Anda di halaman 1dari 2

Sebab kenapa perlu kahwin di usia muda

1. Tuntutan agama
Agama Islam menyarankan kita untuk menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syaratsyarat zahir dan batinnya. Berkahwin juga termasuk amalan sunnah kerana boleh
meningkatkan bilangan umat Islam di atas muka bumi. Paling penting, saham akhirat kita
juga akan terjamin apabila ada anak soleh yang mendoakan untuk kita apabila di alam kubur
nanti. Jika agama menggalakkan, mengapa kita harus melengah-lengahkannya?
2. Sudah ada yang berkenan di hati.
Salah satu sebab mengapa remaja zaman sekarang kebanyakannya memilih untuk berkahwin
di usia muda adalah kerana sudah mempunyai jodoh yang berkenan di hati. Kebanyakannya
sudah berkenalan sejak dari bangku sekolah lagi dan ada pula yang berkahwin sesama rakan
universiti ataupun kolej.
3. Ingin menjaga mata,hati dan kemaluan
Ada juga dalam kalangan masyarakat kita yang berkahwin muda ini kerana untuk
mengelakkan daripada melakukan maksiat. Hal ini demikian kerana gaya hidup mereka yang
bebas bergaul antara lelaki dan peremuan. Ada juga golongan lelaki yang asyik menusung
anak dara orang kehulu-hilir dan boleh menimbulkan fitnah. Jadi perkahwinan dipercepatkan
agar mata, hati dan kemaluan lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini.
4. Teman dalam pelajaran
Segelintir remaja berkahwin awal sejak di universiti kebanyakannya kerana mahukan teman
dalam pelajaran. Mereka perlukan pendorong dan pembakar semangat untuk meneruskan
pelajaran dengan cemerlang. Selain itu, pasangan juga boleh berfungsi sebagai pesaing dalam
pelajaran. Pasangan boleh memberi fokus dan berfungsi sebagai pembakar semangat untuk
meneruskan pelajaran dengan jayanya.
5. Pelan jangka masa panjang
Jika berkahwin muda, sudah tentu memperoleh cahaya mata awal. Belum sampai waktu
persaraan pun tanggungjawab untuk anak-anak sudah selesai kerana mereka semua sudah
besar panjang. Dengan tubuh yang masih cergas, ekonomi yang kukuh, dan anak-anak pun
sudah dewasa, suami isteri bolehlah menghabiskan masa-masa yang selebihnya berdua
ataupun pergi bebulan madu tanpa gangguan.

6. Menjadi lebih bertanggungjawab

Seperti yang kita sedia maklum perkahwin ini berkisar tentang tanggungjawab. Ia dapat
mengajar kita bertanggungjawab terhadap pasangan masing-masing. Perkahwinan mendidik
kita perihatin terhadap perasaan, keperluan dan hal-hal pasangan masing-masing

7. Seks yang lebih berkualiti


Pastinya tenaga di usia muda lebih kuat berbanding lewat umur. Tahukah anda, menurut
kajian perubatan, antara faktor utama kemandulan adalah berkahwin lambat? Kaum hawa
juga perlu waspada di mana jika anda berkahwin di usia lingkungan 35 tahun, anda mungkin
dinasihatkan untuk tidak mengandung kerana bimbang berlaku komplikasi.

8. Rezeki bertambah

Antara alasan mereka yang mahu melambat-lambatkan perkahwinan ialah kerana kebutuhan
kewangan. Makan minum, pakaian, ansuran kereta dan rumah, lampin anak, kirim duit
kepada mentua dan macam-macam lagi yang selalu memukul kotak fikiran. Tapi percayalah,
Tuhan tidak akan membebankan hambanya melebihi apa yang bisa ditanggung oleh mereka.
Berkahwin adalah tuntutan agama, dengan sendirinya rezeki itu akan datang kepada anda
walaupun pada mulanya sedikit, tapi kelak anda akan dapat mengatasi kesulitan itu selagi
anda percaya dan bepegang kepada rahmat-Nya.

9. Jangan tunggu lama-lama

Pasti ada di kalangan anda yang sudah mempunyai kekasih, bukan? Jika benar anda
menyayanginya dan berkongsi hidup dengannya, mengapa harus ditunggu lagi? Ingat,
sekarang ini ramai lelaki hidung belang. Bila-bila masa sahaja bunga anda boleh dirayu sang
kumbang sial. Andai itu berlaku, gigit jari sajalah.

Anda mungkin juga menyukai