Anda di halaman 1dari 16

Pengenalan

Jabatan Pelajaran Perak sentiasa berusaha ke arah untuk merealisasikan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di negeri Perak sebagai yang terbaik di Malaysia. Seiring dengan matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan tahun 2012 sebagai Tahun Inovasi, Jabatan

Pelajaran Perak telah dan akan berterusan menyahut cabaran ini dengan
menghasilkan beberapa inovasi dalam usaha memartabatkan pengurusan PPKI di negeri Perak.

Menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi Negeri Perak Edisi Kedua

Menghasilkan Buku Log Pembantu Pengurusan Murid (Pendidikan Khas) yang selaras untuk negeri Perak

Membina instrumen pemantauan PPKI berasaskan elemeneleman dalam PRISMA

Memperkenalkan sistem dokumentasi i-file dalam pengurusan PPKI

Membina format Rancangan Pendidikan Individu (RPI) untuk murid-murid pendidikan khas mengikut piawaian negeri Perak

Dapatan pemantauan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan

Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah mendapati bahawa Buku


Panduan Pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi Negeri Perak Edisi Pertama yang diperkenal dan digunapakai pada tahun 2008 dan sistem dokumentasi i-file yang diperkenalkan pada tahun 2011 telah banyak membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan PPKI. Kini Jabatan Pelajaran Perak mengorak satu lagi langkah yang realistik dan praktikal dengan memperkenalkan konsep pengurusan yang dikenali sebagai PRISMA.

Pelaksanaan PRISMA dapat

dijelaskan melalui model PRISMA


seperti di gambar rajah berikut :

Akronim PRISMA :
Progressive Responsive Innovative Sensitive Management with Accountability
Progressive membawa ciri-ciri : Liberal, Kemajuan, Sentiasa berfikir ke hadapan, Peneraju, Dinamik, dan Berani. Sensitive membawa ciri-ciri : Berhati-hati, Memahami, Diplomatik, Menghalusi, Menjiwai, dan Empati. Responsive membawa ciri-ciri : Aktif, Sedar, Cepat bertindak, Keterbukaan, Fleksibel, dan Peka. Innovative membawa ciri-ciri : Pembaharuan, Luar biasa, Di luar jangkaan, Kreatif, Canggih, dan Berdaya cipta.

Management membawa makna: Pengurusan PPKI yang cekap dan berkesan.

Accountability membawa makna : Sifat amanah dan kebertanggungjawaban yang tinggi dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan.

Prinsip PRISMA :
Penerapan Ciri-ciri Progresif, Responsif, Inovatif dan Sensitif dalam pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang cekap dan berkesan berlandaskan sifat amanah dan kebertanggungjawaban yang tinggi

Matlamat
Konsep PRISMA diilhamkan bagi menggariskan satu hala tuju yang jelas ke arah melonjakkan keberkesanan pengurusan PPKI di negeri Perak

dalam Sistem Pendidikan Negara dengan satu matlamat iaitu


KEMENJADIAN MURID. Ini selaras dengan moto Jabatan Pelajaran Perak iaitu Perak Sentiasa di Puncak Kecemerlangan.

Objektif
1. 2. Menaikkan imej PPKI, Menghasilkan suatu pembaharuan yang bermanfaat untuk semua,

3.
4.

Perkongsian pintar dengan komuniti setempat, dan


Mewujudkan hubungan profesional di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Domain
Matlamat dan objektif PRISMA yang digariskan dapat dicapai melalui perlaksanaan dan penghayatan empat (4) domain berikut : 1. 2. 3. 4. Kepimpinan Inovasi Hubungan Komuniti Jalinan dan Jaringan

Kepimpinan
Domain Kepimpinan bertujuan untuk mencapai objektif yang pertama iaitu Menaikkan Imej PPKI. Kepimpinan yang berwibawa dapat menyatukan sesebuah organisasi. Sesebuah organisasi yang bersatu akan menjadi teguh dan dapat mengharungi sebarang cabaran yang mendatang. Kepimpinan yang terserlah mesti menunjukkan sifat-sifat seperti di bawah : 1. Visi dan Misi yang jelas, 2. PPKI yang berwatak, 3. Matlamat dan Strategi Kerja yang sistematik, 4. Ideayang kreatif, 5. Kemahiran penyelesaian masalah yang tinggi, 6. Pengurusan sumber yang efisien, dan 7. Kepimpinan melalui teladan.

Inovasi
Domain Inovasi bertujuan untuk mencapai objektif yang kedua iaitu
Menghasilkan Suatu Pembaharuan Yang Bermanfaat Untuk Semua. Hanya dengan inovasi, sesuatu yang lazim dapat diberikan kelainan melalui pendekatan, pandangan dan pemikiran secara out-of-the-box. Dalam konteks PPKI, inovasi adalah berfokuskan kepada bidang-bidang yang berikut iaitu : 1. 2. 3. Pengajaran dan Pembelajaran yang aktif dan efektif, Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang kreatif mengikut keperluan murid, dan Program-program khusus yang menjurus ke arah kemenjadian

murid.

Hubungan Komuniti
Domain Hubungan Komuniti bertujuan untuk mencapai objektif yang
ketiga iaitu Perkongsian Pintar Dengan Komuniti Setempat. Institusi pendidikan yang formal iaitu sekolah hanya dapat menyediakan perkhidmatan kepada murid pendidikan khas dalam persekitaran persekolahan sahaja. Rangkaian kerjasama dua hala yang erat di antara sekolah, ibu bapa/penjaga, masyarakat, badan kerajaan & badan bukan kerajaan (NGO) dapat memperluaskan persekitaran sedia ada yang dapat membina individu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Khas.

Jalinan & Jaringan


Domain Jalinan dan Jaringan bertujuan untuk mencapai objektif yang keempat iaitu Mewujudkan Hubungan Profesional di peringkat Kebangsaan Dan Antarabangsa. Dalam era dunia tanpa sempadan dan

kemajuan teknologi siber, pelbagai maklumat dan aktiviti dapat


dirancang dan dilaksanakan secara global hingga ke peringkat antarabangsa. Kewujudan komuniti siber yang meluas telah membuka ruang dan peluang untuk kecapaian pelbagai informasi secara mudah dan tepat di hujung jari. PPKI negeri Perak perlu seiringan dengan perkembangan yang berlaku dengan memperluas dan memperkembangkan skop jalinan dan jaringan hingga ke peringkat antarabangsa.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai