Anda di halaman 1dari 11

MINGGU KE 9

PENGUDARAAN DI DALAM BANGUNAN


2.0 PENGENALAN
Di dalam negara yang beriklim panas-lembap tropika seperti negara kita, tiupan angin atau alir
udara diperlukan untuk mempercepatkan peroses sejatan supaya ketidaknyamanan oleh
kelekitan kulit dapat dikurangkan. Proses ini sajalah yang didapati amat berkesan untuk memberi
kenyamanan kepada kulit di samping penurunan suhu udara yang kerap kali amat sukar untuk
dipenuhi sekiranya kita bergantung kepada metoda alami tanpa bantuan alat-alat mekanikal
seperti pendingin hawa. Pengudaraan dan alir udara untuk sesebuah bangunan perlu disediakan
sama ada secara alami atau secara mekanikal. Perkara ini jelas diperuntukkan di dalam UndangUndang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL) yang menghendaki bukaan-bukaan minimum
untuk tujuan pencahayaan dan pengudaraan semula jadi. Perkara 39(1) hingga (4), 40(1) dan (2)
dan 41 (1) hingga (4) di dalam undang-undang kecil ini lazimnya dikuatkuasakan oleh penguasapengusa setempat terhadap pelan-pelan bangunan yang baru sebagai salah satu syarat
kelulusan. Di dalam hal ini kita jarang sekali mempersoalkan sama ada peruntukan yang
disediakan di dalam pelan itu pada akhirnya benar-benar dimanfaatkan oleh penghuninya
ataupun sebaliknya. Kita seringkali bertembung dengan beberapa kes yang melibatkan
pengubahsuaian bangunan diluar pengendalian, seumpama penutupan secara kekal telaga
udara "air-wells" pada rumah-rumah teres yang pada asalnya diperuntukkan untuk tujuan
pengudaraan dan pencahayaan alami. Di dalam kes untuk mendapatkan kelulusan pelan
bangunan, terdapat juga kes pelepasan peruntukan untuk mematuhi perkara 39 dan 40, hanya
dengan menuliskan di atas pelan bangunan perkataan "penghawa dingin akan digunakan".
walhal setelah bangunan siap dan diduduki tiada sebarang alat penghawa dingin dipasang dan
kalau dipasang sekalipun hanya seketika saja iaitu sewaktu pemeriksaan untuk sijil menduduki
sedang dilakukan. Contoh kes-kes diatas menggambarkan bahawa penguatkuasaan tidak akan
berkesan tanpa kefahaman terhadap kepentingan setiap peruntukan undang-undang yang
berkaitan oleh orang ramai.
Untuk menghargai peruntukan-peruntukan bukaan bangunan yang minimum sebagaimana yang
dikehendaki oleh undang-undang kecil bangunan seragam, kita perlu meneliti beberapa perkara
asas yang berhubungkait dengan diri kita dari segi kesihatan dan kenyamanan. Penyediaan
bukaan pada bangunan sama ada dalam bentuk telaga udara, jendela, kekisi dan elemenelemen dekoratif untuk tujuan pengudaraan sebenarnya mempunyai kesan secara langsung dari
segi fisiologi khususnya di dalam hal kebersihan dan pergerakan udara di dalam bangunan.

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch


FISIKA BANGUNAN

Secara tidak langsung pengudaraan juga mepengaruhi suhu dan kelembapan udara di dalam
ruang ataupun pada permukaan dinding bilik.
Sebenarnya peruntukan penyediaan bukaan minimum sebagaimana yang termalktub di dalam
undang-undang kecil bangunan ini masih lagi tidak mencukupi sekiranya tahap kenyamanan
sebenar ingin dicapai, khususnya didalam iklim panas lembap tropika seperti negara kita.
Garispanduan perancangan berteraskan iklim menghendaki luas bukaan pada bangunan di
sekitar 40% hingga 80% dari luas dinding. Undang-undang kecil bangunan seragam pula hanya
menghendaki bukaan seluas 10% hingga 20% dari keluasan lantai. Nyatalah bahawa bukaan
yang lebih besar diperlukan untuk pengudaraan alami yang lebih berkesan, bukan sebaliknya
iaitu mengecilkan bukaan hingga ketahap kritikal dan memudaratkan. Gambar (1)
menggambarkan contoh bukaan jendela pada rumah tradisional yang lazimnya memiliki bukaan
boleh tutup dan juga bukaan kekal yang terdiri dari elemen dekoratif di bahagian atas jendela.

Gambar (1) Elemen-elemen dekoratif yang berfungsi sebagai bukaan kekal untuk alirudara alami

3.0 PERANAN PENGUDARAAN DAN ALIR-UDARA


Kita perlu memahami peranan atau fungsi pengudaraan dan alir udara terlebih dahulu sebelum
kita dapat menghargai betapa pentingnya peruntukan bukaan kepada bangunan yang
sewajarnya dipatuhi. Kegagalan kita untuk menilai perkara ini akan menyebabkan kita mengambil
ringan kehendak-kehendak asas perancangan bangunan yang sensitif kepada iklim dan dapat
memberi kenyamanan kepada penghuninya. Berikut ialah peranan-peranan yang asas
pengudaraan dan alir udara didalam bangunan:
a) Untuk memenuhi kehendak kesihatan iaitu mengekalkan kualiti udara di dalam bangunan di
atas satu paras minimum, iaitu menukarkan udara terpakai dengan udara bersih. Keadaan ini
mesti dipatuhi dalam sebarang situasi dan perancangan.
b) Untuk menghasilkan kenyamanan termal , iaitu untuk menambahkan kehilangan kalor badan
dan mengurangi ketidakselasaan oleh kulit yang lembab dan lekit.

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch


FISIKA BANGUNAN

c) Untuk menyejukkan struktur bangunan apabila berlaku keadaan suhu didalam ruang bangunan
meningkat lebih tinggi dari suhu di luar bangunan.

3.1 Pengudaraan untuk memenuhi keperluan kesihatan


Keperluan asas ini perlu dipenuhi tanpa sebarang pengecualian. Secara mudah kehendak ini
bermaksud membekalkan oksigen dengan secukupnya untuk pernafasan dan aktifitas-aktifitas
lain, serta untuk mencegah kenaikan kadar kandungan karbondioksid dan bau yang tidak diingini.
Sebagai contoh, sekiranya sebuah ruang dapur tidak mempunyai lubang udara,ia mestilah
dilengkapi dengan peralatan pengudaraan mekanikal lain yang berupaya mengurangi kandungan
karbondioksid dan hasil pembakaran lain dibawah paras bahaya. Syarat-syarat minimum seperti
yang dikehendaki oleh Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 adalah untuk memenuhi
fungsi kesihatan ini. Oleh itu sekiranya kehendak-kehendak ini tidak dipatuhi, perkara-perkara
negatif yang mengancam kesihatan seperti sesak nafas, rasa terpengap dan bau yang tidak di
ingini sentiasa mengganggu hidung akan dialami oleh penghuninya. Suasana tidak nyaman ini
kerapkali berlaku pada waktu malam atau waktu hujan apabila penghuni menutup semua jendela
dan tidak terdapat bukaan kekal diperuntukkan pada dinding atau atap bangunan.

3.2 Pengudaraan untuk kenyamanan termal


Kandungan kelembapan udara dan panas matahari yang sentiasa tinggi menyebabkan kulit kita
sentiasa terasa lekit dan tidak nyaman. Fenomena iklim panas lembap ini hanya boleh diredakan
dengan meniupkan angin untuk mempercepatkan proses sejatan pada kulit. Di dalam hal
menyediakan keadaan termal yang nyaman iaitu mencegah ketidaknyamanan yang disebabkan
oleh kepanasan dan kelekitan kulit ini, bekalan udara yang cukup kelajuan dan kadar tukarannya
adalah diperlukan. Kadar aliran dan kelajuan udara pula dipengaruhi oleh geometri ruang dan
lokasi bukaan. Oleh itu penentuan awal iaitu semasa peringkat perancangan perlukan penelitian
yang mendalam supaya perkara- perkara ini dapat diterapkan dan bukan sekadar agakan yang
kurang tepat. Perlu juga diingat bahawa kelajuan udara untuk kenyamanan perlu bertambah
apabila suhu semakin meningkat. Oleh itu metoda-metoda yang innovetif perlu difikirkan agar
kenyamanan masih dapat dikekalkan walaupun kesan keikliman meningkat menjadi lebih kritikal
khususnya pada waktu tengah hari dan lewat petang. Matlamat perancangan kita mestilah
memafaatkan angin yang sedia ada dengan memasukkannya kedalam bangunan serta
melengkapkan bangunan dengan metoda bantuan sekiranya angin tidak diperolehi.
3.3 Pengudaraan untuk penyejukan struktur
Udara sebenarnya memiliki kapasiti termal yang rendah. Oleh itu sekiranya sesebuah bangunan
tidak berpengudaraan, suhu udaranya tetap berada pada aras suhu permukaan dalam. Suhu

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch


FISIKA BANGUNAN

permukaan dalam pula berubah mengikut purata suhu permukaan luar. Terdapat perhubungan
terus di antara purata suhu permukaan luar dan dalam, iaitu ia dipengaruhi pula oleh warna
dinding luar bangunan berkenaan. Suhu lazimnya meningkat sekiranya warna digelapkan. Tahap
ketinggian turun-naik suhu ini pula ditentukan oleh kapasiti termal, rintangan termal dan julat
suhu permukaan luar bangunan. Oleh itu suhu adara didalam bangunan terbukti dipengaruhi oleh
ciri-ciri komponen konstruksi atau struktur banguanan. Hasil dari beberapa penyelidikan, telah
terbukti bahawa kesan penyejukan oleh pengudaraan sememangnya bergantung kepada
perbezaan suhu luar dan dalam bangunan. Pengudaraan berupaya menurunkan suhu pada
bahagian luar bangunan dan seterusnya mengakibatkan penurunan suhu bahagian dalam dan
suhu udara yang terkandung di dalamnya. Peranan ini perlu diambilkira khususnya bagi
penurunan suhu atap dan ruang loteng bangunan.

4.0 MEKANISME PENGUDARAN DAN ALIR UDARA


Udara akan mengalir atau bergerak melalui sebuah bangunan hanya sekiranya terdapat
perbezaan tekanan. Terdapat dua bentuk tekanan yang akan menyebabkan aliran ini berlaku
iaitu:
a) Tekanan termal iaitu cerunan suhu antara bahagian luar dan dalam bangunan.
b) Tekanan angin yang akan mangalirkan angin luaran kedalam bangunan.

4.1 Tekanan termal


Apabila purata suhu udara di luar dan di dalam bangunan adalah berbeza, maka perbezaan
ketumpatan juga berlaku dan menyebabkan cerunan tekanan udara secara menegak terbentuk.
Sekiranya suhu didalam lebih tinggi dan dua bukaan disediakan, satu pada bahagian atas dan
satu lagi pada bahagian bawah dinding, udara akan mengalir keluar pada bahagian atas bukaan
yang disebabkan oleh tekanan yang lebih tinggi terbentuk pada bahagian atas ruang bangunan.
Sementara itu tekanan rendah terbentuk pada bahagian bawah yang menyebabkan udara dingin
mengalir masuk kedalam bangunan.
Mekanisme ini dapat memenuhi keperluan kesihatan tetapi tidak berupaya meyebabkan udara
bergerak laju untuk memenuhi keperluan kenyamanan termal. Di Pulau Pinang, Majlis
Perbandaran Pulau Pinang biasanya mensyaratkan bangunan dilengkapi dengan serombong
asap pada bahagian dapur kecuali dapur gas digunakan dan semua telaga udara tidak
dibenarkan ditutup samasekali kecuali dengan penutup boleh ubah dan atap bertingkat yang
berbukaan kekal (sila rujuk Gambar 2). Syarat-syarat ini sebenarnya bertujuan untuk
menyediakan tukaran udara bersih secara semula jadi berlaku tanpa gangguan sepertimana
yang dikehendaki oleh Undang-undang Kecil Bangunan Seragam.

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch


FISIKA BANGUNAN

Gambar 2: Telaga udara boleh ditutup dengan atap bertingkat


Prinsip tukaran udara menerusi tekanan termal dapat berfungsi dengan lebih aktif lagi sekiranya
ketinggian rumah yang lebih dapat diadakan dengan bukaan pada bahagian teratas dan
terbawah sekali. Sebagai contoh, konsep "split level" dan isipadu berganda dapat diterapkan
dalam perancangan rumah kediaman untuk memastikan kesan yang optimum terhadap
pertukaran udara. Gambar 3 menggambarkan bagaimana dapur berperanan sebagai sumber
udara panas di dalam sebuah rumah diterapkan dengan konsep isipadu berganda untuk
menghasilkan kesan tekanan termal yang lebih berkesan. Udara panas dari dapur akan bergerak
keatas dengan lebih berkesan oleh kesan isipadu berganda dan keluar menerusi rongga di
puncak atap. Seterusnya udara dingin akan mengalir masuk melalui ruang tamu ke ruang dapur
oleh proses perolakan. Prinsip perancangan ini sebenarnya lebih berkesan dari perancangan
lazim yang meletakan dapur pada tingkat bawah dan mengharapkan tukaran udara berlaku
menerusi bukaan pada tingkat bawah saja.

Gambar 3: Penerapan biayaep isipadu berganda


( Tekanan termal menjadi lebih berkesan apabila perbezaan tingginya lebih besar)
Satu lagi cotoh penerapan pengalirkan udara secara tekanan termal ialah menerusi prinsip
peneduhan dengan menggunakan elemen landskap. Gambar (4a) menggambarkan peneduhan
dan pengudaraan secara terus iaitu pohon-pohon yang rimbun meneduhi atap rumah supaya
panas matahari dapat dikurangkan. Gambar (4b) pula menggambarkan bagaimana udara dingin
dari rimbunan pohon-pohon yang berada berhampiran dengan rumah dapat disedut kedalam
rumah secara tidak langsung dengan metoda tekanan termal.

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch


FISIKA BANGUNAN

Gambar 4a: Penyejukan secara terus

Gambar 4b: Penyejukan secara tidak langsung


4.2: Tekanan angin
Salah satu sumber pengudaraan alami ialah tiupan angin yang bertiup dengan kelajuan dan arah
yang tertentu. Apabila angin bertiup kearah sebuah bangunan, alirannya yang lurus akan
terpecah-pecah dan terlencong keatas dan kesisi bangunan berkenaan. Bahagian bangunan
yang menghadap arah angin akan mengalami tekanan dan bahagian yang membelakangi arah
angin akan mengalami kesan sedutan. Sekiranya terdapat bukaan pada kedua-dua bahagian
bangunan ini, angin akan mengalir masuk menerusi ruang dalam bangunan (sila rujuk gambar 4).

Gambar 4: Fenomena tekanan angin


Disamping perubahan arah dan kelajuan, kesan-kesan sampingan lain juga akan terjadi apabila
angin menghadapi halangan. Salah satu kesan sampingan ini ialah kesan sedutan dan aliran
undur yang juga berupaya mengalirkan angin pada arah yang bertentangan tetapi memiliki
kelajuan yang bersesuaian untuk kenyamanan. Kesan negatif ini sebenarnya dapat dimanfaatkan
untuk tujuan pengudaraan di dalam bangunan. Gambar 5a menunjukkan bagaimana sebuah
bangunan tinggi yang diletakkan dibahagian belakang deretan rumah menyebabkan aliran undur

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch


FISIKA BANGUNAN

terjadi. Gambar 5b pula menggambarkan sekiranya bangunan tinggi ini berada di hadapan,
kesan sedutan oleh aliran undur menjadi lebih aktif lagi.

Gambar 5a: Bangunan tinggi berada di belakang deretan rumah-rumah

Gambar 5b: Aliran undur oleh halangan dihadapan


4.3: Kesan campuran
Dalam keadaan sebenar, tekanan termal dan tekanan angin kerap bertindak bersama untuk
menghasilkan alir udara dan pengudaraan didalam bangunan. Pengudaraan oleh kuasa termal
bergantung kepada hasil perbezaan suhu di dalam dan di luar bangunan serta perbezaan tinggi
diantara bukaan yang teratas dan terbawah. Untuk bangunan kediaman, perbezaan tingginya
terlalu kecil iaitu disekitar 2 meter saja, menyebabkan keberkesanannya kurang nyata. Apabila
keadaan agak panas, kuasa termal terlalu rendah untuk menghasilkan aliran udara yang
berkesan, kecuali tandas dan bilik air yang mempunyai paip pengudaraannya sendiri. Metoda ini
sebenarnya akan menjadi lebih berkesan sekiranya saloran ventilasi boleh diadakan untuk
bangunan bertingkat dengan mengambil kira ketinggian keseluruhan atau sebahagian bangunan
ini. Kuasa termal yang membentuk aliran udara dengan perbezaan tekanan saja menghasilkan
aliran dengan kelajuan yang rendah.
Aliran udara yang dihasilkan oleh tekanan angin akan mengalirkan angin hampir keseluruh
ruangan bilik, sementara aliran oleh kuasa termal hanya tertumpu di bahagian yang berhampiran
dengan bukaan saja. Sekiranya kedua-dua makanisme ini dapat dikendalikan menerusi perincian
perancangan yang tepat dan dibenarkan bertindak bersama, alir udara yang lebih berkesan dari
segi tukaran udara dan kelajuan akan dapat di hasilkan. Sebagai contoh, rumah tradisonal
Melayu kerap menerapkan bukaan jendela yang memanjang hingga keparas lantai dan tiada

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch


FISIKA BANGUNAN

bersiling supaya ketinggiannya menjadi optimum. Oleh yang demikian udara panas akan naik
dan terus keluar pada bahagian tebar layar dipuncak atap. Angin pula akan bertiup merentasi
ruang rumah tanpa halangan. Kedua-dua metoda ini saling bantu membantu untuk menghasilkan
pengudaraan alami yang paling berkesan.
5.0 FAKTOR PERANCANGAN YANG MEMPENGARUHI ALIRAN UDARA
Untuk menghasilkan taburan aliran udara yang berkesan di dalam sesebuah ruang faktor-faktor
yang mempengaruhinya perlulah diteliti terlebih dahulu. Terdapat dua faktor utama yang
mempengaruhi corak aliran udara di dalam sesebuah bilik:
a. Taburan tekanan disekeliling bangunan
b. Inersia udara yang bergerak.
Keadaan topografi,tumbuh-tumbuhan, objek-objek tiga dimensi seperti bangunan dan tembok
akan menyebabkan taburan tekanan di sekeliling dan di luar bangunan berubah atau
menyebabkan arah asal angin utama melencong. Oleh itu objek-objek seperti tembok dan
tumbuh-tumbuhan boleh diterapkan untuk memperbaiki taburan dan arah atau sebaliknya.
Sebagai contoh pohon-pohon yang sedang rimbunnya boleh ditanam pada jarak yang sesuai
supaya angin akan tertumpu pada arah yang dikehendaki (sila rujuk gambar 6). Kelajuan udara
juga boleh ditingkatkan sekiranya angin dibenarkan menumpu melalui dua deretan pokok-pokok
sebelum masuk kedalam bangunan (sila rujuk gambar 7).

Gambar 6: Pelencungan angin oleh pohon-pohon

Gambar 7: Kesan penumpuan untuk meningkatkan kelajuan


Disamping dua faktor yang tersebut di atas, terdapat juga faktor-faktor geometri yang boleh
dikendalikan oleh perekebentuk serta berupaya menentukan corak dan juga kelajuan angin
didalam ruang. Berikut ialah faktor yang berkenaan:

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch


FISIKA BANGUNAN

a. Orientasi jendela
Berdasarkan kepada beberapa kajian, angin pada arah 45 darjah kepada lubang masuk akan
bertindak memenuhi seluruh bilik dengan peningkatan kelajuan pada sisi dinding dan pada
penjuru bilik. Pengudaraan yang lebih baik dicapai apabila aliran udara bertukar arah di dalam
bilik dari aliran yang terus menerus dari lubang masuk ke lubang keluar. Penemuan-penemuan
ini amat berfaedah kerana dapat membantu para peperancangan dari terus terkonkong oleh
andaian secara teori yang memerlukan arah angin mestilah menghala tepat kearah dinding dan
sekatan- sekatan di dalam ruang akan menjadi penghalang terus aliran angin. Oleh itu orientasi
untuk kemasukan angin adalah lebih fleksibel dari orientasi untuk kalor matahari yang agak
spesifik dan sekatan boleh diadakan tetapi mestilah dapat menghasilkan pengudaraan yang baik.
b. Ukuran jendela
Sekiranya sebuah bilik itu mempunyai bukaan masuk dan keluar dengan pengudaraan rentas
yang baik, kelajuan udaranya boleh dikendalikan dengan menambahkan sais jendelanya.
Dengan memperbesarkan bukaan masuk dan keluar secara serentak, kelajuan udaranya juga
akan bertambah. Sekiranya sais jendela bilik berbeza-beza, kelajuan udara yang lebih tinggi
boleh diperolehi dengan sais bukaan keluar yang lebih besar dari bukaan masuk. Keadaan ini
boleh dimanfaatkan di dalam perancangan bangunan khususnya di dalam mempelbagaikan
perancangan fasad disamping memenuhi keperluan pengudaraannya.
c. Pengudaraan rentas
Pengudaraan rentas dapat dipenuhi dengan menghubungkan ruang pada bahagian sedutan dan
tekanan angin. Lazimnya bukaan pada dua sisi dinding yang bertentangan diperlukan untuk
membolehkan keadaan ini berlaku. Tetapi di dalam keadaan sebenar, kita mungkin tidak dapat
menyediakan bukaan pada sisi yang bertentangan kerana susunan bilik yang tidak
mengizinkannya. Walaubagaimanapun pengudaraan rentas masih boleh berlaku dengan
menyediakan dua bukaan pada sisi yang sama dengan syarat aliran angin pada arah oblik.
Sekiranya angin datang pada arah 90 darjah tepat kepada dinding, aliran udara tidak akan
berlaku di dalam bangunan. Sebenarnya pengudaraan yang lebih baik dapat dicapai dengan
melengkapkan kedua-dua jendela dengan unjuran menegak (sila rujuk gambar 8).

Gambar 8: Memperbaiki pengudaraan rentas bukaan pada satu sisi.

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch


FISIKA BANGUNAN

Kesimpulannya, perubahan yang menggalakkan masih dapat dicapai oleh bangunan yang
memiliki satu bahagian dinding luar seumpama bangunan pejabat atau bilik-bilik darjah, dengan
syarat aliran angin mestilah pada arah oblik di antara 20-30 darjah dan bukaan ditambah dengan
unjuran menegak tetapi tidak terlalu panjang sehingga mengganggu aliran jendela yang satu lagi.
d. Lokasi jendela secara menegak
Kedudukan jendela pada kedudukan menegak dan perancangan bukaan masuk adalah lebih
kritikal dari bukaan keluar, kerana ia akan menentukan corak aliran angin yang akan masuk ke
dalam bilik. Ketinggian ambang jendela akan menentukan samaada angin akan bertiup pada zon
kediaman atau sebaliknya. Sekiranya ambang jendela terlalu tinggi, sudah tentulah angin tidak
akan bertiup pada bahagian kepala saja dan begitulah sebaliknya. Begitu juga jendela yang
berbagai jenis berupaya mempengaruhi aliran angin di dalam bangunan. Oleh itu pilihan yang
paling baik dapat dibuat berdasarkan kepada keperluan. Sebagai contoh, jendela "nako" yang
mempunyai bilah-bilah pepisau boleh laras berupaya menyalorkan angin pada arah yang
dikehendaki hanya dengan mengubah bilah-bilah pepisaunya (sila rujuk gambar 9).

Gambar 9: Aliran dilaraskan oleh jendela boleh laras


e.Sekatan dan pembahagian ruang dalam
Apabila lebar bangunan melebihi lebar sebuah bilik, pengudaraan untuk setiap bilik lazimnya
bergantung bilik-bilik yang lainnya. Masalah ini boleh diatasi dengan meletakkan bilik yang lebih
besar menghadap arah angin dan bilik yang lebih kecil pada bahagian belakangnya ( sila rujuk
gambar 10).

Gambar 10: Susunan bilik yang optimum


6.0 PENGUDARAAN DAN PERANCANGAN BANDAR
Pengudaraan alami bergantung sepenuhnya kepada angin yang sedia ada. Seperti yang telah
disentuh di dalam bahagian 4, kehaziran dan kelajuannya dipengaruhi oleh keadaan persekitan
yang sebahagian besarnya ditentukan pada tahap yang lebih asas iaitu di tahap perancangan
lagi. Oleh itu adalah penting untuk menanamkan kefahaman dan peri pentingnya asas-asas

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch


FISIKA BANGUNAN

prinsip pengudaraan secara menyeluruh di dalam aspek perancangan bandar dan wilayah
supaya penerapan elemen-elemen perancangan tidak bercanggah dengan keperluan
kenyamanan manusia dan seluruh penghuni alam. Perancangan bandar mempengaruhi faktorfaktor lingkungan sekitar yang penting kepada kenyamanan manusia, terutamanya cahaya
matahari, peneduhan, ketinggian bangunan, pengawalan sinar matahari, hujan, debu di luar
bangunan dan keadaan pengudaraan di dalam dan di luar bangunan. Ketinggian sesuatu struktur
merentasi keratan bandar, jarak bangunan, persamaan dan perbezaan sais, tinggi, keratan,
taburan dan pembahagian tempat lapang dan taman mempengaruhi aliran angin.
Matlamat perancangan bandar di kawasan yang beriklim panas lembap tropika ialah
mengioptimumkan pengudaraan alami serta memaksimumkan pengendalian peneduhan
matahari kepada bangunan, jalan dan tempat permainan. Sesebuah bangunan yang lebih tinggi
dari bangunan di sekitarnya boleh mengubah corak aliran angin disekitar bahagian bawah
bangunan. Oleh itu pengendalian angin serta hujan yang khusus amat perlu untuk kenyamanan
penduduk di sesebuah daerah.

7.0 KESIMPULAN
Berdasarkan kepada penjelasan yang telah diberikan, pengudaraan perlu diadakan didalam
bangunan samaada secara alami atau mekanikal. Peruntukan bukaan minimum untuk tujuan
pencahayaan dan pengudaraan secara alami telah pun tersedia sepertimana yang terkandung di
dalam Undang-undang Kecil Bangunan Seragam (UBBL) 1984. Kefahaman terhadap peranan
bukaan (jendela, pintu dan bukaan-bukaan kekal lain) pada bangunan khususnya di dalam
menyediakan alir-udara secara alami dan kaitannya dengan kesihatan dan kenyamanan
penghuni serta penyejukan ruang dalamam sesebuah bangunan akan dapat menginsafkan kita
agar sentiasa mematuhi kehendak (UBBL) dan kehendak-kehendak penguasa setempat. Kita
sepatutnya memperbaiki dan meperluaskan kefungsian bukaan secara kreatif dan bijaksana
untuk memakmurkan dan memanjangkan hayat bangunan. Faktor-faktor seperti sais, kedudukan
bukaan,dan ciri-ciri lain adalah di dalam pengendalian peperancangan, perlu diterapkan dari
peringkat awal lagi iaitu semasa diperingkat perancangan bangunan. Disamping itu faktor-faktor
luaran yang terangkum di dalam aspek perancangan bandar seperti susunatur, pengzonan,
kawasan terbuka dan sebagainya juga perlu pertimbangan awal agar tiupan angin dapat
dimanfaatkan. Seterusnya keseluruhan elemen-elemen landskap yang dapat membantu memberi
kenyamanan menerusi pengudaraan secara alami juga perlu disepadukan.

Pusat Pengembangan Bahan Ajar - UMB

Dr. Ir. M. Syarif Hidayat M.Arch


FISIKA BANGUNAN

Anda mungkin juga menyukai