Anda di halaman 1dari 35

Kitab Ilmu & Makrifat ( Tok Guru Peramu )

-Awang Kenali- http://kalimahcintaku.blogspot.com/2012/01/kitabilmu-makrifat-tok-guru-peramu.html


+60103940651 (Hairee@Awang Kenali)
~Selamat datang kepada semua musafir dunia sekalian. Blog ini
melambangkan biduk dakwah saya dalam pelayaran kehidupan
seumpama cahaya kerdipan bintang-bintang di langit yang
menjadi tanda arah kepada pelayar-pelayar. Saya layarkan ilmu
hakikat dan penbandingan agama dalam mencari kebenaran di
bawah satu cahaya yg HAQ. Kerana Allah jualah yg melayarkan
kapal-kapal di lautan luas. Fahami benar-benar wahai saudaraku,
kerana "JALAN" itu tidak nampak dek mata dan kita harus
menusurinya untuk bahagia Dunia & Akhirat. Jika kamu tanya
dengan apakah kita menusurinya....Ku katakan dengan "CINTA
ALLAH" itu lah kenderaan mu akan membawa kepadaNYA. Tiada
Wujud melainkan WujudMU Allah dan Muhammad PenyampaiNYA.

KESIMPULAN HATI
Pertama Hati Yang Beriman Lawannya Kafir
Kedua Sumah Lawannya Bidah
Ketiga Hati Yang Taat Lawannya Maksiat
Dan HATI inilah tempat NIAT yang menentukan SAH SOLAT atau
lain lain pekerjaan.

KEDUDUKAN NIAT
Bahawa NIAT itu tempatnya di HATI, tidak berhuruf dan bersuara
sebagai letaknya harus melaksanakan:QASAD menunjukkan ZAT akan SIFATNYA kepada yang disifatkan

TAKRID menentukan ZAT akan SIFATNYA dan kepada yang


disifatkan.
TAAYUN sebenar2nya AKU menyatakan DIRI AKU dalam TAUHID
Takbiratul Ihram Aku kpd Sifat yg disifatkan.
Maka karamlah DIRI dalam lautan tidak bertepi itu nescaya
SOLAT bukan lagi ENGKAU / AKU tetapi AKU ZAT yang
melahirkan Kerja Aku dalam rupaku yakni SifatKu yang nyata
dalam kelakuan hambaKu. Engkau tiada UPAYA dan KEKUATAN
untuk melakukan solat itu malahan engkau lakukan atas
Kurniaan & Rahmat Aku semata-mata.
Kenapa engkau merasa ada kewujudan dalam hidup ini
sedangkan WUJUD itu adalah Aku semata-mata? Yang
mengerjakan kelakuanmu itu Aku atas Kudrat & IradatKu. Yang
menentukan waktu pun Aku, Aku punya Ilmu. Tanpa itu engkau
tiada hambaku. Aku sengaja menyatakan DIRIKU padamu dan
Aku memuji DiriKu di atas lidahmu wahai hambaku.
Jangan sekali-kali ada rasa di dalam hatimu bahawa engkau
mempunyai kemampuan untuk memujiKu . Ketahuilah bahawa
engkau adalah hambaKu yang FAKIR berhak menerima
PemberianKu.
TIANG SOLAT
a. HADIR HATI yakni menghadap Allah dan membuangkan segala
yang GHAYR (yang lain selain Allah )
didalam solat
b. KHUSU / TETAP HATI di dalam solat yakni tidak merayau
rayau fikiran ke mana mana.
c. SEMPURNA bacaan FATIHAH

SAH SOLAT

a. Sah solat kerana SAH WUDHU


b. Sah Wudhu kerana Sah ISTINJA
c. Istinja itu membersihakan anggota badan dari berupa bentuk
najis besar mahupun kecil.

KESEMPURNAAN ISLAM
Nota oleh Fakir S = Soalan , J = Jawapan
S Yang dikatakan ISLAM berapa kesempurnaannya ?
J Tiga Perkara :- a. Diikrarkan dengan lidah
b. Ditashdiqkan dalam hati
c. Dikerjakan dengan anggota
S Berapa tandakah yang dikatakan sesaorang itu Islam ?
J Empat perkara :a. Merendahkan diri keHadrat Allah dan
sesama islam
b. Suci lidah dari memakan dan meminum benda
haram
c. Suci lidah dari dusta dan mengumpat
d. Suci badan daripada Hadath Besar
S Yang dikatakan Islam berapa syarat pakaiannya ?
J Empat perkara :a. Sabar akan Hukum Allah SWT
b. Redha akan Qadha Allah SWT
c. Menyerahkan Diri kepada Allah dengan tulus
ikhlas
d. Mengikut Firman Allah dan Hadith Nabi.
S Apakah yang membinasakan Islam ?
J Empat perkara :a. Berbuat sesuatu amalan yang tiada
dasar dari Islam itu sendiri
b. Mencela orang berbuat baik & meringankan
Hukum Allah SWT
c. Diketahui tetapi tidak dibuat

d. Tiada tahu tetapi malas bertanya

ILMU & MAKRIFAT TOK GURU PERAMU


Pendapat Tok Peramu tentang Makrifat adalah saperti berikut :Adapun Keputusan Makrifat itu ialah MENGENAL ALLAH.
Kesudahannya putus ilmu itu yaitu Mati...............
Adapun Makrifat yang mesti diketahui itu ialah 20 Perkara
terbahagi kepada 5 Bahagian.......
BAHAGIAN PERTAMA :Hendaklah diketahui 4 perkara yakni :Pertama Allah sabelum bernama Allah apa NamaNya ?
Kedua Muhammad sebelum bernama Muhammad apa namanya ?
Ketiga sebelum hari yang tujuh itu apa namanya ?
Keempat sebelum Waktu Yang Lima itu apa namanya waktu itu ?
BAHAGIAN KEDUA
Hendaklah juga kamu ketahui 4 perkara lagi.
Pertama 40 hari hendak mati
Kedua 7 hari hendak mati
Ketiga 3 harihendak mati
Keempat 24 jam sebelum mati.
BAHAGIAN KETIGA
Lagi 4 perkara yang perlu kamu ketahui
Pertama hendaklah KENAL DIRI kamu
Kedua hendaklah kenal NYAWA kamu

Ketiga hendaklah kenal PENGHULU kamu


Keempat hendaklah kenal TUHAN kamu
BAHAGIAN KEEMPAT
Hendaklah ketahui akan ZIKIR PENYERAHAN NYAWA kepada
Allah . Ada 4 perkara juga.
Pertama Serahkan dengan ZIKIR AFAL yakni La Ilaha Illallah
Kedua serahkan dengan ZIKIR ASMA yakni Allah Allah Allah
Ketiga serahkan dengan ZIKIR SIFAT yakni Hu Hu Hu
Keempat serahkan dengan ZIKIR ZAT yakni Ah Ah Ah
BAHAGIAN KELIMA
Hendaklah ketahui berkenaan RUH juga 4 perkara
Pertama RUH JASMANI yaitu TUBUH kita yakni DIRI TERJALLI
Kedua RUH RUHANI yaitu HATI kita yakni DIRI TERPERI
Ketiga RUH IDHAFI yaitu NYAWA kita yakni DIRI YANG TERPERI
Keempat RUH AL-QUDDUS yaitu RAHSIA kita yakni DIRI YANG
WUJUD.

MUHAMMAD..............
Adapun nama MUHAMMAD itu jadi TUBUH pada kita.
Tubuh kepada Muhammad jadi NYAWA pada kita
Hati kepada Muhammad jadi NYAWA kepada kita
Nyawa kepada Muhammad jadi RAHSIA kepada kita.
TUBUH.................
Adapun yang bernama TUBUH itu PERBUATAN yang datang
daripada HATI.
Perbuatan Hati datang daripada Nyawa

Perbuatan Nyawa datang daripada Rahsia


Perbuatan Rahsia datang daripada AFAL ALLAH.
FUAD................
Adapun yang bernama MATA itu ialah untuk MELIHAT dan orang
yang melihat itu tempatnya pada MATA HATI pada JANTUNG.
Di dalam jantung ada FUAD
Di dalam Fuan ada CAHAYA
Di dalam Cahaya ada RAHSIA
Di dalam Rahsia itu adalah saperti Firman Allah SWT yang
berbunyi :Al Insanu Sirri...Wa Ana Sirruhu
Insan itu adalah rahsiaKu dan Akulah rahsianya.
KENAPA NAMA MUHAMMAD ? ( Rahsia Muhammad )
Adapun sebab Nabi Muhammad itu bernama Muhammad kerana
Kehendak Allah.
Sekalian ( Keseluruhan / Semuanya ) Alam ini terjadi kerana
Muhammad saperti dinyatakan didalam Hadith Qudsi :Sekalian jadi daripadamu Ya Muhammad dan engkau jadi
daripada AKU
Sabda Baginda Rasul :- Aku jadi kerana Allah dan sekalian alam
jadi kerana aku.

RAHSIA MUHAMMAD ( Mim Ha Mim Dal )


KETERANGAN HURUM MIM AWAL MUHAMMAD ( MIM AWAL )
Pertama menunjukkan ZAT hambanya berdiri solat
Kedua Tempat Makrifat tatkala Qiam
Ketiga Zikir Bagi Zat yaitu ZIKIR RAHSIA

Keempat tatkala itu Tuhan bernama AHDIAH


Kelima semasa itu Tuhan Semata-mata . Belim ada terjadi apa
apa akan masa itu bernama AH...( Alif Ha )
KETERANGAN HURUF HA MUHAMMAD ( HA )
Artinya SIFAT HAMBA yakni RUKUK dalam solat
Tempat HAKIKAT yaitu Rukuk
Zikir bagi Sifat yakni Nyawa
Tatkala itu Tuhan bernama WAHDAH
KETERANGAN HURUF MIM KEDUA MUHAMMAD ( MIM KEDUA )
Artinya ASMA HAMBA yaitu SUJUD dalam solat
Tempat TARIQAT tatkala Sujud
Tatkala itu Tuhan bernama WAHADIAH
Tatkala itu Tuhan TAJALLI sabenar-benarnya meliputi NUR
MUHAMMAD.
Masa itu Tuhan bernama ALLAH SWT
KETERANGAN HURUF DAL MUHAMMAD ( DAL )
AFAL HAMBA yaitu DUDUK dalam solat
Tempat SYARIAT yaitu tatkala dalam Duduk
Zikir bagi Afal yaitu TUBUH La Ilaha Illallah
Tatkala itu Tuhan ibarat LA ( Lam Alif )
Tatkala itu bercampur RAHSIA dengan NYAWA dan ANASIR ADAM
( Alif Dal Mim )
KEJADIAN DIRI
Adapun kejadian DIRI itu terkandung dalam 20 perkara dibahagi
kepada 4 bahagian yaitu ( ada 16 shj dicatitkan fakir )
Bahagian Pertama
1 Jenis ZAT Diri Wujud Rahsia Kita Alam Lahut Ruh Al-Quddus

2 Jenis SIFAT Diri Terdiri Nyawa Kita Wujud Mutlak Ruh Idhafi --Alam Jabarut
3 Jenis ASMA Diri Terperi Hati kita Wujud Alam Ruh Ruhani --Tubuh halus
4 Jenis AFAL Diri Tajalli Jasmani Wujud Idhafi Tubuh Yang Zahir

Bahagian Kedua
1 Wujud Wujud mutlak Wujud Hakiki Wujud Idhafi Wujud Tajalli
2 Ilmu Ilmu Hakiki Ilmu Maklumat Ilmu Fikir Ilmu Madom --Al-Asma
3 Nur Nur AlHadi Nurul quddus Nur hadi Nur Al-bayan
4 Syuhud Syuhud Al-Ain Suhud Khadafi Khaliq Al-Asmat -Syuhud Taufil

Bahagian Ketiga
1
2
3
4

Angin Angin Niat Angin Padtar Angin Sarsa Angin Serul


Api Al-Hayat Al-Muja Sajin
Air Maal Hayat Maal Kus Maal Zam Zam Maal Hain
Tanah Tanah Firdaus Tanah Tiin Arbail baasir Tiin Siipaab

Bahagian Keempat
1
2
3
4

Di Jadi Ruh Masripah Tubuh Afal


Wadi Jadi Tulang Tariqat Hati Asma
Mani Jadi urat Haqiqat Nyawa Sifat
Manikam Jadi Nyawa Makrifat Rahsia Zat

Bahagian Kelima
1 LA ( Laf Alif ) >> Ucapan bagi Tubuh menjaga kulit dan bulu
Qalbi kepada Baitullah

2 ILAHA ( Alif Lam Ha )>> Ucapan bagi Hati penjaga daging dan
darah Qalbi kepada Baitulmakmur
3 ILLA ( Alif Lam Alif )>> Ucapan bagi Nyawa penjaga urat dan
tulang Qalbi kepada Arasy
4 Allah ( Alif lam Lam Ha) >> Ucapan kepada Rahsia penjaga urat
dan sumsum Qalbi kepada Allah
KEJADIAN BENIH
HU QALBI itu RABBI terdiri Aku di dalam Sifat Nafsiah Aku
dikandung dalam Wujud Allah La Ilaha Illallah Muhammadur
Rasullullah Fi-Kul Lil Maha Tiin Wa Naf Sin Aa Da Da Maa Wa Si
A-Hu Il Mullah
Adapun asal kejadian BENIH manusia daripada MANIKAM
daripada Syurga, dirupakan Allah SWT turun kepada HU GHAIB
rupa Allah jadi Manikam rupa gilang gemilang hingga tujuh
petala langit dan tujuh petala bumi
- kemudian manikam itu jatuh kepada ubun ubun bapa 100 hari
- kemudian manikam itu jatuh ke jantung bapa 40 hari
- kemudian manikam itu jatuh ke Hati Nurani Cahaya Haq 7 hari
- kemudian Manikam itu jatuh TAAYUN HATI berupa air 3 hari
- kemudian manikam itu MERTABAT ZAT pada pinggang bapa 24
jam
- kemudian Manikam itu jatuh kerahim ibu dengan rupa huruf
ALIF
- kemudian Manikam itu kepada ALAM RUH berkumpul saperti biji
. Itulah sebab ia bernama Manikam
- kemudian manikam bersifat ia bernama ALAM MITHAL. Ini yang
bernama saperti Firman Allah : al
insanu sirri wa ana sirruhu
- kemudian ia menilik dirinya terlalu indah, lalu lupa kepada
dirinya bila bercampur dengan darah ibunya.

Maka hilanglah rupa itu dan bernama pula ia ALAM AJSAM yakni
Alam Kasar. Kemudian bila sampai janji, keluarlah ia dari
kandungan ibunya dan hilanglah rupa yang dilihat maka
menangis ia sebab suara inilah bernama ALAM INSAN.

BILA AKHIR HAYAT


Bila akhir hayat kita dapati BERDENYUT-DENYUT PUSAT saperti
asap serta kita mendengar ucapan :ALASTU BI RAB BIKUM AH ( Alif Ha ) ANA MA KAA NA BII MAA
KAA NA MASA KAA NA.
Maka jawablah :-

YA ANA LA ILA HA ILLALLAH 3 kali

Kemudian nampak cahaya KEBESARAN ALLAH maka kita zikir


ALLAH 3 kali
Kemudian kita nampak KALIMAH ALLAH maka kita zikir HU 3
kali
Kemudian kita dengar UCAPAN TUHAN : ANA ALLAH LA ILA HA
ILLALLAH ANA....serta terus kita memandang akan KEBESARAN
ALLAH maka kita zikir AH AH- AH ( Alif Ha ).
Maka tamatlah riwayat kita. Ruh kembali ke Rahmatullah.
Hasanul Khatimah.
ALHAMDU ( Alif Lam- Ha -Mim -Dal )

Saudara pembaca yang budiman,


Mengikut penceritaan kalimah ALHAMDU ialah kalimah pertama
yang disuarakan oleh manusia yakni Nabi Adam a.s yang
bermaksud Segala Puji Milik Allah.

Tidak ada satu pun manuskrip Ilmu Hakikat yang ada di tangan
fakir yang tidak membicarakan kalimah ALHAMDU ini. Masing
masing memberi tafsiran tersendiri secara panjang lebar.
Melalui ENTRI kali ini fakir sampaikan penjelasan penulis
manuskrip ILMU & MAKRIFAT TOK GURU PERAMU berkaitan
kalimah ALHAMDU ini.
....................................................................................
ALHAMDU .....( Alif Lam Ha Mim - Dal )
ALIF
Huruf ALIF itu WAKTU SUBUH. Nabi Adam a.s cahayanya putih.
Malikatnya Jibrael Ruhani. Sahabatnya Abu Bakar & Fatimah
Keluar dari huruf ALIF itu DUA RAKAAT kerana TAJALLI Tuhan
dua mertabat yakni MERTABAT ZAT atau AHDIAH dan Mertabat
SIFAT atau WAHDAH. Istananya dibawah susu kiri . Keluar cahaya
pada dahi. Kenyataan pada kita ialah MULUT & LIDAH
LAM
Huruf LAM itu waktu ZUHUR. Nabi IBRAHIM cahayanya Kuning.
Malaikatnya MAKRIBUN. Keluar dari huruf Lam itu empat rakaat
kerana TAJALLI Tuhan WUJUD ILMU NUR SYUHUD.
Istananya pada HATI di lambung susu kiri yaitu RUH MAZIFAH.
Kenyataan pada kita ialah HIDUNG & MATA
HA
Huruf HA ini waktu ASAR. Nabinya Nabi Yunus a.s Cahayanya
Hijau Kuning. Malikatnya MIKAIL. Sahabatnya pula ialah Omar.
Keluar dari huruf HA ini empat rakaat yakni API AIR ANGIn
TANAH. Istanayna pada LIMPA Nafsu Jasmani. Kenyataan pada
kita ialah BAHU & DADA.

MIM
Huruf MIM itu waktunya MAGHRIB . nabinya ialah Nabi MUSA.
Cahayanya MERAH HITAM. Malikatnya ISHDAH & WAHIDIAH.
Istananya PARU PARU Nafsunya Nafsu Haiwan. Kenyataan pada
kita ialah MATA ( Cahayanya )

DAL
Huruf DAL itu waktu ISYA Nabinya Nabi NUH. Cahayanya HIJAU
HITAM. Malikatnya IZRAFIL. Sahabatnya ALI. Keluar dari huruf
DAL itu 4 rakaat kerana Tajalli Tuhan DI WADI MANI
MANIKAM. Istananya HEMPEDU dari bawah lidah hingga
keteklinga. Kenyataan pada kita ialah TAPAK KAKI.
Nota Fakir :Saudara pembaca , fakir minta maaf kerana tidak dapat
menjelaskan penjelasan di atas kerana fakir tidak faham.
Barangkali mengikut ILMU TETENTU waktu waktu solat ada
kaitan dengan kalimah ALHAMDU ini kerana Allah jua.
Bagi saudara pembaca yang ada mempelajari perkara ini eloklah
beri penjelasan melalui Ruangan KOMEN Entri ini untuk
pemahaman mereka mereka yang tidak faham termasuk fakir .
Tq.
TEMPAT ZIKIR PADA TUBUH
ZIKIR QALBI
Dua jari bawah susu kiri = QALBI = HATI

ZIKIR RUH
Dua jari bawah susu kanan = RUH = NYAWA
ZIKIR SIRR
Dua jari bawah susu kiri = SIRR = RAHSIA
ZIKIR KHOFI
Dua jari atas susu kanan = KHOFI = TERSEMBUNYI
ZIKIR AKHFA
Ditengah dada = AKHFA = TERLEBIH SEMBUNYI
ZIKIR NAFAS
Antara 2 kening meliputi sekalian kepala
ZIKIR KHALIAH
Di ubun ubun meliputi sekalian jasad
20 SIFAT DIDALAM DIRI
1 WUJUD
Badan Insan SIFATKU mula jadi menanggung didalam dunia
2 KIDAM
RUH JASMANI kulitku mula jadi meliputi sekalian alam
3 BAQA
RUHANI dagingku mula jadi menanggung RAHSIA didalam DIRI

4 MUKHALAFATUHU LIL HAWADITH


RUH NIBATI darahku mula menjadi meliputi Alam Sendiri
5 BINAFSIHI
RUH INSAN nafasku mula jadi berjalan ucapan didalam DIRI
6 WAHDANIAT
RUH RABBANI hatiku asal mula jadi TAHU didalam DIRI
7 KUDRAT
RUH QUDUS urat putihku yang tidak berdarah berjalan setiap
dalam DIRI-ku
8 IRADAT
RUH KAHFI tulangku asal mula jadi menguatkan Alam Sendiri
9 ILMU
RUH IDHAFI benihku asal mula jadi YANG NYATA didalam CERMIN
HAQ
10 HAYAT
RUH NURANI uratku yang meliputi didalam tubuh aku yang hidup
alam sendiri.
11 SAMA
BESI KURSANI pendengaranku asal semula jadi

12 BASAR
PANCARAN MANIKAM kalam aku berkata-kata dengan sendiri
13 KALAM
RUH MANIKAM menzahirkan perkataan didalam dunia
14 QADIRUN
WUJUD MANIKAM tali Ruhku KUNHI ZAT dengan Sifatku
15 MURIDUN
ILMU ALLAH badanku asal mula jadi KALIMAH didalam diriku
16 ALIMUN
DARJAT ALLAH kebesaranku asal mula jadi duduk didalam otak
yang putih
17 HAIYUN
Amalan terlebih suci ialah amalan Kalimah Aku asal mula jadi
alam diriku
18 SAMIUN
Bersama ZAT & SIFAT WAHDAH didalam Kalimah iman diriku

19 BASIRUN
RAHSIA NYAWA dengan BADANWAHIDAH bersamalah Zat dengan
badan tidak bercerai dunia akhirat

20 MUTAKALLIMUN
Ghaib didalam Kabah Ghaib aku didalam Kabah Kaca Arasy
yang putih titik didalam Kalimah.
AWALUDDIN MAKRIFATULLAH
Permulaan agama mestilah MENGENAL ALLAH.
Firman allah :Ya Muhammad kenalkanlah DIRI kamu sebelum kamu Mengenal
Aku dan sebenar-benar kenal Diri kamu ialah Engakau Kenal Aku
Allah juga Berfirman :Ya Muhammad Aku jadikan baharu alam ini kerana Engkau dan
Aku jadikan engkau kerana Aku. Maka engkau inilah sebenarbenarnya RAHSIA AKU.
Dengan ini bererti kita mesti berpegang kepada pokok
kesimpulan RAHSIANYA itu yakni kita mesti betul betul kepada
pengertian dan pemahaman RahsiaNya itu dengan terang dan
jelas. Marilah kita renungi Firman Firman Allah saperti berikut :Aku tidak memandang kepada rupamu yang
cantik...pengetahuanmu yang banyak jika kamu tidak Mengenal
Aku maka sia sia sajalah amal kebajikan serta solat kamu yakni
umpama debu yang berterbangan diudara ditiup angin
Engkau itu Aku dan Aku itu engkau
Oleh itu saudaraku sekalian kamu tuntutlah betul betul dan
pelajarilah dengan sungguh sungguh serta kajilah dengan
mendalam agar kamu DAPAT MENGENAL ALLAH dengan sebanar-

benarnya. Mudah-mudahan Allah akan mengangkat Darjat kamu


menjadi AHLI SUFI dan WALINYA.
Sebanyak manapun kitab kita baca, kaji dan pelajari INTIPATI
yang perlu kita dapat dan perolehi hanya EMPAT ( 4 ) PERKARA
sahaja yaitu perkara yang membolehkan amal ibadah kita
diterima dan diakui oleh Allah SWT. Perkara itu ialah :Pertama
Mengenal Allah dengan sebenar-benar pengenalan dengan bukti
yang terang dan jelas.
Kedua
sentiasa dalam TUBUH ALLAH dengan bukti yang terang dan
jelas juga.
Ketiga
sentiasa mendengar SERUAN ALLAH juga dengan bukti yang
jelas dan terang.
Keempat
Datang dari Allah kembali kepada Allah dengan pedoman yang
sebenar-benarnya terang dengan bukti yang jelas.
Sesungguhnya keputusan perkara perkara diatas, nampaknya
senang dibaca tetapi tiap tiap satu perkara diatas bukanlah
mudah diperolehi pemahaman dan pegangan keimanannya
walaupun kita telah membaca mengkaji banyak buku, berguru
dengan ramai guru, jika kita tidak menemui / ditemukan dengan
buku buku dan guru guru yang benar benar dapat memberi
petunjuk untuk pemahaman kita secra terang dan jelas.

RAHSIA DIDALAM DIRI


Inilah pada menyatakan bahawa didalam badan manusia itu
EMPAT BAHAGI yaitu :NAFAS
ANPAS
TANAPAS
NUPUS
Sesungguhnya bagaimana rupa jasmani begitu jugalah rupa
NYAWA.
Manakala Nyawa itu adalah NAFAS dan TANAPAS itu saperti
ANPAS. Maka keempat itu berperingkat sampai kepada NUPUS
dan Nupus itu saperti rupa ZAT manakala Zat itu saperti rupa
SIFAT dan Sifat itu saperti rupa ASMA dan Asma itu saperti rupa
AFAL.
Dan perkara diatas diakui oleh Allah saperti FirmanNya melalui
Hadith Qudsi :QA LAL LAH HU TAALA - AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHI SI
FATI ILLA KHAIRI LIL LAH
Insan itu rahsiaKu dan Aku rahsianya. SifatKu itu Sifatnya tiada
ada daripadaku melainkan Allah Taala
Barangsiapa mengenal akan BADANnya ia mengenal akan
NYAWAnya. Barangsiapa mengenal akan nyawanya ia akan
mengenal akan SIRRnya Barangsiapa mengenal akan Sirrnya
akan mengenal akan TUHANnya yang qadim adanya.
Ketahuilah olehmu wahai talib YANG KELUAR itu bernama
NAFAS dan yang dinamai ANPAS itu gerak dari hidung sampai
kebawah leher. Dan yang dinamai TANAPAS itu gerak dari bawah

leher sampai ke hati. Yang dinamai NUPUS itu didalam Hati.


Itulah HAKIKAT NYAWA.
WUJUD
WUJU DU KA ZAHRU WALA YUQA MU BI HI ZAHBU
Barangsiapa mengadakan DUA WUJUD jadi SYIRIK
ANA WUJU DA HU
Ada kita dengan DIA
WA NAF SUHU
Ada DIA dengan sendirinya.
Adapun WUJUD itu AIN ZAT artinya kenyataan kerana lafaznya
dibaca itu wujud maknanya ZAT. Ini adalah kerana Wujud itu ADA.
Maka yang ADA itu ZAT. Maka tiada diperoleh dengan lafaz yang
lain daripada Wujud itu kerana wujudnya itu menyatakan Zatnya.
Maka disebabkan itu dikatakan AIN ZAT namanya.
Adapun Wujud itu artinya ADA. Apa yang dikatakan itu ada.
Yang dikatakan itu ialah ZAT.
Adapun Wujud ini ditilikkan pihak lafaznya SIFAT dan jika ditilik
pada maananya ZAT dan apa yang dikatakan lafaz itu kerana
bacaan itu Wujud ada ZAT. Inilah maananya.
Adapun WUJUD DIRI SENDIRI berdiri dengan ZAT. Apa sebab
dikatakan Wujud itu berdiri dengan Zat ? Sebab lafaz wujud itu
ada manakala yang ADA itu ialah ZAT.

PERINGATAN TENTANG SEMBAHYANG

Barangsiapa menyembah NAMA TANPA MAANA bahawasanya ia


KUFUR
Barangsiapa menyembah MAANA TANPA NAMA bahawasanya ia
MUNAFIK
Barangsiapa menyembah NAMA DAN MAANA dengan HAKIKAT
MAKRIFAT mereka itulah MUKMIN sabenar benarnya t
Barangsiapa meninggalkan NAMA DAN MAANA bahawasanya
mereka itulah ARIFBILLAH
Solah Daim itu ialah solah tanpa huruf tanpa suara tanpa apa
apa perbuatan. Ianya ialah kerja HAYAT atau kerja HIDUP. Yang
Hidup itu ialah NURULLAH atau Nur Muhammad yakni Nyawa.
PENGERTIAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD MUSTAFFA
RASULLULLAH

NABI
Adapun Tubuh Nabi Muhammad itu yang zahir ialah AFAL
daripada ZAT
Adapun nyawa Nabi Muhammad itu SIFAT daripada ZAT ALLAH.
SIFAT
Adapun SIFAT itu NYAWA kepada Muhammad
MUSTAFFA - Adapun hati Mustaffa itu ASMA daripada ZAT
ALLAH.
ASMA
Adapun ASMA itu Nama NamaNya.

AFAL
Adapun AFAL itu Tubuh Nabi namanya AFAL.
RASULLULLAH - Adapun Rasullullah itulah SIRR daripada ZAT
ALLAH SWT.
ZAT
Adapun ZAT itu TUHAN, Rahsia pada Nabi, Cahaya Ilmu Kalam SIRRULLAH namanya.
Inilah kita bertuhan pada Allah dengan 4 syarat yakni :Pertama ZAT ALLAH itu Tuhan pada kita
Kedua SIFAT ALLAH itu NYAWA pada kita
Ketiga ASMA ALLAH itu HATI pada kita
Keempat AFAL ALLAH itu TUBUH pada kita.
Dan TAJALLI Afal Allah pada Tubuh kita dan Tajalli Asma Allah
pada Hati kita dan Tajalli Sifat Allah pada Nyawa kita dan Tajalli
Zat Allah pada Sirr kita yakni sebenar-benarnya RAHSIA kita
adanya.
ASAL RUKUN 13 DIDALAM SOLAT.
Inilah asal Rukun 13 yang wajib diketahui dalam melakukan
Solat.
Adapun Rukun Solat itu datangnya daripada ALLAH BAPA dan
IBU.

DATANG DARIPADA ALLAH 5 PERKARA.

1
2
3
4
5

Niat
Nyawa
Wujud
Nafas
Afal

Yaitu didalam bentuk Merasa Mencium Menjamah Melihat &


Mendengar
DATANG DARIPADA BAPA 4 PERKARA
1
2
3
4

Tulang
Kuku
Rambut
Rupa

DATANG DARIPADA IBU 4 PERKARA


1
2
3
4

Darah
Daging
Otak
Lendir

Terhimpun menjadi 13 . maka jadilah Rukun 13 perkara


melakukan SOLAT setiap hari memulangkan sekalian HAKNYA
sebagai ISI AMANAH yang dipertaruhkan kepada kita.

YANG MATI YANG HILANG - YANG TINGGAL YANG PULANG


YANG MATI itu ada 6 perkara yakni Wujud Anggota Hawa
Nafsu Gerak & Diam.
YANG HILANG pula ada 4 perkara yakni Darah Daging Tulang
& Kulit

YANG TINGGAL itu ada 2 perkara yakni Iman & Taat


YANG PULANG ada satu sahaja yakni NYAWA. Pulang
keempunyanya keasalnya.
HENING QASAD TAQRID & TAYUN
HENING itu apa ?
Adapun HENING itu tiada dapat menyerupai dengan CAHAYA yang
lain. Adapun JERNIH itu apakala tertenung lantas 7 petala langit
dan 7 petala bumi.
Maka dalam cahaya yang HENING JERNIH itu yang terang
benderang itulah CAHAYA PUTIH SIFAT saperti terlebih putih
daripada kapas bersifat saperti SIFAT KITA.
Ada tanda pada DAHI kita tersurat NAMA ALLAH. Inilah RUH
NABI kita
Maka dalam ZIKIR ALLAH syaratnya terhapus sekalian diri
dengan keadaan diri kita yang kehambaan bagi RUH NABI saw
yang dikatakan sebenar-benar SIFAT ALLAH NUR MUHAMMAD
namanya.
Dan cahaya terang benderang hening jernih itulah CAHAYA ZAT
ALLAH adanya. Wallah Hu Alam.
QASAD
Adapun QASAD itu MENYATAKAN NIAT tiada huruf dan tiada
suara. Yang ada huruf dan suara BUKAN NIAT tetapi ADOM
( ADAM )

Adapun yang sebenar-benarnya NIAT yang tiada huruf dan tiada


suara itu ialah ZAT ALLAH. Inilah NIAT yang sebanar-benarnya.

Asal Niat dan tempat niat pada zahirnya ialah kita yang berniat
tetapi sebenarnya ialah TUHAN YANG MUTLAK yang bersifat
WAJIBUL WUJUD KHALIQ AL ALAM lagi ber-Sifat KAMIL
MUKAMIL.
TARID
Adapun TARID itu MENYATAKAN FARDHU. Yang sebenarbenarnya Fardhu itu ialah TAJALLI SIFAT ALLAH ertinya NYATA
SIFAT ALLAH itu NUR MUHAMMAD AIN SABITAH pun ia juga
namanya, UJUD IDHAFI dan INSAN pun ia juga. Inilah sebenarbenarnya FARDHU itu.
Asal Fardhu ialah RUH NABI MUHAMMAD saw tempat Tajalli
sekalian Ruh Adam itu.
Sebab dikatakan ASAL FARDHU yang sebenarnya kerana sekalian
nyawa itu tajalli daripada NUR MUHAMMAD saperti kata HADITH
QUDSI :ANA MINALLAH HU KUL LII SHAI IIN MINAN NUR yang
bermaksud
Daku daripada Allah manakala segala sesuatu atau cahaya alam
ini daripada cahayaku.
ANA MINALLAHU WAL ANBIYA ......( tidak jelas = fakir ) yang
bermaksud :Aku daripada Allah sekalian anbia daripada aku.
ANA MINALLAHU WAL MUKMINI NAA MIN NI
Aku daripada Allah dan segala / semua mukminin daripada aku

Inilah sebabnya dikatakan MUHAMMAD itu BAPA SEKALIAN RUH


dan ADAM itu BAPA SEKALIAN TUBUH / JASAD.
Inilah juga sebab kenapa dikatakan yang Fardhu PADA KITA ITU
NYAWA. Nyawa itu PEMERENTAH BADAN. Jika tidak digerak oleh
Nyawa tidak bergeraklah badan. Wallah hu Alam.
TAYUN
Adapun TAYUN itu menyatakan WAKTU Zuhur, Asar dan lain lain
lima waktu itu. Adapun yang sebenarnya NYATA AFAL ALLAH
SWT pada Jasad Adam yaitu Tubuh kita ialah ALAMM RUH YANG
KASAR. Itulah sebenarnya TAYUN yakni sebenar benar NYATA.
TAUHID TAKBIRATUL IHRAM ( TI )
Adapun syarat TI itu hendaklah HADIR MATA HATI SYAHADAT KE
ZAT ALLAH SWT.
Sebelum takbir kita NIATKAN didalam Hati yang kita
MEMULANGKAN SEKALIAN PANCAINDERA yang dikurniakan
kepada kita ( kepada Allah = fakir ) Niatnya ialah Tiada
pendengaranku hanya ia ( pendengaran Zat Allah ) tiada
penglihatanku hanya ia tiada huruf tiada suara hanya ia tiada
ciukmku hanya ia tiada gerak dan diamku hanya ia.
HAKIKAT ZAT AFAL HAKIKAT SOLAT
Adapun ertinya SOLAT sebenarnya YANG MENYEMBAH ITU
HAMBA, YANG DISEMBAH ITU TUHAN.
Yang menyembah itu FANA - yang disembah itu BAQA. Maka
sihamba PULANG KEPADA ADOMNYA. Maka KEKALLAH TUHAN
semata-mata pada SUHUD ( pandangan = fakir ) kita.

Yang Menyembah dan Yang Disembah pun ia juga. Yang memuji =


DIA Yang Dipuji pun DIA juga kerana Allah SWT Memuji DiriNya
sendiri melalui lidah makhlukNya ( Insan )
Maka hamba itu tetaplah FANA sebab ditilik sekalian keadaan
dirinya habis terpulang kepada Allah Ilmu, hayat, Kudrat,
Iradat, Sam, Basar, Kalam . Yang ada pada dirinya adalah SIFAT
ZAT ALLAH semata-mata.

Adapun Tuhan itu tiada diatas, tiada dibawah, tiada dihadapan,


tiada dibelakang tiada dikanan mahupun dikiri.
TIADA HAMBA TIADA TUHAN YANG WUJUD HANYA ZAT ALLAH
WAJIBUL WUJUD.
MEMULANGKAN AMANAH.
Hadith Qudsi yang bermaksud :1 TUKARKAN CAHAYA DIRIMU KEPADA CAHAYA TUHANMU
2 MATIKAN DIRI KAMU SEBELUM KAMU MATI
Adapun maksud MATIKAN itu ialah MEMULANGKAN AMANAH
ALLAH yang ditanggungkan kepada kita. Amanah Allah itu ialah
WUJUD KITA YANG KASAR ( Jasad ) dan Yang Menanggung
Amanah itu ialah WUJUD KITA YANG BATIN yakni Nyawa dan
YANG MENGAMANAHKAN itu ialah ZAT ALLAH.
Adapun SYARAT Memulangkan Amanah Allah itu ialah tatkala
kita mengatakan ALLAH itu tarik nafas kita dari dalam FUAD
hingga sampai kealam QUDDUS. Alam itu UBUn UBUN dan
makam KAB FUSAIN yaitu antara dua bulu kening.

Maka kita tahankan hingga kuat sekalian alam kita merasa


hapus wujud kita yang kasar kepada wujud kita yang batin
hapus wujud yang batin kepada ZAT SEMATA-MATA kepada suhud
kita.
Maka hapus dan karamlah sekalian SIFAT BASRIAH dalam lautan
BAHRUL QADIM hingga nyata Sifat laut semata-mata yaitu Laut
Alam Allah. Maka katakanlah ALLAH HU AKBAR . telah fana
sekalian kelakuan dan diri kita maka nyatalah BAQA keadaan
ZAT Tuhan semata-mata. Inilah dikatakan SUHUD sehingga
sampai kepada SALAM.
Adapun SUHUD itu ertinya PANDANG MATA HATI erti Mata Hati
ialah pengetahuan Nyawa. Alam Nyawa itulah sebenar-benarnya
IMAN.
Inilah SIRRULLAH yaitu cahaya Alam Ilmu ZAT ALLAH yang tiada
huruf tiada suara Wujud Mutlak yakni Wujud Zat Wajibul Wujud.
Dengan ini Jasad kita KAMIL dengan Nyawa kita dan Nyawa
Kamil Mukamil dengan ZAT ALLAH.

.
Salam para pembaca yang budiman. Semuga sehat selalu dan
terima kasih kerana sudi melawat lamanblog kerdil ini dan
membaca artikel artikel yang disiarkan.
Fakir perhatikan tarikh haribulan yang dicatatkan pada setiap
entri yang dipostkan terlewat sehari dari tarikh sebenar fakir
memasukkannya . Silap fakir sendiri kerana tidak tahu untuk
membetulkannya. Maklumlah dalam bab ini fakir kurang ilmu.
Asalkan dapat dicatatkan kira ok-lah pada fakir.
Entri yang diambil dari manuskrip bertajuk diatas hampir selesai.
Memang ada sedikit lagi tetapi ianya merupakan ulangan dari isi

kandungan yang telah diposkan . Jadi fakir memilih untuk tidak


memasukkannya.
Timbul hajat dihati ini untuk memasukkan artikel artikel yang
dipetik dari kitab kitab karangan MUHYIDDIN IBN ARABI selepas
ini untuk bacaan dan renungan kita bersama. Pada fakir kitab
kitab Ibn Arabi memang seronok dibaca berulang ulang kali
walaupun kekadang intipatinya susah juga untuk difahami.
Barangkali ramai daripada saudara semua sudahpun
membacanya dan barangkali juga ramai juga yang belum dan
ramai juga yang menganggap ajaran Ibn Arabi menyeleweng dari
Ilmu Agama Islam yang sebenarnya.
Selepas entri Tok Peramu ini selesai fakir akan postkan rencana
yang dipetik dari Kitab POHON KEWUJUDAN / EKSISTENSI
secara bersiri.............Terima kasih dan Salam Takzim dari...........

Fakirabdillah.
..................................................................................
MANUSKRIP TOK PERAMU....
DALIL NAQLI AYAT AL-QURAN
Telah ada Aku dalam dirimu betapa tidak kamu lihat ?
SIFAT MAANI & SIFAT MAKNUYAH
A DAERAH KITA MENGENAL DIRI YANG KASAR
ADAM = JASAD YANG KASAR
a. HIDUP Jasad dengan hidup Nyawa
b. TAHU Jasad dengan tahu Nyawa

c. BERKUASA Jasad dengan berkuasa Nyawa


d. BERKEHENDAK Jasad dengan kehendak Nyawa
e. MENDENGAR Jasad dengan mendengar Nyawa
f. MELIHAT Jasad dengan melihat Nyawa
g. BERKATA Jasad dengan berkata Nyawa
B DAERAH KITA MENGENAL DIRI KITA YANG BATIN
MUHAMMAD = NYAWA INSAN
a. HIDUP Nyawa dengan HAYAT Tuhan
b. TAHU Nyawa dengan ILMU Tuhan
c. BERKUASA Nyawa dengan KUDRAT Tuhan
d. MENDENGAR Nyawa dengan SAMA Tuhan
e. MELIHAT Nyawa dengan BASAR Tuhan
f. BERKEHENDAK Nyawa dengan IRADAT Tuhan
g. BERKATA Nyawa dengan KALAM Tuhan
PANDANG WUJUD YANG ESA PADA WUJUD YANG BANYAK
ZIKIRNYA HU ALLAH
Adapun Allah itu banyak namaNya kerana Nama Allah yang
menjadikan Alam dengan limpah Sifat Sifat diatas. Oleh itu Alam
ini ialah Hakikat ZAT YANG ESA.
DALIL DALIL AL-QURAN
WALLAH HU MUHITHU LIL ALAMIN
Adapun Allah itu MELIPUTI sekalian Alam
LA TATA HAR RAKU ZAR RATUN BI IZ NILLAH
Tiada bergerak sesuatu walau sebesar zahrah sekalian
melainkan dengan IZIn Allah
WA LA HAU LA WALA QUWWA TA ILLA BILLAH
Tiada DAYA UPAYA melainkan dengan KUDRAT Allah
FA IN NA MA TAL WAL LAU AF SII HIM WAJ JAHULLAH

Dimana kamu hadapkan wajahmu disitu Wajah Allah


Barang kamu pandang pada ini hingga sampai yang menjadikan
janganlah terhenti pandang kamu pada sekalian itu hingga
sampai kepada yang Menjadikan yaitu ZAT WAJIBUL WUJUD
Jika kamu pandang keadaan diri kamu hendaklah kamu pandang
dengan HAYAT Tuhanmu. Jika kamu pandang pengetahuanmu
hendaklah kamu pandang ILMU Allah. Apabila kamu pandang
kuasamu hendaklah kamu pandang KUDRAT Allah. Begitulah
seterusnya dengan pancaindera kamu dan Sifat Sifat MAANI
Allah yang lain.
Jika tidak demikian halnya sia sialah pandangan itu dan
DERHAKA kamu terhadap Tuhan kamu.

ALLAH AN - NIAT AHDAH WAHDAH WAHIDIAH


ALLAH Alif - Lam Lam- Ha

ALIF itu AHDIAH ZAT


LA TAAYUN pun ia SIRRULLAH pun ia juga. Inilah ASAL NIAT yang
tiada huruf dan tiada suara. Inilah USALLI SOLAT artinya Aku
Solat Sifatnya NAFSI WUJUD
Adapun ALIF itu dalil menyatakan FARDHU . Inilah maknanya ZAT
mertabat INSAN dan AHADIAH. Dengan kebesaran ALIF ini maka
jadilah LAM yakni dengan kebesaran dan kekayaan SIFAT ZAT
ertinya ESA pada pihak TANZIL.
LAM AWAL = ALIF DIATAS
Adapun ALIF DI-ATAS itu dalil menyatakan SIFAT huruf ALIF
diatas. Maka jadilah LAM AWAL maknanya SIFAT SEMATA-MATA

mertabatnya WAHDAH yakni TAAYUN AWAL ertinya NYATA YANG


PERTAMA yakni TAJALLI SIFAT ALLAH menjadi NUR MUHAMMAD
AIN SABITAH WUJUD IDHAFI INSAN KAMIL pun ia juaga
menanggung namaNya ALLAH. Inilah asal FARDHU yang
sebenarnya yakni SIFAT MAANI.
LAM AKHIR = ALIF DIBAWAH
Adapun Alif Di-bawah itu dalil menyatakan ASMANYA. Huruf Alif
dibawah menjadi LAM AKHIR maknanya ASMA mertabat
WAHIDIAH yang bernama ALLAH yakni TAAYUn THANI ertinya
NYATA YANG KEDUA maka Tajallilah RUH ADAM dengan
kebesaran , kelimpahan Ruh inilah menjadi Tubuh Adam daripada
huruf Alif Di-Atas.
Maka huruf ini maknanya Zat Alif Di-Atas maka jadilah LAM
AWAL maknanya Sifat Alif dibawah. Maka jadilah LAM AKHIR
maknanya ASMA ALIF didepan. Maka jadilah maknanya AFAL .
Maka 4 huruf itu empat Sifat Alif Lam Lam Ha

ALLAH HU AKBAR
ALLAH ( Alif Lam Lam Ha ) Empat Sifat
ALIF = ZAT
LAM AWAL = SIFAT
LAM AKHIR = ASMA
HA = AFAL
AKBAR ( Alif Kaf Ba Ra )
ALIF = KAHAR
KAF = JAMAL
BA = JALAL
RA = KAMAL

ALLAH = GHAIBUL GHUYUB


ALIF = LA TAAYUN = MERTABAT ZAT
LAM AWAL = TAAYUN AWAL = NUR MUHAMMAD = RUH
LAM AKHIR = TAAYUN THANI = MERTABAT ADAM = NYAWA
HA = MERTABAT TUBUH = JASAD
ZAT DIRI YSNG BERDIRI SENDIRI .Wujudnya di Alam LAHUT.
Zikirnya AH ( Alif Ha ) AH . Ilmunya KAMAL YAKIN
SIFAT DIRI DENGAN ZAT. Wujudnya Alam JABARUT. Zikirnya HU
HU. Ilmunya HAQ QUL YAKIN
ASMA DIRI YANG TERPERI. Wujudnya di Alam MALAKUT. Zikirnya
ALLAH 3 x . Ilmunya ILMU YAKIN
AFAL DIRI YANG TAJALLI. Wujudnya diAlam SAHADAH. Zikirnya
LA ILA HA ILLALLAH. Ilmunya ILMU YAKIN.
Jelaslah kewujudan itu sebagai PENZAHIRAN KEBESARAN
diriNya.
Dengan wujud itu terzahir pula segala KEINDAHAN JAMAL Allah
namanya. Lantas terzahir pulalah CAHAYANYA yang menerangi
segala Keindahan itu JALAL ALLAH namanya dengan
KEAGUNGAN itu sempurnalah sudah sebagai Kenyataan ALLA HU
AKBAR.
DARI ... Manuskrip ILMU & MAKRIFAT TOK GURU PERAMU ENTRI KEENAM BELAS ( 16 TERAKHIR. )
HAKIKAT FATIHAH................
Ia Menyatakan DIRI
BISMILLAH..............

Menjadi ia diriNya AR-RAHMAN itu Ya Muhammad , engkau jua


keadaan YA RAHIM itu. Ya Muhammad engkaulah kekasihKu.
Tiada yang lain.
ALHAMDULULLAH.......
Ya Muhammad yang membaca Fatihah itu Aku. Yang memuji itu
pun Aku. Alhamdulillah itu Ya Muhammad Solatmu ganti SolatKu
tempat memuji DiriKu sendiri.
RABBUL ALAMIN................
Rabbul Alamin itu Aku Tuhan Sekalian Alam.
AR RAHMAN AR RAHIM...........
Ya Muhammad yang membaca Ftihah itu Aku yang Memuji itu pun
Aku juga.
MALIKIYAU MID DIIN..............
Ya Muhammad Aku Raja Yang Maha Besar...engkaulah
kerajaannya.
IYYA KANA BUDU................
Ya Muhammad yang solat itu Aku. Aku memuji DiriKu Sendiri..
WA IYYA KAA NAS TAA IIN....
Ya Muhammad tiada kenyataanKu jika engkau tiada...
IH DI NAS SII RATAL MUSTAAQIM...
Ya Muhmammad Awal dan Akhir itu Aku

SIRATAL LAZI NA AN AM TA ALAI HIM..


Ya Muhammad sebab Aku sukakan engkau ialah engkau itu
kekasihKu.
GHAI RIL MAGHDU BI ALAI HIM..
Ya Muhammad Aku jadi Pemurah padamu kerana engkau itu
kekasihKu
WA LAD DHAL LIN...
Ya Muhammad jika tiada Aku maka tiadalah engkau..
AMIN..
Ya Muhammad Rahsiamu itu Rahsia Aku.
Yakni yang disembah itu tiada suatu juapun didalamnya
melainkan Tuhanku. Maka apabila Solat ghaiblah didalamnya .
Apabila ghaib ESA-lah ia dengan Tuhannya.
Yang Solat itu tiada dengan lafaz dan maknanya dengan citarasa
yang solat amat rapat kepada Zat Yang Esa dengan kata ALLA
HU AKBAR.
Maka barangsiapa masuk didalam Solat tiada SERAH Tubuh dan
Nyawa-nya maka kekallah Sifat dengan Tuhannya tiada
mengesakan dirinya dengan Tuhannya. Sabda Nabi saw :Tatkala kamu Takbiratul Ihram membuangkan lafaz dan makna
melainkan Wujud Mutlak semata-mata.

Anda mungkin juga menyukai