan di atas kayu 1 x 2 yang
melintang yang ditandakan dengan paku. Bila selesai kerja-kerja menurunkan
ukuran, benang diikat dipaku dan dan ditarik ke paku yang sama grid line.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Side rail
Dengan merujuk kepada pelan layout pad footing tukang rumah akan
mengenalpasti atau menanda kedudukan sebenar di tapakbina setiap pad
footing/tapak asas mengikut saiz yang tercatit dalam pelan. Biasanya 3 ka ~ 4 ka
empat segisama.

Kerja-kerja memotong/membengkok besi dan membuat kotak formwork.


Dalam masa yang sama tukang rumah juga menjalankan kerja-kerja
memotong/membengkok besi dan membuat kotak formwork. Kebiasaanya besi
yang digunakan dalam pembinaan rumah bungalow setingkat adalah Y12 dan link
R6.

Reinforcement bar
(high tensile)

besi tetulang yang sudah


siap diikat.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Formwork adalah kotak yang diperbuat dari plywood atau papan mengikut bentuk
struktur yang hendak kita bina samada tapak asas, beam, tiang dan sebagainya.
Konkrit akan terbentuk sebagaimana bentuk formwork yang dibuat. Formwork
boleh digunakan beberapa kali bergantung kepada jenis dan saiz plywood yang
kita gunakan. Lebih menjimatkan jika anda ada rumah lain yang hendak dibina
dengan menggunakan formwork yang sama dan sudah siap. Untuk tujuan ini
eloklah kita gunakan waterproofing plywood setebal 12mm. Atau anda ada
sahabat atau sesiapa yang baru siap membina rumah, beli saja formwork terpakai
dari mereka dengan harga yang jauh lebih murah dan menjimatkan masa. Perkara
ini perlu dibincang dengan tukang rumah kerana mereka lebih tahu di mana nak
dapatkan formwork terpakai.

Kerja-kerja pengorekkan/penggalian
kawasan yang ditanda sebagai tapak asas tadi dikorek dengan jentera
pengorekkan (backhoe) dengan kedalaman yang sesuai biasanya antara 3ka ~
4ka dalam. Tetapi yang paling penting adalah memastikan tapak asas rumah anda
berada di atas tanah asal bukan tanah yang ditambun kerana tanah yang baru
ditambun tidak stabil dan akan mendap sedikit demi sedikit sehingga tanah itu
betul-betul stabil. Masa yang diambil untuk tanah menjadi stabil adalah antara 18
~ 24 bulan bergantung kepada jenis tanah. Oleh itu pastikan tapak asas rumah
anda berada di atas tanah asal walaupun terpaksa digali lebih dalam dari 4 kaki.
Ini untuk mengelakkan tapak asas akan turun mengikut tanah yang mendap di
mana lama-kelamaan akan menyebabkan terjadi keretakan pada grd. Beam dan
seterusnya pada dinding rumah.

Kerja-kerja membina tapak asas


Selepas kerja-kerja penggalian selesai, side rail dan grid line mestilah dibetulkan
kembali ke posisi asal setelah terganggu kerana kerja-kerja penggalian.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Formwork tapak asas diletakkan


pada posisinya. Garisan benang di
atas formwork adalah grid line dan
ia merupakan garisan tengah
Kepada tapak asas.

Forwork yang sudah siap dipasang dan


disanggam dengan kemas lagi kuat
supaya tidak beralih semasa kerja
mencurah konkrit. Besi tetulang untuk
tiang dipasang dan diikat sekali
dengan besi tetulang bagi tapak
asas.Di bawah sekali adalah lapisan
lean conc. Setebal 50mm gunanya
untuk mengelakkan besi tetulang
terkena atau tersalut tanah dan untuk
mengelakkan air simen konkrit serap
ke dalam tanah menyebabkan konkrit
cepat kering dari sepatutnya yang
mana akan memberi kesan ke atas
kekuatan konkrit itu sendiri.
konkrit tapak asas yang sudah
siap dan formwork sudah
ditanggalkan.Perhatikan bongkah
konkrit empat segi di atas tapak asas
seperti tiang. Itu adalah col. Stump di
mana grd beam akan dibina di
atasnya. Selepas dibersih dari segala
sampah seperti kayu, kertas, plastic dll
maka ditimbus kembali dengan tanah
sehingga ke paras atas col stump.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Membina grd. Beam


Selepas tanah ditimbus dan diratakan
sehingga paras col stump, kerja-kerja
memasang formwork utk grd beam
boleh dijalankan. Formwork grd beam
dipasang mengikut grid line
sebagaimana dalam pelan layout grd
beam.

Formwork dan besi tetulang bagi grd


beam sudah siap di pasang dan
diperkuatkan dengan kayu 1 x 2
sebagai sanggam dan penahan untuk
mengelakkan daripada beralih atau
pecah semasa kerja-kerja mencurah
konkrit dilakukan. Kelihatan besi
tetulang yang menegak terdapat pada
setiap penjuru dan pertemuan antara
beam. Ia adalah besi tetulang untuk
sambungan ke tiang. Pastikan jarak
sambungan (lapping) antara besi tidak
kurang dari 40 dia. Jika besi yang
digunakan bersaiz 12mm maka lapping
bagi besi tersebut adalah 40 x 12 =
480mm

Y12
Lapping 40 x 12
(diameter)

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Kerja-kerja konkrit grd beam biasanya


dilakukan pada waktu pagi kerana ia
mengambil masa yang lama sehingga
satu hari suntuk atau lebih
bergantung kepada kaedah yang
digunakan. Kalau rumah tersebut
besar dan banyak beam serta saiz
yang besar maka menggunakan ready
mix concrete dan kren lebih praktikal.
Kalau rumah keci/sederhana boleh
pakai site mixed

Perkara-perkara yang perlu diketahui berkenaan dengan konkrit:Konkrit adalah campuran simen + batu (aggregate) + pasir . Nisbah bagi bahan
ini adalah berbeza-beza mengikut jenis. Bagi membina rumah nisbah yang diguna
pakai adalah
1 : 2 : 4 bagi konkrit bertetulang seperti tapak asas, beam, tiang dll. Konkrit yang
tidak ada besi tetulang bernisbah 1 : 3 : 6. Konkrit yang mengikut nisbah ini
boleh didapati dari ready mixed plant. Bagi pembinaan rumah yang dibina
oleh tukang rumah biasa/tempatan mereka tidak kisahkan sangat tentang
nisbah ini. Bagi membancuh konkrit ukuran nisbah bagi mereka adalah
berpandukan kepada 1 beg simen + 2 kereta sorong batu + 4 kereta
sorong pasir. Tetapi mereka lebih menggunakan pengalaman mereka
untuk menilai konkrit yang mereka bancuh it u baik atau tidak.
Simen, batu dan pasir
-Simen boleh didapati dengan senang dari kedai hardware. Biasanya
untuk menyiapkan sesebuah rumah memerlukan simen lebih kurang 300
~ 500 beg simen bergantung kepada saiz rumah tersebut.
-Batu aggregate adalah batu yang bersaiz dan boleh didapati dari
kuari. Anda tidak perlu bersusah payah pergi ke kuari untuk membeli
batu ini. Apa yang perlu pergi dapatkan seseorang yang ada mempunyai

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

lori kecil 1 ~ 3 ton. Mereka boleh pergi dapatkan untuk anda. Anda perlu
mempunyai hubungan baik dengan 2, 3 orang pemilik lori kecil ini untuk
memudahkan kerja anda akan datang untuk mendapatkan simen, batu,
pasir atau apa saja bahan binaan. Anda hanya perlu telefon dan beritahu
bahan binaan yang anda mahu.
-Pasir yang digunakan untuk bancuh konkrit adalah pasir kasar. Jika
rumah yang anda bina mempunyai aras lantai yang lebih tinggi dari
kebiasaan maka banyak ruang perlu diisi dengan pasir. Untuk tujuan ini
kita gunakan pasir kotor.
Perkara yang perlu diketahui semasa kerja -kerja konkrit.
-konkrit bertetulang dengan bancuhan 1 : 2 : 4 adalah konkrit yang
digunakan untuk membina struktur rumah dan ianya penting kerana
melibatkan kekuatan / keteguhan sesebuah rumah. Kalau anda membeli
konkrit dari ready mixed plant ini tiada masaala h kerana bancuhannya
betul dengan menggunakan computer. Jika anda bancuh sendiri konkrit
(site mixed) dengan concrete mixer, pastikan tukang anda membancuh
dengan nisbah yang betul. Jika tukang rumah yang berpengalaman,
mereka dapat mengetahui konkrit yang dibancuh itu menepati ciri-ciri
konkrit yang dikehendakki dengan cara melihat pada warna konkrit
tersebut atau merasa dengan tangan. Konkrit tidak boleh terlalu cair dan
tidak terlalu pekat. Konkrit yang cair mudah dikerjakan tetapi dari segi
kekuatan menjadi kurang dan lambat kering.
-mencurah konkrit ke dalam acuan/formwork beam dan tiang perlu
diambil berat kerana kerana ruang untuk curah konkrit adalah sempit di
samping mempunyai tetulang yang menghalang konkrit mengalir dengan
lancar ke ruang bawah formwork. Bagi projek-projek kerajaan atau
swasta yang di kawal selia oleh juruteknik atau clerk -of-works bagi
syarikat perunding, setiap kerja konkrit diwajibkan menggunakan alat
gegar (vibrator machine) yang berfungsi menggegarkan formwork dan
besi tetulang supaya konkrit dapat mengalir dengan lancar dan memenuhi
semua ruang formwork. Tetapi bagi mereka yang melantik sendiri
kontraktor membina rumah, tukang rumah amat jarang menggunakan
alat ini kerana menyusahkan dan ianya sudah memadai dengan
mengetuk-ngetuk formwork dengan tukul supaya konkrit mengalir
memenuhi ruang. Jika konkrit tidak mengalir dengan lancar dan tidak
memenuhi ruang maka apabila siap akan menyebabkan terjadi lubang lubang pada beam atau tiang sehingga menampakkan besi tetulang di
dalam dan ini

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

memberi kesan kepada kekuatan beam atau tiang. Bentuk lubang -lubang
ini dipanggil honey comb kerana ia seperti sarang lebah (lihat gambar).
Honeycomb juga terjadi apabila konkrit terlalu cair atau terlalu pekat.
Biasanya lubang honeycomb ini akan d itampal dengan segera dengan
simen mortar supaya tidak terdedah kepada cuaca terutama air hujan
bagi mengelakkan besi tetulang dari berkarat.

Grd beam yang sudah siap haruslah


diperiksa jika ada lubang-lubang
honeycomb. Jika ada hendaklah ditampal
segera dengan simen mortar. Kemudian
pasir atau tanah diisi ke dalam petakpetak grd beam sehingga ke aras bawah
lantai konkrit iaitu 100mm(tebal lantai
konkrit) diukur dari atas permukaan grd
beam. Pasir lebih baik kerana bahan ini
tidak akan mendap berbanding tanah.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Simen mortar adalah campuran simen +


pasir disapu seperti plaster bagi menutup
lubang-lubang honeycomb.

Tiang tetulang, formwork dan konkrit


kerja seterusnya adalah membina tiang.
Sepertimana diketahui, besi tetulang
tiang sudah dipasang sejak membina
tapak asas lagi dan naik ke atas melepasi
grd beam sepanjang 40 x diameter besi
itu sendiri.
Rangka besi tetulang tiang yang sudah
siap diletakkan pada kedudukannya dan
diikat pada tetulang yang sedia ada.

Formwork tiang dimasukkan dan


disanggam dengan kayu 1 x 2. Di hujung
satu lagi dipakukan pada grd beam
dengan paku konkrit. Bagaimana nak
pastikan formwork tiang yang ditegakkan
itu betul-betul menegak (vertical 90
degree). Kaedahnya adalah menggantung
plumbob

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Gambar di sebelah adalah pekerja binaan


sedang melakukan checking verticality
dengan menggantung plumbob sambil
diperhatikan oleh juruteknik atau clerkof-works.

Kerja-kerja mencurah konkrit ke dalam tiang adalah lebih rumit dan memakan masa.
Kebiasaanya konkrit dibancuh cair sedikit supaya senang dikerjakan dan konkrit dapat
mengalir dengan mudah. Lubang-lubang pada formwork disumbat dengan span atau
kertas untuk mengelakkan air konkrit mengalir keluar dan terjadi honeycomb. Anda
tidak boleh memasukkan konkrit terus penuh Sebatang tiang kerana formwork tidak
dapat menanggung beban konkrit dan terus merengkah atau pecah. Bagi mengelak
kejadian ini berlaku, memasukkan konkrit pada tiang dilakukan sebaik-baik 3 peringkat
iaitu peringkat 1 sehingga paras 1/3 tiang kemudian pergi ke tiang lain sehingga selesai
semua tiang. Peringkat 2 tambah lagi 1/3 dan seterusnya diulang bagi semua tiang
sehingga peringkat 3. Pastikan setiap permukaan tiang yang akan dibina dinding batubata hendaklah dicucuk dengan dowel bar( besi R6) sepanjang 11/2 ~ 2 panjang.
Dowel bar adalah tetulang besi R6 yang akan memegang dinding kelak dan diletakan
pada jarak 2 kaki sertiap satu sepanjang tiang.
Lantai konkrit
Kerja konkrit lantai boleh dilakukan bila-bila masa sahaja selepas siap grd beam. Ia juga
boleh dilakukan selepas kerja-kerja bumbung siap. Sebelum kerja konkrit lantai bermula
pastikan semua paip-paip air buang(waste pipe) terutama bahagian tandas dan dapur
sudah siap dipasang. Sebelum terlupa elok difikirkan samada anda mahu menyembur
racun anai-anai (anti-termite) atau tidak sebelum kerja-kerja konkrit lantai dimulakan.
Paling baik dilakukan penyemburan ini ialah selepas siap grd beam.
Ketebalan lantai konkrit biasanya 100mm dan disiapkan sama aras dengan permukaan
atas grd beam. Jika anda sudah memasukkan 150mm thk lapisan batu baur dan
dimampatkan maka tidak perlu lagi meletak kepingan BRC. BRC adalah kepingan besi
yang berbentuk jaringan ada berbagai saiz dihampar sekeping-sekeping sebelum kerja
konkrit lantai supaya lantai tidak retak kerana ada tetulang dipraktikkan jika tiada
lapisan batu baur(hardcore). Semasa kerja konkrit lantai berjalan perlulah dikenalpasti
bahagian-bahagian lantai yang rendah dan tinggi. Lantai bahagian dapur dan tandas

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

biasa lebih rendah 50mm berbanding lantai bilik. Dalam pelan lantai ditunjukkan dengan
drop 50 atau dengan symbol
50. Semasa meratakan konkrit bahagian lantai yang
tak sama tinggi ini disekat dengan kayu 2 x 2.
BRC wire mesh
Mempunyai berbagai saiz dan jenis tetapi
untuk lantai rumah memadai dengan saiz
A6 ~A8

BRC akan diletakkan di atas bongkah


konkrit saiz 2 x 2 x 2 yang dipanggil
spacer block supaya apabila lantai siap
BRC tersebut akan berada di tengah
ketebalan lantai untuk mencapai
kekuatan maksima. Lapisan berwarna
putih di bawah BRC adalah lapisan plastic
bagi mengelakkan air dari tanah naik ke
atas lantai dengan menyerap masuk
melalui lantai konkrit menyebabkan
permukaan lantai lama-kelamaan menjadi
lembab dan berair. Saya cadangkan guna
pakai lapisan plastic ini untuk keselesaan
anda kelak dan kosnya tak seberapa lagi
pun mudah didapati.
Roof beam dan dinding bata
Samada hendak membina roofbeam terlebih dahulu atau nak membina dinding bata
dulu tidak jadi masalah.
-roof beam dahulu
Jika bina roof beam dahulu anda perlu adakan staging atau kayu penahan tee untuk
menyokong kedudukan roofbeam. Kayu penahan tee diletakkan pada jarak 2 kaki
setiap satu pada sepanjang beam. Di atas kayu penahan tee ini diletakkan papan
yang lebar lebih sedikit dari lebar roof beam (150mm). Jika anda menggunakan Hframe, caranya sedikit berbeza tapi tujuannya sama.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

-dinding batu-bata dahulu

Formwork roof beam sudah siap


dipasang dan menunggu masa untuk
dimasukkan besi tetulang. Besi tetulang
roof beam hendaklah dilapik dengan
spacer block tebalnya 1. Tujuannya bagi
memastikan besi tetulang berada pada
kedudukan yang betul dan tidak
menyentuh papan lantai di bawah.

Kayu penyokong tee ini biasa dibuat dari


saiz 2 x 3.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Kayu penyokong tee yang sudah


digunakan dan disimpan. Ianya boleh
digunakan berkali-kali.

Dinding bata

Batu bata putih

batu bata merah

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Batu-bata merah atau putih, mana lebih baik? Tentulah merah dan lebih mahal dan
kuat. Bata merah diperbuat dari tanah liat dan dibakar dalam relau manakala bata putih
adalah campuran simen dan pasir dimasukkan ke dalam acuan besi lalu dimampatkan.
Sebelum kerja ikat bata bermula, frame pintu dan tingkap mestilah sudah ada kerana
kerja ikat bata frame pintu/tingkap berjalan sekali. Bahan yang digunakan bagi
mengikat batu-bata adalah simen mortar (simen + pasir ). Pasir yang digunakan adalah
pasir sedang/sederhana. Sebenarnya ada tiga jenis pasir yang digunakan dalam kerjakerja pembinaan iaitu: Pasir kasar untuk konkrit
Pasir sedang untuk ikat batu-bata
Pasir halus untuk plaster
Frame pintu dipasang terlebih dahulu sebelum kerja ikat bata bermula. Memasang frame
pintu perlu cermat dan hendaklah disokong dengan kuat menggunakan kayu penyokong
1 x 2 yang dipakukan pada lantai dan pada tiang di sebelah atas. Sebelum diletakkan
pada kedudukannya frame pintu mestilah dipakukan dengan fishtail (tukang rumah
panggil ekor udang). Fishtail dipakukan pada jarak tidak kurang dari 600mm setiap satu
pada kedua-dua belah frame. Gunanya supaya apabila siap nanti, dinding bata dan
frame pintu terikat sekali. Ini untuk mengelakkan rekahan antara frame pintu dan
dinding bata lama-kelamaan. Pastikan tukang rumah anda memasang fishtail kerana
perkara ini selalu terlepas pandang. Ada juga tukang rumah menggunakan paku 3
sebagai menggantikan fishtail tetapi pastikan bilangan lebih sedikit. Jika pada tiang
konkrit mereka akan memasang dowel bar (R6) semasa kerja-kerja konkrit dahulu.
Gunanya juga bagi mengikat batu-bata sekali dengan tiang. Kalau tidak ada bendabenda ini lama-kelamaan dinding rumah anda juga akan merekah sepanjang tiang.
Tetapi dowel bar juga selalu terlepas pandang oleh tukang rumah. Pastikan anda periksa
dahulu sebelum bermula kerja ikat bata kerana tukang rumah yang kurang bertanggung
jawab akan membiarkan saja. Jika dowel bar tidak dipasang semasa kerja konkrit tiang
dulu, arahkan tukang rumah anda meletakkan fishtail pada setiap tiang menggunakan
paku konrit. Ada satu lagi perkara yang selalu terlepas padang atau tukang rumah
malas melakukanya iatu memasang exmet wire mesh setiap satu kaki atau 2 kali tinggi
dinding bata. Exmet ini berfungsi seperti tetulang kepada dinding bata menjadikannya
lebih teguh. Ringkasan di bawah ini supaya anda mudah mengingati iaitu: Fishtail dipakukan pada frame pintu/tingkap
Dowel bar pada tiang konkrit
Exmet wire mesh semasa kerja ikat bata.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Jika dalam projek-projek kerajaan atau swasta kontraktor tidak memasang seperti
perkara di atas maka mereka diarah meroboh dinding yang sudah siap dan buat
sepertimana dalam kontrak
kerana ini adalah construction law.
Timbang air
Digunakan secara meluas dalam industry
binaan. Gunanya untuk memeriksa /
mempastikan sesuatu binaan itu yang
dibina itu betul-betul menegak (vertical
90 degree) atau mendatar (horizontal 180
degree).

Binaan batu- bata


Perhatikan seutas benang diikat antara
tiang ke tiang dan bata diikat/susun
mengikut garis lurus garisan benang
tersebut. Sebenarnya bukan diikat pada
tiang tetapi memadai pada kedua-dua
hujung benang diikat dengan paku lalu
paku itu diselitkan antara hujung bata
dan tiang konkrit. Tujuannya adalah
untuk mendapatkan satu garisan lurus
saja.
Ada berbagai jenis trowel / sodep di
pasaran.

Exmet Pastikan anda memasang exmet wire


mesh dan kalau ikut construction law
perlu dipasang setiap 4 lapis batu-bata.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Lintol akan diletakkan di atas frame pintu

fishtail

Frame pintu
Memasang frame pintu perlukan
kemahiran yang tinggi. Bagi
mendapatkan ketepatan dari segi
horizontal dan verticality perlu gunakan
timbang air bersama-sama batu plumbob
yang digantung pada bahagian atas frame
pintu. Bagi pintu bilik tandas seperti
gambar di sebelah kaki frame di bawah
perlu diangkat naik +- 3 dari paras lantai
bagi mengelakkan kaki frame terkena air
dari dari bilik mandi/ tandas supaya kayu
frame lebih tahan lama. Biasanya tukang
rumah akan memakukan paku saiz 3 ke
bahagian tapak frame pintu dan apabila
dipasang Nampak seperti tergantung.
Bahagian bawah yang tergantung apabila
siap nanti akan disumbatkan dengan
simen mortar dan dikemaskan selari
dengan frame pintu. Bata akan disusun
dan diikat sehingga paras atas frame
pintu. Kemudian diletakkan konkrit lintol
di atas frame pintu yang panjangnya
melebihi lebar frame kira-kira 1 kaki.
Lintol lebih kurang sama dengan beam
tetapi lebih pendek juga mempunyai besi
tetulang dan fungsinya adalah bagi
menanggung beban bata di bahagian atas
Frame pintu. Jika bahagian frame pintu
dipasang rapat dengan tiang maka
konkrit tiang hendaklah digerudi untuk
memasukkan besi tetulang lintol.

Sebelum terlupa ada lagi satu yang perlu


dalam membina dinding bata ini iaitu

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

damp proof membrane iaitu satu lapisan


untuk menahan kelembapan dari tanah
mengalir masuk melalui grd beam ke
dinding. Damp proof membrane dipotong
mengikut lebar beam dan dihampar
sepanjang beam.

Bentuk damp proof membrane adalah


bergulung dan jika dibuka boleh dihampar
seperti tikar.

damp proof membrane


antara beam dan bata

yang

berada

Ini adalah fishtail iaitu kepingan besi yang


saiznya 6 in panjang dan 1in lebar.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Pintu aluminium sliding dan tingkap aluminium


Pintu ini dipasang apabila dinding bata sudah siap sepenuhnya. Dinding bata yang ada
pintu atau tingkap aluminium disediakan bukaan(opening) lebih sedikit dari saiz sebenar
frame pintu/tingkap. Pemasangan frame aluminium dilakukan oleh tukang aluminium
sebelum kerja-kerja plaster/melepa dinding dilakukan.
Plaster / melepa
Simen plaster adalah campuran simen + pasir + kapor + air yang digaul sekali mengikut
sukatan tertentu. Sukatannya saya tak pasti tetapi tukang plaster biasanya membancuh
berdasarkan pengalaman mereka. Ianya tak susah kalau dah biasa. Pasir yang
digunakan adalah pasir halus. Sebelum kerja-kerja plaster dimulakan pastikan kabel
letrik/kotak suis/pug 3 pin dan paip air yang melalui dalam dinding bata sudah dipasang
sepenuhnya. Ini kerja tukang letrik dan tukang paip. Kerja plaster terbahagi kepada dua
bahagian iaitu pada dinding luar dan dinding dalam. Plaster di dinding luar lebih mudah
dan kemasan permukaanya kasar manakala dinding dalam disudahi dengan disapu
dengan simen + kapor yang menjadikan permukaannya licin.

Dinding bata yang sudah sedia untuk


diplaster. Pastikan dinding bata rumah anda
rata dengan mengetuk buang lebihan simen
mortar di celah kepingan batu-bata. Dinding bata
yang tidak lurus akan menimbulkan masalah
semasa kerja-kerja plaster dilakukan kerana
tukang plaster terpaksa membaiki dinding yang
tidak lurus ini dengan menambah ketebalan
plaster manakala di bahagian lain terpaksa
dikurangkan ketebalannya supaya kurang
kelihatan. Standard ketebalan simen plaster
adalah 15mm ~ 20mm.
Steel trowel
Mula-mula digunakan untuk melekatkan simen
plaster ke dinding bata dengan cara menyapu

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

dan menekan bahan plaster ke dinding. Kerja


plaster dilakukan pada bahagian atas dinding
turun ke bawah dengan dua lapisan. Lapisan
pertama dibiarkan sehingga kering sedikit baru
dikerjakan lapisan kedua. Tidak boleh dilakukan
sekaligus kerana lapisan yang tebal/basah tidak
akan melekat dan terus jatuh.

Trowel board
Selepas melekatkan simen plaster ke diniding
dengan dua lapisan tadi, gunakan trowel board
untuk meratakan plaster tadi dengan cara
menggosok gosok papan gosok ini ke kiri/kanan
dan atas/bawah. Selepas dibiarkan kering sedikit
gunakan kayu panjang/kayu pemaras (tiada
gambar) bagi memaras simen plaster untuk
mendapatkan permukaan yang rata lagi sekata.

Span
Span digunakan untuk mendapatkan permukan
yang lebih kemas dan cantik. Span dicelup ke
dalam
air kemudian diperah lalu disapukan ke dinding
plaster tadi dan semua lubang-lubang kecil akan
tertutup sekali gus memberikan permukan
dinding yang cantik dan kemas. Bagi dinding luar
ini adalah kerja kemasan yang terakhir.
Bagi dinding sebelah dalam lapisan simen +
kapor disapukan dan sebelum betul-betul kering
disapukan dengan span yang basah.

Kapor plaster
Ini adalah kapor plaster yang boleh didapati di
kedai hardware. Bentuk di dalamnya likat dan
berair. Tidak rosak jika dibiarkan lama mana pun

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

tapi jangan dikoyakkan beg plastiknya. Simen +


kapor dikacau-kacau sehingga sebati. Kapor
menjadikan simen plaster liat dan senang
dikerjakan serta mudah melekat ke dinding.
Jangan gunakan kapor terlebih banyak kerana
permukaan luar plaster akan kelihatan retakretak halus lama-kelamaan.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Bumbung

Secara asasnya binaan bumbung adalah seperti dalam lukisan di atas di mana struktur
bumbung dibina di atas roof beam. Roof beam akan menanggung beban bumbung dan
menyalurkanya ke tiang dan terus tapak asas di dalam tanah. Bumbung yang
menggunakan atap genting hendaklah dibina dengan kecerunan tidak kurang dari 20
degree bagi mengelakkan kebocoran ketika hujan. Kayu 2in x 3in (wall plate) diletakkan
sepanjang roof beam digunakan sebagai pelapik bagi menerima struktur bumbung yang
lain. Wall plate ini sebenarnya diikat pada roof beam dengan membengkokkan besi R10
atau R6 yang sudah sediaada ditanam ke dalam roof beam semasa kerja-konkrit roof
beam sebelum ini. Besi pengikat wall plate ini ditanam pada jarak 5 kaki setiap satu.
Pastikan tukang rumah anda menanam besi ini kerana ianya berfungsi menetapkan
kedudukan struktur bumbung dari beralih semasa rebut kencang. Kadang kadang
tukang rumah terlupa kerana besi ini boleh ditanam bila konkrit hampir kering saja.
Kayu penaga 2 x 5 atau dipanggil ceiling joist kerana pada kayu ini akan dipakukan kayu
2 x 2 bagi membina frame untuk siling diletakkan di atas kayu 2 x 3 (wall plate).
Struktur kekuda atau rafters dibina dengan kayu 2 x 4 dan diletakkan pada jarak 2 kaki
setiap satu. Tiap-tiap sambungan (joint) perlulah menggunakan bolt & nut dan paku.
Kayu 1 x 2 digunakan untuk meletakkan dan menyusun atur atap genting. Kayu 1 x 2 ini
diletakkan pada jarakn yang tertentu mengikut panjang atap dan dimulakan
pemasangannya daripada puncak bumbung (rujuk gambar).

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA


Perincian puncak bumbung

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Kerja kemasan
Kerja kemasan yang selalu diperkatakan dan dianggap perlu bagi sesebuah rumah
adalah kemasan bagi lantai dan dinding. Ada berbagai-bagai jenis kemasan bagi
lantai seperti simen screed, ceramic, mosaic, terrazzo, marble, parquet dan lainlain. Kemasan yang paling biasa digunakan adalah simen screed dan ceramic tile.
Bagi mereka yang kurang berkemampuan hanya cukup setakat simen screed saja.
Simen screed adalah lapisan simen + pasir setebal 1in ~ 2 in yang dilapis di atas
lantai konkrit. Kebiasaannya rumah-rumah kos sederhana yang dibina oleh
pemaju disiapkan sekali kemasan jubin ceramic . Bagi rumah kos rendah hanya di
bilik dapur dan bilik air saja dipasang jubin ceramic atau mosaic. Bagi bilik tidur
dan ruang tamu hanyalah simen screed saja. Jubin lantai yang paling popular dan
sesuai bagi rumah adalah jubin ceramic. Harganya ada yang murah dan mahal
bergantung kepada jenis dan saiz.
Kemasan lantai
Simen screed
Simen screed yang baru siap
diratakan. Jika anda mahu
memasang jubin lantai pada
ruang bilik ini maka ia
dibiarkan saja sehingga kering
dan keras. Simen + pasir digaul
dan dibancuh secara kering
(sedikit air) supaya mudah
diratakan. Jika tidak bercadang
memasang jubin lantai maka ia
perlu dilicinkan permukaan
lantai ini dengan cara menaburnabur serbuk simen dan
direnjis sedikit air sebelum
lapisan simen screed mengeras.
Kemudian digosok-gosok
menggunakan trowel besi yang
menjadikan permukaan yang
licin dan rata terbentuk.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Antara pengeluar-pengeluar jubin lantai/dinding


yang terdapat di Malaysia

Jubin lantai mempunyai berbagai-bagai saiz dan


jenis serta pengeluar yang berbeza. Jubin
digunakan mengikut tujuan sesebuah bilik/ruang
itu dibina. Jubin untuk bilik tidur berbeza dengan
jubin bagi ruang untuk dapur dan mengikut fungsi
masing-masing.

Ruang / bilik

Jenis jubin
ceramic

Ruang tamu
Bilik tidur
Ruang makan
Ruang keluarga

Licin / polish

Dapur
Bilik air

Tidak licin / kasar

Varendah

Kasar

Ceramic

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

carporch

Homogeneus /
heavy duty /
kasar

terazzo
Cara memasang jubin lantai
Terlebih dahulu tukang rumah/plaster akan
menyiapkan lapisan simen screed yang
permukaannya kasar (tidak dilicinkan) dan
dibiarkan mengeras sepenuhnya iaitu lebih dari 3
hari sebaiknya.
Memasang jubin lantai memerlukan kemahiran
yang tinggi lebih-lebih lagi jubin yang berukuran
2ka x 2ka. Jangan mengupah tukang rumah anda
memasang jubin kerana tidak mempunyai
kemahiran yang cukup dalam bidang ini walaupun
mereka tahu cara-cara memasang jubin. Tukang
jubin hanya melakukan kerja memasang jubin
sahaja, tidak seperti tukang rumah rumah yang
melakukan berbagai-bagai kerja . Tanya kepada
tukang rumah anda, dia pasti tahu siapa tukang
jubin yang bagus dan berkemahiran.Selain itu
jubin yang bermutu(mahal) mempunyai ukuran
yang sama dan jitu bagi setiap keping berbanding
jubin murah harganya dalam setiap kotak pasti
ada beberapa keping yang ukuran yang kurang
atau lebih sedikit. Ini menyebabkan terbentuk
garisan yang tidak sekata / lurus antara jubin
apabila siap sepenuhnya.
Jubin yang hendak dipasang direndam air terlebih
dahulu bagi mengelakkan simen yang digunakan
bagi melekatkan jubin cepat kering kerana air
simen telah diserap oleh jubin menjadikan jubin
yang dipasang cepat tertanggal. Sebelum jubin
dipasang tukang jubin akan membuat satu
garisan tengah bilik / ruang dari kiri ke kanan dan
dari depan ke belakang. Daripada garisan tengah
ini tukang jubin akan menanda dengan setiap

marble

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

keping jubin membawa ke tepi dinding. Jubin


yang terakhir sekali sebelum dinding ditanda
hujungnya dan dibuat satu garisan benang yang
lurus. Garisan benang ini ditarik samaada di
bahagian depan atau belakang bilik dan satu lagi
di sebelah kiri/kanan bilik bagi mendapatkan
sudut 90 degree.Di sinilah kerja pemasangan
jubin bermula dan garisan benang tadi adalah
sebagai rujukan semasa memasang jubin.
Simen yang digunakan adalah simen biasa
(portlant cement) yang gaul dengan air sehingga
likat. Bancuhan simen ini disapukan pada jubin
dan terus dilekatkan ke lantai mengikut garisan
benang tadi. Bagi mendapatkan kedudukan yang
mendatar (horizontal) maka diletakkan timbang
air di atas jubin. Jubin akan diketuk-ketuk dengan
hulu tukul supaya simen padat dan untuk
menetapkan kedudukan jubin. Tebal lapisan
simen apabila jubin dilekapkan ke lantai lebih
kurang 5 mm dan tebal jubin juga 5 mm.Pada
peringkat kedua pemasangan jubin tidak lagi
perlukan garisan benang kerana jubin yang
seterusnya boleh dipasang terus mengikut tepi
jubin yang pertama tadi.
Apabila pemasangan jubin lantai siap sepenuhnya
bagi bilik tersebut maka di celah-celah antara
kepingan jubin tersebut dimasukkan simen
berwarna mengikut warna jubin lantai yang
digunakan. Caranya ialah dengan meletakkan saja
serbuk simen warna di celah kepingan jubin
kemudian digosok dan disapu dengan span.
Setelah siap jubin lantai sepenuhnya barulah
boleh dipasang skirting. Skirting adalah juga jubin
lantai yang dipotong 3in atau 4in dan dipasang
pada bahagian bawah dinding di sekeliling bilik
tersebut.
Jubin lantai yang telah siap dibersih dengan
menggunakan sejenis cecair kimia (asid). Asid ini
akan menanggalkan segala kotoran dan debu
simen yang terlekat pada jubin. Cecair kalau

parquet

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

dicurahkan ke atas simen akan bertindak balas


mengeluarkan asap yang memedihkan hidung jika
tersedut. Biasanya cecair ini akan dicampur
sedikit ke dalam satu baldi air dan dikacau
sehingga larut. Kemudian dicurahkan ke jubin
lantai dan disapukan dengan penyapu. Setelah
berpuas hati barulah dibilas dengan air biasa.
Cecair ini boleh didapati di kedai-kedai hardware.
Di pasaran sekarang ini terdapat banyak jenis dan
saiz jubin lantai. Antara saiz yang biasa di dapati
ialah 1ka x 1ka, 2in x 4in, 2ka x 2ka dan lain-lain.
Saiz yang popular ialah 1ka x 1ka. Kebelakangan
ini saiz 2ka x 2ka juga popular terutama di
kalangan mereka yang berkemampuan kerana
harganya mahal iaitu antara RM16 ~ RM30 ke
atas sekeping. Jenis yang terbaik adalah white
horse. Kebanyakan jabatan kerajaan
menggunakan jubin ceramic white horse bagi
projek-projek mereka.
terrazzo kurang digunakan zaman sekarang
berbandiing dahulu. Permukaannya perlu digilap
dengan polish machine.
Marble - selalu digunakan di bangunanbangunan besar untuk tarikan dan supaya
kelihatan hebat seperti pada ruang lobby /
menyambut tetamu bangunan hotel, pejabat
kerajaan, pusat beli belah dan sebagainya. Juga
terdapat di rumah orang-orang kaya.
Parquet - kepingan kayu digunapakai di tingkat
atas rumah. Tidak sesuai bagi tingkat bawah
kerana lantai bawah lebih lembab
menyebabkannya mudah tertanggal. Parquet
dilekapkan pada lantai konkrit dengan
menggunakan sejenis gam.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Jubin dinding Jubin dinding lebih sukar dipasang berbanding


jubin lantai lebih-lebih lagi jika permukaan
dinding yang sedikit melengkung atau jika dinding
tidak betul-betul menegak(vertical). Jika keadaan
ini terdapat pada dinding maka simen yang
digunakan menjadi lebih banyak dan sukar untuk
dipasang selain kelihatan tidak cantik. Jubin
dinding selalunya dipasang pada dinding dapur

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

dan bilik air/tandas sahaja. Memasang jubin


dinding di bilik air/tandas sememangnya sukar
dan perlukan kemahiran yang lebih tinggi
berbanding lantai. Kebiasaanya tukang jubin akan
meletakkan harga memasang jubin lantai/dinding
secara pukal. Contohnya RM600 bagi sebuah bilik
air/tandas termasuk dinding dan lantai. Lebih
menyukarkan dalam bilik air/tandas terdapat
paip-paip air dan alatan kebersihan. Peralatan
kebersihan(mangkuk tandas dan tangki cistern)
juga dipasang oleh tukang jubin.
Kerja mengecat
Cat mengikut peraturan pengeluar cat, bagi
mencapai kualilti yang baik lapisan cat yang
disapukan pada permukaan dinding mengandungi
3 lapisan iaitu:-

lapisan pertama = undercoat (putih)


lapisan kedua = finishing coat ( warna)
lapisan ketiga = finishing coat (warna)

Cat yang digunakan pada dinding luar dan dalam


adalah berbeza. Bagi dinding sebelah luar yang
terdedah kepada cuaca, cat yang digunakan
mestilah yang tahan cuaca (wheather bond)

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Mengurus pembelian bahan binaan


Jika anda bekerja makan gaji dan dalam masa yang sama hendak menguruskan
pembinaan rumah anda terutamanya pembelian bahan-bahan binaan. Tentu tidak ada
banyak masa nak menguruskannya. Sebenarnya tidak begitu kerana membeli bahan
binaan bukannya setiap hari. Apa yang perlu anda lakukan adalah membuka akaun di
kedai hardware di tempat anda yang mempunyai perkhimatan yang bagus dari segi
penghantaran barang apabila dipesan. Berunding dengan tukang rumah anda dia lebih
tahu tentang hal ini. Kedai hardware sememangnya mempunyai pengangkutan yang
disediakan bagi menghantar barang-barang pelanggan yang dipesan/beli. Bukan kedai
hardware saja yang mempunyai perkhidmatan ini tetapi juga tetapi juga kedai lain yang
menjual bahan-bahan yang berkaitan dengan pembinaan seperti kedai jual batu-bata,
tiang roman, jubin, kayu dan lain-lain. Tapi nak buka akaun cukup dengan kedai
hardware saja kerana lebih 80% bahan binaan berada di kedai hardware. Buka akaun
adalah berbincang dengan tauke kedai dan mendepositkan sejumlah wang ke kedai
tersebut. Jumlahnya bergantung pada anda tapi tak perlulah banyak, hanya sekitar RM
5 ~ RM 10 ribu sudah memadai. Dengan itu anda boleh memesan barang-barang yang
dikehendakki hanya melalui telefon saja atau anda boleh hantar senarai barang yang
dikehendakki melalui fax saja.
Mula-mula berurusan semasa membuka akaun tadi hendaklah membawa sekali tukang
rumah anda untuk memudah kerja anda kerana kemungkinan mereka sudah mengenali
dan kedua bagi memberitahu kedai tersebut bahawa selain daripada anda, tukang
rumah anda juga perlu diberi kebenaran bagi mengambil barang dari kedai dan ditolak
terus dari akaun anda. Bagi barang-barang kecil dan kuantitinya sedikit tetapi
diperlukan dengan segera maka tukang rumah terus ke kedai dan mengambilnya tanpa
perlu dihantar. Ini dapat menjimatkan masa dan tukang rumah juga suka dengan cara
ini kerana kerja mereka tidak terganggu. Tetapi yang pentingnya menyimpan segala
resit barang-barang yang dibeli bagi rujukan dan mengurus akaun anda. Anda perlu
rekodkan setiap barang yang anda beli melalui akaun anda dan semak dengan resit
belian. Pastikan barangan yang dihantar oleh kedai atau diambil sendiri oleh tukang
rumah mempunyai resit belian. Selalulah berbincang dengan tukang rumah anda dan
arahkan mereka memeriksa bilangan/jenis barangan yang dihantar adalah sebagaimana
yang dipesan dan tercatit dalam resit belian. Resit belian disimpan oleh tukang rumah
sementara menunggu anda mengambilnya.
Sebenar mengambil dan menerima barangan dari kedai hardware bukannya tugas
tukang rumah. Mereka tidak sepatutnya diarah untuk melakukankerja-kerja ini dan

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

mereka boleh pilih untuk tidak mematuhi arahan anda. Tugas mereka yang sebenar
adalah kerja membina rumah dan urusan belian bahan binaan adalah tugas anda. Jika
tidak ada bahan atau tidak cukup atau belum sampai maka kerja mereka juga
terganggu dan rumah lambat siap. Jadi bagi berlaku adil dan mengelakkan masalah
kemudian hari maka adalah lebih baik semasa mula-mula melantik tukang rumah
hendaklah berbincang dan membuat kata putus terlebih dahulu tentang urusan
pembelian bahan-bahan ini. Sebenarnya mudah saja iaitu dengan memberi gaji khusus
kepada tukang rumah bagi membantu anda dalam urusan ini. Tentu tukang rumah akan
gembira dan akan membantu anda dengan senang hati serta memudahkan kerja anda.
Anda boleh gunakan pengalaman yang ada pada tukang rumah bagi memudahkan kerja
anda. Tukang rumah yang berpengalaman selalu banyak kenalan di kalangan orangorang yang terlibat dalam bidang binaan ini tukang jubin, tukang paip, tukang letrik,
tukang aluminium,pemilik lori kecil dan lain-lain. Selain dari itu mereka juga tahu di
mana nak dapatkan bahan lain seperti kayu, pintu pagar besi, longkang, bendul konkrit
pasang siap, tempahan frame pintu dan sebagainya. Dengan memberi saguhati kepada
tukang rumah anda lebih kurang RM 500 sebulan adalah berbaloi dan tukang rumah
juga dengan senang hati membantu dan menjaga hak-hak anda.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Memohon bekalan air dan letrik


Anda tidak perlu susah payah kerana tukang paip dan letrik akan melakukannya untuk
anda dan ini memang tugas mereka lagi pun mereka sudah biasa di samping sudah
mengenali pegawai-pegawai yang terlibat di agensi berkenaan. Melantik tukang paip dan
letrik sepatut dari awal lagi bagi mendapatkan bekalan air/letrik sementara untuk tujuan
pembinaan rumah anda.
Kerja-kerja paip bermula daripada mendapatkan meter dan membuat sambungan paip
utama di tepi jalan terus ke tangki rumah, ke carporch( garden tap) dan lagi satu sinky
di dapur. Ini adalah sambungan bekalan air terus dari paip utama Jabatan bekalan air.
Tetapi jika anda hendak tambah bilangan tap (kepala paip) boleh bincang dengan
tukang paip. Bekalan air ke tandas dan bilik air adalah dari tangki air rumah anda.
Daripada meter ke tangki biasanya menggunakan pollypipe berwarna hitam in
diameter. Daripada sini dibuat sambungan pollypipe in ke garden tap dan dapur.
Sistem paip air buang (waste pipe) dibuat selepas kerja konkrit grd. beam siap dipasang
kira-kira 1 ka di bawah paras lantai. Oleh itu sebelum konkrit lantai dimulakan pasti
semua sambungan paip air buang dalam bilik air/tandas sudah tersedia. Paip dari
saluran najis mangkuk tandas adalah dari jenis upvc soil waste pipe 100mm dia.
manakala dari sinky dan floor trap 50mm dia. Bahan buangan dari mangkuk tandas
terus masuk ke manhole manakala dari floor trap dan sinky akan masuk ke gully trap
dahulu sebelum masuk ke manhole.

Kerja-kerja letrik bermula dari meter rumah iaitu pendawaian dalam rumah dan
memasang alat letrik seperti lampu, kipas, plug dan lain-lain jika ada. Bekalan letrik ke
rumah anda akan disalur melalui kabel yang disambungkan oleh pihak TNB dari tiang
letrik tepi jalan ke meter rumah selepas bayaran deposit dan lain-lain selesai.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Kualiti Binaan
Jika anda mengurus sendiri pembinaan rumah anda, masaalah kualiti binaan tidak
timbul kerana anda yang bertanggungjawab samada hendak menggunakan bahan yang
berkualiti atau tidak. Perkara ini perlu berbincang dengan tukang rumah kerana ada
item-item yang tidak perlukan barangan berkualiti contohnya pintu bilik. Pintu bilik
berada dalam rumah dan tidak terdedah kepada cuaca. Ianya sudah memadai pintu
kembong (solid panel door/standard size) yang senang di dapati di kedai hardware.
Tidak perlu ditempah. Yang perlu ditempah jika saiz yang dikehendakki tidak ada di
kedai dan pintu belakang yang terdedah kepada cuaca. Pintu belakang jangan beli pintu
kembong (solid panel door/standard size) kerana tidak tahan cuaca. Kayu yang
digunakan biasanya bukan dari kayu keras grade B atau A.
Dalam bab lepas iaitu peringkat-peringkat pembinaan rumah sudah banyak dijelaskan
tentang perkara-perkara yang perlu diambil berat semasa pembinaan kerana ianya
berkait rapat dengan kualiti binaan sesebuah rumah. Selain mutu bahan binaan yang
yang menentukan kualiti binaan, workmanship (cara kerja tukang) juga sangat penting
dalam menentukan kualiti binaan sesuatu kerja. Workmanship ini berkaitrapat dengan
kemahiran dan sikap pekerja-pekerja binaan yang terlibat. Sebab itulah selain
kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap pekerja binaan, mereka juga sepatutnya
mempunyai sikap bertanggung jawab terhadap kerja mereka dalam mematuhi segala
apa yang tercatit dalam pelan dan dokumen kontrak. Kadang-kadang ada tukang atau
pekerja bersikap sambil lewa terhapap kehendak / peraturan binaan yang telah
ditetapkan kerana malas atau mahu cepat siap. Perkara ini boleh diatasi jika anda tahu
membaca pelan rumah dan serba sedikit ilmu binaan bangunan. Kualiti binaan yang
tidak memuaskan selalu berlaku dalam projek perumahan yang dimajukan oleh pemaju
perumahan. Ini disebabkan oleh sikap tamak pemaju / kontraktor yang mahu mengaut
keuntungan yang lebih tanpa mempedulikan kesan yang menimpa pembeli yang selalu
menjadi mangsa. Tambahan pula projek-projek pembinaan di Negara kita dikerjakan
oleh pekerja asing yang tiada kemahiran. Tetapi rumah yang dibina oleh tukang lebih
berkualiti kerana mereka selalunya lebih cermat dan perlu menjaga nama baiknya
sebagai tukang rumah.

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Mendapatkan sijil layak mendudukki ( CF )


Sijil layak mendudukki adalah sijil yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah atau
Perbandaran yang menyatakan sesebuah rumah atau bangunan itu selamat diduduki.
Sebelum sijil ini dikeluarkan pihak berkuasa tempatan akan memeriksa rumah atau
bangunan yang baru siap dibina bagi memastikan rumah tersebut dibina mengikut
sebagaimana pelan yang diluluskan. Oleh itu sesiapa juga adalah dinasihati tidak
membuat perubahan / pindaan semasa pembinaan rumah sedang berjalan. Jika didapati
rumah yang dibina tidak mengikut sebagaimana pelan yang diluluskan maka Sijil layak
menduduki tidak akan dikeluarkan. Perkara-perkara utama yang perlu diambil
perhatian adalah: jarak dinding rumah dengan sempadan tanah anda paling minima 3 meter bagi
sebelah tepi dan belakang rumah.
bagi sebelah hadapan paling minima adalah 6 meter.
Septic yang digunakan mestilah dari jenis yang yang sama sebagaimana pelan
yang diluluskan. Jika septic tank yang digunakan berlainan jenis, maka pemilik
rumah akan dinasihati membuat perubahan pada pelan dan diarah mengangkat
permohonan baru bagi kelulusan pelan tersebut sebelum dikeluarkan sijil layak
menduduki.
Tiada perubahan / pindaan pada keluasan lantai dan dinding sebelah luar. Dinding
sebelah dalam boleh dipertimbangkan.
Kenapa perlu sijil layak menduduki (CF)
Ianya tiada masalah jika anda ingin mendiami rumah tersebut sampai bila-bila pun
dan bekalan letrik, air dan lain-lain semuanya boleh didapati seperti biasa. Yang
menjadi masalah ialah apabila anda hendak menjual rumah tersebut kepada orang
lain dan melibatkan pinjaman dengan pihak bank serta syarikat insuran. Pada
keadaan inilah perlunya CF. Pihak bank tidak akan mengeluarkan pinjaman bagi
rumah-rumah yang tiada CF begitu juga pihak insuran. Rumah yang tiada CF
bermakna rumah itu tidak selamat diduduki pada pandangan pihak bank dan
insuran. Sebenarnya rumah yang tiada CF sama saja dengan rumah yang ada CF
dari segi kekuatan dan keselamatan malah lebih berkualiti dari rumah yang dibina
oleh pemaju walaupun ada CF. CF Cuma sijil yang dikeluarkan oleh pihak majlis
daerah masing-masing setelah melakukan pemeriksaan samada rumah tersebut
dibina mengikut pelan yang telah diluluskan atau ada pindaan semasa dalam
pembinaan. Jika pembelian secara tunai ianya tiada masalah.
Cara memohon sijil layak menduduki

March 18, 2011

PANDUAN LENGKAP BINA SENDIRI RUMAH ANDA

Perkara ini tidak perlu dirisaukan kerana pihak yang menandatangani pelan iaitu
pelukis pelan atau arkitek akan melakukanya dan sememangnya tanggungjawab
mereka.

Diharapkan ebook ini dapat memberi kefahaman yang jelas tentang pembinaan
sesebuah rumah.
Wassalam,
Kontraktor Siber
Fatahbidin
www.bina-rumah.com/wp

Anda mungkin juga menyukai