Anda di halaman 1dari 1

Bahasa pijin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Bahasa pijin merupakan nama yang diberikan kepada bahasa yang bertindak sebagai bahasa
perhubungan yang digunakan oleh penutur pelbagai bahasa yang bertemu dan berhubung antara
satu sama lain. Bahasa yang digunakan tidak semestinya salah satu bahasa asal kedua-dua pihak
penutur tersebut. Bahasa pijin terbit daripada satu bahasa yang secara drastik dipermudahkan
struktur dan kosa katanya. Bahasa ini tidak digunakan oleh komuniti bahasa sebagai bahasa asal,
sebaliknya dipelajari kemudian. Sebagai contoh, bahasa pijin ini digunakan oleh para pedagang
untuk bertukar-tukar barang dagangan mereka atau berjual beli. Begitu juga dengan bahasa para
pekerja di ladang atau di kilang ketika bertutur sesama sendiri atau dengan majikan mereka.

Oleh sebab sifatnya yang digunakan untuk tujuan perhubungan dan saling memahami tujuan
perbualan maka bahasa pijin mempunyai kosa kata yang terhad. Perkembangan bahasa pijin
memakan masa yang lama kerana digunakan hanya untuk tujuan-tujuan tertentu. Di Malaysia
anda boleh memerhatikan pertuturan para peniaga yang berbagai-bagai kaum berhubung dengan
pelanggan mereka ketika jual beli. Begitu juga anda boleh mendengar pertuturan para pendatang
asing yang bekerja di negara ini yang bukan penutur jati bahasa Melayu. Bahasa Melayu pijin di
Malaysia sering digelar sebagai bahasa pasar atau bazaar language.

Bahasa kreol ialah bahasa yang terbentuk daripada campuran dua bahasa yang berlainan melalui
pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dalam sesuatu komuniti atau daerah. Perbendaharaan
kata bahasa kreol banyaknya daripada bahasa utama, manakala tatabahasanya mengikuti bahasa
kedua. Sebagai contoh, Kreol Jamaika memiliki banyak perkataan Inggeris yang ditindihkan
dengan tatabahasa Afrika Barat. Manakala bahasa Betawi berasal daripada bahasa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai