Anda di halaman 1dari 1

Kajian yang dilakukan oleh Mansor, Iskandar dan Rusdi pada tahun 2003

memperlihatkan situasi dimana para pelajar dari pelbagai etnik biasanya hanya akan berjumpa
dengan rakan yang berlainan etnik bertujuan untuk membuat perbincangan mengenai pelajaran
atau menyiapkan tugasan sahaja. Kajian yang dibuat juga menunjukkan bahawa para pelajar
kurang meminta nasihat atau pertolongan daripada etnik yang berlainan kerana ia melibatkan
nilai emotif yang tinggi dan sukar dibincangkan dengan rakan etnik yang lain. Para responden
yang terlibat berpendapat adalah lebih mudah untuk berkomunikasi mengenai sesuatu perkara
yang tidak formal dengan etnik sendiri memandangkan para pelajar lebih gemar menggunakan
bahasa ibunda mereka sendiri sewaktu berinteraski. Walau bagaimanapun, mereka tidak menolak
kenyataan bahawa mereka senang dan selesa untuk berkerjasama dalam satu kumpulan dengan
etnik yang berbeza dan bersedia menerima arahan daripada ketua kumpulan mereka walau dari
etnik yang berlainan.
Terdapat kajian yang dilakukan oleh Rusimah, Ainuddin dan Salmah Ishak pada tahun
2004 untuk melihat hubungan antara faktor persekitaran dengan tahap keselesaan interaksi
pelajar di antara etnik. Hasil kajian mendapati bahawa faktor kolej kediaman merupakan salah
satu sebab kurangnya keselesaan interkasi di antara kaum. Hal ini dimana responden berasa
kurang selesa untuk mempunyai rakan sebilik daripada etnik yang berlainan. Namun demikian,
responden tetap bersetuju bahawa kolej kediaman di bawah pentadbiran universiti sentiasa
berusaha untuk menghapuskan segala bentuk ethnosentrism. Tetapi, hanya masalah para pelajar
itu sendiri yang sudah terbiasa dan lebih gemar untuk berkongsi bilik dengan etnik yang sama.

RUJUKAN
Mansor Mohd Noor. Iskandar. Rusdi. 2001. Kajian Arah dan Tahap Pencapaian Perpaduan
Negara Di Insititusi Pengajian Tinggi, Malaysia. Pulau Pinang : Pusat Penyelidikan Dasar,
Universiti Sains Malaysia.
Rusimah Sayuti. Mohd Ainuddin Iskandar Lee Abdullah.. Hajah Salma Ishak. 2004. Kajian
Hubungan Kaum Di Kalangan Pelajar Sekolah Pembangunan Sosial. Kedah : Penerbit
Universiti Utara Malaysia

Anda mungkin juga menyukai