Anda di halaman 1dari 3

CADANGAN TAJUK PENULISAN ILMIAH

TAJUK 1 : Penggunaan Token Ekonomi Untuk Peneguhan Sosial Dalam Bilik Darjah Bagi
Pelajar Bermasalah Pembelajaran.
PENGENALAN
Ekonomi Token adalah program modifikasi tingkahlaku yang dirancang untuk meningkatkan
tinglahlaku yang diingini dan mengurangkan tingkahlaku yang tidak diingini melalui
penggunaan Token (tanda-tanda). Individu akan menerima token setelah menunjukkan
tingkahlaku yang diingini manakala token akan ditarik balik sekiranya individu menunjukkan
tingkahlaku yang tidak diingini. Token yang dikumpulkan kemudian ditukar dengan peneguh
(back up reinforcer)seperti hadiah atau penghargaan.
Tujuan utama Ekonomi Token adalah untuk meningkatkan tingkahlaku yang diinginkan dan
mengurangkan tingkahlaku yang tidak diinginkan.Bagaimanapun, tujuan yang lebih utama
adalah untuk mengajar tingkahlaku yang sesuai dan ketrampilan-ketrampilan sosial yang positif
dan wajar.
PENYATAAN MASALAH
Sesetengah pelajar bermasalah pembelajaran mempunyai tingkah laku seperti hiperaktif dan hal
ini akan menyukarkan proses pembelajaran dan pengajaran guru semasa di dalam bilik
darjah.Penggunaan token ekonomi merupakan altenatif untuk mengurangkan tingkah laku yang
tidak diingini ini dengan cara pemberian ganjaran dan hadiah.

TAJUK 2 : Tahap Pengetahuan Guru Pendidikan Khas Apabila Mengurus Tingkah Laku Murid
Bermasalah Pembelajaran.
PENGENALAN
Setiap murid bermasalah pembelajaran berbeza dan unik dari segi keupayaan fizikal, kognitif
dan tingkah laku namun hak mereka dalam pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial, kaum
atau perkembangan intelek perlu diberi perhatian (Osman & Ahmad Ghazie, 2007). Tingkah laku
negatif yang ditunjukkan oleh murid bermasalah pembelajaran akan menjadi semakin rumit jika
tingkah laku yang tidak diingini ini tidak diatasi pada peringkat awal. Tingkah laku murid yang
bersesuaian dengan persekitaran pasti membantu guru pendidikan khas melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran. Kredibiliti guru turut ditentukan dalam perancangan dan
pemilihan bahan pengajaran yang bersesuaian (Mohd Sahandri Gani & Saifuddin Kumar, 2007).
Selain itu, pengetahuan terhadap model pengubahsuaian tingkah laku yang efektif juga
membantu guru lebih kreatif dan inovatif dalam penyampaian pengajaran. Guru juga perlu
memikirkan pendekatan pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan murid apabila mengajar
(Noriati, Boo, & Wong, 2010).
PENYATAAN MASALAH
Keupayaan guru dalam menangani pelajar berkeperluan khas ini sememangnya sesuatu yang
amat mencabar kerana guru harus menjadi seorang yang kreatif dan inovatif dalam usaha untuk
mengubah tingkah laku murid bermasalah pembelajaran ini.Justeru,guru harus melengkapkan
diri mereka dengan ilmu yang secukupnya sebelum mengalas tanggungjawab untuk mendidik
anak-anak bermasalah pembelajaran ini.Persoalannya,adakah setiap guru di sekolah mempunyai
pengetahuan yang secukupnya dalam menguruskan tingkah laku pelajar bermasalah
pembelajaran ini?Setakat manakah tahap pengetahuan guru pendidikan di sekolah dalam
menguruskan tingkah laku pelajar bermasalah pembelajaran ini?

TAJUK 3: Kepentingan Pendidikan Seks Bagi Pelajar Bermasalah Pembelajaran Di Sekolah.


PENGENALAN
Murid bermasalah pembelajaran di negara kita terdiri daripada pelbagai kategori ketidakupayaan,
seperti terencat akal, terencat perkembangan, Sindrom Down, autistik, masalah komunikasi dan
bahasa, masalah emosi dan tingkah laku, hiperaktif dan hipoaktif. Walaupun kategori murid ini
menghadapi masalah dari segi perkembangan kognitif dan tingkah laku, mereka masih turut
mengalami proses perkembangan fizikal dan mencapai akil baligh dalam parameter normal
seperti murid lain (Dunn & Rea, 2006; Rashikj, 2009). Oleh sebab ketidakseimbangan
perkembangan antara domain kognitif dan fizikal ini, murid bermasalah pembelajaran sering
menunjukkan tingkah laku seksual yang tidak sesuai. Namun demikan, isu seksualiti dianggap
tabu untuk dibicarakan secara terbuka kerana ianya dianggap tabu oleh masyarakat (Wazakili,
2010; Lee, Chen, Lee & Kaur, 2006). Ini adalah kerana istilah seksualiti sering dianggap
sebagai bersinonim dengan istilah seks, oleh itu membincangkan topik seksualiti dianggap
stigma oleh masyarakat kita hari ini khususnya apabila dikaitkan isu-isu seksualiti murid-murid
bermasalah pembelajaran (Khadijah Rohani Mohd. Yunus, 2008; Wazakili, 2010).Namun begitu,
keperluan terhadap pendidikan seksualiti dari segi pemupukan kesejahteraan diri dan menangani
masalah tingkah laku seksual murid bermasalah pembelajaran tidak dapat dinafikan.
PENYATAAN MASALAH
Kebanyakkan pelajar bermasalah pembelajaran diabaikan dalam diberi pendedahan berkaitan
pendidikan seks walaupun mereka juga mengalami proses tumbesaran dan akil baligh yang sama
seperti kanak-kanak lain.Pendidikan seks tidak tertakluk kepada hubungan kelamin antara lelaki
dan perempuan semata-mata namun ia termasuk dalam cara menguruskan diri dan keselamatan
diri.Adakah wajar pendidikan seks diterapkan kepada pelajar bermasalah pembelajaran?
Walaupun mereka mempunyai kekurangan dari segi kognitif mahupun fizikal namun mereka
harus diberi pendedahan berkaitan batas-batas pergaulan bergantung kepada keupayaan pelajar
tersebut.Tidak hairanlah kes-kes pencabulan yang dilakukan oleh golongan ini kerana usaha
pencegahan masih tidak dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai