Anda di halaman 1dari 1

Aku Sebatang Pensel.

Aku dilahirkan disebuah kilang yang


membuat alat tulis. Aku dibawa dan dipamerkan di sebuah kedai.
Selain itu kawan-kawan aku juga dipamerkan di sini. Aku dan
kawan-kawan dilabelkan dengan pelbagai jenama mengikut
kehendak pelanggan yang menempah kami. Tubuhku diperbuat
daripada kayu jati yang bermutu tinggi dengan warna kuning
keemasan bercampur hitam. Aku dinamakan Pensel 2B. Kawankawanku juga diperbuat daripada kayu bermutu tinggi. Ada juga
diantara mereka yang diperbuat daripada kayu yang tidak
berkualiti. Ini menyebabkan mereka tidak tahan lama.
Aku dipamerkan dalam sebuah kotak. Pada suatu hari aku
dibeli oleh seorang gadis. Tuan aku seorang gadis yang cermat,
namanya Maisara. Setiap kali selepas aku digunakan, Maisara
akan menyimpan aku didalam kotak pensel atas meja tulisnya.
Aku dijaga dengan baik seperti menatang minyak yang penuh.
Aku sangat bertuah kerana mempunyai tuan yang baik. Selepas
seminggu aku digunakan, tubuhku semakin lama semakin
pendek. Ini disebabkan setiap kali mataku tumpul, Maisara akan
mengasah tubuhku sehingga tajam semula. kini tubuhku hanya
pendek dan aku tidak boleh lagi digunakan kerana terlalu
pendek.
Akhirnya aku tidak dipedulikan lagi kerana Maisara telah
mempunyai pensel lain. Aku sedar aku telah kehilangan kuasa,
namun aku gembira kerana dapat berbakti kepada manusia.

Anda mungkin juga menyukai