Anda di halaman 1dari 11

Ayat-Ayat Pilihan

Ayat Satu | Ayat Lima | Ayat Tujuh | Ayat Qof 100

Al-Baqarah 2:246

Ayat Lima

Ayat Qof 100

Ayat Lima

Ayat Qof 100

246. Tidakkah engkau ketahui (wahai muhammad), tentang


(kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi
Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi
mereka: "Lantiklah seorang raja untuk kamu, supaya boleh
kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan
Allah" Nabi mereka menjawab: "Tidakkah harus, jika kamu
kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?,"
Mereka berkata: "Mengapa pula kami tidak akan
berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari
kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" Maka
apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka
membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil
dari mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan
orang-orang yang zalim.

A-li'Imraan 3:181
181. Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan
orang-orang (Yahudi) yang mengatakan: Bahawasanya
Allah miskin dan kami ialah orang-orang kaya. Kami (Allah)
akan menuliskan perkataan mereka itu dan perbuatan
mereka membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan
yang membenarkannya, dan Kami akan katakan kepada
mereka: "Rasalah kamu azab seksa yang sentiasa
membakar

Disusun oleh Mohd Fairouse bin Mustaffa Kamal

Page 1

An-Nisaa' 4:77

Ayat Lima

Ayat Qof 100

Ayat Lima

Ayat Qof 100

77. Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad),


akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka:
"Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan
perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang
serta berikanlah zakat". (Mereka meminta juga hendak
berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan
berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa
gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun
kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka
(merayu kepada Allah dengan) berkata: "Wahai Tuhan
kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada
saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke
tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)?" Katakanlah
(wahai Muhammad): "Harta benda yang menjadi
kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan
akhirnya akan lenyap), dan (balasan) hari akhirat itu lebih
baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana ia lebih
mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak
akan dianiaya sedikit pun".

Al-Maaidah 5:27
27. Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka
kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil)
yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka
berdua mempersembahkan satu persembahan korban
(untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima
korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak
diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):"
Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil)
menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari
orang-orang yang bertaqwa;

Disusun oleh Mohd Fairouse bin Mustaffa Kamal

Page 2

Al-Maaidah 5:112-114

Ayat Qof 100

112. Dan (ingatlah) ketika orang orang Hawariyyiin


berkata: "Wahai Isa Ibni Maryam! Dapatkah kiranya
Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami satu
hidangan dari langit?" Nabi Isa menjawab: "Bertaqwalah
kamu kepada Allah jika benar kamu orang-orang yang
beriman".

113. Mereka berkata: "Kami hanya ingin hendak makan


dari hidangan itu (untuk mengambil berkat), dan supaya
tenang tenteram hati kami, dan juga supaya kami ketahui
dengan yakin, bahawa sesungguhnya engkau telah berkata
benar kepada kami, dan supaya menjadilah kami orangorang yang menyaksikannya sendiri"

114. Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah


dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah
kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk
menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari
ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan
sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang
menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan
kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah
sebaik-baik Pemberi rezeki".

Disusun oleh Mohd Fairouse bin Mustaffa Kamal

Page 3

At-Taubah 9:51

Ayat Tujuh

51. Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan


menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah
ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang
menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka
kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman
bertawakal".

Yunus 10:34-35

Ayat Qof 100

34. Bertanyalah (kepada mereka wahai Muhammad):


"Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan
dengan Tuhan itu, sesiapa yang mula menciptakan sesuatu
kejadian kemudian ia mengembalikan adanya semula
(pada hari kiamat)? "Katakanlah: Allah jualah yang mula
menciptakan sekalian makhluk kemudian Ia
mengembalikan adanya semula (untuk menerima balasan);
oleh itu, mengapa kamu rela dipalingkan (kepada
menyembah yang lain)?"
35. Bertanyalah (wahai Muhammad): "Adakah di antara
makhluk-makhluk: yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu,
sesiapa yang dengan memberi petunjuk kepada
kebenaran? "Katakanlah: "Allah jualah yang memberi
hidayah petunjuk kepada kebenaran; (kalau sudah
demikian) maka adakah yang dapat memberi hidayah
petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak diturut,
ataupun yang tidak dapat memberi sebarang petunjuk
melainkan sesudah ia diberi hidayah petunjuk? Maka
apakah alasan sikap kamu itu ? Bagaimana kamu sanggup
mengambil keputusan (dengan perkara yang salah, yang
tidak dapat diterima oleh akal)?"

Disusun oleh Mohd Fairouse bin Mustaffa Kamal

Page 4

Yunus 10:107

Ayat Tujuh

107. Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu


yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan
dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia
menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka
tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah
kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada
sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia
lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

Hud 11:6

Ayat Tujuh

6. Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang


bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung
rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan
tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab
(Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang
berkenaan).

Hud 11:56

Ayat Tujuh

56. " Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada


Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari
makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan
Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku
tetap di atas jalan yang lurus.

Disusun oleh Mohd Fairouse bin Mustaffa Kamal

Page 5

Hud 11:69-72

Ayat Qof 100

69. Dan sesungguhnya telah datang malaikat utusanutusan kami kepada Nabi Ibrahim, dengan membawa
berita yang mengembirakan. Lalu mereka memberi salam
dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu (wahai
Ibrahim)". Nabi Ibrahim menjawab: "Salam sejahtera
kepada kamu". Maka tidak berapa lama selepas itu, ia
membawa jamuan untuk mereka: seekor anak lembu yang
dipanggang.
70. Maka apabila ia melihat tangan mereka tidak
menyentuh hidangan itu, ia merasa pelik akan hal mereka
serta merasa takut dari keadaan mereka. (Melihat
kecemasannya) mereka berkata: "Janganlah engkau takut
wahai Ibrahim, sebenarnya kami ini diutus kepada kaum
Lut (untuk membinasakan mereka)".
71. Dan isterinya pada ketika itu berdiri (mendengar), lalu
ia ketawa (kerana hilang perasaan takutnya). Maka Kami
pun memberikan berita yang mengembirakan kepadanya
(melalui malaikat itu), bahawa ia akan mendapat seorang
anak: Ishak, dan sesudah Ishak, (ia pula akan mendapat
seorang cucu): Yaakub.
72. Isterinya berkata: "Sungguh ajaib keadaanku! Adakah
aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua dan
suamiku ini juga sudah tua? Sesungguhnya kejadian ini
suatu perkara yang menghairankan".

Disusun oleh Mohd Fairouse bin Mustaffa Kamal

Page 6

Ar-Ra'd 13:16

Ayat Lima

Ayat Qof 100

16. Bertanyalah (wahai Muhammad): "Siapakah Tuhan


yang memelihara dan mentadbirkan langit dan bumi?"
Jawablah: "Allah". Bertanyalah lagi: "Kalau demikian,
patutkah kamu menjadikan benda-benda yang lain dari
Allah sebagai Pelindung dan Penolong, yang tidak dapat
mendatangkan sebarang manfaat bagi dirinya sendiri, dan
tidak dapat menolak sesuatu bahaya?" Bertanyalah lagi:
"Adakah sama, orang yang buta dengan orang yang celik?
Atau adakah sama, gelap-gelita dengan terang? Atau
adakah makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu bagi
Allah itu telah mencipta sesuatu seperti ciptaanNya,
sehingga ciptaan-ciptaan itu menjadi kesamaran kepada
mereka?" Katakanlah: "Allah jualah yang menciptakan tiaptiap sesuatu, dan Dia lah Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa".

Taha 20:92-96

Ayat Qof 100

92. (Sekembalinya), Nabi Musa berkata: "Wahai Harun,


apakah maniknya yang menghalangmu ketika engkau
melihat mereka sesat,
93. "Daripada menurutku? Adakah engkau ingkar akan
suruhanku?"

94. Nabi Harun menjawab: "Wahai anak ibuku! Janganlah


engkau meragut janggutku dan janganlah menarik
(rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa
engkau akan berkata kepadaku: ` Engkau telah memecahbelahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak
berhati-hati mengambil berat pesananku! ' "

Disusun oleh Mohd Fairouse bin Mustaffa Kamal

Page 7

95. (Sesudah itu Nabi Musa hadapkan kemarahannya


kepada Samiri lalu) bertanya: "Apa pula halmu, wahai
Samiri?"

96. Ia menjawab:" Aku mengetahui dan menyedari apa


yang tidak diketahui oleh mereka, lalu aku mengambil
segenggam dari kesan jejak Rasul itu, kemudian aku
mencampakkannya; dan demikianlah aku dihasut oleh
hawa nafsuku".

Al-'Ankabuut 29:60

Ayat Tujuh

60. Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak


membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi
rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang
Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Faatir 35:2

Ayat Tujuh

2. Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada


manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat
menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka
tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah
itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi
Maha Bijaksana.

Disusun oleh Mohd Fairouse bin Mustaffa Kamal

Page 8

Az-Zumar 39:38

Ayat Tujuh

38. Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai


Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:
"Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" Sudah tentu
mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada
mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang
yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah
hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya,
dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan
bahayaNya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat
kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?"
Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong
dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah
orang-orang yang mahu berserah diri".

Asy-Syuura 42:15

Ayat Satu

15. Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad - kepada beragama dengan betul), serta
tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang
diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut
kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku
beriman kepada segala Kitab yang diturunkan oleh Allah,
dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu.
Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal
kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada
sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana
kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan
kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat
kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)".

Disusun oleh Mohd Fairouse bin Mustaffa Kamal

Page 9

Al-Muzzammil 73:20

Ayat Qof 100

20. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad)


mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang
Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan
selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan
(demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orangorang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati
perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang
menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia
mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat
mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik
perintahNya yang terdahulu (dengan memberi
kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana
yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran
(dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada
di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya
orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari
rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orangorang yang berjuang pada jalan Allah (membela
agamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu
dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah
sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman
kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan
(ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai
bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat
balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaikbaiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah
ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Disusun oleh Mohd Fairouse bin Mustaffa Kamal

Page 10

NOTE:
1. Ayat al-Quran dan terjemahan bahasa Melayu diambil dari
a. http://www.alquran.my/
b. http://quran.com/

Disusun oleh Mohd Fairouse bin Mustaffa Kamal

Page 11

Anda mungkin juga menyukai