Anda di halaman 1dari 3

Nama ahli kumpulan:

1. Nurulain Najihah binti Muhd Yatim


2. Nur Faradila binti Mohamad Shamsul
3. Nur A’liah binti Abd. Latiff

Soalan Tutorial
Tajuk: Kemahiran Membaca

1. Membaca bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi juga melibatkan


proses kognitif atau berfikir pada semua peringkat membaca. Nyatakan, faktor-
faktor yang berkaitan dengan membaca dalam kalangan kanak-kanak. (15 markah)

Faktor-faktor yang berkaitan dengan membaca dalam kalangan kanak-kanak adalah bagi
menambah perbendaharaan kata sedia ada mereka. Perbendaharaan kata amatlah penting bagi
membolehkan seseorang memahami atau menjelaskan sesuatu konteks atau situasi dengan tepat
dan jelas. Justeru itu, perbendaharaan kata yang luas dapat meningkatkan kosa kata bahasa
Melayu dalam minda kanak-kanak. Bukan itu sahaja, perkara ini juga merupakan cara yang
paling efektif untuk membuatkan minda mereka menjadi lebih berkembang.

Selain itu, aktiviti membaca juga dapat meningkatkan keterampilan komunikasi.


Kemahiran dalam berkomunikasi bukan sahaja dapat memudahkan interaksi dalam kehidupan
malah dapat meningkatkan keyakinan dalam diri sewaktu berucap di khalayak ramai. Hal ini
kerana mereka kaya dengan berbagai kata dan perkataan.

Selanjutnya, membaca juga dapat mengenalkan konsep baru. Pengenalan terhadap


pelbagai konsep membolehkan pelajar untuk menimba ilmu pengetahuan yang lebih luas lagi.
Kesannya, mereka boleh berinteraksi dalam apa jua topik yang berkaitan kerana mempunyai
pengetahuan sedia ada mengenai sesuatu topik itu.

Di samping itu juga, aktiviti membaca mampu melatih kemampuan berfikir logik anak-
anak. Hal ini kerana sewaktu ibu bapa membacakan buku kepada anak, mereka akan belajar
untuk memahami sebab dan akibat serta memahami konsep ilmu logik dan berfikir secara
abstrak. Sebagai contoh, apabila anak dibacakan buku cerita tentang ‘Akibat membuang sampah
merata-rata’, mereka akan belajar dan mendapat pengajaran daripada buku tersebut. Jadi, mereka
tidak akan membuang sampah merata-rata kerana sudah belajar daripada konteks buku tersebut.

Seterusnya, membaca juga mampu melatih konsentrasi seseorang. Memiliki konsentrasi


bagi suatu jangka masa yang lama memerlukan disiplin dan ketekunan yang tinggi. Konsentrasi
amatlah diperlukan dalam kehidupan seharian kita tidak kiralah sama ada di dalam kelas
mahupun sewaktu berbual dengan rakan-rakan. Kebolehan dalam menumpukan perhatian dapat
membantu kita sama ada secara langsung mahupun tidak langsung untuk menyiapkan suatu
pekerjaan dengan semaksima yang mungkin.

Kemudian, aktiviti membaca juga dapat mengembangkan imaginasi dan kreativiti


seseorang. Memiliki imaginasi dan kreativiti yang luas dapat membolehkan seseorang berfikir di
luar kotak dan tidak memiliki fikiran atau idea yang sempit. Kreativiti dan imaginasi
membolehkan seseorang individu mengembangkan potensi diri mereka serta meningkatkan daya
saing mereka disamping dapat membuatkan diri menyerlah daripada khalayak lain.

Akhir sekali, hubungan dan interaksi antara anak dan ibu bapa akan semakin erat dengan
mengadakan aktiviti pembacaan ketika berada di rumah. Hal ini dapat membantu menjalinkan
ikatan emosional antara kedua belah pihak. Sewaktu aktiviti membaca, anak-anak akan diberi
perhatian yang sepenuhnya daripada ibu bapa dan akan merasa lebih dekat dengan kedua ibu
bapa mereka.

2. Kemahiran membaca adalah satu proses kognitif yang kompleks. Huraikan


faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca. (15 markah)

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca antaranya ialah faktor
diri. Kecerdasan dan kebolehan membaca saling berkait antara satu sama lain di mana seorang
individu yang mempunyai kecerdasan yang tinggi selalunya berpeluang memahami bahan yang
dibaca jika dibandingkan dengan pelajar yang lemah. Kecerdasan dapat membantu pelajar dalam
aktiviti membaca adalah dari segi kanak-kanak dapat menumpukan perhatian semasa membaca
dan mengingati sesuatu bahan yang dibaca.

Selain itu, psikologi juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi kebolehan
membaca seorang kanak-kanak. Hal ini demikian kerana minat dan motivasi memainkan peranan
yang penting dalam membina tabiat dan keupayaan membaca dalam diri kanak-kanak. Minat
yang mendalam ke atas bahan bacaan memudahkan kanak-kanak untuk melalui proses
pembacaannya. Guru juga seharusnya memberikan dorongan dan memupuk minat dalam diri
kanak-kanak dengan menunjukkan kepentingan membaca dalam kehidupan seharian supaya
kanak-kanak lebih tertarik untuk membaca.

Selanjutnya, faktor fizikal juga dapat dapat mempengaruhi kebolehan membaca


seseorang. Faktor ini melibatkan pendengaran dan penglihatan. Ketidakupayaan pelajar itu
mendengar dengan baik dan jelas mungkin boleh menggagalkannya membuat diskriminasi bunyi
kata dan teks keseluruhannya. Pembacaan juga memerlukan daya penglihatan yang jelas bagi
mengenal pasti daripada teks. Sekiranya deria penglihatan tidak dapat berfungsi dengan baik,
banyak masalah yang akan timbul. Akibatnya, ramai kanak-kanak mendiskriminasikan huruf dan
perkataan.

Di samping itu, persekitaran juga boleh menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi
kebolehan membaca seseorang. Persekitaran rumah banyak memainkan peranan dalam
menentukan kebolehan membaca. Ini termasuklah tahap pendidikan ibu bapa, kegiatan sosio
budaya, pendapatan, kestabilan sosio-emosi, corak interaksi dan komunikasi ke atas
pembelajaran. Ahli keluarga khususnya ibu bapa dan adik beradik yang lebih tua merupakan
“role model” dalam membina tingkah laku, tabiat dan sikap suka membaca dalam kalangan
kanak-kanak. Oleh itu, rumah yang diisi dengan majalah, surat khabar dan buku dapat memupuk
nilai membaca dalam diri kanak-kanak.

Akhir sekali, persekitaran sekolah mempengaruhi kebolehan membaca pelajar. Sekolah


yang menyediakan persekitaran yang sesuai bagi membaca boleh memberikan kesan psikologi
kepada pelajar supaya gemar membaca. Peranan guru dalam mengendalikan bilik darjah banyak
mempengaruhi minat membaca, termasuklah pemilihan bahan, jenis soalan yang ditanya, jenis
maklum balas yang diberi, suasana pembelajaran, dorongan, pengukuhan yang digunakan.
Apabila bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar menarik minatnya, ini memberikan respon yang
positif dan mudah baginya memberikan tindak balas.

Anda mungkin juga menyukai