Anda di halaman 1dari 2

Penebang Kayu Dengan Anaknya.

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang
arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk
cerita yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Penebang Kayu Dengan
Anaknya.
Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang miskin .
Penebang kayu itu mempunyai seorang bapa yang telah tua lagi uzur dan seorang
anak. Pada suatu hari, penebang kayu itu bercadang untuk menghantar bapanya
ke dalam hutan dan membiarkannya tinggal di situ.
Bagaimana nanti kalau jiran tetangga kita menanya tentang ayah? tanya
isteri penebang kayu.
Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong untuk menghabiskan
sisa-sisa hidupnya, kata penebang kayu itu. Penebang kayu dan isterinya tidak
sedar bahawa percakapan mereka telah didengari oleh anak mereka.
Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pecan untuk membeli sebuah
bakul yang besar. Sebaik sahaja waktu senja, penebang kayu itu pun memasukkan
bapanya ke dalam bakul tersebut.
Apa yang kamu cuba lakukan? tanya bapanya.
Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin dan sentiasa
sibuk.Kami ingin membawa ayah ke tempat yang selamat. Di sana, ayah akan
dijaga dengan baik, kata penebang kayu itu sambil memikul bakul tersebut.
Orang tua itu berasa sedih dan mengerti maksud anaknya. Penebang kayu itu pun
memikul ayahnya berjalan kearah hutan.
Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan, anak
penebang kayu itu menjerit, Ayah, jangan lupa bawa balik bakul itu semula!
Mengapa? tanya penebang kayu itu kehairanan.
Ayah, kata anak penebang kayu itu dengan lembut, Apabila ayah tua
kelak, saya akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.
Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh bergerak. Dia tunduk
sambil berfikir. Selepas beberapa ketika, dia pun berkata kepada anaknya.
Marilah kita pulang ke rumah.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian,
terima kasih.

SEKOLAH KU
Biarpun usiamu gaek
Masih teguh berdiri
Gapura ilmumu terbuka luas
Indah tersergam di buana kehidupan
Sekolahku
Membesar aku dalam pelukan ilmu
Dewasa aku dalam belaian kasih
Iltizam ilmu guru
Kaugilap aku
Menjadi intan berlian
Marcapada
Kuabadikan
Nostalgia sejuta kenangan
Kejayaanku
Di album abadimu
Sekolah tersayang!

Anda mungkin juga menyukai