Anda di halaman 1dari 17

PERBADANAN HAL EHWAL BEKAS ANGKATAN TENTERA

KEM SUNGAI BULOH


47000 SUNGAI BULOH

SELANGOR

KERTAS PENERANGAN
INFORMATION SHEET
KOD DAN NAMA PROGRAM/ E- 011- 2: INDUSTRIAL ELECTRONIC TECHNICIAN PROGRAMS CODE AND
EQUIPMENT
NAME
TAHAP /LEVEL

DUA (2)

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI
/COMPETENCY UNIT NUM.
AND TITLE

E-011- 2 (M2) ONLINE PNEUMATIC SYSTEM


CHECKING

NO. DAN PERNYATAAN


AKTIVITI KERJA / WORK
ACTIVITIES NUM.AND
STATEMENT

03.05 Check Pneumatic Performance


06.02 Check Function Of Pneumatic System
06.03 Check Function Of Actuator

NO.KOD/CODE NO. NUM

E-011 - 2 /M02/P ( 2/3)

TAJUK / TITLE:

Muka : 1

Drp :17

PENGEDARAN UDARA MAMPAT KE DALAM SISTEM


PNEUMATIC

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai:

1. Terangkan jenis jenis dan prinsip Udara mampat dan pengedarannya


2. Terangkan pengering udara dan jenis-jenis pengering udara
3. Terangkan pengedaran udara

4. Nyatakan jenis dan prinsip penapisan didalam system penumatic


5. Terangkan tentang pelinciran dan pemampatan di dalam system
pneumatic

PENERANGAN / PENERANGAN:
Sebelum udara ini dibekalkan ke sistem pneumatik, ia terlebih dahulu
disalurkan ke Tangki Udara yang biasanya ditempatkan di dalam bengkel /
kilang berkenaan supaya mudah mengawasinya. Alat alat kawalan yang
perlu dilengkapkan dengan Tangki Udara ini ialah :i. Pengukur Tekanan Udara
ii. Injap Pelepas Udara
iii. Injap Kawalan Keselamatan
Membekal dan menyambungkan ketiga tiga alat di atas ini adalah
bertujuan untuk mendapatkan operasi pneumatik yang terkawal dengan
sempurna dan selamat. Terdapat juga alat alat tambahan lain yang
boleh disambungkan ke Pembekal Udara Mampat dan Tangki Udara
seperti Pengering dan Penyejuk Udara supaya hasil udaranya sebelum
dibekalkan ke litar sistem pneumatik menjadi lebih rapi dan sempurna.
Untuk mempastikan kesempurnaan keseluruhannya, sistem ini hendaklah
diselenggara mengikut jadual, arahan dan peraturannya seperti yang
ternyata di dalam Buku Panduan Pengguna.

UDARA MAMPAT DAN PENGEDARANNYA

Sesuatu pemampat udara (kompressor) akan menukar tenaga mekanikal


yang diperolehi daripada motor elektrik atau motor pembakaran kepada tenaga
supaya angin mampat.
Kompressor angin terbahagi kepada dua ketogari utama:1. Bertimbal balik, dan
2. Berputar.
Jenis-jenis pemampat yang utama di dalam ketogari ini ditunjukkan dalam
Rajah 1 di bawah

Displacement Compressor

Reciprocating

Piston

Rotary

Diaphragm

Vane

Rajah 1. Jenis kompressor utama yang digunakan untuk sistem


pneumatik.

Jenis Bertimbal Balik (Reciprocating)

a) Pemampat Udara Piston Seperingkat


Udara yang disedut ke dalam pada tekanan atmosfera dimampatkan
kepada tekanan yang dikehendaki dalam satu stroke. Arah gerakan piston ke
bawah menambahkan isipadu untuk menghasilkan tekanan rendah berbanding
dengan atmosfera, ini menyebabkan angin memasuki saluran injap (valve).
Bila tamatnya stroke, piston akan bergerak ke atas, saluran masuk injap
ditutup, apabila angin dimampat ia memaksa saluran injap membuka supaya
angin dipancut jauh ke dalam tangki penerima. Kompressor jenis ini pada
umumnya digunakan dalam sistem yang memerlukan had udara 3-7 bar.

Rajah 2. Pemampat Udara piston seperingkat.

b) Pemampat Udara Piston Dua-peringkat


Dalam kompressor seperingkat, apabila angin dimampat lebih 6 bar, haba
berlebihan yang dikeluarkan akan menggunakan kerapian dengan banyak.
Dengan itu, piston kompressor yang lazim digunakan dalam industri adalah dua
3

jenis. Udara yang diambil pada tekanan atmosfera dimampat dalam kedua-dua
peringkat sehingga mendapat tekanan akhir.
Jika tekanan terakhir ialah 7 bar kebiasaannya peringkat pertama
memampat udara lebih kurang 3 bar, selepas itu disejukkan. Kemudian ia
dihantar di selinder peringkat kedua dan dimampatkan pada 7 bar. Angin
mampat memasuki peringkat kedua piston pada suhu yang agak berkurangan
selepas melalui penyejuk perantaraan, dengan itu membaiki kerapian berbanding
unit satu peringkat suhu muktamat yang dihantar mungkin juga berada lebih
kurang 120C.

Rajah 2. Pemampat Udara piston dua-peringkat.

c) Kompressor Diaphragm
Kompressor diaphragm membekalkan angin mampat sehingga 5 bar yang
bebas dari minyak dan dengan demikian digunakan dengan luas dalam industri
makanan, farmasi dan industri yang bersamaan. Diaphragm memberikan
perubahan dalam isipadu bekas. Ini membenarkan udara dimasukkan kepada
stroke bawah dan pemampatan berlaku pada stroke atas.

Rajah 3. Pemampat udara Diafragm.


4

Jenis Berputar (Rotary)


a) Kompressor Vane yang berputar secara bergilir.
Ia mempunyai pemasangan yang luar biasa, dan beberapa rangkaian vane
bergelincir dicelah-celah radial. Apabila rotor berputar, kuasa empar akan
menyentuh dinding stator dan juga ruang antara bilah yang bersebelahan akan
berkurangan dari ruang masuk udara ke ruang keluar udara, dengan itu angin
dimampat.
Pelinciran dan penutupan boleh dicapai dengan memasukkan minyak
kedalam aliran udara dekat dengan ruang masuk. Minyak itu bertindak sebagai
penyejuk untuk mengeluarkan sejumlah dari haba yang dihasilkan sewaktu
kemampatan, supaya menghadkan suhu penghantaran pada lebih kurang
kepada 190C.

Rajah 4. Pemampat udara vane

b) Kompressor skrew
Dua sifat sprial rotor, berputar dalam arah yang bertentangan. Ruang
kosong antaranya berkurang secara putaran dalam isipadu dan ini
memampatkan angin yang terperangkap di antara rotor. Pelimpahan minyak
memberikan pelinciran dan penutupan antara dua skrew yang berputar. Pemisah
minyak mengeluarkan minyak ini dari ruang keluar udara.
Kadar aliran penerusan yang tinggi adalah lebih daripada 400 m 3/min
diperolehi pada tekanan sehingga 10 bar daripada mesin-mesin ini. Kompressor
skrew banyak digunakan dalam industri baru. Kompressor skrew mempunyai
paras getaran dan bisingan yang rendah.

Rajah 5. Pemampat udara skrew (prinsip)


PENGERING UDARA (AIR DRYERS)

Aftercooler menyejukkan udara di dalam 10 - 15C daripada media sejuk.


Unsur-unsur kawalan dan operasi sistem pneumatik, biasanya berada dalam
suhu persekitaraan (anggaran 20C ). Ini akan mengsyorkan bahawa tiada
pengentalan yang lebih terjadi, dan baki kelembapan dikeluarkan, dengan udara
eksos dilepaskan ke atmosfera. Bagaimanapun suhu yang keluar dari
aftercooler, mungkin lebih tinggi dari suhu persekitaraan, melalui paip, contohnya
pada waktu malam. Situasi ini lebih menyejukkan angin mampat, ini
mengentalkan lebih wap kepada air.

Sukatan yang digunakan dalam pengeringan udara, ialah mengurangkan


dew point, yang mana adalah suhu dibasahkan sepenuhnya dengan
kelembapan yang bertakung dalam angin mampat yang berkurangan. Terdapat
tiga jenis pengering (dryer) iaitu jenis proses:-

1. Absorption Air Dryer.


2. Adsorption Air Dryer.
3. Refrigerant Air Dryer.

1) Pengering Absorption
Angin mampat dipaksa melalui agen pengering sebagai kapur dehidrat atau
magnesium klorid yang berada dalam bentuk pepejal, lithium klorid atau kalsium
klorid yang bertindak dengan kelembapan untuk menjadi cecair yang dikeluarkan
dari dasar bekas.
6

Agen pengering mestilah ditambah pada masa-masa tertentu. Kelebihan


yang utama untuk cara ini adalah kerana kos permulaannya dan pengendalian
yang rendah, tetapi suhu inlet mestilah tidak melebihi 30C, kimia terjadi adalah
sangat mengaratkan dan memerlukan penapis untuk mengelakkan karat kabus
yang halus dibawa masuk ke sistem pneumatik.

Rajah 6. Prinsip pengering jenis absorption


2) Pengering Adsorption

Kandungan kimia dalam bentuk butir seumpama jel silika aluminia disimpan
dalam bekas yang tegak, untuk menyerap kelembapan dengan cara fizikal,
daripada angin mampat yang melaluinya. Agen pengering ia dijanakan semula
dengan menggunakan aliran udara yang telah dikeringkan dahulu.

Angin mampat yang basah dibekalkan melalui directional valve dan juga
melalui butir kimia seperti dikolum 1. Angin yang kering mengalir keluar melalui
outlet port. Sebanyak 10 20% daripada udara kering melalui orifis 02 dan
kolum 2 pada arah yang berlawanan, untuk menyerap balik kelembapan
daripada kimia butir untuk perjalanan semula. Angin yang digunakan untuk
menjana semula ini dikeluarkan melalui eksos.

DCV dipasang dengan timer supaya bekalan angin dibenarkan masuk ke


dalam kolum 01 dan dijana semula di dalam kolum 02 dari masa ke semasa
untuk membekalkan angin kering yang berterusan.

Titik dew yang agak rendah boleh diperolehi dengan cara ini. Petunjuk
warna boleh dimasukkan ke dalam butir kimia ini untuk mengawas darjah
kepekatan. Micro-filter di sebelah outlet pada pengering diperlukan untuk
mengelak daripada membawa balik habuk yang diserap. Kos permulaan dan
operasi adalah tinggi, tetapi kos penyelenggaraan adalah rendah.

Rajah 7. Prinsip kurang tahap kepanasan Pengering Udara Adsorption


3) Pengering Refrigerant
Pengering refrigerant adalah unit yang bercantum dengan satu litar
penyejuk dan dua pengering berbalas.
Penapis ini mesti mempunyai kejatuhan tekanan yang minima dan juga
mampu untuk mengeluarkan wap minyak daripada komponen untuk
mengelakkan daripada terjadinya emulsi dengan pengentalan di dalam paip. Ia
tidak mempunyai pembias untuk pengasingan air seperti di dalam standard
filter sebagaimana diterangkan dalam seksyen Rawatan angin. Auto-drain
yang dipasang sama sekali akan mengesyorkan, air yang dikumpulkan akan
dikeluarkan dengan tetap. Pada amnya, penapis ini adalah jenis Katrus yang
boleh ditukar dengan segera.

Rajah 8. Prinsip refrigerated air dry


PENGEDARAN UDARA (AIR DISTRIBUTION)
Pengedaran untuk udara utama adalah tetap, dan sistem pengedaran ini
membawa udara, kepada beberapa pengguna. Injap yang terpencil dipasang
untuk membahagikan seksyen angin utama, supaya dapat menghadkan
kawasan yang akan ditutup apabila penyelenggaraan atau membaiki akan
dibuat. Ada dua jenis rekabentuk iaitu:i) Litar Penamat Buntu (Dead End Line)

Rajah 9. Litar penamat buntu yang biasa

Untuk membantu pengaliran keluar, paip mestilah mempunyai kecondongan


lebih kurang 1 dalam 100 di dalam arah gerakan, dan pengalirannya mestilah
memadai. Pada jangka masa yang sesuai udara utama boleh dibawa balik
ketinggian yang asal, dengan pengaliran pada sudut yang rendah.
9

ii) Litar Lingkungan (Ring Main)

Rajah 10. Litar lingkungan yang biasa

Di dalam sistem lingkungan angin utama boleh dimasukkan melalui dua


belah kepada satu penggunaan tinggi. Ini akan mengurangkan tekanan.
Bagaimanapun, air dimasukkan di mana-mana arah yang dikehendaki atau
pengeluaran air yang cukup dengan auto-drain mesti dilengkapkan.

PENAPISAN (FILTER)

Semua udara atmosfera mengandungi habuk dan kelembapan. Selepas


mampatan, kelembapan dikentalkan keluar dari aftercooler dan penerima, tetapi
ada juga selebihnya dibawa balik ke dalam sistem. Lebih dari itu ada juga zarahzarah halus minyak karbon, skale paip dan jirim-jirim iaitu material pelekat yang
luruh yang menjadi bahan lekit. Semua ini akan menyebabkan kerosakan pada
komponen-komponen pneumatik dan memerlukan rawatan angin iaitu penapisan.

Penapis Piawai (Standard)


Penapis piawai mengandungi kombinasi pemisah air dan penapis, jika udara
belum dirawat sebelum ini, kuantiti air banyak bertakung. Penapis akan menapis
dan menakung balik jirim-jirim pepejal seperti habuk, karat dan sebagainya.
Pemisahan air akan berlaku apabila udara berputar dengan pantas,
disebabkan oleh deflector pada saluran masuk. Jirim berat seperti kotoran, air,
dan minyak dibuang keluar pada dinding mangkuk penapis disebabkan
hentaman sebelum menurun untuk bertakung di bawah. Kemudiannya cecair
bolehlah diparitkan melalui parit gabus yang manual ataupun perparitan
10

automatik. Dengan baffel plate terjadinya zon senyap di bawah pusaran udara, ia
mencegah cecair yang terpisah daripada memasuki semula arus udara.
Elemen penapis mengasingkan jirim-jirim habuk, karat dan minyak karbon,
boleh dikeluarkan dengan senang, boleh dibersihkan dan digunakan semula
beberapa kali sebelum perlu ditukar disebabkan oleh kejutan tekanan yang
melebihi. Mangkuk selalunya diperbuat dari polikarbonit. Untuk keselamatan, ia
mesti dilindungi dengan mangkuk yang dibuat dari bahan istimewa boleh
digunakan. Di mana mangkuk didedah daripada haba, percikan api dan lain-lain
mangkuk logam mesti digunakan.

Rajah 11. Penapis / pemisah air dengan automatik drain


Penapis Mikro

Pencemaran dari wap minyak boleh diatasi dengan menggunakan penapis


micro. Angin akan bergerak dari inlet ketengah-tengah katrus penapis, selepas
itu keluar melalui outlet. Elemen penapis mikro memerangkap habuk, manakala
wap minyak dan debu air ditukarkan kepada bahan cecair dengan tindakan
bercantum. Di dalam bahan penapis menjadi titisan di atas katrus penapis yang
dikumpulkan mangkuk.

11

Rajah 12. Penapis mikro

Aliran Penapis Utama

Rajah 13. Line filter yang biasa

Untuk menghindarkan pencemaran wap minyak dari pemampat udara dan


air dari udara, sebuah penapis yang besar mestilah dipasang selepas penerima.
Penapis ini mestilah mempunyai penurunan tekanan yang minimum dan
berkebolehan membuang wap minyak dari pemampat tekanan mengelakkan
perubahan perahan dengan pencairan dalam talian angin. Ia juga mestilah tidak
mempunyai pembiasan semasa pengasingan air. Dengan adanya atau
pemasangan auto drain, ini akan memastikan air yang terkumpul akan dibuang
secara tetap.
12

PENGATUR TEKANAN
Pengatur tekanan adalah diperlukan sebab pada tekanan lebih daripada
optima, kelusuhan yang cepat akan berlaku dengan pengeluaran yang kecil atau
tiada langsung. Tekanan udara yang sangat rendah tidaklah menjimatkan, sebab
ia memberi kecekapan rapian yang rendah.

Standard Regulator
Pressure regulators boleh mempunyai binaan piston atau diaphragm, untuk
mengimbang tekanan keluaran bertentangan dengan daya spring yang boleh
dilaraskan. Tekanan sekunder ditetapkan dengan skrew pelarasan memuatkan
spring yang disediakan untuk memegang supaya injap dibuka, dengan itu
membenarkan aliran daripada inlet tekanan rendah p1 kepada outlet tekanan
menengah p2.
Apabila litar disambungkan ke outlet berada pada tekanan yang disediakan,
ia akan bertindak atas diaphragm, ia akan mengakibatkan satu kuasa
pengangkatan bertentangan dengan daya spring, diaphragm dan injap akan
dikurangkan, sehingga ia sesuai dengan kadar penggunaan. Jika udara tidak
digunakan, injap ini ditutup, jika tekanan meningkat, lebih dari nilai yang
disediakan disebabkan oleh:

Menyediakan regulator kepada tekanan saluran keluar yang rendah

Pembidasan luar yang terbaik daripada satu aktuator, diaphragm akan


dinaikkan untuk membuka kedudukan yang lapang supaya tekanan yang
melebihi boleh dikeluarkan melalui lubang di dalam penutup badan
regulator.

atau

Rajah 14. Prinsip pressure regulator

13

Dengan kadar pengaliran yang tinggi, injap akan dibuka dengan luas. Springnya
akan dipanjangkan dan dengan demikian menjadi lemah dan tekanan p2 atas
kawasan diaphragm dan spring akan berlaku pada tahap rendah. Masalah ini
boleh dibetulkan dengan mencipta satu bekas ketiga yang dipasangkan kepada
rangkaian keluar. Di dalam rangkaian ini, kelajuan aliran adalah tinggi.
Sebagaimana yang diterangkan di seksyen 3. Tekanan statik adalah rendah. P3
sekarang berada pada tekanan statik yang rendah, bakinya dilemahkan pada
kadar aliran yang tinggi.

PELINCIRAN DAN PEMAMPATAN


Komponen-komponen pneumatik mestilah memerlukan pelinciran
berterusan untuk menentukan jangkahayatnya.

Lubricator Seimbang
Dalam lubricator (seimbang), kejatuhan tekanan di antara saluran masuk
dan saluran keluar, ialah seimbang secara terus kepada kadar aliran dihasilkan,
dan menaikkan minyak daripada mangkuk ke dalam sight feed dome. Dengan
saiz yang ditentukan, untuk kadar aliran yang dinaikkan dengan banyak, akan
menghasilkan kejatuhan tekanan yang berlebihan, dan mengeluarkan
percampuran udara/minyak, yang telah mempunyai minyak yang banyak
membanjiri sistem pneumatik.
Sebaliknya, kadar aliran yang berkurangan, tidak mungkin menghasilkan
kejatuhan tekanan yang cukup, keputusannya ialah campuran yang agak nipis.
Untuk yang memasuki pada (A) mengikut cara mengalir atas damper vane
kepada saluran keluar dan juga memasuki mangkuk lubricator, melalui ujian
injap. Apabila tiada pengaliran, tekanan yang sama berada di atas permukaan
minyak di dalam mangkuk, di dalam tiub minyak, dan sight feed dome, akibatnya
ada pergerakan pada minyak. Apabila udara mengalir melalui unit, penyekat
damper vane, menyebabkan kejatuhan tekanan di antara saluran masuk dan
saluran keluar. Dengan pengaliran yang tinggi, kejatuhan tekanan berlebihan.
Dengan itu sight feed dome disambungkan dengan lubang cipilati, kepada
zon tekanan yang rendah sebaik sahaja selepas damper vane, tekanan di dalam
dome, adalah lebih kurang daripada yang berada dalam mangkuk. Perbezaan
14

tekanan menolak minyak atas tiub, melalui ujian injap minyak, regulator aliran ke
dalam dome.
Sebaik sahaja di dalam dome, minyak menyerap melalui lubang kapilari, ke
dalam aliran udara yang utama, di dalam kawasan kelajuan yang tertinggi minyak
dipecahkan kepada jirim-jirim yang sangat kecil diatomkan dan dicampurkan
secara sejenis, oleh kerusuhan di dalam pusaran angin yang dijadikan oleh
damper vane.
Damper vane diperbuat daripada bahan yang sesuai untuk membenarkan ia
membengkok apabila aliran ditambah, membesarkan perjalanan untuk
menyesuaikan kejatuhan tekanan secara automatik dan menyelenggarakan
campuran yang tetap keseluruhannya.
Regulator akan membenarkan penyesuaian pada kuantiti minyak untuk
kejatuhan tekanan yang diberikan. Check valve untuk minyak menahankan
minyak di dalam bahagian atas tiub, jika aliran udara diberhentikan untuk
sementara. Check valve udara, membenarkan unit diisikan dengan tidak
memutuskan bekalan udara. Kadar penyuapan aliran minyak bergantung kepada
syarat-syarat kegunaan tetapi cara umum ialah dengan membenarkan satu atau
dua titisan sekitar pada mesin. Minyak mineral tulin yang mempunyai kelikatan
32 centi-strokes.

Rajah 15. Propotional lubricator

15

Unit F.R.L. (Filter, Regulator, Lubricator)


Filter modular, regulator tekanan angin dan elemen lubricator boleh
dijadikan satu unit servis dengan menggunakan spacer dan pengepit. Aksesori
lain boleh dipasang dengan mudah dalam rekaan baru.
Pemasangan dan saiz.
Unit yang digabungkan mesti disaizkan sekali lagi, untuk kadar aliran sistem
yang maksima maklumat pada amnya diberikan oleh pembuat atau pengeluar.

Rajah 16. Unit FLR jenis modular

16

SOALAN /QUESTION:
1. Apa yang di katakana pelinciran dan pemampatan
2. Lukiskan gambar bagi proportional lubricator
3. Apa yang di katakana penapis dan senaraikan jenis-jenis penapis yang
digunakan di dalam system pneumatic

RUJUKAN / REFERENCE:
1. Bolton, W. (1997). Pneumatic and hydraulic systems. Oxford: ButterworthHeinemann
2. Espito, A. (1994), Fluid power with application, Englewood Cliff, N.J: PrenticeHall
3. Pair, A. (1999), Hydraulics and pneumatics: a technician and engineer guide,
Oxford: Butterworth-Heinemann
4. Pease, Dudley A. (1987) Basic fluid power, 2nd Edn, Englewood Cliff, N.J:
Prentice-Hall
5. Stewart Harry L. (1987), Pneumatic and hydraulic, 4th Edn, New York:
Macmillan
6. 1991. Pneumatic Technology ~ International Traning. SMC Pneumatics (UK)
Ltd.
7. P. Croser. 1989. Pneumatics~Basic Level TP101 FESTO DIDACTIC.
8. P. Croser, J. Thomson. 1991. Electro-Pneumatics ~ Basic Level TP 201
FESTO DIDACTIC.
9. J.P. Hasebrink, R. Kobler. 1978/1989. Fundamental Of Pneumatic Control
Engineering. FESTO DIDACTIC

17

Anda mungkin juga menyukai