Anda di halaman 1dari 2

KARANGAN BERPANDU

Carta di bawah menunjukkan sebahagian punca aktiviti lumba haram dalam kalangan remaja
di Negara ini. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca penglibatan remaja dalam
lumba haram. Panjang huraian handaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

SIKAP DIRI
PENGARU

SEBAYA

PENGARUH MEDIA MASSA

REMAJA
H RAKAN

punca-punca
media
pengaruh
tonton

aktiviti
agenda
masyarakat
rakan

taksub
perasaan
televisyen
negara

berbahaya
mengelak
peribahasa
hero

Kesimpulannya
penglibatan
bertepatan
berusaha

Belakangan ini, isu lumba haram semakin heboh diperkatakan oleh masyarakat dalam
media massa di seluruh pelosok negara. Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah
menunjukkan keiltizaman yang tinggi untuk megatasi masalah dengan segera. Hal ini sangat
bersesuaian

dengan

peribahasa

kalau

tidak

dipecahkan

ruyung

manakan

dapat

sagunya. Persoalannya, apakah punca-punca penglibatan remaja dalam lumba haram?


Pada pandangan saya, antara punca penglibatan remaja dalam lumba haram ialah
sikap diri remaja. Hal ini demikian kerana, para remaja mempunyai perasaan ingin mencuba
dan suka berseronok-seronok yang sangat tinggi walaupu aktiviti itu berbahaya. Tegasnya,
sikap diri remaja itu telah menyebabkan berlakunya lumba haram di negara ini.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu punca penglibatan
remaja dalam lumba haram di seluruh negara. Hal ini dikatakan demikian kerana, remaja kini
terlalu taksub kepada rakan dan lemah jati diri sehingga mereka berani melakukan aktiviti itu.
Jelaslah bahawa, penglibatan remaja dalam lumba haram adalah disebabkan pengaruh rakan
sebaya.
Di samping itu, punca lain penglibatan remaja dalam lumba haram di seluruh negara
ialah pengaruh media massa. Hal ini demikian kerana, ramai remaja telah meniru aksi hero
dalam filem mat rempit yang mereka tonton di kaca televisyen seperti filem Bohsia dan KL
Menjerit.. Saya optimis, pengaruh media massa telah

menyebabkan penglibatan remaja

dalam lumba haram semakin meningkat.


Kesimpulannya, terdapat pelbagai punca penglibatan remaja dalam lumba
haram. Sehubungan dengan itu, para remaja mestilah berusaha untuk mengelak diri daripada
terlibat dalam kegiatan lumba haram ini.Perkara ini sangat bertepatan dengan
peribahasa sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi. Oleh itu, lumba haram
sifar hendaklah menjadi satu agenda negara sebelum menjelangnya tahun 2020 nanti.

Anda mungkin juga menyukai