Anda di halaman 1dari 1

BERITA HARIAN

Beliau berkata, budaya memilih bahan bacaan tertentu tanpa berminat untuk membaca bahan ilmiah lain
bakal merencatkan usaha menyemai semangat suka membaca sebagaimana masyarakat di Jepun dan
Perancis yang menjadikan budaya membaca sebagai 'santapan jiwa' yang wajib dilaksanakan.
"Tidak salah sekiranya seseorang itu minat membaca komik misalnya, tetapi cuba untuk baca bahan
bacaan lain seperti surat khabar agar keupayaan kita untuk berfikir secara meluas dan kritikal tidak
terbatas," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Mengikut laporan statistik Perpustakaan Negara pada tahun 2010, purata buku yang dibaca oleh seorang
rakyat Malaysia hanyalah dua hingga lapan buku setahun.
Mengulas lanjut, Abdul Jalil berkata sikap suka membaca yang lemah, bahan bacaan yang tidak relevan,
dan persekitaran yang tidak sesuai dilihat antara penyumbang utama kepada kegagalan dalam
melahirkan masyarakat Malaysia sebagai pembaca tegar.
"Faktor-faktor asas ini haruslah diambil kira secara serius agar segala kekangan dan kekurangan serta
permasalahan dalam mewujudkan masyarakat pembaca dapat diatasi segera.
"Jika daripada awal masyarakat kita terdiri daripada masyarakat pembaca tegar dan mempunyai
pembangunan minda yang kukuh, mereka akan berupaya menilai dan menyaring terlebih dahulu
lambakan informasi terutamanya dari media sosial, sebelum diterima kesahihannya," ujar Abdul Jalil.
Menjawab pertanyaan mengenai persepi 'ulat buku' atau pandangan pelik yang diberikan oleh
sesetengah masyarakat apabila terlihat individu sedang membaca di tempat awam, beliau berkata,
persepsi itu boleh diubah jika kesedaran terhadap amalan suka membaca dipertingkatkan.
"Masyarakat sekeliling memandang hairan kerana kesedaran membaca mereka masih lagi di tahap
rendah dan saya amat berharap agar pada suatu masa nanti kita akan dapat mengubah persepsi
masyarakat supaya memandang tinggi orang yang membaca di tempat-tempat awam seperti di dalam
tren, bas dan sebagainya," ujarnya.
Abdul Jalil turut menasihati semua lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa dan guru supaya mendidik
diri sendiri terlebih dahulu sebelum bertindak memupuk minat membaca pada orang lain agar ia menjadi
contoh dan teladan yang baik.
"Selain itu, cubalah peruntukkan masa yang sesuai dan mencukupi agar hasrat melahirkan masyarakat
pembaca yang tegar akan terlaksana peringkat demi peringkat," katanya.

Anda mungkin juga menyukai