Anda di halaman 1dari 2

PENGALAMAN AHLI/ REFLEKSI MELAKSANAKAN TERAPI

Setiap persembahan mesti adanya kekuatan dan kelemahan. Antara


kekuatan kumpulan kami adalah penglibatan ahli kumpulan dalam perbincangan
isi-isi lakonan. Sebelum menjalankan lakonan yang sebenar, kumpulan kami telah
mengadakan perbincangan untuk menentukan jalan cerita kami. Setiap ahli
kumpulan melibatkan diri dalam perbincangan dan menyumbangkan idea masingmasing terhadap persembahan tersebut. Tambahan pula, demi menyempurnakan
persembahan kami, kami cuba membuat pinjaman alat-alat muzik seperti
tambourine dan maracas daripada unit muzik. Setelah kami mengumpul semua alat
muzik yang diperlukan, kami mula menjalankan latihan seperti latihan nyanyian
dengan iringan guitar dengan bersungguh-sungguh. Kami membuat beberapa kali
raptai terutamanya latihan nyanyian untuk memastikan persembahan berjalan
dengan licin. Persembahan yang disampaikan oleh kumpulan kami adalah lebih
riang kerana kami telah masukkan unsur-unsur kecindan. Dengan ini rakan-rakan
kelas juga terpengaruhi dengan suasana yang meriah ini.
Menurut komen yang diberikan oleh pensyarah Encik Azmi Bin Abdul Hamid,
isi lakonan kumpulan kami telah menepati kehendak terapi muzik. Namun begitu,
kami dapati bahawa terdapat beberapa kesilapan dan kelemahan yang telah kami
lakukan. Perbualan antara kaunselor dan klien tidak padat dan secara
mendalam, ini mungkin menyebabkan kaunselor tidak dapat mengesan masalahmasalah klien yang telah muncul dengan jelas dan tepat. Kaunselor sepatutnya
banyak mengemukakan lebih banyak soalan supaya dapat memahami punca-punca
masalah yang menyebabkan klien susah hati. Kami dapati bahawa dalam kumpulan
kami tidak mereka satu set soalan yang benar-benar dapat mengenal pasti
masalah klien. Kaunselor terus masuk kepada lagu yang seterusnya tanpa
mengambil tahu keadaan klien selepas lagu pertama dinyanyikan.
Selepas membuat refleksi kumpulan, kami sedar bahawa isi lakonan
kumpulan kami boleh diperbaikikan lagi. Antara cadangan penambahbaikan adalah
kaunselor seharusnya mengkaji lirik bersama dengan klien. Langkah ini dapat
membolehkan klien mendapat satu panduan supaya berfikir dengan positif. Selain
itu, kaunselor sepatutnya memberi masa yang secukupnya kepada klien untuk
meluahkan perasaannya selepas nyanyian lagu pertama. Langkah ini sangat
penting kerana dalam proses ini kaunselor dapat mengesan bahawa adakah emosi
klien menjadi lebih tenang atau ceria setelah lagu pertama dinyanyikan.Sekiranya
klien masih lagi tidak menunjukkan perasaan yang diingini, kaunselor boleh mengikut

keadaan klien untuk memilih lagu lain yang bersesuaian dengannya atau tukar teknik
terapi muzik yang lain.
Terdapat banyak pengalaman yang telah kami perolehi melalui lakonan
terapi muzik ini. Yang paling penting sekali, muzik dapat membantu klien
meluahkan perasaan. Sebelum menjalankan terapi muzik, kaunselor perlu
memahami masalah yang dihadapi oleh klien. Melalui perbualan dengan klien,
kaunselor boleh mendorong klien dengan memilih teknik yang sesuai dengan
keadaan klien. Sebagai contoh, dalam lakonan kumpulan kami, kami memilih lagu
Dont worry, Be happy untuk menggalakkan klien supaya hidup dengan gembira
dan jangan bimbang terhadap masalah-masalah yang dihadapi. Ini adalah
disebabkan semasa kita bimbang, masalah itu akan menjadi lebih kritikal seperti apa
yang disampaikan dalam lirik lagu tersebut. Klien akan berasa lebih selesa jika
sesuatu lirik lagu itu memang menunjukkan keadaan yang sama dengan dirisendirinya.
Dalam proses mengendalikan terapi muzik ini, kaunselor juga memainkan
peranan yang sangat penting. Kaunselor perlulah mengambil berat klien melalui
perbualan, memberikan galakkan dan nasihat. Seperti babak yang kumpulan kami
lakonkan, mula-mulanya klien merajuk, kaunselor dengar dengan teliti dan sabar lalu
memberikan respon yang sepatutnya terhadap klien. Seterusnya, kaunselor ajak
klien nyanyi bersama-sama. Kaunselor ajar klien itu sambil nyanyi sambil mainkan
alat muzik. Tanpa kesedaran, dengan sikap kaunselor yang riang, klien itu dapat
membebaskan diri daripada kebimbangan. Ini telah membuktikan bahawa muzik
dapat meredakan emosi klien yang negatif di samping mengurangkan stres dan
keresahan.
Secara kesimpulannya, pemilihan muzik adalah amat bergantung kepada
keperluan-keperluan klien. Kaunselor perlulah bijak membuat keputusan terhadap
penggunaan teknik melalui analisis pemerhatian.

Anda mungkin juga menyukai