Anda di halaman 1dari 7

Definisi dan Konsep Membaca

Definisi Membaca

Menurut Frank Smith (1971), dalam Zainal Kassan dan Suhaila Abdullah (2010),
membaca adalah satu operasi psycholinousitic. Bacaan juga merupakan satu langkah
lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan
yang diterima. Atan Long (1976) mendefinisikan membaca sebagai proses kebalikan
daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali lambang-lambang bertulis
dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan bertulis itu. Menurut Abu
Basar (1981) pula, membaca didefinisikan sebagai gabungan proses menyuarakan
lambang-lambang tulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya. Menurut
John Everatt dalam Mastuti Isa (2008), membaca ialah pentafsiran perkataan dan
pemahaman bahasa.

Kesimpulannya, membaca merupakan proses memindahkan lambang-lambang bertulis


kepada suara, memahami makna-makna yang terkandung di dalamnya serta
mengaitkan makna-makna tersebut dengan pengalaman sedia ada murid.

Konsep Membaca

Menurut Kamarudin Hj. Husin (248: 1998), mengikut fahaman dahulu, membaca ialah
semata-mata memindahkan tulisan kepada suara. Seseorang murid yang boleh
menyuarakan tulisan dengan lancar adalah dianggap pandai membaca walaupun isi
bacaan itu tidak difahaminya. Oleh itu, pelajaran membaca sentiasa dijalankan dengan
cara membaca kuat dan perhatian ditumpukan semata-mata kepada suara, kelancaran,
dan sebutan murid itu. Soal memahami isi bacaan tidak dihiraukan kerana murid itu
membaca mengikut bahasanya sendiri. Mengikut fahaman sekarang, membaca itu
bukanlah bermakna memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap

makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan
tulisan kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami apa yang
disuarakan maka murid itu tidaklah boleh dikira pandai membaca. Memahami isi bacaan
adalah tujuan yang berjalan serentak dengan kelancaran membaca.

Kesediaan Membaca

Definisi Kesediaan Membaca

Situasi yang wujud dalam diri seseorang individu yang memungkinkannya untuk belajar
atau mungkin melibatkan ciri-ciri yang menghalang pembelajarannya.
Konsep Kesediaan Membaca

Kemampuan seseorang untuk menerima pengajaran dari segi mental, emosi, dan fizikal.
Mengikut Bruner (1966), kesediaan belajar merujuk pada apa jua perkara yang dapat
disampaikan

secara

berkesan

kepada

kanak-kanak

pada

bila-bila

peringkat

perkembangan.

Piaget (1966), mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat pembelajaran mengikut


perkembangan kognitif kanak-kanak, iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat
praoperasi (2-6 tahun), peringkat operasi konkrit (7-12 tahun), dan peringkat operasi
formal (selepas 12 tahun).

Secara luas, kesediaan membaca melibatkan sebarang aktiviti sebelum sesuatu


peringkat bacaan dimulakan, sama ada pada peringkat mendirikan asas, mengukuhkan
asas mahupun peringkat-peringkat lain yang lebih tinggi.

Secara khusus, iaitu untuk kanak-kanak yang belum didedahkan dengan sebarang
aktiviti bacaan, kesediaan membaca merangkumi kebolehan fizikal, emosi, dan
mentalnya untuk menerima pengajaran bacaan asas.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kesediaan Membaca

Kematangan
Kematangan ialah salah satu daripada faktor kesediaan pembelajaran. Kematangan
boleh merupakan kematangan fizikal, kematangan intelek, kematangan sosial, dan
kematangan emosi. Kesemua sifat ini memang sedia ada di dalam diri setiap pelajar dan
merupakan faktor-faktor asas yang mempengaruhi proses pembelajarannya.

Pengalaman
Kesediaan murid untuk belajar di sekolah bukan sahaja bergantung pada kematangan,
tetapi juga jenis pengalaman pendidikan. Pengalaman yang disusun rapi dapat
menolong kanak-kanak mempunyai kesediaan yang teratur dalam mata pelajaran
tertentu.

Persekitaran
Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman bermakna akan dapat
merangsang otak dan menimbulkan minat membaca. Sebagai contoh, kanak-kanak
yang terdedah pada pelbagai jenis bahan bacaan sejak lahir, sentiasa melihat orang di
sekeliling membaca, dan ada pula orang yang membacakan buku cerita untuknya akan
lebih cepat bersedia membaca berbanding dengan kanak-kanak sebayanya yang tidak
mendapat peluang yang sama.

Keadaan Fizikal
Keadaan fizikal merujuk pada keadaan mata, telinga, dan organ pertuturan yang
sempurna.

Emosi, Motivasi, dan Sahsiah


Keadaan rumah tangga dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi,
motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh
mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak.

Kecerdasan
Kecerdasan dan perkembangan kognitif sangat mempengaruhi kemahiran membaca
kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran membaca
dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.

Pengamatan
Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu daya
diskriminasi penglihatan dan pendengaran. Semasa membaca, kanak-kanak perlu
mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf.

Penguasaan Bahasa
Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran
membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat
manusia

melahirkan

fikiran,

perasaan,

kehendak,

berkomunikasi.
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kemahiran Membaca

dan

sebagainya

semasa

Kognitif

Kecerdasan dan perkembangan kognitif kanak-kanak sangat mempengaruhi kemahiran


membaca kanak-kanak. Kanak-kanak yang cerdas akan dapat menguasai kemahiran
membaca dengan lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya
dengannya.

Kemahiran membaca memerlukan keupayaan pengamatan yang kuat, iaitu daya


diskriminasi penglihatan dan diskriminasi pendengaran. Semasa membaca kanak-kanak
perlu mendiskriminasi huruf dan juga mendiskriminasi bunyi-bunyi huruf. Oleh itu,
kanak-kanak yang lebih mahir dalam bahasa dapat mempengaruhi kemahiran
membacanya.

Kanak-kanak yang menguasai bahasa dengan baik akan dapat belajar kemahiran
membaca dengan cepat dan dapat membaca dengan baik kerana bahasa adalah alat
manusia

melahirkan

fikiran,

perasaan,

kehendak,

dan

sebagainya

semasa

berkomunikasi.

Persekitaran
Persekitaran yang intelektual yang memberi pengalaman-pengalaman bermakna akan
dapat merangsang otak dan menimbulkan minat membaca serta meningkatkan

kemahiran membaca mereka. Misalnya mendengar cerita, lawatan ke perpustakaan


atau ke kedai buku, ibu bapa yang kerap berbual dengan anak mereka, dan sebagainya.
Keadaan rumah tangga dan cara asuhan akan mempengaruhi perkembangan emosi,
motivasi, dan sahsiah kanak-kanak. Dorongan yang diberikan oleh ibu bapa boleh
mempengaruhi sikap membaca kanak-kanak. Dengan ini, secara tidak langsung
mempengaruhi kemahiran membaca kanak-kanak.
Persekitaran rumah banyak memainkan peranan dalam menguasai

kemahiran

membaca. Ini termasuklah tahap pendidikan ibu bapa, kegiatan sosio budaya,
pendapatan, kestabilan sosioekonomi, corak interaksi, dan komunikasi ke atas
pembelajaran.
Ahli keluarga khususnya ibu bapa dan adik-beradik yang lebih tua merupakan role
model dalam membina tingkah laku, tabiat dan sikap suka membaca dalam kalangan
kanak-kanak. Oleh itu, rumah yang diisi dengan majalah, surat khabar dan buku
mempunyai dorongan untuk meningkatkan kemahiran membaca anak-anak.
Persekitaran sekolah juga boleh mempengaruhi kebolehan membaca kanak-kanak.
Sekolah yang menyediakan persekitaran yang sesuai bagi membaca boleh memberikan
kesan psikologi kepada pelajar supaya gemar membaca dan meningkatkan kemahiran
membaca.
Peranan guru dalam mengendalikan bilik darjah banyak mempengaruhi kemahiran
membaca murid, termasuklah :
a.

Pemilihan bahan

b.

Jenis soalan yang ditanya

c.

Jenis maklum balas yang diberi

d.

Suasana pembelajaran

e.

Dorongan

f.

Pengukuhan yang digunakan.

Apabila bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar menarik minatnya, ini memberikan
respon yang positif dan mudah baginya memberikan tindak balas. Dengan ini, mereka
dapat menguasai kemahiran membaca.

Budaya
Budaya dikaitkan dengan tingkah laku dan kebudayaan yang dihasilkan oleh kumpulan
budaya itu seperti seni, bahasa, muzik, makanan, aktiviti membaca, dan sebagainya.
Pihak sekolah yang menitikberatkan budaya membaca dapat mempengaruhi kemahiran
membaca murid-murid. Budaya ini diamalkan oleh setiap guru dan murid agar
peningkatan berlaku. Misalnya, setiap hari pada waktu 10 minit sebelum kelas bermula,
guru mengalakkan murid membaca bahan bacaan dan semakin lama budaya ini boleh
mempengaruhi kemahiran membaca murid.

Sosioekonomi

Sosioekonomi lebih ditujukan kepada tanggungjawab ibu bapa. Pendapatan ibu bapa
berkait rapat dengan pembelajaran kanak-kanak termasuklah kemahiran membaca
mereka.

Sememangnya, keluarga yang lebih berpendapatan boleh menyediakan kemudahan


yang mencukupi untuk meningkatkan kemahiran membaca anak mereka. Misalnya,
memberi tuisyen, membeli buku rujukan, membeli alat elektronik yang mengajar
pembacaan, prasarana dan suasana yang selesa untuk membaca, dan seumpamanya.
Semua ini dapat meningkatkan kemahiran membaca anak-anak.

Anda mungkin juga menyukai