Anda di halaman 1dari 16

(JOURNAL REVIEW)

TOPIK/TEMA : PEER CULTURE AND SOCIAL


RELATIONSHIP

1|Page
2.0 PENGENALAN

Rakan sebaya merupakan golongan kanak-kanak ataupun remaja yang terdiri daripada
kawan-kawan mahupun rakan-rakan yang mana mempunyai hubungan yang rapat di antara
kanak-kanak ataupun remaja tersebut. Kadangkala, hubungan seseorang kanak-kanak
tersebut lebih rapat dengan rakan sebaya mereka berbanding dengan ahli keluarga, seperti
ibu bapa, adik beradik mahupun sepupu dan ahli keluarga yang lain. Rakan sebaya ini
membawa pengaruh yang sangat besar terhadap seseorang kanak-kanak tersebut, dan
kebiasaanya peratusan pengaruh yang negatif lebih tinggi berbanding pengaruh yang positif
lebih-labih lagi pada masa kini.

Menurut Klausmerier et.al (1975) dalam hal-hal berkaitan dengan tanggungjawab


moral, keberanian, kejuran, kemesraan dan lain-lain para remaja dipengaruhi oleh pendapat
dan pandangan rakan sebaya yang lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa. Faktor ini banyak
menimbulkan pergeseran di antara para remaja dan ibu bapa di mana para remaja merasakan
ibu bapa mereka sebagai pengongkong kebebasan diri manakala sebaliknya pula pemikiran
ibu bapa apabila mereka keliru dengan tingkah laku dan tindak tanduk remaja dan sebarang
usaha untuk menegakkan identiti diri dianggap sebagai menentang.

Menurut Hawkins (2012) mendefinisikan budaya adalah sebagai suatu kompleks yang
meliputi pengetahuan, kesenian, keyakinan, moral, adat istiadat, serta kemampuan dan
kebiasaan lain yang dimiliki oleh manusia di sebahagian masyarakat. Manakala Walgito (2007)
mengatakan bahawa interaksi sosial adalah hubungan antara seseorang individu dengan
individu yang lain, seseorang individu dapat mempengaruhi individu yang lain ataupun
sebaliknya. Melalui kesemua istilah mahupun definisi-definisi yang dinyatakan, dapatlah
disimpulkan bahawa budaya rakan sebaya serta hubungan ataupun interaksi sosial ini adalah
sangat berkait rapat antara satu sama lain dan merupakan salah satu aspek peting dalam
kehidupan sesebuah masyarakat di sesebuah negara tersebut.

3.0 ULASAN JURNAL

Jurnal 1 : Social Interactions among Multi-Ethnic Students

Artikel jurnal tempatan ini dihasilkan oleh Abdul Talib Hashim, Noor Insyiraah Abu Bakar,
Nordin Mamat dan Abdul Rahim Razali daripada Universiti Malaya yang mana mengkaji
berkaitan dengan interaksi sosial di kalangan kanak-kanak Malaysia yang terdiri daripada
pelajar-pelajar sekolah menengah yang berbilang kaum, bangsa, etnik, agama, adat dan juga
budaya hidup. Umum mengetahui negara Malaysia terkenal dengan kepelbagaian kaum, etnik

2|Page
dan bangsa di kalangan rakyatnya. Oleh hal yang demikian, dalam memastikan dan
mewujudkan sebuah negara yang aman, damai dan harmoni dengan masyarakat yang
berbilang kaum, kesefahaman dan kesepakatan di kalangan rakyat yang berbilang kaum ini
amat penting dan harus dititikberatkan oleh pihak kerajaan.

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti interaksi sosial yang wujud di
kalangan pelajar sekolah menengah yang terdiri daripada latar belakang kaum yang pelbagai
yang terdapat di Malaysia. Responden yang dipilih terdiri daripada dua orang pegawai sekolah,
tujuh orang guru serta dua puluh orang pelajar sekolah yang datang daripada pelbagai latar
belakang kaum yang berbeza. Responden ini dipilih menggunakan kaedah persampelan
bertujuan dan data dikumpul melalui sesi temubual sama ada secara individu atau
berkelompok, pemerhatian serta analisis terhadap dokumen.

Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa terdapat lima bentuk ataupun jenis sosial
interaksi yang wujud di kalangan pelajar daripada latar belakang kaum yang berbeza ini.
Menurut Tischler (2011) menyatakan bahawa terdapat beberapa bentuk sosial interaksi yang
wujud di kalangan masyarakat, seperti kerjasama, pertukaran, pertandingan, komunikasi
bukan lisan dan juga konflik. Menurut Noran Fauzan Yakob (1987) pula menyatakan bahawa
kepelbagaian bentuk sosial interaksi yang wujud ini adalah disebabkan oleh peranan yang
dimainkan oleh seseorang individu dalam keadaan ataupun situasi yang berbeza dengan yang
lain.

Foster (2001) menyatakan bahawa kerjasama adalah salah satu bentuk interaksi yang
berdasarkan pada sesebuah premis tersebut di mana, semua individu yang terlibat bekerja
bersama demi mencapai kepentingan bersama. Dalam konteks kajian ini, dari aspek
akademik, para pelajar didapati mengamalkan sosial interaksi bekerjasama dalam menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh guru-guru dan dalam aspek lain pula, seperti aspek kesenian,
mereka akan berusaha bersungguh-sungguh dalam pementasan drama ataupun pertandingan
melukis untuk memenangi pertandingan yang disertai. Sosial interaksi yang kedua ialah
pertukaran yang muncul ataupun wujud hanya apabila terdapat seseorang individu tersebut
mengharapkan balasan atau ganjaran dalam apa-apa perbuatan yang dilakukannya. Balasan
ataupun ganjaran yang diinginkan tidak semestinya dalam bentuk duit, tetapi juga melalui
percakapan ataupun komunikasi seperti memberi pujian, penghargaan dan mengucapkan
terima kasih kepada pihak penerima. Dalam konteks akademik, pelajar yang lebih bijak akan
membantu rakan pelajar mereka yang lain yang kurang dalam akademik tanpa mengambil
kira bangsa ataupun kaum mereka (Tischler, 2011).

3|Page
Sosial interaksi seterusnya ialah pertandingan. Pertandingan boleh membawa kesan
yang positif atau negatif. Sebagai contoh, dalam kajian yang dilakukan oleh Literte (2011)
dan Schneider et al. (2005) menunjukkan bahawa pertandingan di kalangan pelajar wujud
dalam situasi yang berbeza yang mana memberikan kesan dan ketegangan terhadap
hubungan sosial di antara mereka. Namun demikian, dalam kajian ini menunjukkan bahawa
sosial interaksi di kalangan pelajar melalui pertandingan ini dalam aspek akademik
menunjukkan kesan yang positif. Para pelajar menunjukkan sikap yang bersungguh-sungguh
dalam sesuatu pertandingan yang disertai, namun demikian ianya tidak mewujudkan suasana
yang tegang dalam perhubungan di kalangan mereka, malahan menambahkan semangat
dalam pertandingan dengan adanya ganjaran seperti hadiah yang ditawarkan melalui
pertandingan yang disertai (Abuhamdeh dan Csikszentmihalyi, 2009).

Bentuk sosial interaksi seterusnya ialah konflik. Konflik adalah salah satu fenomena
yang sering berlaku terhadap seseorang individu ataupun kumpulan manusia apabila
wujudnya perbezaan dari segi kepercayaan, tingkah laku ataupun adat yang diamalkan. Oleh
hal yang demikian, konflik yang wujud di kalangan pelajar berlainan latar belakang dalam
kajian ini adalah perkara yang biasa dan normal. Antara sebab berlakunya konflik di kalangan
pelajar yang berbeza kaum dan agama adalah disebabkan oleh rasa ketidakpuasan hati
terhadap kerja-kerja dalam kelas dan gurauan yang diberikan. Menurut Nur Azuki, Nik Yusri
dan Wan Sopian (2012) menunjukkan bahawa perbezaan bahasa komunikasi juga salah satu
punca berlakunya konflik di kalangan pelajar ataupun masyarakat yang berbilang kaum ini.

Akhir sekali, interaksi sosial yang wujud di kalangan pelajar berbilang kaum ini ialah
komunikasi bukan lisan. Menurut Henslin (2012), ruang peribadi, interaksi melalui mata,
senyuman dan bahasa tubuh badan adalah merupakan beberapa aspek sosial interaksi. Kajian
ini telah mendapati wujud interaksi sosial di kalangan pelajar yang berbilang kaum ini, seperti
menyapa pada bahu, senyum, ketawa, berdiri atau duduk secara rapat dengan pelajar
berbilang kaum yang lain. Dalam konteks kajian ini, hubungan taupun interaksi sosial di
kalangan pelajar sekolah yang berlainan latar belakang ini adalah lebih baik kerana wujudnya
komunikasi bukan lisan di kalangan para pelajarnya.

Jurnal 2: Temperament, Socioemotional Functioning, and Peer Relationships in


Chinese and North American Children

Artikel jurnal kedua ini merupakan artikel antarabangsa dari negara China yang merupakan
satu kajian tentang perbandingan budaya kanak-kanak di negara China dan kanak-kanak di

4|Page
negara Amerika Utara. Pengkaji yang bertanggungjawab menjalankan kajian ini ialah Xinyin
Chen, Li Wang dan Amanda De Souza. Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengkaji
perkaitan di antara perangai ataupun sikap dengan interaksi serta hubungan sosial kanak-
kanak di Cina dan Amerika Utara. Kajian ini meliputi penerangan terhadap perangai
menngunakan konsep teoritikal bagi mengneal pasti beberapa jenis ataupun kategori perangai
yang ada, seterusnya kajian ini turut mengkaji dari aspek sosioemosi tertumpu kepada
perasaan malu dalam budaya Cina dan juga Barat.

Chen (2000) telah memperkenalkan dua dimensi bagi model yang melibatkan
sosioemosi dan juga dalam konteks budaya. Kedua-dua dimensi tersebut adalah social
initiative dan self-control. Social initiative mewakili kecenderungan untuk memulakan dan
mengekalkan interaksi sosial, yang sering ditunjukkan oleh reaksi kanak-kanak dalam cabaran
situasi sosial. Manakala self-control pula ialah mewakili keupayaan untuk memodulasi reaktiviti
tingkah laku dan emosi serta menggalakkan kesesuaian tingkah laku kanak-kanak semasa
interaksi sosial.

Hasil kajian ini membuktikan bahawa perkaitan di antara perangai ataupun sikap
kanak-kanak ini dengan hubungan serta interaksi sosial mereka adalah dipengaruhi oleh
budaya. Hal ini demikian kerana, kedua-dua kanak-kanak ini terdiri daripada latar belakang
yang berbeza, justeru budaya yang diamalkan juga adalah berbeza. Sebagai bukti, kanak-
kanak Cina memiliki social initiative yang lebih rendah berbanding kanak-kanak Amerika
Utara. Menurut Chen 2000, hal ini demikian kerana social initiative dikatakan kurang relevan
terhadap sokongan mutual dalam budaya kaum Cina.

Selain itu, norma budaya masyarakat dalam mencapai aspek sosialisasi dalam
kalangan kanak-kanak tersebut juga dipengaruhi oleh cara ibu bapa mendidik anak-anak,
sikap serta tingkah laku yang ditunjukkan (Super dan Harkness, 1986). Sebagai contoh dalam
budaya masyarakat Cina, ibu bapa yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam mendidik
anak-anak supaya menjadi lebih bertanggungjawab dan berdisiplin atas kegagalan mereka
sendiri. Sebaliknya, anak-anak kena mematuhi perbuatan tersebut kerana ia merupakan salah
satu tuntutan dalam ajaran confucious yang mereka amalkan.

Berbeza dengan ibu bapa di Amerika Utara yang mana mengamalkan budaya mendidik
anak yang lebih santai dan kurang tegas. Ibu bapa kanak-kanak di Amerika Utara lebih bersifat
tenang dan santai dalam mendidik anak-anak mereka di samping mereka memberi sokongan
yang tinggi terhadap perbuatan anak mereka. Mereka menggunakan kaedah yang lebih
mudah dan tidak tegas di mana mereka bertindak seperti seorang kawan kepada anak-anak
mereka dan ianya sangat memberikan keselesaan serta keyakinan kepada anak-anak mereka

5|Page
untuk mencuba sesuatu perkara yang baru. Hal ini secara langsung akan membangtu anak-
anak mereka dalam mempertingkatkan hubungan serta interaksi sosial di kalangan anak-anak
dengan rakanp-rakan sebaya mereka.

Jurnal 3 : Analisa Terhadap Adat Dan Keistimewaan Masyarakat Melanau Di


Sarawak

Artikel ini telah dilakukan oleh pengkaji daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
mengenai adat dan keisitimewaan orang melanau di sarawak. Artikel ini juga membincangkan
tentang budaya masyarakat melanau yang diyakini mempengaruhi kanak-kanak dalam
pembesaran mereka sebagai anak berbangsa melanau. Antara perkara yang menarik
mengenai masyarakat Melanau ialah wujudnya toleransi dan luasnya konsep identiti yang
dipegang nereka sehinggakan begitu payah sekali untuk mentakrifkan siapa Melanau.

Antara satu aspek penting dalam kehidupan suku kaum Melanau ialah sistem
kepercayaan yang mengawal dan mempengaruhi cara hidup dan pemikiran seseorang. Pada
asalnya, suku kaum ini bercorak animisme kepercayaannya, dan percaya bahawa soal-soal
penting dalam kehidupan berkaitan kuasa ghaib dimana kesemua fenomena semula jadi yang
tidak difahami juga dikatakan sebagai ghaib. Namun, tidak semua kaum melanau
mempercayai akan pengaruh animisme.

Kaum melanau juga mempercayai akan kepercayaan alam dimana persepsi ini telah
wujud dalam empat karya tentang etnik melanau iaitu dalam karya Jeniri Amin (1989) iaitu
masyarakat Melanau percaya bahawa dunia ini mempunyai tiga lapisan iaitu atas,
pertengahan dan bawah. Seterusnya, karya jeniri Amir dan Awang Azman Pawi (2001) dimana
setiap Ipo’ ke satu Ipo’ yang lain bergantung kepada kebesaran dan kepentingan domainnya
dalam kosmos . Ipo’ ini bermaksud kuasa ghaib. Manakala, karya Hang Tuag Merawin (2000)
pula memperincikan lagi dunia dengan tiga lapisan sebagai Langit (wilayah kayangan), Tana’
(zon daratan) dan Iyang (alam akuatik). Karya Morris (1991) pula menjelaskan bahawa dunia
Melanau mempunyai lima belas lapis iaitu tujuh lapis.

Kepercayaan kaum melanau ini sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran dan


tumbesaran kanak-kanak kaum Melanau dimana kepercayaan ini dipupuk dan diterapkan
semenjk mereka masih kecil lagi. Secara tidak lansung ianya akan mempengaruhi budaya dan
hubungan sosial kanak-kanak tersebut. Kaum Melanau sangat unik dan mempunyai
keistimewaan yang tersendiri iaitu, kaum ini bersifat fluid atau mudah terserap di dalam
masyarakat. Kemudian, kaum melanau bersifat muhibah kerana ianya ketara ketika keramaian
dan perayaan agama. Kaum ini juga bersifat mini United Nation dimana penghormatan kepada

6|Page
masyarakat muslim yang memerlukan makanan halal. Seterusnya, bersifat daya kepimpinan
dan intelektual. Ramai kaum melanau telah berjaya dalam pelbagai bidang.

Jurnal 4 : Race Preferences in Children: Insights from South Africa

Kajian ini dijalankan untuk melihat bangsa dan budaya kanak-kanak yang berkulit putih dan
berkulit hitam. Kanak-kanak cenderung untuk berkawan dengan mereka yang mempunyai
sama bangsa namun ianya bergantung kepada didikan ibu bapa itu juga. Para pengkaji telah
menjalankan tiga kajian mengenai budaya sosial kanak-kanak di Afrika Selatan.

Kajian pertama tertumpu kepada kanak-kanak berkulit hitam, kanak-kanak yang


mempunyai darah campuran dan kanak-kanak berkulit putih di sekolah rendah di Bandar
Cape. Kanak-kanak akan melihat Xhosa (kumpulan etnik Afrika Selatan berkulit hitam). Kanak-
kanak akan ditunjukkan wajah orang yang berkulit putih, berkulit hitam, mempunyai darah
campuran dan orang asing. Kanak-kanak tersebut akan diminta unutk memilih orang yang
mereka mahukan. Kanak-kanak yang terlibat ialah sebanyak 87 orang dalam lingkungan umur
4-8 tahun. Kanak-kanak akan diuji secara individu dalam keadaan yang sunyi di sekoah
mereka. Dapatan menunjukkan tiada korelasi antara umur peserta dengan pilihan yang diberi.

Kajian kedua juga melalui proses yang sma tetapi di dijalankan oleh orang Xhosa.
Kanak-kanak diminta untuk memilih gambar daripada orang berkulit hitam, berkulit putih,
mempunyai darah campuran dan warga asing. Kanak-kanak yang terlibat ialah sebanyak 32
orang dalam lingkungan umur 5 hingga 13 tahun. Dalam kajian ini, tidak terdapat pemilihan
yang ketara yang dilakukan oleh kanak-kanak dan keputusan adalah hampir serupa. Kanak-
kanak juga tidak menunjukkan pemilihan yang ketara di antara orang berwajah Xhosa dan
bukan Xhosa. Dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat korelasi antara umur peserta dan
pilihan mereka dalam kajian ini.

Kajian ketiga juga sama seperti kajian pertama namun kali ini mereka mengambil
kanak-kanak Xhosa di Langa. Kali ini mereka diminta memilih 16 gambar. Mereka akan
ditunjukkan gambar daripada orang dewasa di Afrika Selatan dan kanak-kanak yang berbeza
bangsa dan jantina. Sebanyak 64 orang kanak-kanak dalam lingkungan umur 3 tahun hingga
11 tahun. Separuh kanak-kanak akan diuji dalam situasi bangsa dan separuh lagi dalam situasi
jantina. Dapatan menunjukkan tidak terdapat pemilihan antara orang berkulit hitam dan
berkulit putih. Namun, terdapat pemilihan gender dimana kanak-kanak memilih individu yang
sama jantina dengan mereka sahaja.

7|Page
Kajian keempat menggunakan kaedah kajian ketiga iaitu untuk menguji bangsa dan
jantina daripada sekolah yang berbilang kaum di Bandar Cape. Seramai 87 orang kanak-kanak
yang terlibat dan kanak-kanak ini merupakan kanak-kanak dalam kajian yang pertama. Hasil
dapatan menunjukkan pemilihan yang signifikan untuk kanak-kanak berkulit putih. Manakala,
untuk jantina, kanak-kanak menunjukkan pemilihan yang signifikan untuk pemilihan gambar
daripada jantina mereka sendiri.

Kajian kelima pula dibuat dengan kumpulan kanak-kanak yang baru iaitu seramai 12
orang kanak-kanak berkulit hitam daripada sekolah berbilang kaum di bandar Cape. Dapatan
menunjukkan bahawa terdapat pemilihan yang signifikan terhadap oramg berkulit putih dan
pemilihan signifikan dalam kumpulan sesama jantina.

Jurnal 5: Good Practice in Peer-Facilitated Community Mental Health Support

Groups: a Review of the Literature

Good practice in peer-facilitated community mental health support groups a review of the
literatue ini tentang pengkaji dari University of the West of England (UWE) untuk menjalankan
kajian tentang meneroka kepimpinan dalam rakan sebaya dan penglibatan mereka dalam
pergaulan rakan sebaya. Tujuan ini juga adalah untuk membangkitkan pemahaman tentang
bagaimana kumpulan tersebut dapat memulihkan dan bagaimana ia dijalankan. Disamping itu
juga pengkaji dapat menarik pembelajaran sedia ada dalam untuk di perkembangkan dalam
kumpulan komuniti ini. Dalam kajian yang pengkaji telah buat ini, mereka lebih memberi fokus
kepada sokongan yang sihat dalam membentuk pergaulan yang sihat dalam setiap komuniti
yang mereka telah bentukkan. Dalam kajian yang pengkaji telah buat juga setiap kumpulan
akan dianggotai oleh satu ketua untuk menganggotai kumpulan tersebut. Hasil daripada yang
saya lihat dalam jurnal ini budaya daripada England ini mereka lebih memberi fokus pada
pergaulan yang sihat untuk membentuk satu budaya yang baik.

Dalam jurnal ini juga terdapat hasil kajian yang menujukkan pengkaji membuat kajian
untuk membantu rakan sebaya dapat bergaul dengan sihat dan membantu sesama sendiri.
Selain itu pengkaji telah mengenal pasti beberapa ciri-ciri berkongsi yang berkaitan dengan
istilah 'peer', seperti sokongan bersama, pengalaman berkongsi kesusahan dari segi mental
dan komitmen terhadap nilai-nilai inilah yang menyokong rakan sebaya. Hasil daripada kajian
yang dapat dilihat bangsa England ini mempunyai begrgaulan yang sihat dan ada
sesetengahnya juga lebih kepada pergaulan yang tidak seberapa sihat tetapi hasil yang

8|Page
menunjukkan bahawa pengkaji telah membuat beberapa kajian tentang terhadap beberapa
kelompok ini.

Dalam hasil kajian ini menunjukkan bahawa, walaupun kumpulan komuniti yang
berjaya mempunyai ciri-ciri yang baik, satu ciri yang lazim bagi kumpulan yang berjaya adalah
budaya perkongsian rapat antara sesame organisasi, pekerja sokongan rakan-rakan dan ahli-
ahli mereka sendiri. Komponen spesifik yang lain dalam pembangunan organisasi yang baik
termasuk, sebagai contoh, aspek pengambilan, latihan, pensijilan dan pengawasan rakan
sebaya untuk pekerja sokongan rakan sebaya.

Jurnal 6: Adat Masyarakat Bugis Di Daerah Tawau, Sabah

Menurut pengkaji sememangnya adat dan budaya memainkan peranan yang sangat penting
dalam kehidupan masyarakat Melayu dan dianggap sebagai salah satu landasan perjalanan
hidup. Pelaksaan setiap adat dapat dilihat dengan jelas dalam setiap upacara dan majlis yang
dilangsungkan. Adat bagi konteks masyarakat bugis di daerah Tawau, Sabah merupakan
manifesto dari pandangan hidup mereka yang memainkan peranan penting dalam institusi
sosial. Selain itu, adat dan budaya juga memainkan peranan penting untuk mengasingkan
atau mengklasifikasikan kedudukan dalam norma sosial yang menjadi aturan dalam
masyarakat bugis.

Menurut pengkaji juga terhadap masyarakat bugis, mereka akan berusaha


bersungguh-sungguh untuk mengekalkan adat dalam kehidupan walaupun menghadapi
halangan. Namun, sesetengah adat bugis tidak lagi diamalkan. Dalam apa yang pengkaji telah
kaji terdapat adat yang masih berada di luar landasan ajaran islam dan segelintirnya dari
kalangan masyarakat bugis. Adat dalam masyarakat bugis adalah suatu kebiasaan yang
diwarisi sejak dari turun temurun lagi, budaya dan adat mereka menurut pengkaji berasaskan
nenek moyang mereka. Menurut pengkaji juga masyarakat bugis lebih mengikuti empat ritual
tesebut iaitu 1 menghadapi masa krisis, 2 ialah mengharapkan keselamatan, 3 ritual
menghindari malapetaka atau penyakit dan yang terakhir ialah ritual pengungkapan rasa
kesyukuran. Ini adalah adat-adat yang masih ada dalam masyarakat bugis.

Pada asalnya, semua ritual warisan nenek moyang mempunyai inti ritual dalam pola
yang sama iaitu kewujudan persembahan yang berupa sajian makanan (sesajen). Unsur
pokok sajian tersebut terdiri dari onde-onde, benteng (padi yang digoreng tanpa min yak), air
appasili (air mentah), alannota (sirih dan pinang), pisang, pembakaran dupa (api yang
dinyalakan dengan kemenyan) serta pelengkap sajian, iaitu makanan yang disebut bungasa'

9|Page
(setelah dibacakan doa disebut baraUa dan dianggap mendatangkan keberuntungan kepada
individu yang memakannya). Sajian tambahan dipanggil jak-jakan yang terdiri dari beras,
kelapa, gula, lilin, kain putih, duit dan rokok yang kadang kala disertai dengan darah haiwan
yang disembelih. Onde-onde yang terdiri dari gula dan kelapa pula dianggap satu keperluan
kepada manusia dan digemari oleh roh dewata yang suka kepada makanan manis dan
berlemak. Hal ini seterusnya dikaitkan dengan sifat onde-onde yang timbul ketika dimasak.
Kerana ini melambangkan semangat dan keinginan yang harus dimiliki oleh man usia. Unsur
sirih pinang dan pembakaran dupa merupakan simbol perantara agar sajian dan doa serta
harapan sampai ke tempat yang dituju. Darah pula melambangkan penebus diri dari bahaya.
Setelah upacara ritual selesai, jak-jakan yang merupakan sebahagian dan sajian diserahkan
kepada tokoh yang memimpin upacara tersebut sebagai tanda terima kasih. Ini adalah salah
satu budaya dan adat yang terdapat dalam masyarakat bugis

Jurnal 7: Budaya Dan Hubungan Sosial Antara Etnik Di Malaysia

Hubungan sosial boleh didefinasikan sebagai bagaimana seseorang individu berinteraksi


dengan individu lain dalam sesuatu tempat yang mempunyai sempadan. Negara kita Malaysia
terdiri daripada pelbagai etnik/kaum, oleh itu untuk memastikan negara sentiasa berada
dalam keadaan yang aman damai, hubungan baik antara warganya yang berbilang kaum tadi
harus terus dipupuk dan dibajai agar ia tidak bergelora sehingga menyebabkan kepada
kemusnahan negara bangsa. Antara etnik yang terdapat di negara ini terdiri daripada etnik
melayu, india, cina dan kaum bumi petera sabah dan Sarawak.

Di Malaysia, setiap bangsa bebas mengamalkan budaya dan upacara yang sendiri
selagi tidak melanggar peraturan perlembagaan. Dalam kajian ini, dapat dijelaskan bahawa
budaya dalam suatu etnik memainkan peranan penting untuk menyatukan individu antara
satu sama lain. Sebagai contoh, budaya memberi salam dan bertegur sapa yang diamalkan
orang islam di Malaysia dapat merapatkan ukhwan sesama muslim.

Dalam kajian ini juga, menjelaskan bahawa hubungan sosial antara kaum dirujuk
kepada interaksi sosial individu di satu tempat. Interaksi sosial ialah satu proses yang
melibatkan perhubungan antara dua atau lebih individu atau kelompok. Ia melibatkan
tindakan saling balas membalas dalam ertikata tingkahlaku individu diambilkira atau
diorientasikan ke arah tingkahlaku individu lain dan saling pengaruh mempengaruhi antara
satu sama yang lain. Integrasi kaum menjurus kepada interaksi dan hubungan di antara
kumpulan minoriti dan masyarakat utama yang akhirnya membawa kepada penyebatian
budaya tanpa menjejaskan indentiti kebudayaan seseorang individu. (London dalam
Somerland, 1970:24)

10 | P a g e
Di Malaysia, integrasi dilihat daripada hubungan sosial antara etnik dalam negara.
Kajian telah dilakukan dalam kalangan mahasiswa melalui beberapa temuramah dan borang
soal selidik. Hasil daripada kajian tersebut menunjukkan respon yang baik dimana berbagai
etnik dalam satu pusat pengajian mereka masih lagi duduk dalam satu kumpulan untuk
menjayakan tugasan.

Selain itu, ianya dilihat merangkumi aktiviti 3 perbincangan tutorial, penglibatan dalam
persatuan, aktiviti sukan, kebudayaan dan hubungan personal seperti memilih rakan untuk
berbincang soal peribadi atau agama. Bagi mereka budaya dan agama yang berbeza tidak
menjadi isu untuk membina hubungan sosial yang baik. Pelbagai usaha yang dibuat oleh
pihak kerajaan untuk menghormati dan menyatupadukan kaum dalam negara seperti Dasar
Ekonomi Baru, Dasar 1 Murid 1 Sukan dan Dasar Gagahan 1Malaysia. Kesemua dasar ini
mengajar semua orang untuk menghormati satu sama lain. Dengan adanya nilai hormat-
menghormati interaksi dan hubungan sosial antara etnik di Malaysia tidak akan terjejas
bahkan perpaduan yang terbina akan menjadi satu kekuatan di negara.

Jurnal 8: Hubungan Sosial Di Indonesia Kalimantan Barat


Hubungan sosial di Kalimatang Barat sedikit terjejas di sebabkan konflik sosial antara tiga
pihak iaitu pihak negara/pemerintan, pihak masyarakat sipil atau kolektivitas sosial dan pihak
swasta/badan ekonomi berasaskan profit.

Warga masyarakat sipil atau kolektivitas sosial berhadap-hadapan melawan negara


dan sebaliknya. Dalam hal konflik sosial dapat terjadi dalam bentuk protes warga masyarakat
atas kebijakan publik yang diambil oleh negara/pemerintah yang dianggap tidak adil dan
merugikan masyarakat secara umum. Perkara yang sama juga terjadi dalam “Tragedi
Pencemaran Teluk Buyat” yang memperhadapkan warga lokal yang menderita kesakitan
akibat pencemaran air terus-menerus dari aktiviti perlombongan emas oleh perusahaan
swasta asing di Sulawesi Utara di awal dekade 2000an.

Konflik sosial yang berlangsung antara swasta berhadap-hadapan melawan negara


dan sebaliknya. Berbagai tindakan yang diambil oleh Pemerintah/Negara dalam mengawal
keadaan untuk menstabilkan kemaraan rakyat yang terus mengancam pihak
negara/pemeriantah. Namun, dinamika konflik sosial antar-ruang kekuasaan akan
berlangsung makin kompleks.

11 | P a g e
Konflik sosial yang terjadi di Indonesia terutama di Kalimantan Barat, berdimensi
sangat luas. Konflik berlangsung terutama di ruang masyarakat sipil yang melibatkan
kelompok-kelompok sosial dengan identitas sosial-budaya tertentu (antara etnik dan
penganut agama). Selain itu terdapat pula konflik sosial yang berlangsung antara Negara
dengan Masyarakat, demikian pula Swasta dengan Masyarakat (lokal). Tahap konflik sosial
juga “sangat dalam” dimana konflik sosial membawa akibat kematian, cedera, dan juga
kehancuran struktur sosiaekonomi (kehancuran rumah dan awam) masyarakat.

Dalam kondisi kompleks ini, tidak mudah bagi siapapun dan dengan cara apapun untuk
menemukan solusi konflik sosial secara mudah. Oleh karana itu, penyelesaian konflik
ditentukan oleh setiap individu itu sendiri. Pendekatan sepantasnya dilakukan secara
bertahap-tahap, dan yang terpenting adalah selalu melibatkan semua pihak terkait dalam
konflik untuk berpartisipasi aktif dalam mencari solusi konflik. Hanya dengan pendekatan ini,
maka pemahaman akan akar-konflik serta penyelesaian konflik menjadi lengkap dan
menyeluruh. Konflik sosial pada hakikatnya adalah wujud dari hubungan sosial dan interaksi
sosial yang tahu mengapa mereka berinteraksi sosial dalam “jalur konfliktual” dan bukan
kerjasama yang sinergetik.

Jurnal 9: Pola Interaksi Sosial Dalam Kalangan Murid Pelbagai Etnik Di Sekolah

Menengah Kebangsaan Sekitar Sungai Petani, Kedah

Artikel ini dihasilkan oleh Najeemah Bt Mohd. Yusof dimana kajian ini dibuat adalah untuk
mengkaji pola interaksi sosial dalam kalangan murid pelbagai etnik iaitu Melayu, Cina dan
India dari Sekolah Rendah Kebangsaan, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis
Kebangsaan Cina dan Tamil di Sekolah Menengah Kebangsaan yang mempunyai persekitaran
multi-etnik di Daerah Sungai Petani, Kedah.

Pengkaji menjalankan kajian ini kerana berpendapat bahawa kesatuan etnik hanya
dapat dicapai melalui interaksi sosial kerana interaksi sosial merupakan satu aspek penting
dalam pembinaan jati diri terutama dalam kalangan masyarakat majmuk seperti Malaysia.
Dalam sistem pendidikan di Malaysia setiap pelajar akan melalui proses persekolahan di mana
suatu bentuk pola interaksi sosial antara manusia berlaku dengan melihat keadaan saling
bergantung antara murid dengan murid yang lain dalam proses pembelajaran.

Dalam kajian ini menekankan bahawa saya menyokong bahawa interaksi sosial harus
disemai pada peringkat kanak-kanak lagi dan sekolah menjadi tempat yang paling sesuai
untuk memupuk semangat pola interaksi sosial. Sekolah merupakan tempat kanak-kanak

12 | P a g e
berpeluang belajar secara bersama, bermain, mencari kawan baru, membina persefahaman
serta perasaan persaudaraan dengan murid-murid lain, sama ada dengan rakan sebangsa
mahupun berbangsa lain. Sebagai contoh, kanak-kanak yang berada di Sekolah Rendah
Kebangsaan terpaksa bergaul dengan bangsa dan etnik yang berbeza dengan mereka. Kanak-
kanak Melayu yang tidak dibesarkan dalam persekitaran budaya kaum Cina dan India akan
cuba menyesuaikan diri mereka sesame sendiri. Selain itu, kanak-kanak ini akan belajar
sesuatu yang baharu sama ada dari aspek bahasa, pertuturan dan budaya seperti makan
dengan menggunakan tangan atau chopstik bagi kanak-kanak yang berbangsa Cina.

Sekolah bukan sahaja berfungsi sebagai tempat memperoleh ilmu dan kemahiran
tetapi sebagai tempat mengalami penyesuaian, tolak ansur dan pemupukan nilai-nilai murni
sejagat. Sehubungan ini para pendidik sependapat menyatakan bahawa sekolah memupuk
benih-benih pola interaksi sosial sama ada dalam kalangan masyarakat serumpun atau
masyarakat majmuk. Sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk kanak-kanak
mengenali diri dan masyarakat di sekelilingnya. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengambil
subjek Pendidikan Islam akan memahami bahawa tidak semua daripada mereka akan
mengambil mata pelajaran tersebut. Hal ini demikian kerana subjek tersebut hanya fokus
kepada pelajar Muslim sahaja. Daripada ini mereka akan memahami bahawa setiap daripada
mereka mempunyai agama yang berbeza.

Jurnal 10: How Peers Make a Difference: The Role of Peer Groups and Peer
Relationships in Personality Development

Jurnal terakhir ini dikaji oleh Anne K. Reitz, Julia Zimmermann, Roos Hutteman, Jule Specht,
dan Franz J. Neyer. Fokus kajian dalam jurnal ini adalah untuk melihat peranan rakan sebaya
terhadap perkembangan personality seseorang individu. Pengkaji melihat bahawa perspektif
kumpulan sosial dan hubungan sosial dapat membantu rakan sebaya untuk memahami
perkembangan personality seseorang individu. Kamus online menyatakan bahawa “peers are
defined as ‘belonging to the same societal group especially based on age, grade, or status”
(Merriam- Webster.com, 2011). Berdasarkan penyataan di atas, kita dapat melihat bahawa
rakan sebaya ini dipengaruhi oleh umur, tingkatan dan juga tahap pendidikan seseorang.
Sebagai contoh, dalam pemilihan rakan sebaya kanak-kanak cenderung memilih rakan yang
mempunyai umur yang sebaya mereka walaupun tidak mempunyai latar belakang budaya
yang sama.

13 | P a g e
Dalam kajian ini menyatakan bahawa pada tahap umur tertentu kanak-kanak akan
beralih perhatian daripada ibu bapa mereka kepada rakan sebaya mereka. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa budaya yang diterapkan dalam diri kanak-kanak tersebut mungkin akan
berubah kerana pengaruh yang dibawa oleh rakan sebaya di mana hubungan sosial dalam
kalangan rakan sebaya menjadi perkara yang sangat penting bagi kanak-kanak remaja.

4.0 PANDANGAN DAN KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, berdasarkan kesepuluh kajian yang pernah dijalankan pengkaji


membuktikan bahawa hubungan sosial di antara para pelajar yang lahir dari pelbagai latar
belakang yang berlainan yang terdapat di Malaysia, yang meliputi Sabah dan Sarawak adalah
berada pada tahap yang baik. Di samping itu, kajian ini juga dapat menambahkan
pengetahuan mengenai interaksi sosial di kalangan pelbagai kaum, etnik, bangsa dan agama
yang terdapat di Malaysia, khususnya di kalangan kanak-kanak sekolah pada peringkat
sekolah menengah.

Selain itu juga, kami dapat melihat bahawa budaya sesebuah masyarakat tersebut
mempengaruhi perkembangan sosialisasi dalam perhubungan serta pergaulan kanak-kanak
dengan rakan sebaya mereka. Di samping itu, perangai dan sikap yang ditunjukkan juga
memberi kesan ataupun pengaruh terhadap interaksi sosial yang dibina dalam kalangan
kanak-kanak dengan rakan sebaya mereka. Sebagai contoh, dalam Jurnal 3 Analisa Terhadap
Adat Dan Keistimewaan Masyarakat Melanau Di Sarawak memperlihatkan budaya dan
kepercayaan masyarakat melanau sangat unik dan kami percaya budaya ini diterapkan dalam
diri mereka semenjak mereka masih kecil lagi. Oleh sebab itu, pergaulan kanak-kanak kaum
melanau sangat berlainan dengan kanak-kanak yang lain. Mereka sangat berpegang teguh
kepada kepecayaan mereka dan takut ianya luput di telan zaman. Budaya kaum Melanau ini
sedikit sebanyak membuka mata saya akan kaum yang lain yang mempunyai budaya yang
berbeza dengan apa yang kita lalui.

Seiring dengan peredaran zaman, kanak-kanak pada masa kini sudah tidak lagi
mempunyai masalah perkauman dimana mereka semakin terbuka. Interaksi sosial kanak-
kanak dengan rakan sebaya tidak terbantut dan berkembang dengan bangsa yang lainnya.
Misalnya kajian daripada Jurnal 4 Race Preferences in Children “Insights from South Africa “
Kajian ini sangat baik dan boleh diaplikasikan untuk bangsa yang lainnya kerana artikel ini
mempunyai lima kajian untuk membuktikan bagaimana pergaulan kanak-kanak di Afrika
Selatan.

14 | P a g e
5.0 RUJUKAN

Abuhamdeh, S., & Csikszentmihalyi, M. (2009). Intrinsic and Extrinsic Motivational


Orientations in the Competitive Context: An Examination of Person–Situation
Interactions. Journal of Personality, 77 (5), 1615-1635.
http://dx.doi.org/10.1111/j.1467-6494.2009.00594.
Chen, X. (2000). Social and emotional development in Chinese children and adolescents: A
contextual cross-cultural perspective. In E Columbus (Ed.), Advances in psychology
research (Vol. I, pp. 229-251). Huntington, NY: Nova Science Publishers.
Foster, W. K. (2001). Cooperation in the game and sport structure of children: One dimension
of psychological development. Education, 105 (2), 201-205.
Gillies, R. M. (2006). Teachers’ and students’ verbal behaviours during cooperative and small-
group learning.
Henslin, J. M. (2012). Sociology: A down to earth approach (11th ed.). Upper Saddle: Pearson
Inc.
Literte, P. E. (2011). Competition, conflict, and coalitions: Black- Latino relations within
institutions of higher education. The Journal of Negro Education, 80(4), 477-490.
Noran, F. Y. (1987). Pengantar sosiologi. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Nur Azuki, Y., Nik, Y. M., & Wan, S. S. (2012). Faktor utama konflik etnik dan kemampuan
Gagasan 1 Malaysia menurut perspektif mahasiswa. Paper presented in Regional
Conference on Values and Humanities (RECOVH) 2012, 02 - 03 December 2012,
Universiti Malaysia Kelantan. Retrieved January 13, 2014, from
http://umkeprints.umk.edu.my/1071/1/Paper%201.pdf
Reitz, A. K., Zimmermann, J., Hutteman, R., Specht, J., & Neyer, F. J. (2014). Peer and
Personality Development : The Role of Peer Groups and Peer Relationships in Personality
Development. European Journal of Personality. 1-32
Schneider, B. H. et al. (2005). Cultural and gender differences in the implications of
competition for early adolescent friendship. Merrill-Palmer Quarterly, 51(2), 163-191.
http://dx.doi.org/10.1353/mpq.2005.0013.
Shutts K., Kinzler K. D., Katz R. C., Tredoux C., & Spelke E. S. (2011). Race Preferences in
Children: Insights from South Africa. Developmental Science. 14(6). PP 1283-1291
diperoleh daripada https://blogs.cornell.edu/devsocialcognition/files/2015/12/Shutts-
et-al.-2011-Dev.-Science-x4yfb1.pdf pada 10 Oktober 2017
Super, C. M., & Harkness, S. (1986). The developmental niche: A conceptualization at the
interface of child and culture. International Journal of Behavioral Development, 9,545-
569.
Suraya Sintang, (2003). Adat Masyarakat Bugis di Tawau, Sabah.

15 | P a g e
http://www.ums.edu.my/fksw/images/files/BIL112005/Adal%20Masyaralcat%20Bugis
%20di%20daerah%20Tawau.%20Sabah.pdf
Tischler, H. L. (2011). Introduction to sociology. California, USA: Wadsworth Cengage
Learning.
Tischler, H. L. (2011). Introduction to sociology. California, USA: Wadsworth Cengage
Learning.
T.Puji. T.I.Z., Ibrahim M., Nordin Z.S., Abdullah I., Salleh N., Husain M. & A. Ghani M.
(2014). Analisa Terhadap Adat Dan Keistimewaan Masyarakat Melanau di Sarawak.
Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi,
Selangor diperoleh daripada http://www.ukm.my/rsde/wp-
content/uploads/2014/11/09-adat-Malanau.pdf pada 10 Oktober 2017.
Vanessa Parmenter, Jon Fieldhouse, Kris Deering, (2015). Good Practice in Peer-Facilitated
Community Mental Health Support Groups: a Review of the Literature, University of
the West of England, Bristol.
http://www2.uwe.ac.uk/faculties/HLS/ahp/AHP%20Documents/Good-Practice-in-
Peer-Facilitated-Mental-Health-Groups.pdf

16 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai