Anda di halaman 1dari 3

Pendahuluan

Modul ini yang bertajuk Tuhan, aku kembali menfokuskan tentang taubat seorang
hamba kepada tuhannya. Sebagai manusia biasa, memang tidak terlepas dari melakukan
kesilapan seperti melakukan dosa besar mahupun kecil. Taubat adalah salah satu cara untuk
kembali kepada tuhan susadah melakukan dosa. Perkara yang paling penting sesudah taubat
semestinya istiqomah(berkekalan) meninggalkan kesalahan yang lalu serta terus menerus
melakukan kebaikkan.
Dalil :
Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar di antara dosa dosa yang dilarang kamu
mengerjakannya, niscaya kami hapus kesalahan kesalahanmu(dosa-dosa kecil) dan kami
masukkan kamu ke tempat yang mulia(Syurga) ( An-Nisaa;31 )
Maka barangsiapa yang bertaubat, sesudah melakukan kejahatan itu dan membaiki diri,
maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang. (Al Maidah: 39)

Dosa
Makna Dosa : Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan
suruhannya.
Jenis dosa :

Dasa besar
Dosa kecil

Dosa Besar : Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan azab di akhirat
Contoh : Minum arak, berzina, membunuh
Dosa Kecil : Kesalahan yang tidak diberikan peruntukan hukuman tertentu di dunia atau
amaran azab di akhirat
Contoh : Melihat aurat bukan mahram, bercakap perkara yang tidak berfaedah.

Taubat
Makna Taubat :
Bahasa : Kembali
Istilah : Berhenti daripada melakukan maksiat serta menyesal akan perbuatan lalu dan
berazam tidak mengulanginya.

Syarat-syarat taubat :
1. Syarat taubat di atas dosa dan kesalahan dengan Allah
2. Syarat taubat di atas dosa dan kesalahan dengan sesama manusia
Syarat taubat dengan Allah :

1. Menyesal sungguh di atas dosa-dosa yang telah dilakukan. Yakni terasa kesal, sedih,
dukacita, rasa tidak patut kerana melanggar syariat Allah. Sekaligus datang perasaan
menyerah diri kepada-Nya.
2. Berazam/bercita-cita bersungguh-sungguh tidak akan mengulangi lagi perkaraperkara yang menjadi larangan Allah itu.
3. Meninggalkan perkara-perkara yang mendatangkan dosa-dosa dengan Allah sama ada
dosa besar atau dosa kecil.
Syarat taubat dosa dengan manusia:

1. Menyesal sungguh-sungguh di atas segala kesalahan yang dibuat terhadap orang lain
itu. Benar-benar terasa di hati perasaan sedih, dukacita dan rasa tidak patut berbuat
begitu.
2. Meninggalkan terus perkara-perkara yang mendatangkan dosa dengan manusia.
3. Berazam bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi perkara-perkara yang
mendatangkan dosa yang ada hubungan dengan manusia .
4. Meminta maaf kepada orang yang kita telah berbuat dosa terhadapnya atau bayar
semula ganti rugi atau pulangkan barang yang telah diambil(jika berutang).Dosa-dosa
sesama manusia ini kalau hendak disebutkan terlalu banyak.

Istiqomah

Makna : Kekal,tetap,berterusan dan sentiasa meningkatkan kebaikkan.

Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, setiap manusia hendaklah sentiasa menjauhi perbuatanperbuatan yang mendatankan dosa serta sentiasa berusahan mendekati kepada tuhan. Setiap
dosa yang dilakukannya hendak bertaubat kepada Allah, agar matlamat hidup kita iaitu
mendapat keredhaan tuhan berjaya dicapai.

Anda mungkin juga menyukai