Anda di halaman 1dari 2

Langkah-langkah untuk menyuburkan budaya tegur-menegur, kunjungmengunjungi

dan hormat-menghormati dalam kalangan masyarakat


Budaya membawa maksud akal budi, peradaban dan ketamadunan yang terlibat
dengan cara hidup, perasaan, pemikiran dan pergaulan. (I) Budaya tegur-menegur sinonim
dengan teras kekuatan masyarakat dan sendi ikatan kesatuan sesama masyarakat yang
multietnik, multiagama, multibudaya dan berlatarbelakangkan sosioekonomi yang heterogan.(I)
Namun, budaya mahmudah ini semakin sirna ditelan arus globalisasi yang melewati sempadan
dan mentaliti. (K) Tegal itu, Dasar Perpaduan Negara dan Strategi Lautan Biru Kebangsaan telah
digarapkan selari dengan konsep Gagasan 1Malaysia, yakni mewujudkan masyarakat madani
dan uthopia di negara kita. (U) Persoalannya, sejauh manakah strategi tersebut berhasil
menghidupsuburkan budaya tegur-menegur sesama masyarakat majmuk? Apakah pula langkahlangkah untuk mengembalikan budaya tersebut? (K)
Untuk menghidupsuburkan budaya tegur-menegur dalam masyarakat, warisan tradisi
bangsa mestilah dididik kepada seantero strata masyarakat, khasnya generasi muda.(A)
Amsalnya, Rumah Terbuka Kebangsaan yang dianjurkan membayangkan budaya perkongsian
etos dan jalinan antara masyarakat yang berbeza latar belakang. (C) Semasa kunjungan ke
rumah terbuka sempena hari perayaan tertentu, masyarakat berpeluang untuk menikmati
juadah, makanan tradisional, sekali gus mengintegrasikan diri dengan warisan tradisi masingmasing seperti kepercayaan dan adat resam yang berbeza. (K) Mukhtasarnya, tahap kefahaman
terhadap warisan tradisi masyarakat silam dapat mewujudkan masyarakat yang mengenang
budi, sekali gus melapangkan dada untuk mengenali masyarakat lain kerana tak kenal maka tak
cinta.(P) Bertitik tolak daripada manifestasi ini, budaya tegur-menegur seyogianya bermula
daripada pengenalan dan persefahaman terhadap warisan tradisi masyarakat silam, khasnya di
negara bertuah yang sarat dengan kebudayaan yang heterogan.(P)
Isi 1 : Menghidupkan semula tradisi masyarakat silam masyarakat silam terlalu kuat ikatan
kejiranan dan kasih sayang menyuburkan tradisi kunjung-mengunjung tradisi bergotongroyong, unjuk-mengunjuk, memberi dan menerima hendaklah diperkasakan dalam masyarakat
(sedikit tanda ingat dan banyak tanda ada)
Isi 2 : Berusaha memupuk persefahaman dan saling hormat sesama jiran tetangga jiran ibarat
saudara-mara sendiri sentiasa bersama menghadapi sebarang masalah besar atau kecil tidak
membezakan status dalam masyarakat tiada perbezaan pangkat, miskin atau kaya amalan
menegur kesalahan dengan nasihat secara ikhlas amalkan tanggungjawab anakku anakkau dan
anakkau anakku
Isi 3 : Mengembalikan tradisi secara contoh dan teladan kalangan berpengaruh dalam
masyarakat hendaklah menjadi peranan modal ibu bapa mengajar anak-anak cara-cara
menghormati orang yang lebih tua pemimpin sentiasa mendekati rakyat sentiasa berinteraksi
secara sopan, jujur, dan telus
Isi 4 : Saling membantu dan menyokong dalam urusan harian boleh memperkukuh jalinan
kejiranan golongan berada sentiasa menjadi tempat merujuk golongan miskin manakala yang
miskin menghormati dan menyokong yang berada mengadakan jamuan dan kenduri-kendara
tidak mengukur nilai kebendaan tetapi ikhlas sebagai paksi perhubungan mesra
Isi 5 : Golongan tua sentiasa dijadikan pakar rujuk sebagai menghormati taraf mereka dalam
masyarakat menghargai pengalaman dan usia mengatasi darjat dan pangkat golongan muda

sentiasa dinasihati tidak wujud jurang yang terlalu dalam antara generasi elakkan perbuatanperbuatan yang keji dan mungkar dalam masyarakat
Kesimpulan : Walaupun amalan tradisi nenek moyang itu semakin terhakis dalam kehidupan
masyarakat global, namun rohnya masih dirasai oleh sebahagian masyarakat di pedalaman.
Oleh hal yang demikian, amalan yang sudah menjadi budaya ini elok dihidupkan kembali agar
kehidupan bermasyarakat lebih harmoni dan riang.

Anda mungkin juga menyukai