Anda di halaman 1dari 46

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Kandungan

Muka surat
Senarai Kandungan

Sinopsis

iii

1.0

Pendahuluan

2.0

Definisi Didik Hibur

2.1

Ciri-Ciri Didik Hibur

3.0

Objektif Modul

4.0

Aktiviti Berdasarkan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan

5.0

6.0

7.0

Pembelajaran Bahasa Malaysia

4.1

Nyanyian

4.2

Bercerita

4.3

Berlakon

4.4

Berpuisi

Kemahiran Bahasa dalam Didik Hibur

11

5.1

Kemahiran Mendengar

11

5.2

Kemahiran Bertutur

12

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa


Malaysia

13

6.1

Aplikasi Nyanyian dalam Didik Hibur

13

6.2

Aplikasi Bercerita dalam Didik Hibur

15

6.3

Aplikasi Berlakon dalam Didik Hibur

16

6.4

Aplikasi Berpuisi dalam Didik Hibur

17

6.5

Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti

20

Penutup

23

Bibliografi

i
Lampiran 1 - Rancangan Persediaan Mengajar Aktiviti Didik Hibur
1

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

(a)

Nyanyian (TapakPpembelajaran VCD)

(b)

Bercerita

(c)

Berlakon

(d)

Berpuisi

Lampiran 2 - Contoh Bahan-bahan Sastera dalam Aktiviti Didik Hibur (VCD)


Biodata Penulis Modul

ii

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

SINOPSIS
Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia
Modul ini merupakan panduan untuk guru-guru dalam melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan pendekatan didik hibur. Didik hibur merupakan satu
pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan
berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen sastera
iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Oleh itu, keseronokan murid secara
total dalam mempelajari Bahasa Malaysia akan dapat direalisasikan secara
terancang dan bersistematik. Pendekatan ini digunakan bagi memudahkan murid
memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran
yang menyeronokkan.

Bahan sastera digunakan bertujuan untuk memperkembang

kekuatan imiginasi di samping mencungkil pemikiran kreatif serta kritis murid.


Kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur merupakan fokus utama dalam
pengaplikasian pendekatan ini.

iii

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

1.0

Pendahuluan

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru boleh menggunakan kreativiti


dan inovasi untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar aktiviti
lebih menarik. Justeru, pendekatan didik hibur diperkenalkan kepada muridmurid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu.
Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam
pengajaran Bahasa Malaysia bermula apabila kabinet membuat keputusan
pada 8 Julai 2009 bahawa PPSMI dimansuhkan dan mata pelajaran Sains
dan Matematik akan diajar semula dalam Bahasa Malaysia di sekolah
kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK)
Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.

Sehubungan dengan itu, Y.A.B

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merangkap Menteri
Pelajaran Malaysia telah

mengumumkan

strategi

untuk memartabatkan

bahasa Melayu (MBM) serta memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris (MBI)


di semua peringkat persekolahan.
Dalam usaha ini, kerajaan akan mula melaksanakan transformasi
kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah yang mana
akan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa dalam
kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan
holistik merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan
menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Di sekolah rendah,
kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur dan apresiasi
bahasa bagi merealisasikan hasrat transforamsi berkenaan.

Manakala di

peringkat sekolah menengah pula, transformasi kurikulum Bahasa Malaysia


akan

memberi penekanan

kepada

penghayatan

dan

apresiasi

aspek

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Kesusasteraan

Melayu. Kaedah pengajaran

akan

lebih

interaktif,

iaitu

berkonsepkan didik hibur supaya pengajarannya lebih mudah dihayati dan


difahami.
2.0

Definisi Didik Hibur


Kamus Dewan (2007 : 350) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan
hati-hati dan ajar. Manakala hibur mengikut takrifan Kamus Dewan (2007 : 530)
bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati.

2.1 Ciri-Ciri Didik Hibur


i. Sesi pembelajaran

yang menyeronokkan kerana mengandung

unsur estetik seperti nyanyian, cerita, lakonan, puisi, nilai murni,


kecindan dan sebagainya.
ii.

Kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau


menang dan penggunaannya menjurus aktiviti bahasa Malaysia.

iii.

Matlamat aktiviti didik hibur bukan betul atau salah, tetapi


penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan murid.

iv.

Aktiviti yang dicadangkan adalah bersahaja, santai dan berfokus


kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan. Ini penting agar
wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.

v.

Melalui aktiviti yang dijalankan (nyanyian, bercerita, berlakon dan


berpantun) murid bebas bersuara. Mereka boleh mengeluarkan
pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal dalam sesuatu
persembahan yang dirancang agar tambah menarik.

vi.

Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui


bahasa badan.

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Bahasa
komunikasi.

Ia

badan

adalah merupakan

sebahagian

daripada

proses

berperanan menunjukkan sebarang reaksi dalam perbualan

sama ada positif ataupun negatif. Ia membabitkan apa juga anggota badan
seperti

mata,

kening,

bibir, tangan ataupun lengan. Walau bagaimanapun

pengguna perlu beringat ketika melakukan gerak badan bagi mengelakkan


reaksi tidak selesa ketika berbual. Dalam konteks didik hibur, bahasa badan
merupakan bahasa gerak badan yang digunakan untuk meningkatkan
keberkesanan penyampaian ketika menjalankan aktiviti nyanyian, bercerita,
lakonan, dan berpantun dua kerat.
Kejayaan aktiviti didik hibur bergantung kepada dua elemen penting iaitu
faktor guru dan aktiviti yang dirancang.

Guru harus mempunyai perwatakan

yang menarik dan mempunyai unsur-unsur kecindan. Penguasaan bahasa yang


digunakan oleh guru hendaklah bersesuaian dengan tahap murid. Guru harus
berkebolehan melakonkan pelbagai watak, mempunyai kebolehan memberikan
arahan dengan tepat dan menarik juga mampu mengeluarkan pelbagai suara.
Dalam erti kata lain, guru merupakan seorang fasilitator yang fleksibel.
Manakala aktiviti yang dirancang pula, perlu disesuaikan dengan tahap
dan pengetahuan sedia ada murid yang diajar. Aktiviti yang disediakan adalah
aktiviti yang dapat memberikan ilmu dan keseronokan serta dalam tempoh masa
pelaksanaan yang sesuai.

Penekanan utama, aktiviti yang dirancang perlu

memberikan kepuasan kepada murid yang menyertainya dan penyertaan murid


adalah secara menyeluruh.

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

3.0

Objektif Modul
Modul Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Malaysia di sekolah rendah ini (mengikut sukatan KSSR) diharap dapat
membantu guru-guru Bahasa Malaysia merancang dan melaksanakan aktiviti
pengajaran

dan

pembelajaran

seperti

yang

diharapkan

dalam

objektif

Menyebut dan memahami seni kata lagu dengan jelas

melalui

pelaksanaan pendekatan didik hibur iaitu:


i.

persembahan nyanyian secara didik hibur;


ii.

Mengujarkan ayat dan dialog dengan sebutan dan intonasi yang


betul serta jelas menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui
penceritaan dan lakonan secara didik hibur; dan

iii.

Melafazkan dan memahami pantun dua kerat dengan intonasi yang


betul menggunakan bahasa badan yang indah secara didik hibur.

4.0

Aktiviti Berdasarkan Bahan Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Bahasa Malaysia
Didik

hibur

dilaksanakan

dalam

pengajaran

bahasa

Malaysia

dengan

berfokuskan kepada aktiviti nyanyian, bercerita, berlakon dan berpantun dengan


menggunakan bahan-bahan sastera sama ada bahan prosa ataupun bahan
puisi.
4.1

Nyanyian
Kamus Dewan (2007 : 1008) mentakrifkan nyanyian sebagai satu gubahan
muzik

yang dilagukan

dengan

suara. Kamarudin

Husin

(1998 : 246)

menyatakan aktiviti menyanyi sebagai satu aktiviti yang berlaku dalam


kehidupan sebenar dan boleh dibawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

lisan yang menarik.


Nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang disarankan dalam didik
hibur

yang

melibatkan perkembangan kreatif dan daya estetika. Aktiviti

nyanyian yang dirancang dapat menyumbang kepada proses perkembangan


murid-murid secara menyeluruh, meliputi perkembangan intelek, emosi, sosial
dan fizikal. Dua kemahiran yang ditekankan adalah aktiviti menyebut seni
kata lagu

dengan

jelas aktiviti memahami

seni

kata

lagu

melalui

persembahan nyanyian.
Dalam aktiviti ini, seni kata lagu digunakan.

Justeru, guru perlu

merancang persediaan aktiviti ini dengan rapi. Elak daripada memilih lagu yang
tidak mempunyai susunan kata yang betul dan salah dari segi tatabahasa. Lagu
juga mesti mempunyai melodi yang senang dipelajari dan diingati. Lagu yang
dipilih haruslah mempunyai kelajuan yang sederhana, iaitu tidak terlalu cepat
dan tidak terlalu lambat.

Sebaik-baik lagu yang dipilih itu hendaklah

mengandungi cerita seperti lagu Anak Rusa Nani, lagu Ayah dan Ibu atau lagu
Balik Kampung nyanyian Sudirman Haji Arshad.
Antara kelebihan aktiviti nyanyian adalah :
i.

Murid dapat belajar dalam susana menyeronokkan kerana

ii.

menyanyi adalah sesuatu yang menghiburkan.


Menyumbang kepada pelbagai aktiviti seperti bercerita, berlakon

iii.

dan berpuisi.
Membantu murid menguasai kosa kata, sebutan, intonasi, struktur

iv.

dan bentuk ayat.


Menjadi pengukuhan

yang

baik

dalam

aspek

kefahaman

berbahasa.
Apakah aktiviti selain nyanyian yang dapat djalankan dengan menggunakan

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

bahan senikata lagu?

Membaca seni kata lagu


Mencipta seni kata lain mengikut melodi yang sama
Melakonkan cerita dalam seni kata lagu
Menceritakan semula isi penting dalam lagu
Menyampaikan perasaan
Memberi maksud perkataan sukar
Menulis karangan pendek

Mestamu

4.2

Bercerita
Bercerita merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan
mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi khalayak.
Kamus Dewan (2007 : 273) mentakrifkan bercerita sebagai mengisahkan
sesuatu cerita, bercakap atau berbual.

Teknik bercerita amat menarik dan

berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran secara didik hibur kerana sifat
kanak-kanak yang suka mendengar cerita. Antaranya cerita binatang seperti
Sang Kancil yang Bijaksana, cerita jenaka seperti Pak Pandir dan sebagainya.
Menurut Koh Boh Boon (198 : 141-143) antara kebaikan aktiviti bercerita adalah
dapat :
i.

Membantu murid membina seberapa banyak kosa kata, ungkapan,


peribahasa yang berkesan sehingga mereka dapat menggunakan
kata-kata dalam ayat yang betul dan indah.

ii.

Menyuburkan daya imaginasi dan memupuk sifat kreatif dan kritis


dalam kalangan murid.

iii.

Dapat menanamkan rasa yakin terhadap diri sendiri.

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

iv.

Membaiki akhlak murid daripada cerita yang disampaikan kerana


wujudnya unsur-unsur teladan dan nilai-nilai murni.

Bagaimana memilih cerita yang menarik dan berkesan?

Mempunyai mesej pengajaran dan nilai-niali murni

Mempunyai tema, plot dan bahasa yang mudah difahami

Mempunyai banyak pengulangan perkataan, ayat-ayatnya pendek dan mempunyai


unsur bahasa yang indah dan halus.

Dapat memperkaya kosa kata dan merangsang minda untuk melahirkan idea yang
kreatif dan kritis

Mudah dihafal dan dapat disampaikan dalam jangka masa yang pendek

Jelas dan menarik pada gambar dan ilustrasi

Bersifat universal

Justeru, seorang guru yang ingin menggunakan aktiviti bercerita di bilik darjah,
perlu merancang aktiviti pengajaran yang menyeronokkan. Guru perlu memilih
dan menggunakan perkataan yang sesuai, berkebolehan melahirkan sesuatu
gaya, suara, mimik muka dan intonasi yang boleh memikat perhatian
pendengar. Di samping itu, guru juga harus membina ayat yang betul,
penggunaan kosa kata yang tepat, mudah dan menarik. Konklusinya, semua
elemen yang terdapat dalam bahasa lisan terutama dalam percakapan yang
natural, perlu diwujudkan semasa aktiviti bercerita.

Apakah aktiviti selain bercerita yang dapat djalankan dengan menggunakan teks

10

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

cerita / petikan bahan bergambar?

4.3

Berlakon
Main peranan
Teater pembaca
Teknik bercerita / Teater bercerita
Pertandingan bercerita
Mencipta sajak

Berlakon
Kamus Dewan Bahasa (2007 : 870) mentakrifkan berlakon sebagai bermain
atau berlagak dalam sandiwara (drama, wayang dll.), berpura-pura menunjukkan
sesuatu kelakuan. Lakonan merupakan aktiviti, atau pergerakan tubuh badan
atau segala bentuk perlakuan yang meliputi segala kegiatan hidup manusia.
Ia dilakukan

oleh

watak-watak

tertentu sebagai

mencerminkan

keadaan

sebenar, atau meniru cara dan bentuk kegiatan-kegiatan yang berlaku


dalam hidup masyarakat. Skrip cerita Nakhoda Tanggang atau Bawang Merah
Bawang Putih boleh dijadikan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah.
Antara kebaikan aktiviti berlakon adalah:
i.

Membolehkan murid-murid bertutur dengan gaya, suara, intonasi,

ii.

nada dan sebutan yang betul.


Melatih murid-murid berinteraksi

iii.

menyatakan perasaan, kehendak, pengalaman dan buah fikiran.


Melahirkan murid-murid yang mempunyai pemikiran kreatif dan

iv.

kritis.
Mengikis

perasaan

negatif

dengan

seperti

malu,

orang

tidak

lain

yakin

untuk

dan

sebagainya kepada nilai-nilai positif seperti berani dan yakin


berhadapan di khalayak ramai.

11

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Apakah aktiviti selain berlakon yang dapat djalankan dengan menggunakan skrip
lakonan / dialog?

4.4

Bercerita
Pantomin
Simulasi dan main peranan
Kerusi Panas
Balang Kaca
Improvisasi
Adaptasi
Menulis dialog / skrip drama

Berpuisi
Pantun merupakan salah suatu bentuk tradisi lisan yang masih wujud
sehingga kini. Pantun yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu tradisional
memperlihatkan pemikiran masyarakat yang menghasilkannya. Pantun juga
menggambarkan latar hidup dan penghayatan seni masyarakat Melayu dalam
zamannya.
Kamus Dewan, (2007 : 1301) pantun merupakan sejenis puisi lama
yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap yang mempunyai
pembayang dan maksud. Hashim Awang (1984) pula mentakrifkan pantun
sebagai sejenis puisi lama yang mengandung empat baris ayat atau
kalimat pada tiap-tiap rangkap. Tiap-tiap baris kalimat itu terdiri daripada
lapan, sembilan, sepuluh atau sebelas suku kata. Pada hujung tiap-tiap baris
mestilah ada persamaan bunyi atau rima. Bunyi akhir baris pertama mestilah
sama

dengan

baris ketiga

dan

baris kedua

bersamaan

dengan baris

keempat. Jadi rima pantun itu dikatakan berbentuk abab. Dalam pendekatan
didik hibur, pantun dua kerat seperti pantun budi, pantun teka teki dan

12

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

sebagainya boleh dijadikan bahan dalam pengajaran. Dalam pantun dua kerat,
baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud pantun.
Antara kelebihan berpantun adalah :
i.

Melatih murid peka kepada keindahan, kehalusan dan kesenian


bahasa yang terdapat dalam pantun dua kerat.

ii.

Melatih murid memahami dan mentafsir bahasa yang mengandungi


pelbagai makna dalam pantun dua kerat.

iii.

Melatih murid menghasilkan pantun dua kerat.

iv.

Membolehkan murid belajar dalam keadaan menyeronokkan


dengan santai dan berhibur.

Apakah aktiviti yang dapat dijalankan dengan menggunakan bahan pantun?

Membaca puisi dengan sebutan, gaya dan intonasi yang sesuai

Menyatakan pengajaran

Memberikan makna perkataan sukar

Melengkapkan baris

Mencipta pantun

Apakah aktiviti selain berpuisi yang dapat djalankan dengan menggunakan


pantun dua kerat?

13

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Bernyanyi

Bercerita

Berlakon

Mencipta sajak

Mestamu (menyanyikan sajak tanpa muzik)

Membuat lakaran

5.0

Kemahiran Bahasa dalam Didik Hibur


Kemahiran Bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan
menulis. Dalam pendekatan didik hibur, kemahiran lisan menjadi fokus utama.
Kemahiran lisan terdiri daripada dua elemen penting iaitu kemahiran medengar
dan bertutur.

5.1

Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merupakan keupayaan murid mendengar dengan teliti
memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta
dapat memberikan maklum balas.

Kemahiran mendengar melibatkan dua

peringkat kemahiran iaitu :


a.

b.

Menerima dan mmebezakan bunyi-bunyi yang hampir sama. Contoh :


i.

b p : bagi

pagi

ii.

b d : batang

datang

iii.

s t : kelas

kelat

iv.

g k : garang

karang

Memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat.

14

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

5.2

Kemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur merupakan keupayaan murid berbual untuk menjalin
hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang
kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan.
Penekanan diberikan

kepada

penggunaan pengucapan yang menggunakan

tatabahasa yang sesuai.


Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan
melibatkan

proses

mengeluarkan

mental

bunyi

yang

bahasa

yang

menggerakkan
bermakna.

alat

pertuturan

Setiap

individu

untuk
akan

menggunakan unsur-unsur prosodi dan cara paralinguistik semasa bertutur bagi


menguatkan maksud pertuturan. Unsur prosodi ialah intonasi, nada, tekanan,
sebutan dan jeda.

Manakala unsur paralinguistik ialah bahasa isyarat dan

pergerakan badan.
Aspek-aspek yang penting dalam kemahiran bertutur :
Sebutan
Tekanan
Mora (panjang pendek)
Jeda (persendian)
Intonasi
Nada
Tatabahasa
Kelancaran
Kefasihan
Laras Bahasa
Antara aktiviti dalam kemahiran lisan :

15

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Mangaitkan aksi dengan pertuturan


Menjawab soalan
Membina soalan berdasarkan bahan
Memberi arahan
Menerangkan gambar dan bahan grafik
Perbualan melalui telefon
Bernyanyi
Bercerita
Berlakon
Permainan Komunikatif
Perbahasan/forum/pidato/syarahan
Main peranan
Simulasi
Drama
Berpuisi dan sebagainya
6.0

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

6.1

Aplikasi Nyanyian dalam Didik Hibur


a. Prapersediaan
Guru harus memilih dan menentukan jenis lagu yang sesuai dengan murid dan
bertepatan dengan objektif pengajaran. Jika perlu, guru harus mengubah suai
atau menulis semula seni kata lagu tersebut mengikut kesesuaian. Antara contoh
lagu yang boleh digunakan seperti klip video lagu Tiga Kupang, lagu Wau Bulan,
lagu Anak Rusa Nani, klip video Surat Seorang Ibu, lagu Syurga di Bawah
Telapak Kaki Ibu dan lagu Balik Kampung.

16

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

b. Penyampaian
Guru harus menentukan elemen-elemen bahan untuk proses pengajaran dan
pembelajaran seperti gambar, kad arahan, tayangan video dan sebagainya.
Aktiviti juga perlu dirancang seperti mengedarkan seni kata lagu, meminta muridmurid mencari maksud atau membina ayat mudah daripada perkataan tersebut.
Kemudian meminta murid membaca senyap dan membuat latihan nyanyian lagu
dari baris ke baris sehingga seluruh perenggan itu diingat. Perhatian kepada
aspek sebutan dan intonasi wajar diambil kira.

Aktiviti seterusnya bolehlah

dilakukan dengan mengadaptasikan seni kata lagu tersebut kepada beberapa


aktiviti bahasa yang lain seperti bercerita, berlakon dan berpuisi termasuklah
tidak meninggalkan elemen tatabahasa.
Bagi kaedah mengajar nyanyian, guru boleh menggunakan lagu yang sedia ada
atau mencipta seni kata lagu lain. Di sini kaedah menyanyikan keseluruhan lagu
atau menyanyikan baris demi baris tanpa muzik boleh dilaksanakan.

Dalam

masa yang sama, murid akan diajar membaca seni kata lagu mengikut sebutan
dan intonasui yang betul.
c. Penutup
Guru menyanyikan lagu bersama-sama dengan murid. Bagi tujuan pengukuhan,
guru boleh menguji murid dengan aktiviti pengayaan dan pemulihan. Pada akhir
pengajaran, guru dan murid bersama-sama mengadakan sesi perbincangan
terhadap aktiviti yang telah dijalankan.

17

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

6.2

Aplikasi Bercerita dalam Didik Hibur


a. Prapersediaan
Guru perlu memberi penekanan kepada lima elemen penting sebelum
melaksanakan aktiviti bercerita iaitu pencerita, pendengar, tempat, masa dan
cerita. Guru perlu bijak memilih cerita yang sesuai dengan tahap murid. Cerita
mestilah yang menarik dan berkesan seperti mempunyai mesej, nilai dan
pengajaran, tema dan plot yang mudah dihafal serta bersifat universal. Antara
cerita yang boleh dipilih adalah seperti cerita binatang, cerita asal usul, cerita
adaptasi dan sebagainya.

Aktiviti

bercerita boleh dilaksanakan dengan

menggunakan alat atau tanpa alat. Aktiviti yang dicadangkan seperti aktiviti
menyanyikan cerita, aktiviti kerusi panas, improvisasi, pemaduan seni dan
sebagainya. Antara contoh cerita yang boleh dipilih seperti klip video cerita
binatang seperti cerita Sang Kancil yang Bijaksana, Musang Berbulu Ayam atau
klip video Burung Murai.
b. Penyampaian
Guru mesti memastikan sewaktu aktiviti berlangsung murid yang terlibat sebagai
pencerita dan pendengar tidak menghadapi masalah untuk memahami cerita
tersebut. Ini penting untuk memastikan kelancaran pertuturan dan kepelbagaian
suara dari segi nada, intonasi, tekanan tinggi rendah, panjang pendek dan
sebagainya.

Gerak geri, mimik muka dan bahasa badan mambantu cerita

disampaikan dengan jelas dan bermakna. Penggunaan bahan rangsangan


seperti gambar atau bahan media yang sesuai dapat menarik minat murid
terhadap keseluruhan jalan cerita. Guru juga perlu peka terhadap tema yang
hendak disampaikan kerana dapat membantu murid mengenalpasti plot, watak
dan moral cerita.

18

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

c. Penutup
Guru perlu memastikan cerita yang disampaikan perlu ada kesudahannya dan
mencapai objektif yang diharapkan. Penglibatan murid secara menyeluruh iaitu
kognitif dan psikomotor (secara lisan) akan dapat membantu murid membuat
pengukuhan dan penambahbaikan kepada rakan-rakan yang mengambil
bahagian dalam aktiviti bercerita. Aktiviti lain yang difikirkan sesuai boleh
dijalankan seperti mencipta lirik lagu atau sajak dan melagukannya secara
mestamu.
6.3

Aplikasi Berlakon dalam Didik Hibur


a. Prapersediaan
Guru memilih skrip lakonan yang sesuai dangan tahap murid yang akan
dilaksanakan dalam situasi bermain dan santai. Pelbagai jenis lakonan boleh
dipilih seperti lakonan spontan, lakonan bisu, lakonan nyanyian, lakonan boneka,
lakonan berdasarkan permainan ataupun lakonan berskrip. Seterusnya, guru
akan menjelaskan prosedur lakonan yang akan dijalankan.

Perbincangan

ringkas antara guru dan murid tentang isi, jalan cerita, watak dan cara
melakonkannya.

Guru akan memilih murid-murid dan diberikan peranan

tertentu. Antara contoh skrip lakonan yang boleh digunakan seperti skrip drama,
klip video Hati Limpa atau klip video Surat Seorang Ibu.

19

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

b. Penyampaian
Guru perlu memastikan murid-murid telah menghafal skrip masing-masing
dengan watak yang telah diberikan. Untuk menampakkan suasana lebih hidup,
guru perlu memikirkan prop atau kostum agar murid-murid dapat menghayati
watak masing-masing.

Di peringkat ini, beri kebebasan kepada murid-murid

berlakon di hadapan rakan-rakan mereka.


memberi ruang kepada murid

Sebagai fasilitator, guru harus

berdialog secara bebas dan melahirkan

pandangan mereka. Guru hanya membetulkan kesalahan murid selepas


persembahan lakonan kerana dibimbangi akan menggangu perjalanan lakonan
dan melemahkan semangat murid untuk terus berlakon.
c. Penutup
Selepas selesai berlakon, sesi perbincangan diadakan. Guru akan menyatakan
beberapa aspek kelemahan yang ketara semasa persembahan terutama dari
aspek bahasa, tutur kata, dan bahasa badan.

Begitu juga kekuatan seperti

bahasa badan yang kreatif serta ujaran dialog dengan sebutan dan intonasi yang
betul dan jelas. Perbincangan boleh dijalankan antara guru dan murid ataupun
murid dan murid. Sebagai pengukuhan, guru boleh meminta murid menjalankan
aktiviti dalam pelbagai kemahiran menulis seperti membuat karangan pendek,
luahan perasaan atau mencipta sajak.
6.4

Aplikasi Berpuisi dalam Didik Hibur (khusus pantun dua kerat)


a. Prapersediaan
Guru menerangkan maksud pantun dua kerat berserta contoh yang lazim
digunakan dalam masyarakat Melayu.

Di peringkat ini, perbincangan antara

guru dan murid diadakan untuk menerangkan tujuan penggunaan pantun

20

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

tersebut. Di samping itu, guru juga boleh menjelaskan tema dan kriteria pantun
dua kerat ini.

Rajah 1

21

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Rajah 2

Jeda

Rajah 3

TEMA

22

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Rajah 4

UNSUR/NILAI
MURNI
Antara tema pantun yang boleh dibincangkan adalah seperti pantun nasihat,
pantun budi, pantun kasih sayang, pantun jenaka dan sebagainya. Guru boleh
meminta murid mencari contoh pantun dua kerat ini melalui carian di internet,
buku serta majalah.
Jenis Pantun Dua Kerat
Pantun Budi

Contoh
Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh hendak lagi.

Pantun Kasih Sayang

Lain hulu lain parang,


Lain dulu lain sekarang.
Buah beluluk buah kepayang,
Dimakan mabuk dibuang sayang.

Pantun Nasihat

Tinggi rendah panjang lebar,


Pergi sekolah mesti belajar.
Lima enam tujuh lapan.
Kuat bersenam sihatkan badan.

Pantun Jenaka

Kayu lurus tengah ladang,


Kerbau kurus banyak tulang.

23

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Siakap senohong gelama ikan duri,


Bercakap bohong lama-lama mencuri.
Pantun Kiasan

Banyak udang banyak garam,


Banyak orang banyak ragam.
Sudah gaharu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.

Pantun Alam

Keli masuk ruan keluar,


Matahari masuk bulan keluar.
Kayu bongkok di balik tiang,
Ayam berkokok alamat nak siang.

b. Penyampaian
Pada peringkat ini, guru akan menunjuk cara (demonstrasi) untuk melafazkan
pantun dua kerat dengan gaya dan intonasi yang betul.

Murid-murid akan

melafazkan pantun tersebut beberapa kali mengikut gaya dan bahasa badan
masing-masing.

Aktiviti seterusnya mencari maksud pantun, mencari makna

sukar dan membina ayat menggunakan perkataan sendiri.


c. Penutup
Pada peringkat ini, guru dan murid akan berbincang tentang beberapa kesalahan
semasa sesi melafazkan pantun tersebut. Antara kesalahan yang ketara adalah
seperti melafazkan pantun dengan intonasi yang kurang tepat dan penggunaan
bahasa yang kurang indah.

24

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

6.2

Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti


Elemen

Bil.

Didik
Hibur

Aktiviti

Santai

Nyanyian

Bercerita

Mendengar

Mendengar

lagu,

pelbagai

Berlakon
Mendengar

Berpuisi
Mendengar

cerita pelbagai tema pelbagai

jenis

menyebut dan yang digemari

dalam

cerita dan tema pantun

memahami

yang

dua kerat

seni kata lagu

disampaikan

Seronok

Pelbagai

Pelbagai aktiviti Pelbagai

Pelbagai aktiviti

dan

aktiviti

bercerita secara aktiviti

berpantun

gembira

nyanyian dan hand on dengan lakonan


gerak badan

penggunaan

dan gerak

gerak badan

mimik

muka,

suara

dan

dan
badan

serta
penguasaan
bahasa indah

bahasa badan
3

Semanga
t

Improvisasi

ingin menghasilkan

mencuba

Mempunyai

Berpeluang

Improvisasi

keyakinan untuk memainkan

menghasilkan

kelainan

berhadapan

kelainan produk.

produk.

dengan

Contoh,

(rakan-rakan)

peranan

audien dalam

Contoh, lakaran.

pelbagai

mencipta lirik

watak

dan

lagu

menulis skrip

25

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Kreatif

Adaptasi

Mempelbagaika

Adaptasi

dan kritis

kepada

pelbagai

penyampaian

aktiviti.

mengikut situasi aktiviti.

Mempelbagaika

kaedah kepada

pelbagai

aktiviti.

Contoh,
mencipta

Contoh: sajak, cerita

Contoh,

pantun,

puisidra

mestamu,

pertandingan

arca.

berbalas pantun

Berani

Kolaborasi

dan aktif

guru

Kolaborasi guru Kolaborasi


dan dan

murid guru

Kolaborasi guru

dan dan

murid

murid

mewujudkan

murid

mewujudkan

mewujudkan

situasi

mewujudkan

situasi

situasi

pembelajaran

situasi

pembelajaran

pembelajaran

kondusif.

pembelajaran

kondusif.

kondusif.

kondusif.

26

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

7.0

Penutup
Pendekatan didik hibur atau edutainment ini adalah pendekatan

yang

diadaptasikan menerusi pendekatan Fun Learning yang digunakan secara


meluas

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran

Bahasa

Inggeris

yang

berkonsepkan santai dan berhibur. Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran


yang dijalankan di bilik darjah seperti nyanyian, bercerita, berlakon dan
berpantun, murid-murid bukan sahaja memperoleh ilmu, bahkan mendapat
keseronokkan. Guru-guru yang mengajar juga akan berusaha meningkatkan
kualiti mereka dari segi ilmu pedagogi untuk menyediakan suasana pengajaran
yang menarik melalui pelbagai kaedah. Penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi seperti perisian, e-mel dan laman web, pasti dapat membantu
menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat interaktif serta
menghiburkan.

Berburu ke padang datar,


Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jari.

Salam hormat
Norhayati bt Md Yatim
Pensyarah
Jabatan bahasa Melayu
IPG Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur

27

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Bibliografi
Abdul Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan
Publications Sdn. Bhd.
Abdul Ghalib Yunus.

(2001). Penggunaan Drama dalam Pengajaran Kemahiran

Mendengar dan Bertutur. Dewan Bahasa September : 14-20


Azizul Rahman Abd. Rahman. (2009).

Didik Hibur dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Melayu, Dewan Siswa (bonus) 10 : 2-3


Bahagian Pendidikan Guru. (1994). Buku Panduan Bercerita Pendidikan Prasekolah.
Kuala Lumpur : Delta
Boh Boon, Koh. (1989). Perspektif-Perspektif dalam Pengajaran Bahasa Melayu :
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
______________ (1981). Pengajaran Bahasa Malaysia.

Kuala Lumpur

Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.


Egan, Kieran. (1988). Teaching as Storytelling. Canada : Routledge.
Kamaruddin Hj. Husin. (1988). Pedagogi Bahasa. Kuala Lumpur : Longman Malaysia
Bhd.
________________

(1998) Pedagogi Bahasa : Perkaedahan. Kuala Lumpur :

Kumpulan Budiman Sdn Bhd.


_________________ (2001). Pendekatan Mengajar Bahasa.

Kuala Lumpur

Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.


Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu,
Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran KBSM, Bahasa Melayu,
Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Radiah Nordin & Maimunah Samat.

(1992).

Kemahiran Berbahasa KBSR Jilid 3.

Kemahiran Bertutur dalam Asas

Kuala Lumpur

Dewan Bahasa dan

Pustaka.

28

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Raminah HJ. Sabran & Rahim Syam.(1986) Kaedah pengajaran Bahasa Malaysia.
Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Sidang Penyusun Kamus Dewan (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Modul
Modul KPKI. (2006). Bercerita dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur : Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia
Modul KPKI. (2006).

Improvisasi dalam Ppengajaran dan Pembelajaran Bahasa

Melayu. Kuala Lumpur : Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia


Modul (2004). Pengajaran dan Pembelajaran Komsas Tingkatan 4 & 5. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka

Sumber Internet

http://jpmrajamelewar.blogspot.com/
http://akademik.kedah.edu.my/index.
http://www.bharian.com.my/
http://www.mkn.gov.my/v1/index.

29

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Lampiran 1 (a)
Rancangan Persedian Mengajar Aktiviti Didik Hibur - Nyanyian
(Lagu Balik Kampung dan Klip Video Hati Limpa)

Tajuk

Aktiviti Nyanyian (Sayang Ibu)

Objektif

Pada akhir pelajaran, diharap murid dapat menyebut dan


memahami seni kata lagu dengan jelas melalui persembahan
nyanyian secara didik hibur.

Aktiviti dan Kaedah : (Berdasarkan Video CD)

Video CD
TAPAK PEMBELAJARAN

30

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Bahan-bahan yang disediakan


dalam pengajaran dan pembelajaran
menggunakan aktiviti nyanyian (Tapak Pembelajaran)
Set Induksi

Senikata lagu Balik Kampung

Perjalanan jauh tak kurasa

Woo woo woo balik kampung (3x)

Kerna hatiku melonjak sama

hati girang

Ingin berjumpa sanak saudara

Woo woo woo balik kampung (3x)

Yang selalu bermain di mata.

hati girang

Nun menghijau gunung, ladang dan Terbayang wajah-wajah yang kusayang


rimba

Satu-satu tersemat di kalbu

Langit yang tinggi bertambah birunya

Pasti terubat rindu di hati

Deru angin turut sama berlagu

Menyambut kepulangan kunanti.

Bagaikan turut gembira

Langkah 1
Aktiviti 1

Senikata lagu Balik Kampung

Aktiviti 2

Rujuk kamus - perkataan yang dihitamkan

Langkah 2

31

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Aktiviti 1 - kumpulan

Sistem Nombor (Kad Angka)

Aktiviti 2

Menonton Video Hikayat Janda Beranak Tujuh

Kad Arahan

Kad Arahan 1:

Bina ayat berdasarkan klip video untuk aktiviti menulis luahan


perasaan

Kad Arahan 2:

Sediakan teks cerita untuk aktiviti bercerita

Kad Arahan 3:

Sediakan dialog untuk satu babak aktiviti lakonan

Kad Jawapan

Kad Arahan 1:
Ibu, jasamu tidak terbalas. Budimu akan kukenang sepanjang zaman.
Engkaulah lilin hidupku. Tanpamu aku seperti si buta kehilangan tongkat.
Hidupku penuh ranjau dan liku. Ibu, kembalilah, aku berdosa padamu.

Kad Arahan 2:

32

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia


Hari itu ibu sangat sibuk. Ibu sedang membuat persiapan untuk menyambut
hari raya. Ibu meminta kami membantunya. Namun kami tidak dapat
memenuhi hasratnya. Ibu sangat sedih

Kad Arahan 3:
Ibu

: Angah, mari sekejap.

Angah : (Sambil termengah-mengah berlari).


Mengapa ibu?
Ibu

: Tolong pergi ke pasar beli daging.


Ibu nak masak rendang.

Angah : Ibu nak beli berapa ekor lembu?


(sambil ketawa)
Ibu

: Hiss.. budaknya. Ibu nak masak


rendang bukan nak buat kenduri
kahwin.

Langkah 3

Aktiviti 1
Membina ayat

33

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Membina ayat berdasarkan kosa kata (Aktiviti 1 Langkah 1)

melonjak

menderu

menyambut

terbayang

tersemat

terubat

Aktiviti 2 (i)
Petikan Karangan Pendek

Aman

mengemas

barang-barang

keperluannya.

Perasaannya sunggguh gembira. Dia membelek-belek tiket


bas yang dibelinya dua hari lepas.

Tidak sabar rasanya

untuk menatap wajah ibu kesayangannya. Ya, wajah tua


yang ditinggalkan hampir dua tahun. Ibu, maafkan anakmu.
Aku berdosa kepadamu!

Aktiviti 2 (ii)
Mencipta pantun dua kerat daripada karangan
Pendek - contoh

34

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

.
Seroja pagi di tepian kali,
Kasih ibu kasih abadi.
Wangi haruman bunga melati,
Budi ibu budi sejati.

Akltiviti 3 (i) Kad Pengayaan


Gambar (orang tua di rumah kebajikan)
Contoh jawapan

Syarahan
Pada pendapat saya, kempen Masyarakat Penyayang ini
akan berjaya mengurangkan kes anak-anak meninggalkan
ibu bapa di rumah kebajikan. Kempen ini sangat berguna
untuk menyedarkan anak-anak tentang tanggungjawab
mereka terhadap ibu bapa. Justeru, sayangilah kedua-dua
ibu bapa anda.

Aktiviti 3 (ii) Kad Pemulihan


Mengisi tempat kosong
Contoh jawapan

35

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Ibu, ________,
Engkaulah ratu

____________ku,

___________ kuberduka,
Engkau hiburkan ___________.
Ibu, _______,
Engkaulah ___________

_______ku.

Lampiran 1 (b)
Rancangan Persedian Mengajar Aktiviti Didik Hibur

36

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Tajuk

Aktiviti Bercerita (Musang Berbulu Ayam)

Objektif

Pada akhir pelajaran, diharap murid dapat mengujarkan ayat


dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu
perkara serta menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui
penceritaan secara didik hibur.

Aktiviti dan Kaedah :

Set Induksi - tayangan klip video Musang Berbulu Ayam


Langkah 1
o Aktiviti 1
Guru mengedarkan teks petikan
Murid membaca teks secara senyap
Murid membaca kuat teks
o Aktiviti 2
Perbincangan guru dan murid
Soal jawab soalan kefahaman
Langkah 2
o Aktiviti 1

Pembahagian kepada beberapa kumpulan kecil

Murid membaca teks semula secara senyap


o Aktiviti 2
Perbincangan dalam kumpulan tentang teks
Penyediaan peta minda untuk aktiviti bercerita
Langkah 3

37

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

o Aktiviti 1
Pembentangan persembahan aktiviti bercerita
Refleksi guru dan murid tentang aktiviti bercerita
o Aktiviti 2 (Adaptasi/Imrovisasi)

Mencipta sajak dalam kumpulan

Mendeklamasikan sajak

Tatabahasa makna perkataan sukar


Penutup/Pengukuhan
o Kognitif
Isi-isi penting aktiviti bercerita
o Sosial
Nilai-nilai dan pengajaran

38

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Lampiran 1 (c)

Rancangan Persedian Mengajar Aktiviti Didik Hibur


Tajuk

Aktiviti Bercerita (Surat Seorang Ibu)

Objektif

Pada akhir pelajaran, diharap murid dapat mengujarkan ayat


dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu
perkara serta menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui
penceritaan secara didik hibur.

Aktiviti dan Kaedah :

Set Induksi - tayangan klip video Surat Seorang Ibu


Langkah 1
o Aktiviti 1
Guru mengedarkan teks skrip lakonan
Murid membaca kuat teks
o Aktiviti 2
Guru menayangkan klip video sekali lagi
Pembahagian kepada beberapa kumpulan kecil
Guru mengedarkan kad arahan
Perbincangan guru dan murid
Langkah 2
o Aktiviti 1

Murid membaca semula teks secara senyap

Perbincangan dalam kumpulan

Penyediaan prop dan kostum (bahan yang sesuai)

39

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

o Aktiviti 2
Murid membuat latihan
Langkah 3
o Aktiviti 1
Persembahan aktiviti berlakon
Refleksi guru dan murid tentang aktiviti berlakon
o Aktiviti 2 (Adaptasi/Improvisasi)

Menulis semula lirik lagu Salam Terakhir

Menyanyikan lagu

Tatabahasa

Mencari perulangan perkataan

Membina ayat

Penutup/Pengukuhan
o Kognitif
Isi-isi penting aktiviti bercerita
Nilai-nilai dan pengajaran
o Sosial

Menyanyikan lagu Salam Terakhir

40

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Lampiran 1 (d)

Rancangan Persedian Mengajar Aktiviti Didik Hibur


Tajuk

Aktiviti Berpuisi (Lagu Joget Pahang)

Objektif

Pada akhir pelajaran, diharap murid dapat melafazkan pantun dua


kerat dengan sebutan dan intonasi yang betul serta memahami
maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa indah secara
didik hibur.

Aktiviti dan Kaedah :

Set Induksi - tayangan klip video lagu Joget Pahang


Langkah 1
o Aktiviti 1
Guru memberi penerangan tentang pantun dua kerat

Maksud

Tema

Ciri-ciri

Murid dan guru bersoal jawab


Langkah 2
o Aktiviti 1

Guru mengedarkan lembaran kerja tentang tema berserta pantun

41

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Murid mengklasifikasikan pantun mengikut tema tertentu

Perbincangan guru dan murid

Murid membaca semula pantun dua kerat


o Aktiviti 2
Pembahagian kumpulan
Perbincangan berdasarkan kad arahan
Murid mencari contoh pantun melalui internet/ buku/ majalah
Langkah 3
o Aktiviti 1
Persembahan aktiviti berpantun
Refleksi guru dan murid tentang aktiviti berlakon
o Aktiviti 2 (Adaptasi/Imrovisasi)

Menulis lirik lagu menggunakan pantun

Menyanyikan lagu mengikut melodi Joget Pahang (atau melodi yang bersesuaian)

Tatabahasa

Sebutan dan Intonasi

Penutup/Pengukuhan
o Kognitif
Isi-isi penting aktiviti berpantun
Nilai-nilai dan pengajaran
o Sosial

Menyanyikan lagu Joget Pahang

42

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Lampiran 2
Contoh Bahan-Bahan Sastera dalam Aktiviti Didik Hibur
1. Nyanyian

klip video seni kata lagu Anak Rusa Nani

lagu Ayah dan Ibu atau lagu Balik Kampung

43

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

2.

Anak Rusa Nani

baru kembang ekor


apa dosa kami lalu tidak tegur.

Bercerita
klip video
Musang
Berbulu

Buai laju-laju sampai pohon ara

Ayam

apa dalam baju

klip Sang

sekuntum bunga cina.

Kancil yang
Bijaksana

Buai tinggi-tinggi sampai cucur atap

teks cerita

belum tumbuh gigi pandai baca kitab

jenaka

(ulang 2x)

seperti Pak

Pandir
3. Berlakon

Klip video Surat Seorang Ibu

klip video Hati Limpa

4.

Berpuisi

Pantun Dua Kerat


Pantun Budi
Ada ubui ada batas,
Ada budi boleh dibalas.

Pantun Kasih Sayang

44

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Daripada cempedak baiklah nangka,


Daripada tidak baiklah ada.
Pantun Nasihat
Satu dua tiga empat,
Siapa cepat dia dapat.

Pantun Jenaka
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.
Pantun Kiasan
Pinggan tak retak nasi tak dingin,
Orang tak hendak kami tak ingin.
Pantun Alam
Kayu bongkok di balik tiang,
Ayam berkokok alamat nak siang.

Biodata Penulis Modul


Penulis dilahirkan pada 5 November 1962 di Kuala Lipis Pahang Darul Makmur.
Mendapat pendidikan awal di SMK Clifford, Kuala Lipis Pahang. Melanjutkan
pelajaran ke Maktab Perguruan Lembah Pantai dengan mengikuti kursus
Sekolah Menengah dalam pengajian Bahasa Melayu/Sejarah. Pada tahun 1989
memperoleh Sijil Perguruan Asas. Pada tahun 1993 menyambung pelajaran di
Institut Bahasa dengan mengikuti Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK). Dari
tahun 1994-1997 menyambung pelajar di peringkat ijazah di Universiti Putra

45

Aplikasi Didik Hibur dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia

Malaysia. Berjaya memperoleh Sarjana Muda Perguruan (Pengajaran Bahasa


Melayu sebagai Bahasa Pertama).

Pada tahun 2001 berjaya memperoleh

Sarjana dalam Kesuasteraan Melayu.


Sudah berkhidmat di tujuh buah sekolah di Pahang, Selangor dan Wilayah
Persekutuan. Pengalaman mengajar Bahasa Melayu hampir 20 tahun. Antara
subjek lain yang pernah diajar adalah seperti Kesusasteraan Melayu, Sejarah,
Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Sepanjang
tempoh tersebut, pernah menjadi Ketua Panitia Bahasa Melayu, Sejarah,
Kesusasteraan

Melayu,

Kewarganegaraan,

Pendidikan

Moral

dan

Pendidikan

Sivik

dan

Dari tahun 2002-2003, menjadi Kakitangan Sumber

Pendidikan Moral Daerah Hulu Langat, Selangor. Dari Tahun 2003 -2007 dilantik
sebagai Jurulatih Utama Pendidikan Sivik dan Kewarganegaran Negeri Selangor
dan Kebangsaan. Tahun 2007 ditempatkan di Jabatan Bahasa Melayu, IPG
Kampus Bahasa Melayu. Berpengalaman menulis dan membentangkan kertas
kerja. Tahun 2010 dilantik sebagai Panel Penilai Peningkataan Mutu KSSR
Bahasa Melayu (Tahun 1 dan Tahun 2) bagi tahun 2011 dan 2012 di bawah
Dewan Bahasa dan Pustaka.

46

Anda mungkin juga menyukai