Anda di halaman 1dari 5

Amanah dan Personaliti

Pengantar:
Islam sebagai al-din merangkumkan berbagai peraturan dan ajaran, aqidah dan ibadat,
kekeluargaan, keperibadian individu dan jamaah yang semuanya bertujuan untuk
mendidik kerohanian manusia dengan pendidikan yang sempurna. Tunggaknya adalah
akhlak yang mulia yang menjadikan insan sebagai contoh yang praktikal bagi hamba
yang salih dan lurus di atas perintah Tuhannya.
Akhlak adalah salah satu dari aspek penting yang diberi penekanan oleh Islam. Aspek
akhlak ini turut ditekankan oleh anutan lain. Dalam ia terbukti dari penegasan
Rasulullah (s.a.w.) sendiri dalam sabdanya:
Sesunggunya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia [1]
Amanah adalah salah satu cabang akhlak yang utama. Kertas ini akan memberikan
gambaran rengkas mengenai sifat yang terpuji ini khususnya dalam kontek
pelaksanaannya dalam kehidupan seorang Muslim
Definisi Amanah:
Perkataan amanah itu berasal dari bahasa Arab. Dalam bahasa kita ia boleh dikata
sebagai kepercayaan, pertaruhan, kesetiaan, lurus, dan sebagainya. Dalam kata lain ia
adalah sesuatu yang diserahkan kepada seseorang untuk disimpan, dijaga dan
dipelihara, samada berupa harta, rahsia atau selainnya.
Sebagai contoh seseorang yang akan berpergian atau bermusafir biasanya akan
menyerahkan hartanya kepada seorang lain untuk dijaga semasa beliau bermusafir.
Dalam Islam amanah diertikan sebagai sesuatu yang diserahkan untuk dipelihara dan
dijaga, ia merangumi harta benda, kehormatan diri, hak-hak manusia dan agama.
Orang yang menjaga amanah dan melaksana apa yang sepatutnya berupa penjagaan
dan pemeliharaan dinamakan al-amin. Lawannya ialah pengkhianat apabila ia
menguruskannya diluar dari batas-batas syara` seperti menjual, mengurang, engkar
atau abai dalam penjagaannya.
Amanah merupakan bebanan yang berat yang dipikul oleh manusia setelah ia ditolak
oleh yang lain.
Firman Allah:
(Sesungguhnya Kami telah mengemukan amanah kpada langit, bumi dan gunung
ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanah tersebut dan mereka
bimbang mereka akan mengkhianatinya dan dipikullah amanah itu oleh manusia.
Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh). [2]
Skop amanah dalam Islam sangat luas, namun tuntutannya adalah melaksanakan
amanah itu dengan penuh tanggungjawab dan kejujuran. Ini merupakan arahan Allah

[
[

SWT dalam firmannya:


(Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak
menerimanya).[3]
Beberapa aspek amanah:
Secara umumnya amanah terbahagi kepada dua bahagian:
1. Amanah yang dari Tuhan kepada manusia.
Antara yang termasuk dalam bahagian ini ialah:
a. Amanah fitrah untuk terus tegak di atas tauhid kepada Allah. Ini merupakah
perjanjian yang agung.
b. Amanah beriman kepada Rasulullah (s.a.w.) dan dengan agama yang dibawanya. Ia
adalah amanah tanggungjawab syariah untuk menegakkakan kehidupan bagi umat
Islam di atas syariat Allah dalam semua urusan kehidupan: aqidah, ibadat,
perundangan, hukum hakam dan akhlak.
c. Amanah pancaindera:
Seluruh anggota kita dan khususnya indera adalah kurniaan Allah, sekaligus ia
merupakan amanah. Dengan itu ia sepatutnya disalurkan dalam perkara ma`ruf sahaja
bukannya untuk melakukan penderhakaan kepada Allah.
d. Ilmu.
Satu lagi kurniaan Allah yang sekaligus adalah amanah yang mesti disebarkan kepada
orang lain.
2. Amanah antara sesama manusia.
Selepas hubungan dengan Tuhan Pencipta, kita tidak terlepas dari saling berurusan
dengan sesama ini yang tidak terkeluar dari lingkungan amanah. Antaranya:
a. Amanah yang berkaitan dengan hak.
b. Amanah yang berkiatan dengan harta termasuk simpanan.
c. Kehidupan individu dan keluarga.
d. Kedudukan dan tanggungjawab.
Bagaimana mencapai amanah?
Oleh kerana ruang dan skop amanah ini begitu besar dan merangkumkan semua hak
yang wajib dijaga dan diberi perkiraan, bukan senang hendak mencapainya dalam
kehidupan. Antara fenomena yang paling ketara yang berkaitan dengan penjagaan
amanah ini ialah:
a. Berpegang dengan agama dan bersunggu-sungguh dalam pelaksanaannya. Firman
Allah:

(Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul dan
janganlah kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang
kamu mengetahui.)[4]
b. Menjaga anggota dari terjerumus dalam perkara yang haram dan menggunakannya
dalam ketaatan kepada Allah.
Firman Allah: Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan
diminta dipertanggungjawabkan.)[5]
c. Ikhlas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dan melaksanakannya
dengan penuh didikasi serta mengutamakan kebajikan awam.
d. Benar dalam segala urusan dan menjauhkan sebarang bentuk penyelewengan dan
penipuan.
e. Menyerahkan tugas dan jawatan kepada mereka yang benar-benar berkelayakan
serta mampu melaksanakan segala tanggungjawab dengan baik dan bersedia
menghadapi cabaran yang mendatang.
Sabda Rasulullah (s.a.w.):
Sesiapa yang menyerah tugas kepada seseorang kerana sentimen dan persaudaraan
sedangkan ada lagi yang baik di sisi Allah darinya, sesungguhnya ia telah
mengkhianati Allah, Rasul dan mereka yang beriman. [6]
Bertolak dari realiti inilah Rasulullah (s.a.w.) telah menolak permintaan Abu Zar alGhifari, dengan sabdanya:
Wahai Abu Zar! Engkau sebenarnya lemah, jawatan itu adalah amanah, sesunggunya
ia membawa kepada kehinaan dan penyesalan pada Hari Kiamat, kecuali mereka yang
mengambilnya dengan hak kewajaran serta menunaikan hak atasnya. [7]
f. Mengambil contoh dan tauladan dari Rasulullah (s.a.w.) dan salaf al-Salih.
Kehidupan generasi awal penuh dengan contoh dan tauladan untuk generasi mutakhir.
Dengan itu pelajarilah sirah insan contoh iaitu Rasulullah (s.a.w.) dan generasi berikut
dari kurun-kurun gemilang dalam sejarah umat Islam untuk dijadikan cermin dan
tauladan. Tidak akan jadi baik generasi mutakhir kecuali dengan apa yang sudah baik
generasi awal.
Selagi umat Islam memelihara amanah Allah keatas mereka akan luruslah urusan
mereka. Kehidupan sosial ummah tidak terkeluar dari lengkongan amanah ini.
Pekerja adalah pemegang amanah kepada kerja yang diserahkan kepadanya.
Tunggak bagi pekerja yang baik/soleh ialah:

[
[
[
[

a. Kemampuan melaksanakan kerjanya.


b. Amanah dalam melaksanakannya.
Mungkin ia seorang yang cemerlang dalam melaksanakan kerja tetapi cuai dalam
menunaikan tanggungjawab tersebut, dengan itu ia dikira khianat terhadap kerjanya.
Firman Allah:
(Salah seorang dari dua wanita itu berkata: Wahai bapaku! Ambillah ia sebagai orang
yang berkerja (dengan kita), kerana sesungguhnya oarng yang paling baik yang kamu
ambil untuk berkerja (dengan kita) ialah orang yang kuat lagi amanah.) [8]
Memang bidang tugas dan tanggungjawab berbeda antara satu pekerja dengan yang
lain. Namun amanah dalam semuanya adalah jalan kearah mencapai kejayaan dan
kecemerlangan. Dengan menjadi kewajipan baginya menjaga hak ummah dengan
benar dan ikhlas. Tidak menjadikan kedudukan sebagai barangan yang diperniagakan
dengan penipuan dan rasuah, curi tulang.
Apabila amanah diletakkan pada tempatnya berbahagialah ummah dan semua
warganya. Sejarah telah membuktikannya.
Personaliti
Personaliti bermakna peribadi atau sahsiah. Ia merujuk kepada traits yang mencirikan
peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang
membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkum gaya hidup,
kepercayaan, harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat,
sikap dan watak seseorang. Mengikut G.W Allport dalam dalam bukunya Pattern and
Growth in Personality, personaliti ditakrifkan sebagai organisasi dinamik sesuatu
sistem psikofizikal di dalam seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan
fikirannya yang khusus. Sistem psikofizikal merangkumi segala segala unsur-unsur
psikologi seperti tabiat, sikap, nilai, kepercayaan dan emosi, bersama dengan unsurunsur fizikal seperti bentuk tubuh badan, urat saraf, kelenjar, wajah dan gerak geri
seseorang (Mok Soon Sang, 1994:1). Personaliti mempunyai tiga ciri utama. Pertama,
ialah keunikan dengan maksud tersendiri. Kedua, kebolehsuaian atau keupayaannya
untuk berubah dan diubah; hasil pembelajaran atau pengalaman. Ketiga, ialah
organisasi. Dengan perkataan lain ia bukan sekadar himpunan tingkahlaku sebaliknya
ia melibatkan corak tindakan dan operasi yang bersifat konsisten. Tegasnya sahsiah
mencerminkan sifat, fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani seseorang.
Antara ciri-ciri utama sahsiah positif ialah mempunyai pegangan hidup yang mantaf
yang dilambangkan dengan akidah, ibadat dan mujahadah yang berterusan. Ia juga
memiliki harga diri, bertanggunjawab, berdisiplin, integriti dan kehidupan seimbang.
Harga diri/nilai diri mendapat tempat teratas antara ciri-ciri tersebut ,dimana ianya
diertikan sebagai penilaian keseluruhan atas kecekapan dan nilai diri seseorang itu
sama ada secara positif atau negatif.
Yakin diri (self-confidence) dapat memisahkan antara kejayaan dan kegagalan
seseorang. bagaimana membina rasa yakin diri yang antaranya termasuklah,
mengenali siapa diri kita sebenar, memperaktik rasa boleh lakukan dan elakkan
mencari kesempurnaan (perfection).
Termasuk dalam ciri-ciri sahsiah positif ialah mengatasi rasa malu (shyness) dan
mengurus masa dengan baik.

Sifat-sifat lain yang juga perlu untuk membentuk individu yang efektif ialah:
Kekuatan fizikal kekuatan fizikal. Dengan setiap individu wajar melakukan pemeriksaan
kesihatan secara berkala. Sekaligus ia mampu berusaha.
Akhlak yang luhur, peka, halus perasaannya, merendah diri, toleran, benar, kasih
sayang, berkerjasama, qanaah, mempunyai kemahuan dan azam yang tinggi dan
berfikiran positif sabar dan bersaing dalam perkara yang baik lagi positif.
Menjaga dan megurus masa dengan baik kerana ia sedar sesaat yang berlalu tidak
mungkin akan dapat dikembalikan semula.
Bermanfaat kepada orang lain dalam kehidupan sosial. Sekali ia bukannya bersifat
individualistik dan ego, sebaliknya mudah berdamping dengan orang lain.

Penutup:
Amanah adalah sifat terpuji dan terangkum dalam lingkungan personaliti yang baik
yang mesti dimiliki oleh setiap individu, apalagi bagi mereka yang diamanahkan
dengan sesuatu tanggungjawab dan sering berurusan dengan orang lain.

Anda mungkin juga menyukai