Anda di halaman 1dari 2

Sejarah perkembangan nombor dan operasi

Pengenalan
Nombor adalah sesuatu simbol. Tujuan nombor diperkenalkan adalah untuk
mewakili kuantiti atau bilangan. Pada zaman pra sejarah, kuantiti atau bilangan
diwakili oleh objek atau simbol-simbol tertentu. Contoh nombor purba yang terkenal
adalah seperti arabic, mayan, roman dan sebagainya. Masyarakat purba juga
mewakili sesuatu kuantiti objek dan bilangan menggunakan objek sekeliling mereka
seperti batu, daun, kayu dan sebagainya. Sebagai contoh, mereka mewakilkan
bilangan kambing biri-biri dalam kumpulan dengan memadankan kepada batu-batu
kecil. Dengan ini mereka boleh mengenalpasti jika terdapat kambing yang hilang.
Ahli matematik menamakan cara padanan ini sebagai padanan satu dengan satu.
Selain itu, manusia zaman purba juga menggunakan gundalan untuk merekod
barang kepunyaan mereka. Mereka mengikat tali pada kayu kulit atau melukis tanda
gundalan pada batu-batu untuk memadankan tali dengan tanda gundalan.

Pada kebiasaannya, sistem pernomboran awal dibentuk dengan mengulangi simbol


asas dan menambah nilai untuk mendapatkan nombor yang dikehendaki. Jika dilihat
kembali pada semua sistem pernomboran awal, sistem nombor yang paling mudah
merupakan sistem pernomboran gundalan ataupun dikenali sebagai Tally system.
Sistem gundalan terdiri daripada satu garisan tunggal yang mewakili satu bahan
yang ingin dikira. Sistem ini telah ditambah baik dengan menggunakan istilah
pengumpulan atau

yang diletakkan melintang apabila I mencukupi 5.

Sistem ini adalah paling mudah untuk difahami dan mudah digunakan. Walaupun
begitu, sistem gundalan ini mempunyai dua kelemahan iaitu nombor yang besar
agak sukar untuk dibaca dan memerlukan banyak I untuk mewakili nombor yang
besar.

Anda mungkin juga menyukai